Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, May 31, 2013

Terima kasih Puan

Assalamualaikum

Lebih kurang empat bulan saya praktikal di Hospital Umum Sarawak.
Dua bulan yang pertama,sangat mencabar mental dan fizikal. Berjauhan dari keluarga dan rakana-rakan sangat menguji saya. 
Tapi,bila teringat tujuan saya memilih Sarawak sebagai destinasi menyambung pencarian ilmu, perjalanan diteruskan.

Hari berganti hari. Tak sabar nak menghabiskan Out patient traninig. :)
Siap buat countdown lagi. Haha
Tapi pada masa yang sama, hati rasa sangat risau. Kerana selepas out patient training,akan bermula In-patient training.
Oh,sesungguhnya,saya tak punya kekuatan masa tu untuk berdepan dengan In-patient training.
Rasa takut, risau dan macam-macam lagi.
Jadi, 2 bulan yang terakhir juga sangat mencabar saya..hehe

Di Hospital Umum Sarawak ni,kiranya tempat pertama praktikal selepas in house training. Boleh kira tempat membesar la kat sini. Banyak sangat ilmu yang dipelajari.

Bilik kaunseling HUS
Saya sentiasa mengingati jasa-jasa setiap dietitian yang mengajar saya.
Jika di Hospital Umum Sarawak, 
En Khairul, Pn Shariza, Mdm Loh,Mdm Jun,Mr Brian.

Mereka semua banyak sangat membantu dan mengajar saya tentang ilmu dietetik dan juga kehidupan.

Pn Shariza :)
Masa awal2 datang nak melapor diri, antara orang pertama yang kami jumpa ialah Pn Shariza. 
Ada satu ketika, Pn Shariza panggil,Pn tanya, " dah makan?''
Saya berasa pelik sebab waktu tak menunjukkan waktu lunch lagi. Oh rupanya,nak belanja kami makan..haha
Ada satu ketika,saya berpeluang ikut Pn Shariza naik ward. Melihat gaya Pn Shariza handle case, saya tertarik dengan pendekatan yang digunakannya. Bermain dengan psikologi manusia. 
Pn Shariza beri saya macam-macam peluang nak belajar.
Untuk pertama kali,saya kena beri talk untuk group counseling.
Tapi saya tak pernah buat. Dan Pn tunjukkan pada saya cara-caranya.

Ada satu ketika, semasa saya di bilik kaunseling, Pn Shariza datang dan mengajar saya satu persatu cara-cara nak menulis dalam case note/BHT.
Pn beri saya macam-macam nasihat sehinggakan bila saya pergi praktikal tempat lain,saya teringat pesanan-pesanan itu.

Melihat Pn yang bertugas jauh dari tempat tinggal,saya jadi kagum dengan Pn.
Bertahan hingga akhirnya untuk memberi khidmat di Sarawak.

Terima kasih Pn Shariza :)


*nanti cerita pasal dietitian yang lain pulak :)

Penghujung..

Assalamualaikum

Hari ni kalau mengikut kalender merupakan hari terakhir sesi pembelajaran di UPM.
Kepada junior 3 year, semoga berjaya dalam test masak2 :)
Nak kata susah sangat,tak jugak,tapi rasa risau tu,tak payah cakap la...hahaa
sampai tak ada selera nak makan. Selesai je present masakan,terus berselera nak makan..haha

Untuk aku dan rakan final year, dah selesai community program,dah selesai group counseling. Sekarang tengah bertungkus-lumus siapkan final report. Minggu depan ada peer evaluation.

Semalam,kumpulan aku pergi Hospital Serdang untuk belajar guna sistem e-HIS. Sistem yang digunakan untuk merekodkan maklumat pesakit. Kenapa kena belajar semua ni?Sebab nanti ada exam,
BEDSIDE EXAM dekat Hospital Serdang.
Harap2 dapat buat yang terbaik.

Cerita di UPM sudah hampir sampai ke penghujungnya...








Thursday, May 23, 2013

Selamat hari lahir,kawan :)

Assalamualaikum

Hari ini hari lahir seorang kawan sekolah menengah. 23 Mei.

Selamat hari lahir.
Semoga bahagia di samping keluarga dan insan tersayang.
Semoga ALLAH permudahkan urusan di dunia dan akhirat.

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.
Terima kasih atas kebaikan dan keceriaan yang pernah diberikan.
Semoga persahabatan kita berkekalan..




Tuesday, May 14, 2013

13 Mei 2013 ~Selamat Hari Lahir~

Assalamualaikum

Semalam
13 Mei 2013
Thank you for the birthday wishes :)

23 tahun dah.
Semoga aku menjadi kakak,adik perempuan,anak perempuan,kawan dan sahabat yang lebih baik.
Semoga aku menjadi hamba ALLAH yang sentiasa mencari redoNya..



Masa ni terkejut tiba-tiba dapat kek dari kawan-kawan.
Tiba-tiba aku sebak dan sedih bila tengok ada nama aku kat kek.
Tak dapat nak cakap terima kasih sebab sedih+terkejut.
Sedih sebab mungkin  ini yang terakhir :(
Lepas ni kami semua akan membawa haluan masing-masing.


Aku bersyukur kepada ALLAH atas segala kurniaanNya
Alhamdulillah..




