Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, March 31, 2013

Atmosfera rindu~kehilangan

Assalamualaikum

30/3/2013-Sabtu

Aku menziarahi kubur arwah ummi,atuk dan mek di Kelantan-Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali,Kubang Kerian.

Sayu rasa hati.
Langkah kaki memasuki tanah perkuburan,sudah terpandang kubur arwah ummi,kerana memang berhadapan dengan kawasan masuk. 
Pemergian arwah ummi waktu aku sekecil 7 tahun seingat aku.
Hingga kini, peristiwa itu tidak dapat aku lupakan. Lakaran peristiwa itu masih tetap segar dalam ingatan,tak pernah padam. Walaupun sudah hampir 15 tahun arwah ummi pergi, semangat hidup yang ditinggalkan benar2 mendidik aku untuk menjadi lebih baik dalam hidup.
Dalam monolog sendiri,hanya di dalam hati,aku bercerita kepada arwah,tentang kehidupan aku sekarang.
Tidak putus2 doa aku panjatkan kepada ALLAH agar arwah ummi di tempatkan dalam kalangan orang2 beriman dan di syurgaNya.

Di satu jarak,kubur arwah atuk.
Pemergian arwah atuk semasa aku berumur 12 tahun seingat aku.
Masa itu aku di Sabah.
Teringat,dulu kalau atuk telefon,mesti tanya "dah khatam Al-Quran?"
rindu,dulu ada saja kiriman makanan2 Kelantan sampai ke Sabah...
Teringat, selepas arwah mak meninggal kat Kelantan dan kami pulang ke Sabah meneruskan kehidupan.
Waktu itu aku masih kecil,sekecil 7 tahun seingat aku.
Masa nak menaiki flight,aku memandang wajah atuk pada masa tu.Aku sedih...
Aku menangis...
Abah tanya,kenapa aku nangis..
sumber: google
tapi,aku tak tahu apa jawapan aku ketika itu...

Aku  menghantar pandangan ke satu sudut.

Kubur arwah mek. Sayu hati aku. 
4 April 2011.
Teringat ,waktu itu aku di UPM. Selepas test,aku dapat khabar berita pemergian mek.
Aku rasa sedih sangat masa tu dan menangis.
Aku pernah berniat untuk praktikal di Kelantan dan tinggal bersama  arwah.
Pemergian mek begitu mengejutkan aku.
Mek,yang menjaga arwah ummi semasa arwah ummi kecil lagi.
Sehingga anak2 arwah ummi besar, mek menjaga dan memberi layanan yang sangat baik kepada aku dan keluarga.
Semasa aku belajar di Kelantan(sekolah menengah),pernah juga masa kuluangkan masa untuk menemani mek di rumah. Melihat kehidupan arwah di rumah.
Mungkin kerana aku sempat membesar di sana,sebab itu kehilangan itu sangat aku rasa.

Tidak putus2 aku berdoa,semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Moga syurga milik mereka...Amin.

Kaki melangkah keluar dari tanah perkuburan. Hanya beberapa langkah dari situ,aku sampai di rumah arwah mek. Memang rumah arwah mek,berdepan dengan tanah perkuburan itu.
Sudah lama aku tinggalkan rumah ini. Rumah yang pernah aku tumpang berteduh menemani arwah mek.

Aku melihat keadaan rumah.Masih sama.Kenangan tak pernah hilang.
Aku berjalan di satu sudut.
Melihat gambar2 perkahwinan masih setia di sana tak terusik.
Aku jadi sayu dan sebak. Lama aku pandang. Gambar perkahwinan abah dan arwah ummi juga masih setia di sana.

Aku berbual dengan Ayah Yie.
Ayah Yie bercerita tentang arwah Mek. Bagaimana hari2 terakhir sebelum pemergian arwah.

Dari ALLAH kita datang,kepada ALLAH kita akan kembali.
Al-Fatihah.

 2.16 am
Kota Bharu
Kenangan mengusik jiwa.

~Kasih sayang kekal di atmosfera rindu.

Saturday, March 23, 2013

mood dapur (part 2)

Assalamualaikum

sambungan dari mood dapur(part 1) ^^

Malam ni tengah buat slide presentation. Emm,biasalah,,pening2,tensen2 ni..
Tiba2 kan rindu kat Hospital Melaka..hahaha
apa agaknye yang ada kat sana,sampai asyik rindu ni..hehe

Kat sana best:)
aku suka duduk kat dapur,tolong2 kat sana,dengar citer2 motivasi staff kitchen..hehe
dengar nasihat2,pengalaman hidup...terbaik:)
 
Masa buat slide presentation,asyik silap tulis
Hospital Melaka je,padahal nak present kat kelate...

