Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, November 26, 2011

beri aku ruang,beri aku waktu, aku ingin sekali berubah...

Assalamualaikum..



Aku ingin berubah
menjadi yang lebih baik
aku mohon.....
beri aku ruang
beri aku waktu
aku ingin sekali berubah...

Aku berbicara dalam pencarian
cuba mencari sudut yang tepat
agar tidak terpesong lagi

Dulu,bila aku putuskan
untuk tidak bercinta lagi
berat hati untuk melepaskan

Semakin aku dewasa
semakin aku belajar
cinta yang aku pernah gapai
penuh kekeliruan,ketidakpastian

Adakah cinta sebegitu halal bagi aku?
Apakah aku harus bersama dalam ikatan yang tidak sah?
Adakah cinta sebegitu mengundang murka ALLAH?
Apakah aku telah melakukan kesalahan?


Semakin aku dewasa
semakin aku belajar
soal cinta ini bukan mainan
tanpa matlamat,bahaya
bermain dengan cinta

Aku mula tertanya?
apa salah aku jatuh cinta?
hingga satu hari
nasihat abah hingga kini ku ingati
Akhir bicara tentang cinta
"sabar", pesan abah.


Kadangkala
aku mula bertanya diri
Adakah aku telah mempermainkan?
Satu perasaan di dalam hati insan?
Adakah aku menjadi lupa?
dengan segala kesetiaannya?
hingga satu hari aku nekad
tiada istimewa antara kita
cukup hanya berteman biasa

Aku ingin berubah
berubah ke arah lebih baik
Aku ingin belajar mempersiapkan diri menjadi yang terbaik
untuk dia, hanya yang halal untukku...

Aku mohon..
Beri aku ruang
beri aku waktu
aku ingin sekali berubah...


Bagaimana agaknya aku di hari esok?
masih sempatkah memohon taubat dan ampun dari ALLAH?
Bagaimana agaknya aku esok hari?
masih cekalkah berpegang pada prinsip yang jitu?
Bagaimana agaknya aku di hari esok?
masih seronokkah melayani dunia yang sementara?


Moga ALLAH sentiasa membimbing kita dalam kehidupan ini.Amin.

Thursday, November 24, 2011

update!

Assalamualaikum....

Pasukan bola sepak Malaysia menang lawan Indonesia!^_^
bayangkan apa jadi kat blok aku masa tu...bising...
lepas tu siap ada bunyi bunga api...
hehe..

Air..kejap ada...kejap tak de..emm..
ada masalah la tu...
sabar saja lah....

Presentation Culture minggu depan...
malam ni je ada dua discussion..
satu untuk Clinical Nutrition,satu lagi Geatrik..
assignment2 masih banyak yang perlu disiapkan
nampaknya...Jumaat,Sabtu,Ahad,Isnin....kena bertungkus-lumus
bila nak cuti ni?^_^

Bila aku dengar 1 Disember...
dah nak dekat la cuti..hehe
nak balik rumah..yeah^_^

Tapi aku tertarik nak jadi sukarelawan untuk satu program ni..
tengok lah dulu...

Aku kena belajar sungguh-sungguh...
mungkin aku x bagitau orang lain
apa azam aku...tp aku perlu buktikan dulu..
yang aku boleh buat...

benar, kehilangan benar2 mengajar aku erti sebuah kehidupan...

aku tengok results tests aku,_-'
kena study kuat lagi ni...
tapi hari tu kuar markah assignment Culture,aku terkejut,tak sangka dapat markah macam tu^_^
tapi bila kuar result test Culture, terkejut jugak sebab dapat mcm tu-_-'

minggu depan test food safety..
satu lagi peluang aku...

sebenarnya semester ni aku rasa agak penat-_-;
7 subjek,22 kredit.,
tapi semester depan mesti lagi penat,aku rasa lah...
wahhhhh!!aku risau...-_-'

ok lah...tadikan...aku nak isi air...tapi......hehee^_^'



ia semakin  mengecil...hahahahaha
aku tak marah pon,x sedih terlampau pon...
aku asyik senyum je lepas tu...datul..datul..hahahaha,aku rasa geli hati je..bila fikir mcm mana ia mengecil..hehe^_^'

sebenarnya aku banyak kerja..banyakkkk....
tp aku tak stress malam ni...
aku cuma banyak kerja...jadi,aku nak buat kerja ni....
^_^


Masa tengok2 nota Maternal,jumpa kata2 ini:

Never give up; believe that it is possible. Don't expect to accomplish everything at once. Even small changes are significant and may be more enduring over the long term.

