Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, November 24, 2013

SELAMAT HARI LAHIR DR NANA !! :)

Assalamualaikum

Hari ini hari Ahad. Hari ini hanya berehat. Recharge!
:)

Kemarin,masa berjalan-jalan di Empire Mall, teringat Kak Nana. Ku kira ingin membelikan hadiah untuk beliau, tapi belum ada idea hadiah apa yang nak diberikan.

Hari ini hari lahir Kak Nana. 24 November 2013.Wan Zuliyana Irmi. Sekarang Dr Wan Zuliyana Irmi :)
Tahniah Dr kak Nana..hehe

Saya tersangat gembira bila Kak Nana berjaya bergelar seorang Doktor sekarang.
Bila teringat beberapa kisah semasa sekolah menengah dulu, ada perkara yang membuatkan saya rasa sangat terharu dengan kejayaan beliau.:)
Orangnya sangat tabah dan kuat semangat. Turun, naik hidup beliau sangat memberikan inspirasi dan motivasi. Sangat menyuntik semangat pada saya bila saya rasa hampir tersungkur.

Dia salah seorang inspirasi hidup saya. Masa masuk matrik dan universiti, dia inspirasi saya juga:)
Terima kasih Kak Nana untuk segala kata-kata semangat, nasihat dan teguran.
Hingga ke saat ini, kami masih belum dipertemukan kembali walaupun kini kami sudah berada di KL yang tidak pernah tidur ni.hehe

InsyaALLAH...semoga waktu itu akan tiba ^^

SELAMAT HARI LAHIR KAK NANA   ==> SELAMAT HARI LAHIR (2012)
Semoga menjadi seorang Doktor yang beriman, berjaya dunia dan akhirat.
Teruskan pencarian mencari Doktor Cinta ^_~



Sudahku jumpa putera idaman
Ku kunci rapi di dalam hati
Bilaku sudah sedia berteman
Pasti ku temu si tuan hati.

                                                   ^_^ 


No comments:

Post a Comment