Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, May 7, 2015

#tak mengenal usia

Assalamualaikum


Bila aku fikirkan kembali,
ajal sungguh tak mengenal usia..

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita kebakaran di Moscow yang melibatkan Pelajar perubatan Malaysia Nur Atikah Alias, 25 tahun yang cedera dan telah meninggal dunia.

Beberapa hari sebelum kejadian,YA benar..hanya baru beberapa hari 
seorang kawan sekolah menengah (Kelantan) upload gambar bersama dengan arwah. Ya,dia merupakan sahabat kepada arwah Nur Atikah.

Ramai yang merasa kehilangan arwah.
Kerana apa? Kerana peribadi dan kenangan yang arwah tinggalkan begitu berbekas di hati.

Baru sebentar tadi, aku mendapat perkhabaran lagi.
Rakan-rakanku di Sabah kehilangan sahabat mereka lagi.

Aku melihat FB anak2 muda yang telah pergi ini.
Sungguh aku terkesan.
Mereka meninggalkan FB mereka dalam keadaan yang tenang.
Kata-kata yang baik yang bakal jadi tatapan insan-insan yang masih hidup..


Mereka masih muda,tapi hidup mereka terisi dengan perjuangan untuk Islam.

Dan aku masihkah mahu begini?
Atau kita bakal menyambung generasi muda ini...
Berdakwah tak perlu tunggu kita jadi sempurna..
buatlah dengan kemampuan kita seadanya...

Bila aku fikirkan kembali,
ajal sungguh tak mengenal usia..

sedarlah- untuk aku yang terleka

Semoga ALLAH tempatkan kalian dalam kalangan orang-orang beriman dan syurgaNya. 
Amin
Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment