Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, May 31, 2013

Terima kasih Puan

Assalamualaikum

Lebih kurang empat bulan saya praktikal di Hospital Umum Sarawak.
Dua bulan yang pertama,sangat mencabar mental dan fizikal. Berjauhan dari keluarga dan rakana-rakan sangat menguji saya. 
Tapi,bila teringat tujuan saya memilih Sarawak sebagai destinasi menyambung pencarian ilmu, perjalanan diteruskan.

Hari berganti hari. Tak sabar nak menghabiskan Out patient traninig. :)
Siap buat countdown lagi. Haha
Tapi pada masa yang sama, hati rasa sangat risau. Kerana selepas out patient training,akan bermula In-patient training.
Oh,sesungguhnya,saya tak punya kekuatan masa tu untuk berdepan dengan In-patient training.
Rasa takut, risau dan macam-macam lagi.
Jadi, 2 bulan yang terakhir juga sangat mencabar saya..hehe

Di Hospital Umum Sarawak ni,kiranya tempat pertama praktikal selepas in house training. Boleh kira tempat membesar la kat sini. Banyak sangat ilmu yang dipelajari.

Bilik kaunseling HUS
Saya sentiasa mengingati jasa-jasa setiap dietitian yang mengajar saya.
Jika di Hospital Umum Sarawak, 
En Khairul, Pn Shariza, Mdm Loh,Mdm Jun,Mr Brian.

Mereka semua banyak sangat membantu dan mengajar saya tentang ilmu dietetik dan juga kehidupan.

Pn Shariza :)
Masa awal2 datang nak melapor diri, antara orang pertama yang kami jumpa ialah Pn Shariza. 
Ada satu ketika, Pn Shariza panggil,Pn tanya, " dah makan?''
Saya berasa pelik sebab waktu tak menunjukkan waktu lunch lagi. Oh rupanya,nak belanja kami makan..haha
Ada satu ketika,saya berpeluang ikut Pn Shariza naik ward. Melihat gaya Pn Shariza handle case, saya tertarik dengan pendekatan yang digunakannya. Bermain dengan psikologi manusia. 
Pn Shariza beri saya macam-macam peluang nak belajar.
Untuk pertama kali,saya kena beri talk untuk group counseling.
Tapi saya tak pernah buat. Dan Pn tunjukkan pada saya cara-caranya.

Ada satu ketika, semasa saya di bilik kaunseling, Pn Shariza datang dan mengajar saya satu persatu cara-cara nak menulis dalam case note/BHT.
Pn beri saya macam-macam nasihat sehinggakan bila saya pergi praktikal tempat lain,saya teringat pesanan-pesanan itu.

Melihat Pn yang bertugas jauh dari tempat tinggal,saya jadi kagum dengan Pn.
Bertahan hingga akhirnya untuk memberi khidmat di Sarawak.

Terima kasih Pn Shariza :)


*nanti cerita pasal dietitian yang lain pulak :)

No comments:

Post a Comment