Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, June 5, 2015

#SMK Bandaraya

Assalamualaikum..

pt: patient
ROF: ristrict of fluid

****************************************

Teringat...kisah minggu lalu,pengujung Mei 2015


Seperti biasa, follow up pt di wad ortopedik. Kali ni seorang pt Diabetes Mellitus + ROF 750ml.
Syukur, pt ni dah bertambah baik keadaannya. Lebih bersemangat dan berselera makan dari visit pertama yang lepas. Kali ni pt lebih banyak bersuara, senyum,gelak ketawa dan memberi respon yang baik. Bermakna,lebih mudah sesi kongsi ilmu diabetic diet.

Teringat kata pt ni,
sekarang ni kena " kena kurang manis,tambahkan manis dalam senyuman"
sambil dibetulkan ayat itu oleh isterinya "kurangkan manis dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman.." :)

Sempat sembang dengan pasangan ni, oh nanti kalau disharge akan balik ke area Menggatal.
Oh...rupanya anak-anak mereka ramai yang sekolah di SMK Bandaraya ( nama dulu SMK Menggatal)

Sekali lagi..anak murid abah..
Bila disebut nama Cikgu Jabilin..pasangan ini mula bercerita tentang anak-anak mereka yang bersekolah di sana dan mengenali abah.

Teringat segala kenangan semasa kecil di rumah guru SMK Bandaraya..
Terlalu banyak suka dan duka 
apatah lagi untuk abah...



To uncle D,
semoga kuat semangat
terima kasih untuk senyuman itu
kerana senyum di kala sukar tanda ketabahan! :)











No comments:

Post a Comment