Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, June 5, 2015

#anak murid abah

Assalamualaikum..

pt : patient

4 June 2015
Hari ini seperti biasa, aku ke Wad Ortopedik. Membelek helaian case note.
Diabetes Mellitus Type 1. Tertarik sebab pt ini asal dari Ranau juga. Aku lihat dia yang sedang memejamkan matanya. Mengantuk agaknya.
Sempat sembang dengan caregiver tentang pt. Oh..rupanya anak murid abah.
Bila sebut nama abah,Cikgu Jabilin, tiba-tiba pt mmbuka mata,nampak tersenyum dan mula bercerita tentang abah.

Akhirnya, aku  pula tersenyum...
Rupanya abah begini di sekolah..disenangi anak2 muridnya..
Kisah2 yang dikongsikan pada anak2 murid abah..diceritakan kembali oleh anak murid abah
mula membuatkan aku sebak...

Seketika berborak dengan anak murid abah,
Membuatkan aku sedar satu perkara..
Abah dah semakin berusia,banyak luahan hati abah sebenarnya..
Anak-anak  luangkan masa untuk dengar...
Biarkan abah luahkan segala yang terpendam...

Semoga Abah terus tabah melayari kehidupan ini.
Ya ALLAH lindungi abah dunia dan akhirat.. Amin




To adik ini,,,take care..
kuatkan semangat...
terima kasih sebab senyum..
itu tanda ketabahan.. :)

No comments:

Post a Comment