Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, March 31, 2013

Atmosfera rindu~kehilangan

Assalamualaikum

30/3/2013-Sabtu

Aku menziarahi kubur arwah ummi,atuk dan mek di Kelantan-Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali,Kubang Kerian.

Sayu rasa hati.
Langkah kaki memasuki tanah perkuburan,sudah terpandang kubur arwah ummi,kerana memang berhadapan dengan kawasan masuk. 
Pemergian arwah ummi waktu aku sekecil 7 tahun seingat aku.
Hingga kini, peristiwa itu tidak dapat aku lupakan. Lakaran peristiwa itu masih tetap segar dalam ingatan,tak pernah padam. Walaupun sudah hampir 15 tahun arwah ummi pergi, semangat hidup yang ditinggalkan benar2 mendidik aku untuk menjadi lebih baik dalam hidup.
Dalam monolog sendiri,hanya di dalam hati,aku bercerita kepada arwah,tentang kehidupan aku sekarang.
Tidak putus2 doa aku panjatkan kepada ALLAH agar arwah ummi di tempatkan dalam kalangan orang2 beriman dan di syurgaNya.

Di satu jarak,kubur arwah atuk.
Pemergian arwah atuk semasa aku berumur 12 tahun seingat aku.
Masa itu aku di Sabah.
Teringat,dulu kalau atuk telefon,mesti tanya "dah khatam Al-Quran?"
rindu,dulu ada saja kiriman makanan2 Kelantan sampai ke Sabah...
Teringat, selepas arwah mak meninggal kat Kelantan dan kami pulang ke Sabah meneruskan kehidupan.
Waktu itu aku masih kecil,sekecil 7 tahun seingat aku.
Masa nak menaiki flight,aku memandang wajah atuk pada masa tu.Aku sedih...
Aku menangis...
Abah tanya,kenapa aku nangis..
sumber: google
tapi,aku tak tahu apa jawapan aku ketika itu...

Aku  menghantar pandangan ke satu sudut.

Kubur arwah mek. Sayu hati aku. 
4 April 2011.
Teringat ,waktu itu aku di UPM. Selepas test,aku dapat khabar berita pemergian mek.
Aku rasa sedih sangat masa tu dan menangis.
Aku pernah berniat untuk praktikal di Kelantan dan tinggal bersama  arwah.
Pemergian mek begitu mengejutkan aku.
Mek,yang menjaga arwah ummi semasa arwah ummi kecil lagi.
Sehingga anak2 arwah ummi besar, mek menjaga dan memberi layanan yang sangat baik kepada aku dan keluarga.
Semasa aku belajar di Kelantan(sekolah menengah),pernah juga masa kuluangkan masa untuk menemani mek di rumah. Melihat kehidupan arwah di rumah.
Mungkin kerana aku sempat membesar di sana,sebab itu kehilangan itu sangat aku rasa.

Tidak putus2 aku berdoa,semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Moga syurga milik mereka...Amin.

Kaki melangkah keluar dari tanah perkuburan. Hanya beberapa langkah dari situ,aku sampai di rumah arwah mek. Memang rumah arwah mek,berdepan dengan tanah perkuburan itu.
Sudah lama aku tinggalkan rumah ini. Rumah yang pernah aku tumpang berteduh menemani arwah mek.

Aku melihat keadaan rumah.Masih sama.Kenangan tak pernah hilang.
Aku berjalan di satu sudut.
Melihat gambar2 perkahwinan masih setia di sana tak terusik.
Aku jadi sayu dan sebak. Lama aku pandang. Gambar perkahwinan abah dan arwah ummi juga masih setia di sana.

Aku berbual dengan Ayah Yie.
Ayah Yie bercerita tentang arwah Mek. Bagaimana hari2 terakhir sebelum pemergian arwah.

Dari ALLAH kita datang,kepada ALLAH kita akan kembali.
Al-Fatihah.

 2.16 am
Kota Bharu
Kenangan mengusik jiwa.

~Kasih sayang kekal di atmosfera rindu.

No comments:

Post a Comment