Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, November 24, 2013

EMERGENCY CHOCOLATE and calories?who cares!! :)

Assalamualaikum

Hari ini sudah pagi Ahad..
Bergegas ke Empire Mall pagi Sabtu atas urusan kerja.
Lepas tu jalan-jalan, terpandang kedai coklat!!!wahhhhh...saya sangat suka coklat :)
Terpandang satu coklat yang unik..hahaha,nama coklat ini EMERGENCY CHOCOLATE
and calories?who cares!! hahahaa^_^


saya sangat suka coklat :)


SELAMAT HARI LAHIR DR NANA !! :)

Assalamualaikum

Hari ini hari Ahad. Hari ini hanya berehat. Recharge!
:)

Kemarin,masa berjalan-jalan di Empire Mall, teringat Kak Nana. Ku kira ingin membelikan hadiah untuk beliau, tapi belum ada idea hadiah apa yang nak diberikan.

Hari ini hari lahir Kak Nana. 24 November 2013.Wan Zuliyana Irmi. Sekarang Dr Wan Zuliyana Irmi :)
Tahniah Dr kak Nana..hehe

Saya tersangat gembira bila Kak Nana berjaya bergelar seorang Doktor sekarang.
Bila teringat beberapa kisah semasa sekolah menengah dulu, ada perkara yang membuatkan saya rasa sangat terharu dengan kejayaan beliau.:)
Orangnya sangat tabah dan kuat semangat. Turun, naik hidup beliau sangat memberikan inspirasi dan motivasi. Sangat menyuntik semangat pada saya bila saya rasa hampir tersungkur.

Dia salah seorang inspirasi hidup saya. Masa masuk matrik dan universiti, dia inspirasi saya juga:)
Terima kasih Kak Nana untuk segala kata-kata semangat, nasihat dan teguran.
Hingga ke saat ini, kami masih belum dipertemukan kembali walaupun kini kami sudah berada di KL yang tidak pernah tidur ni.hehe

InsyaALLAH...semoga waktu itu akan tiba ^^

SELAMAT HARI LAHIR KAK NANA   ==> SELAMAT HARI LAHIR (2012)
Semoga menjadi seorang Doktor yang beriman, berjaya dunia dan akhirat.
Teruskan pencarian mencari Doktor Cinta ^_~



Sudahku jumpa putera idaman
Ku kunci rapi di dalam hati
Bilaku sudah sedia berteman
Pasti ku temu si tuan hati.

                                                   ^_^ 


Thursday, November 21, 2013

Ingatkan aku teman, andai aku terlupa lagi....

Assalamualaikum..

Musafir di tengah kota
ada nada getar dalam diri
si pengembara yang sedang mencari
lihat saja ragam manusia
yang sana sini mengejar bahagia

Kota mungkin tidak setenang desa
Arus gerak kereta tak senyaman
deras arusnya sungai

Terpapar ibrahnya lagi
Hati terjentik di pagi ini
Benar aku ingin tenang setenang angin desa
Aku ingin lari dari kalutnya kota

Tapi adakah aku sudah terlupa? 
Walau ku cari tenang di kota mahupun damai di desa
Ingatkan aku teman, tenang yang aku cari 
sungguh hanya datang dari  Tuhan yang Esa

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang". (Q-S Ar-Ra'd: Ayat 28)

Ingatkan aku teman, andai aku terlupa lagi.... -

KTM Subang Jaya
8.55 pagi

Wednesday, November 20, 2013

Damai melihat cinta

Assalamualaikum

Haiiiiiiiiiiiiiiii :) Lama tak jumpa semua..hehe
macam-macam cerita,kejadian berlaku sepanjang dah habis belajar ni.
turun,naik kehidupan..


17 November 2013
Majlis Perkahwinan Buddy dan pasangan ^^

Selamat Pengantin Baru  :)
Hari bahagia ini
Damailah kami melihat cinta

Encik,
diri mengenalimu walau sekejap cuma
Encik benar seorang pejuang
pejuang cinta

Hari bahagia ini
Telah Encik tawarkan dan Puan terima

Encik,
perjalanan ini jauh..
tapi beri kami rasa yakin,
beri kami kata indah 
Encik akan jaga Puan hingga akhir nanti..

Moga Encik kekal pejuang 
pejuang cinta membawa Puan ke syurga

Hari bahagia ini..
Damailah kami melihat cinta... 

-Cik Datul :)



Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dlm kebaikan.”
(HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi)
 — feeling wonderful with Farah Yasmin and Ady Shah

(dapat jugak pergi majlis kawin buddy..semuanya dengan izin Allah SWT^^)