Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, January 26, 2014

Perindu Si Kinabalu

Assalamualaikum..


Walau di mana aku berada
Akulah perindu si Kinabalu
Kerana Kinabalu mengingatkanku
Pada erti sebuah kehidupan
pada semangat di sebalik kehilangan

Jauhnya Kinabalu tak mampu ku gapai
Hanya dari sisi ku lihat warnanya masih kekal
Walau jauh beribu halangan, terpisah dengan sempadan
Kinabalu, cerita indahmu tetap menjadi bualan

Cerita Kinabaluku nukilkan untukmu
Si ibu yang telah lama pergi dulu
Pergi yang sudah tak mampu ku capai
Tapi warna hidupmu masih disanjung,
selalu dikenang
Walau kau jauh,tak mampuku ku dakap
Cerita indahmu tetap menjadi pilihan

Tingginya Kinabalu mengingatkan aku
Walau ibu pergi dahulu
Tapi hebatnya ibu mencuri hatiku
kerana pergimu berbekas di hati
ditinggalkan semangat untuk berjuang
untuk si kecil tiup kembali rasa yang hampir hilang
untuk si kecil cantum jiwa yang hampir layu

Dan
Semangat ibu setinggi gunung Kinabalu
Inspirasi padaku yang hanya seorang perindu
Hingga kini ku bawa lagi
Mencari erti cinta abadi

Akulah perindumu
Walau jauh di mata, tapi selalu kan dekat di hati
Walau dari jauh, hatiku kan tetap merindu
Pada satu nama yang amat berjasa
Ibu..

“Tinggi-tinggi gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang pada kamu
Biru-biru hujung kinabalu
Tengok dari jauh hati saya rindu”

12.04 pm
7/7/2013

Kg Minihas, Lohan,Ranau,Sabah

No comments:

Post a Comment