Sunday, November 20, 2011

Pemergian

Assalamualaikum..


Pemergian tidak dapat dijangka
meninggalkan semua yang ada
Aku juga begitu
esok lusa atau hari ini
aku mungkin sudah tiada...


Cukuplah kematian sebagai iktibar

Petang Jumaat

Aku sedang berada dalam kelas PATHOPHYSIOLOGY OF CVD.
Tiba-tiba ada satu mesej masuk. Dari seorang sahabat,Acik.
Aku membaca setiap baris ayat  mesej itu.Tekejut!.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Seorang senior sekolah menengah,headboy 02/06,Mohd Syahrul Yusof,telah meninggal dunia.

Sessungguhnya kita semua milik ALLAH dan kepada ALLAH kita akan kembali.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat ALLAH..Amin..

Al-Fatihah..

Thursday, November 17, 2011

Unit Hemodialisis

Assalamualaikum...

Khamis
Pagi ini aku bangun agak awal(dah tido awal-_-')
lenganku masih terasa sakit semasa menyiapkan report di awal pagi..

kemarin(Rabu,petang)
pergi PKU(pusat kesihatan universiti).Menerima vaksin Hepatitis A
menurut result tu,
untuk Hepatitis B masih mengandungi vaksin sebanyak 22mlU/ml,so saya difahamkan masih boleh bertahan..
sakit....masa kena cucuk!(hehe..saje je:p,sakit sikit je..)
then,aku tak balik terus,lepak2 dulu kat PKU...
lepas dah ok sikit,aku balik..pergi foodcourt kejap...
masa aku duk tenung je COOLBLOG tu,tiba2,junior2 aku datang menyapa..hehe
dorang ajak balik sekali....aku kata x pelah...ada hal...
kemudian aku pon pergi mencari sesuatu,nak bagi seorang senior,^_^
kemudian,pergi CIMB..
dan lepas tu,aku balik...hehe

Oh ya..
Pagi kemarin( Rabu)
aku dan 24 students diet yang lain melawat UNIT HEMODIALISIS di Hospital Serdang..^_^
Sebelum datang tu,aku dah cuak jugak..sebab group aku yang buat projek tajuk Haemodalysis Patient kene stay kat sana..untuk interview pesakit2 kat sana..macam2 andaian mula2..
"eh,mcm mana nak interview?"kalo dah lepas dialysis mesti nak balik,,penat.."

macam tu la-_-'..

Bila masuk kat Unit tu...wahh!!sangat menarik ye...ada banyak kerusi untuk patient duduk,dan disebelah pula ialah mesin untuk rawatan dialisis..
masa aku masuk,aku lihat ramai pesakit2 yang sedang menjalani rawatan...
aku tengok macam relax je......tapi dalam hati siapa yang tahu kan....
selepas tu..
aku mulakan sesi interview..
Patient yang aku interview ni...banyak cerita..hehe
salah satu perkara yang aku tanya
ialah tentang
pemakanan pak cik ni..
apa yang dimakan dari pagi sampai sebelum tido...
dari apa yang aku dapat, pak cik ni suka Teh 'O'..
pastu aku ada buat foodchecklist
nak kenal pasti apa makanan yang selalu pak cik ni makan..
dan aku kene tanya beberapa soalan berdasarkan questionnaires yang dah dibuat..
pak cik ni bagus...dia bawak sebekas gula-gula..
dan staf2 kat sini,amik je gula2...
mereka seperti dah sangat biasa...dengan pakcik ni..mula2 aku agak terkejut dengan suasana ni..
tapi bila tengok berapa lama pakcik ni dapatkan rawatan hemodalisis ni(dah lama,pakcik ni buat rawatan hemodalisis,so mesti dah kenal ngan staf2 kat situ)..memang layaknya
mereka dalam suasana berkeluarga^_^
suka sangat tengok...
oh ye..aku suka tengok suasana di unit dialisis..
staf2 peramah...
pesakit2 pon peramah^_^
suasana berkeluarga...


then,aku ngan kawan2 pergi makan kat kafe hospital..



berapa kalori ni?^_^

Selepas makan,kami bersiap sedia untuk WARD ROUND bersama dietitian tersayang..hehe..Cik A'ishah..(senior kitorang ni^_^)
Cik A'ishah  baik.^_^..agak2 nye,mcm mana nak handle kitorang yang 25 orang ni?hehe...mesti mcm2 ragam..


