Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, April 29, 2013

Cardiac ward-story 1#PPUM

Assalamualaikum

Hari Isnin.
Hari ni ada meeting lagi. Banyak perkara x settle lagi untuk komunti projek ni.
Baru-baru ni aku terkejut membaca kenyataan seseorang tentang muzik dan filem yang akan hancur jika kepimpinan akan bertukar.

Ingatlah..Rezeki tu dari ALLAH bukan dari manusia.

****************
Masa awal2 aku dapat tau aku dapat praktikal kat PPUM dan bila tengok nama partner2 nanti,perrghh,rasa nak nangis je. Serious. Haha..

Nampak sangat aku tak confident.-_-

Kalau cakap pasal PPUM,mesti biasa dah dengar mcm mane expectation kat sana.
Macam-macam la aku fikir.

Banyak2 cerita yang terjadi kat sana,pasti tak akan aku lupakan kisah belajar dengan seorang dietitian ni..hehehe. Kalau tanya partner2 aku, mesti dorang tau.. apa makna Cardiac Ward untuk aku..hehe,ward yang paling aku nervous sekali..-_-'

Macam mana aku nak lupa?sedangkan dietitian N ni terlampauuu baanyakkkkk tegur aku.
Sampai aku stress,sampai nangis pon ada..haahha.tapi nangis for good laa.
Sebenarnya,aku sangat sedih,sebab selalu x dapat perform kalau ngan dietitian ni. Dah la  dietitian N ni pregnant. Kadang2 aku risau ooo,kalau2 dietitian marah,then turun kat baby dia plak-_-
Kadang2 aku sedih sangat,dietitian N nampak sangat letih,tapi still sanggup mengajar aku yang banyak betul buat silap ni.

Selalu sangat lepas ward round ngan dietitian N, aku akan balik dengan senyap,x cakap apa2.Berfikir panjang,kenapa aku x dapat perform mcm kawan2 aku perform ngan dietitian N. Sampai kawan2 pon perasan kenapa senyap je.

Aku selalu usaha setiap kali naik ward ngan dietitian N, aku cakap dalam hati,aku niat nak buat lebih baik,lebih baik,.lebih baik dari sebelumnnya. Tapi,aku gagal jugak..:(
Aku pon x tau kenapa aku nervous sangat dengan dietitian N. Shaking aku rasa tangan aku. Awal2 azam punya tinggi, tapi bila berdepan je, tone suara aku,mula la slow....-_-..nampak sgt tak confident. Sampai kawan pon perasan perubahan aku.
Banyak kali aku cuba,cuba,cuba nak perform.. ntah dah kali keberapa cuba..
Sampai banyak kali percubaan,baru berjaya..hehee

Aku rasa antara kawan2 aku,aku paling awal dan paling banyak  dapat assignment dari dietitian N.
Nampak sangat banyak tak tau.emm..-_-

Ada satu masa, sebelum aku present case kat dietitian N,
dietitian N pesan kat aku " ingat apa yang saya pesan sebelum ni"
Haa..nervous aku.
Pernah jugak dietitian N tegur, "awak asyik buat kesilapan yang sama"
"APO. Apa tu APO? "
 Acute Pulmonary Oedema. Sebelum ni mcm pernah dengaar dah. Tapi tak tau la kenapa masa dietitian N tanye,aku tak dapat jawap..emm-_-

Banyak kali cuba,,cuba,,sampai la satu masa, di akhir sesi ward round
dietitian N komen"hari ni OK"
wah..wah...rasa melayang-layang di udara..hahahaha^___^

Aku sedih la. Sebanrnya bukan sebab kena marah or  tegur. Yang tu sedih sikit..hehe
tapi lebih sedih  sebab aku selalu kecewakan dietitian N. Aku rasa nak ketuk2 diri sendiri..-_-
tapi aku pon dah cuba.cuma x berjaya:(
Memang aku down la masa2 mcm tu.Paling sedih,bila balik naik bas sorang2,sedih sorang2 dalam bas.Nak nangis sorang2 dalam bas..
(hehe..senyum je kalo ingat balik.)

Banyak lagi la yang dietitian N ajar. Aku sangat terharu atas kesungguhan dietitian N mengajar aku dan rakan2. Sangat banyak membantu. Sangat2 banyak. Teringat satu masa ,bila dietitian N suh kitorang belajar cara2 nak tulis untuk ryle's tube feeding (bolus and continous)
Dietitian N sanggup luangkan masa nak check apa yang kitorang buat.
Macam biasa, waktu tu aku aku kena tegur..tegur..tegur...hehe-_-
"lain kali,kalu tak tau tanya"

Sebenarnya banyak sangat yg dietitian N ajar dan tegur sampai aku dah ingat dah segala yang di pesan.
Dah boleh apply kat mana2 aku pergi praktikal.
Saat aku boleh apply apa yang dietitian N ajar, saat ni la aku rasa sangat gembira dan aku rasa telah menggembirakan dietitian N walalaupun dietitian N tidak mengetahuinya. :)

Sampai sekarang aku x dapat lupa semua ni. Semuanya kisah yang memberi panduan hidup.
Aku tau semua ni untuk kebaikan aku,menjadi lebih baik di hari kemudian. Aku rasa,kalau Pn N x tegur banyak2 mcm ni,aku x akan jadi seperti sekarang.

