Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, February 27, 2014

cc: 25 Dietetics friends

Assalamualaikum


Hidup ini masih lagi jauh perjalanannya
Walaupun pasti ternoktah tak kira masa

Dan hari itu,
saya rebah di pertengahan jalan..
semangatku hilang.

Kawan,
Andai pun penat tak nampak haluan
Andai pun sukar menempuh halangan
Yakinlah ada harapan
bagi mereka yang masih ingin berjuang

Atau

Kawan,
Sekalipun menyepi pilihan hati
Sekalipun berdiam yang kini di sisi
Carilah tenangmu usahlah kau ragu
Adakala memang kita perlu bersendiri

Dan kawan
Kiranya masih kabur mencari sinaran
Tiada yang bisa memberi jawapan
hanya hati yang tahu menilai
apa impian yang ingin di gapai

Dan saya pun
dah rebah di pertengahan jalan..
tapi SEMANGATKU KINI DAH KEMBALI PULANG:)

Untuk saya dan kamu
Untuk segala apa yang ditempuh sekarang
Untuk semua persoalan yang masih bersarang

Tanyakan pada Tuhan
Dekatkan pada Tuhan
kerana di situ ku yakin ada jawapan...

1.13AM
27 Feb 2014

cc: 25 Dietetics friends:)


Coursemates ku yang masing-masing sedang mencari dan sedang berjuang.
Semua ada cerita sendiri yang kadangkala hanya diri sahaja yang memahami.
Semoga berjaya semua!! :)


Keep up our fighting spirit!



from: FB Erk:)








Sunday, February 2, 2014

kisah cinta lama

Assalamualaikum


Tak semua kisah cinta lama itu satu kisah yang sia-sia.
Malah,pada aku tak pernah sia-sia.
Ada hikmah lembut menyapa di sepanjang jalan hidup.

Kisah cinta lama
Entah aku sedar atau tidak
Aku dewasa di dalamnya

Walau arah telah berubah
Aku masih aku yang dulu
tetap berterima kasih
untuk kenangan dia dahulu

Harap dia juga begitu
Masih dia yang ku kenal dulu

Insan yang baik juga penyabar
menjaga hati memberi setia
pada pilihan hatinya kini..


#throwback #kenangan # teringat saja tak lebih dari itu