Pastu pergilah fesbuk,tengok2 fesbuk staff2,like2 status dorang..haha
chit chat ngan staff kitchen..hehe
saja..
Tiba2 pulak,aku mitak number telepon Mak Midah,yang selalu buat kuih:)
Tiba2 teringat kak Sarimah,aku x banyak cakap ngan dia,tapi bila cakap je ngan dia mesti rasa best,sebab kak Sarimah sempoi...^^

ramai lagi yang aku teringat ni..
nanti sambung lagi..


Itu je nak bagitau..




Friday, March 15, 2013

Pertemuan di hospital

Assalamualaikum..

Minggu 1 ( 10/3/2013-14/13/2013)
Hari pertama kami datang,ketua jabatan ingat kami akan datang pada 11/3/2013,sebab dalam surat mcm tu. Tapi kami datang 10/3/2013,sebab hari Ahad kan hari bekerja kat Kelantan.

Minggu pertama di praktikal di sini,aku di jadualkan ikut Pn Husna ke wad surgical dan orthopedic.Surgical Ward (Wad 28,29,30) dan Orthopedic Ward( Wad Cempaka dan Dahlia), dan dapat pergi Palliative Ward.

Dan hari pertama juga, kami dah naik ke wad mengikut dietitian seperti yang ditetapkan dalam jadual.
Hari pertama juga dapat ikut NST (Nutrition Support Team) ward round :)
seronok...
kecek kelate pulok tu..hehe

Banyak yang aku belajar...dapat belajar pasal TPN,seronok :)
Mula-mula blur jugak..lama2 dah dapat faham sikit2.

Pn Husna selalu tanya pasal Nutrition Diagnosis..hehe
hari berlalu, aku ingatkan diri perlu bawak buku Nutrition Terminology tu.
Setiap kali Pn Husna tanya aku pasal Nutrition Diagnosis, mesti Pn. senyum:)

Beberapa hari dalam minggu ni,aku naik wad,clerk case,follow up patient.
Tiba-tiba aku perasan satu muka yang sangat familiar,senior ke?
Bila aku tengok cop Dr kat case note, aku yakin senior ni... Wan Muhd Fadli Wan Abdul Rahman

Ada satu hari,masa aku kat wad, ada seorang Dr tegur aku, "student ke?"
aku:"ye"
Dr: "student mane,USM?"
aku: UPM
 Dr; " pergilah jumpa senior awak,Halimi dan Amalia"
aku:ooo (sambil senyum)

~_^ emm..Halimi dan Amalia tu memang nama senior aku..tapi mereka senior sekolah menengah
macam mana Doktor tau?
hehe
 
Kemarin,masa aku nak balik, aku terserempak dengan seseorang,kawan sekolah menengah
Rosnani Ibrahim :)
Lama tak jumpa,tapi x dapat berbual lama...

Hari Khamis dah berlalu...Hari Khamis (14/3/2013),habis praktikal awal,sebab waktu kerja pukul 8.00am-3.30pm ^____^
Masa aku naik wad Dahlia nak clerk case, tiba-tiba seorang senior tegur aku.
Tak sangka senior masih kenal aku..hehehe (Khairolhida)
Terima kasih Dr!

Tadi petang,ikut Pn Husna, Pn Husna minta aku bagi kaunseling DM.
Pastu,patient seterusnya, aku dengar Pn Husna bagi kaunseling kat patient. Lembut je nada suara,smooth,jelas..sejuk hati dengar..hehe
dan dengan tiba-tiba saja  masa tu,teringat seorang dietitian kat PPUM yang bagi kaunseling,Pn Suraiya,sama jugak tu..lembut je nada suara...^_^.

On the way balik ke office,Pn Husna tanya pandangan seminggu ni praktikal kat wad2 ni.
Sebenarnya,masih banyak yang aku nak pelajari dengan Pn Husna.
Pn Husna ni,humble orangnya :)
kata Pn Husna petang tadi, (lebih kurang gini)
" dengan pengalaman yang ada,inilah yang dapat kami kongsikan.."

Tinggal 3 minggu saja nampaknya,cepat pula masa berlalu.:(
Presentation minggu ke-3 ini, nak ambil kes gapo kali ni? 
Moga ALLAH permudahkan..Amin

Kota Bharu
15/3/2013
1.13 am

Wednesday, March 13, 2013

Andai itu takdirNya

Assalamualaikum


Seorang demi seorang 
ALLAH mempertemukan kami kembali.