Untuk Pn Nabiha, terima kasih banyak kerana terlalu banyak tunjuk ajar,nasihat dan teguran yang diberikan semata-mata untuk memberi yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan. Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah saya yang selalu buat salah.:(
Terima kasih Pn,terima kasih banyak2.

Terima kasih Pn Nabiha. Semoga ALLAH sentiasa permudahkan urusan Pn di dunia dan akhirat. Amin..


Kisah cardiac ward#4U ward sentiasa dalam ingatan:)
Kalau ingat balik,mesti aku senyum sendiri^__________^

datul, student yang lambat
 tapi  x nak putus asa
11.22am
Bilik,Kolej 17,UPM



Sunday, April 28, 2013

kerana DIA atau manusia?

Assalamualaikum..

Kadang-kadang Allah dekatkan kita dengan orang yang baik sebab kita tak cukup baik.. tapi kadang-kadang Allah tarik balik semua tu sebab Allah nak tengok kita berubah kerana DIA atau manusia.. :')Siti Nadziah


Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

datul,
8.51am
28/4/2013
Bilik,Kolej 17,UPM 

Saturday, April 27, 2013

"bila kak teh cuti?"

Assalamualaikum


Hari ni ada HEALTH SCREENING kat taman perumahan tempat aku praktikal sekarang.
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.


Tadi pagi sebelum pergi program, chat dengan adik aku kejap kat facebook.
Dia kat sabah.Aku kat sini.

Adik kecik aku  tanya,

"bila kak teh cuti?"


aku sedih betul bila ada soalan mcm ni
rindunya kat dua orang budak ni, adik su dan ilham.
dua orang adik kecil yang menceriakan aku.
walaupun kadang2 nakal,tapi petah  berkata-kata.
aku banyak belajar jugak dari dua orang budak kecik ni..hehe

Hari tu abah telefon.

aku pon sedih jugak.
aku rasa aku ni dah mementingkan diri sendiri sebab tak balik rumah:(


tapi aku tak nak susahkan abah..
mesti banyak duit kena guna nanti,untuk aku,adik aku,abang aku. Dan aku tau banyak lagi perkara yang abah nak settlekan..

aku pon nak balik..tinggal sikitttttt je lagi..

yang penting sekarang,aku kena kuatkan semangat,tabahkan hati.

Ya ALLAH,lindungi ibu dan ayahku serta ahli keluargaku..Amin



Thursday, April 25, 2013

mood praktikal 2 bulan

Assalamualaikum

I'm here!!!!!!!!!!!hahaa
ceh..dah lama dah kat UPM. Baru nak update -_-
Habis praktikal kat Kelantan 4/4/2013.

Banyak aku beli keropok dari Kelantan..hahaa
yang pasti dah bagi kat adik aku..untuk bawak balik sabah..
dan adik aku dah balik sabah..
dah aku dikhabarkan keropok dah selamat digoreng di rumah..hehe

So,ape cerita?
Sekarang masih mood praktikal. Praktikal komuniti, 2 bulan. Ni untuk masyarat sekeliling pulak ni.
Dah habis dah cerita hospital. Tapi lepas habis praktikal komuniti,masuk lagi hospital. Exam beb!exam!

Sebenarnya aku nervous-_-
Nervous bila fikir VIVA,bedside exam.

Haa..sekarang praktikal komuniti. Yeah.buat program:)
Aku rasa aku lagi minat komuniti la....
Hari tukan masa aku praktikal klinikal,ada satu program kelab foodnatic(pemakanan dan dietetik).
Masa tu aku rasa jeloussss laa sebab aku x dapat join program tu sebab aku tengah praktikal jauh.
Entah la kenapa..sedih betul aku masa tu. Seronok je tengok ramai yang happy masa program tu.

Masa tu aku sedar,minat aku memang lebih sikit pada komuniti...

xpekan...hehe

Haa..nak cerita..praktikal komuniti kali ni dibahagikan kepada 3 group. Group aku kat Taman Perumahan.
Menarik.
Hari Sabtu ni kami buat HEALTH SCREENING :)

Harap semua kan baik2 saja. InsyaALLAH.

Banyak cerita menarik masa praktikal hari tu^__^

Aku rindu abah,mak,adik beradik.