kalo doktor guna stetoskop,kitorang guna tali inci:p..
nak ukur  KNEE HEIGHT..dan ukur lilit pinggang:;p
dietitian bawa kami jumpa ngan 2 orang pesakit kali ni...untuk belajar dan berlatih..hehe

salah sorang pesakit tu orang Sabah...lepas kawan aku buat SGA kat pesakit ni
aku pon borak2 kejap ngan pesakit..dia tinggal kat Ranau(sama la..hehe)
Kg Melinsau(aku kat Kg Minihas..^_^)...x sangka aku berjumpa ngan orang Sabah dari tempat yang sama :)

habis ward round.....
aku pergi melawat Jabatan Sajian dan Dietitik...
masa aku masuk...wahh!!..sedang melihat penyediaan makanan dilaksanakan..
hehe..sebenarnya aku pergi sana..nak jumpa dietitian yang group aku akan interview..
tapi akhirnya just interview melalui emel..hehe..
lepas tu,aku balik..
selepas solat Zuhur,aku bergegas menaiki bas,nak pergi PKU,untuk amik vaksin Hepatitis...
nak tunggu bas bergerak,,tertido-tido aku dalam bas...emm
-_-'

Malam nya,aku buat kerja sikit...dan akhirnya tido...zZZZZ.....

sekian,terima kasih^_^

"Pesakit2 hemodialisis masih mampu tersenyum walau 3 kali dalam seminggu perlu mendapatkan rawatan.
Mereka masih bersemangat dan tidak berputus asa...mereka masih tersenyum dan bercerita tentang kisah mereka..."

dan untuk aku sebagai seorang pelajar,pelajarilah sesuatu daripada mereka...
aku kena bersemangat untuk belajar..walaupun penat dan banyak kerja...
walaupun tak dapat markah tinggi2 pon,kena berusaha lagi..dan jangan putus asa...
Semoga ALLAH permudahkan urusan-urusan kita..Amin...

Thursday, November 10, 2011

suatu hari nanti

Assalamualaikum..

pembelajaran semakin mencabar...


Dengarlah nasihat,walau hatimu tidak terbuka untuk menerima
walau kata-katanya kadangkala sakit untuk diterima
walau kata-katanya membuatkan kita terasa
kerana nasihat yang baik hadiah yang bermakna
mana tahu suatu hari nasihat akan menjadi kunci terhadap persoalan yang di cari....
Bersyukurlah ada kawan yang sudi menasihati
kerana belum tentu dia ada lagi di saat kita memerlukan suatu hari nanti...

lebih baik kita dinasihati kawan,dari terus hidup di dalam kesalahan...


[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah










Sunday, November 6, 2011

Aku jatuh cinta,benarkah?

Assalamualaikum...

(sekolah rendah)
Aku jatuh cinta,benarkah?
waktu itu aku masih mentah
umur baru setahun jagung

"pecah kaca,pecah gelas,
dah baca harap balas":p

(sekolah menengah)
Aku jatuh cinta,benarkah?^_^
waktu itu aku masih muda remaja
banyak berdiam dari bersuara
banyak memerhati dari menyatakan
hati ini rasa penuh dengan ketidakpastian
dia juga baik,dia juga sabar
hingga kini tetap ku hargai
tapi mungkin ini yang terbaik
melepaskan untuk kebaikan...

cukup hanya berteman biasa..


(matrik)
Aku jatuh cinta,benarkah?^_^
waktu itu aku sedang "berperang"
mengembalikan semangat diri
Semangat yang luntur suatu ketika dulu
banyak sekali yang ingin ku bina
setelah semua itu pernah retak
dan pernah berkecai..
berubah mencari jawapan yang pasti
apa cinta benar begitu?
atau cinta hanya begini?
berubah mencari makna diri..
sudahkah aku bersedia?
tinggalkan yang sementara
menuju yang abadi....

(universiti)
Aku jatuh cinta,benarkah?^_^
waktu itu aku sudah mula sedia
untuk terus berdiam
tika masa belum tiba..
sudah mula sedia
memilih satu antara dua
bukan  menjadi
kekasih di  waktu bercinta
namun menjadi
isteri permaisuri hatinya...

Aku jatuh cinta,benarkah? ^_^

hidup ini banyak kejutan...
tak kira masa aku mungkin sudah tiada..




pesan abah tentang cinta