Saturday, May 4, 2013

Makan malam

Assalamualaikum

Hari ni aku jadi fasilitator kat Mid Valley untuk Nutrition Month. Kemarin datang sana sebagai peserta. Haha. Best jugak. :)
********************

Semalam ada isu DINNER+SENIOR JUNIOR

Kami telah di"brainwash" oleh senior2 kami yg da grad.(sebagai panduan,dan nasihat)
Nervous jugak aku..:p
so,SENIOR JUNIOR,Siapa2 x nak faham lagi tak tau la..
boleh kena rendam dalam sungai klang tu. hahahaa

Semalam  ada issu dinner ni,aku tiba2 jadi homesick.:(
Bertambah lagi bila aku tengok abah,mak,abang,adik aku online kat Facebook.
Maka,mulalah aku dengan moOd yang sedih  mendayu-dayuuu..:p
aku kan kalo dah homesick,mula la mcm2 hal aku buat.
contohnya, pergi rumah kawan2,lepak2 sana,tanpa tujuan..emm
bangun,duduk,jalan kat ruang tamu,tanpa arah...
tapi kejap je..mana boleh lama2! Hati mesti mau kuat beb-kata Kak Nana :)

Teringat kat rumah.. DINNER kat rumah SEBUAH KELUARGA,DINNER yang ada KASIH SAYANG.
sebab tu aku homesick..hahahaa...nak dinner kat rumah rupanya:p

Justeru, saya ingin bertanya kepada ''anda''
adakah kita masih ibarat sebuah keluarga?
jika YA,  berikan alasan anda(haha ingat ni soalan need of assessment ke;p)
jika jawapannya tidak,
sy pon x nak pergi dinner yang tak ada kasih sayang. (mood: biasa2 je)

saya nak packing barang balik Sabah,dinner kat sana. selamat tinggal (mood: gembira,cuti dah dekat^^)



p/s: siapa gerangan yang komen kat entry sebelum ini?(mood: saja tanye^^)




Thursday, May 2, 2013

mungkinkah dia Habib Albey?

Assalamualaikum

Tadi saja tengok-tengok dashboard blog,
tiba2 perasan satu yang agak menarik.
kat part search keywords
tertulis

saiyidatul shufwah jabilin


Aiikk..ada seseorang cari saya ke?
(perasannya,entah2 diri sendiri kot yang pernah buat search keywords nama sendiri,haha^_^)

mungkinkah dia Habib Albey? (ni kes baru baca blog Dr Sarah la ni,haha)


maksud Habib Albey?^_^

Wednesday, May 1, 2013

Baby Anggerik#Story 2# HRPZ 2

Assalamualaikum..

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja:)
cuti..cuti..hehe
********************

Beberapa minggu sebelum habis praktikal kat Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ 2).
Aku berpeluang ikut dietitian pergi wad Anggerik. Ikutkan jadual,bukan minggu pediatrik. Tapi ikut jugak,sebab dietitian M cover dietitian L yang ada hal.

Kelam-kabut jugak aku hari tu.Datul..datul..ko kena prepare selalu..Walau apa jenis kes pon depan mata..adoi...-_-..mcm mane nak jadi dietitian ni datul oooooooooiiii,,,,Jumpa pead je cuak betul..alahai~

Ha..so patient ni aku panggil baby Anggerik..hehe..sebab kat wad Anggerik.Sebab x boleh bagitau nama patient..nama itu rahsiaaaaaa:) Tau tak baby ni sakit ape..kesian betul..
TREACHER COLLINS SYNDROME. Sebenarnye aku x tau pon ni syndrome ape..hehe..so aku kena cari la-_-Aku x ingat baby ni umur berape..tapi baby dalam 20 lebih hari..Kecik2 dah sakit..cubaaann...
So, patient kena refer sebab nak start balik guna Carborie.

Bila aku follow up baby ni, aikkk berat baby ni naikkk...punyalah aku gembira..senyum nak sampai telinga^_____^.
kata dietitian M " sukonyo dia"
First follow up,ikut dengan dietitian L. Tengok keadaan baby mcm mana.
Kata dietitian L " try bagi Carborie alternate feeding". Sebab baby ni dikatakan asyik cirit je.So,kena try dulu,tengok adaptation mcm mane.

Banyak kali aku follow up baby Anggerik.Haa..satu hari yang damai, aku pergi la follow baby ni.. Aku perhatikan  mak baby. Kagum.Kerana dia seorang yang tabah.
Tiba2,aku borak2 dengan mak patient. Oooo..mak baby ni SEBAYA aku tau!
Aku pon borak2 la ngan mak baby. Aku sebenarnya kagum dengan mak baby.Sangat tabah. Aku x nampak pon mak baby ni stress. Asyik senyum..relax je..Sampai sekarang masih teringat senyuman mak baby ni.Senyuman ketabahan:)

Lama2 baby Anggerik dah OK.Satu hari aku follow up, mak baby kate dah boleh discharge beberapa hari lagi. Aku gembira dengar berita ni :)

Aku follow up lagi baby ni,sampai lah hari2 akhir aku praktikal kat HRPZ 2.
Masa aku pergi tengok,mak baby tengah tido di samping baby tersayang.
Aku pon berlalu pergi...

Terima kasih mak baby dan baby Anggerik kerana mengajarku bahawa SENYUM ITU JUGA TANDA KETABAHAN.:)


~Orang di sekeliling kita juga inspirasi hidup!


Datul,
1 Mei 2013
9.56 am
Bilik,Kolej 17,UPM