Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Tuesday, February 12, 2013

September 2010

Assalamualaikum


Ini post : Tuesday, September 7, 2010



''jangan kerana seseorang yang belum tentu menjadi milik kita,
kita kehilangan mereka yang sentiasa ada di sisi kita''

Bila kita di dalam keadaan untuk membuat keputusan memilih antara dua
memang sukar...

Kebelakangan ni,aku sedar tentang beberapa perkara di sekeliling aku.
Aku baca tentang kisah seseorang. Antara ayah atau kekasih hati?
Ada juga cerita tentang lelaki yang terpaksa memilih, antara ibu atau isteri?
Aku cuma terfikir,mesti hebat juga cabaran itu.
Aku cuba letakkan aku dalam tempat dia. Maksud aku,andainya aku yang mengalami semua tu.
Apa yang harus aku lakukan untuk memuaskan hati kedua-dua pihak.

Kawan,mungkin ada ketika bergaduh,berselisih faham dengan kawan.
Ada ketika kita marah,kita tak cakap dengan kawan.
Ada masa juga kita moody,kita x nak senyum dengan kawan.
Mungkin ada waktu yang kita rasa x senang dengan sikap kawan.
Kadangkala kita terlepas cakap,termarah,terasa hati dengan kawan .
Tapi itulah hakikatnya..kesempurnaan apa yang kita cari? Sedang manusia biasa punya kelebihan dan kekurangan.

"Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah''
-copy
 
 Kalau nak benci,bencilah perbuatan yang kita tak suka. Tapi jangan benci dia. Berilah ruang.
Masih ada sisi kebaikan yang belum dia kongsikan di sepanjang jalan persahabatan.
Mungkin 1 kesalahan dia,tapi jangan lupa tentang 10 kebaikan dia pada kita...

No comments:

Post a Comment