Dan aku terus berjalan
mungkinkah dia destinasi seterusnya?
di perjalanan singkat ini,di pencarian ini...
 Kenangan lama datang
ingin jadi teman aku...

 Kota Bharu
14/3/2013
12.55 am




Monday, March 11, 2013

mood dapur (part 1)

Assalamualaikum..

Rindu pulak kat Melaka :) ,rindu hospital melaka,rindu Unit Dietetik dan Sajian Hospital Melaka^^
rindu dengan suasana yang santai,meriah.
rindu dengan kakak2 ,abang2 staf kitchen yang selalu cerita pengalaman hidup mereka
selalu bagi nasihat..
rindu dengan staff kitchen walaupun ada yg lagi muda dari aku,tp sentiasa tunjukkan respect..
aku pulak sentiasa anggap mereka lebih hebat kerana ketinggian ilmu  yang ada pada mereka
rindu dengan pegawai2 catering dan dietitian kat sana yang baik hati..x jemu2 memberikan peluang dan tunjuk ajar..

rindu Kak As dan Siti yang tolong kami masak hari tu..
"jangan lupa kenangan kita bersama" kata Kak As..haha^_^
rindu nak join trayline.
teringat awal2 masa join,sebab kelam kabut,panic,nervous..hahaha..habis aku buat silap
patutnya letak lauk dalam pinggan patient,tapi aku letak kat luar pulak..adoii..maluuuuu^_^'
kecoh kejap:p
rindu nak jadi runner..
rindu nak belajar masak nasi ngan abang Aziz,banyak sungguh yang dipelajari..
rindu nak belajar masak nasi HUJAN PANAS..haha
ramai lagi yang rindu ni..dan banyak lagi la yang aku rindu..nanti aku sambung rindu ni..:)

rindu dengan Melaka yang cantik.
Negeri yang tidak terlalu sibuk,dan sunyi..pendek kata,JUST NICE:)

(melaka yang cantik dan warga melaka yang baik hati)



Sunday, March 10, 2013

Kelantan,aku datang.

Assalamualaikum

Saya dah berada di Kelantan tercinta:)
hati masih rindukan Melaka:)
hati masih sukakan Sarawak:)
hati selamanya sayangkan Sabah:)

Termakbul doa nak datang sini,praktikal kat sini...
Allah Maha Mendengar isi hati hamba-hambaNya

Masa aku tahun 3 kat UPM,aku dapat berita,mek aku kat kelantan meninggal dunia.
Aku sedih sangat masa tu..x terungkap..aku nangis..nangis..
aku pernah berniat nak duduk dengan mek kat Kelantan kalau aku dapat praktikal sini.
tapi,hajat tu x kesampaian..
ALLAH lebih menyayangi mek...aku redha..

Aku singgah beberapa tempat di Kota Bharu.
Senyum. Terlalu banyak kenangan yang datang.

Berdebar jugak aku rasa. Entah,ada sesuatu yang aku fikirkan:)
Alhamdulillah..dari awal nak datang stesen bas,sampai nak ke rumah sewa,ALLAH permudahkan urusan.
ALLAH hantar ramai orang-orang yang baik hati untuk membantu perjalanan ini.

9/3/2013~Sabtu
Pagi-pagi,kakak kawan dan kawan aku hantar pergi stesen bas kajang.
Hampir terlepas bas sebab ada hal tak disangka-sangka terjadi.
Hampir sampai di stesen bas Kajang,perut aku mula meragam.
Aku rasa nak muntah.
Sampai saja stesen bas,aku dah x tahan..tapi aku tahan lagi..
Aku naik bas..ramai orang mesej,call aku. Termasuk adik aku..
Maaf dik,betul2 x larat tadi,nak muntah

Dalam pukul 2 petang,aku sampai di R and R,Gua Musang kot
masa tu,aku masih nak muntah2
aku kuatkan diri turun bas...dan bergerak menuju surau
tunaikan solat..

Sampai saja di stesen bas Kota Bharu,aku turun dari bas.
Tersenyum melihat negeri ini. Banyak perubahan. Dah hampir 6 tahun aku x balik Kelantan.
Malah,bila bas melalui jalan-jalan di Kelantan,hati aku terasa sayu.
Ada saja kenangan yang datang menjengah.

Ingin ke rumah sewa, owner rumah sewa datang bersama cucu dan bawa aku ke rumah sewa,sambil2 tu..ditunjukkan arah ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2,kedai2 makan,dan kemudian ke rumah sewa.

Alhamdulillah..semuanya baik2 saja:)

Apa khabar awak?:)


1.21am
10/3/2012
Bilik sewa,Kelantan