Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, June 1, 2013

Light,Camera,Action~ Dinner

Assalamualaikum

Semalam ada dinner Kelab Foodnatic (Nutrition and Dietetics)-31 Mei 2013
Cerita bermula,bila aku lagi seorang diri kat luar sedang menunggu kawan-kawan aku datang.
Macam menunggu putera datang menjemput dah..haha
tunggu..tunggu..tunggu.siap main games,hujan renyai2 turun,tunggu lagi,tunggu,mesej kawan-kawan2 lain,lepas tu tunggu lagi..tunggu..

Dapat mesej dari kawan kat tempat dinner, "dah nak start ni"
aku pun masih menunggu kawan-kawan datang. Akhirnya sampai. Rupanya,ada hal tak dapat dielakkan menyebabkan perjalanan agak perlahan tadi. Jalan jem.
Tak mengapa. Jom jalan.Kami pun pergi.

Sampai saja, majlis dah bermula. Tak dapat mendaftar,tak dapat join perarakan dengan kawan-kawan dan VIP. Tak dapat nak mengikuti dari awal. Tapi tak mengapa. Inilah jalan ceritanya yang sudah tersurat. :)
Maka,kami mengambil keputusan untuk menunggu waktu makan tiba.
Tiba-tiba Buddy(dila) 2nd year telefon..haha. thanks dila..


Dan bila tiba masa makan,kami pun masuk. Terjadi "VVIP" la pulak..-_-hehe
Masa masuk jumpa kawan-kawan lain,wahhh
"ada 'ziana zain','scha al-yahya','shila amzah', 'farah AF2','ana raffali',''nadia alysa","siti saleha'',"sharifah amani" hahaha dan ramai lagi;p
Dengan aku sekali dapat, "Yatt Hamzah"..hahaha

Kami ambil makanan dan duduk makan. Agak terpisah jauh ngan rakan-rakan coursemate yang lain.
Tak mengapa. Lepas makan,boleh ambil gambar sama-sama.
Jadi,kami pun makan,makan,makan...



Sesi bergambar.....

Bergambar dengan our gorgeous,supportive,sporting,cool lecturer, Dr Rosita.
Bila Dr datang,terus bukak laluan nak bagi Dr duduk..hehee :)
Thank you for coming Dr.

Bergambar dengan our humble,polite and supportive Clinical Instructor, Miss Tan Chew Sia. :)
Thank you for coming Miss.

Ini ialah gambar Keluarga Besar DIETETIK :)
dan untuk malam tu, our Miss Tan Chew Sia  ialah Ketua untuk Keluarga Besar Diet..hehehe
Setelah analisis dibuat pada malam itu,, junior2 diet ramai yang 
mempunyai bakat2 tersembunyi. Antaranya,Alvin,Syafiq,Asri dan ramai lagi..
hahaha..jangan lupa untuk diketengahkan;p


 Haa,yang ni dengan dua orang kawan gua. Dua-dua student Nutrition. 
Masa ambil gambar ni kelakar. Aku tak tau nak letak position aku kat mane. Berdiri dekat2, segan pulak rasa. So,aku asyik pergi depan,pergi depan. Dorang pulak asyik follow,ke depan..Hahaha 
Yang pakai neck tie,namanya Rohaizad(mantan timb pres kelab foodnatic), seorang lagi namanya Syafiq(mantan presiden kelab foodnatic).
dan dua-dua dah berpunya :p


Final year FOODNATIC(Nutrition and Dietetics) + VIP :) *gambar dari  FB Dr Zaitun 
Kami dah final year, dah nak habis study. ^^


Dan tiba-tiba,dapat AWARD pulak, TERIMA KASIH :)


Anyway,terima kasih kepada penganjur dinner kali ini. (our junior)
Well done!


* gambar-gambar ialah dari fesbuk lecturer,kawan2,dan sendiri :)



1 comment:

  1. salam..hai..krg da abes sem eh..krg ade viva tak?..

    ReplyDelete