Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, June 5, 2015

#hai bos!

Assalamualaikum..

pt: patient


Beberapa bulan menjaga wad ortopedik, teringat kisah seorang pt Diabetes Mellitus.
Aku bertemu dengan seorang pt, aunti comel..haha
Awal-awal aku datang, aunti menyapaku dengan bersahaja
sambil masih berusaha meniup spirometry..

Terus aku tersenyum..

Aunti ni sangat comel.. Dia selalu ucapkan terima kasih..
" Terima kasih kasi nasi, susu,"

Bila aku datang follow up lagi,
aunti akan menyapa aku '' Hai bos!"
"Terima kasih kasi susu..tapi esok tak payah kasi la dulu.."
" Hari ni kalau boleh sa mo makan bubur?boleh ka?"sambil senyum2..

(suka hati saja aunti ni..haha)
Tersenyum tengok gelagat auntie ni..


Bila aku datang lagi follow up..
Kali ni aku nampak aunti dah boleh duduk di wheel chair..
Seperti biasa, auntie menyapaku
" Hai bos!"
" You pergi tengok tu yang sebelah, you kasi tau dia apa mau makan"

Sambil aunti menunjukkan pt disebelah katilnya..
hahahaa..suka hati saja auntie ni..haha
aunti..aunti...comel sgt...


Satu ketika,aku datang lagi follow up,
aunti sedang duduk di wheel chair,lepak di tempat jirannya..
"Hai bos'' aunti menyapaku..
" Berapa itu kos satu orang itu makanan arr?"
"Ada rm 10 ka?"
"Terima kasih arr,,kasi susu,nasi,

Ada satu hari,aku datang follow up
monitor blood glucose auntie..
emm..hairan kenapa ada yang tinggi ni..
Bila siasat dan korek rahsia..haha
rupa-rupanya....

" Sa ada makan itu pisang goreng..
Itu depan katil,mo balik sudah, jadi mereka bawak tu pisang goreng..
jadi sa ikut makan ramai2"

Sambil aunti senyum.. :)

Pengakuan yang jujur..heheheee


Aunti..aunti.. :)


#Terima kasih aunti kerana menceriakan hari-hari saya :)
#Hai bos! :D

No comments:

Post a Comment