Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, April 30, 2010

selamat hari lahir cikgu...

Salam...selamat hari lahir cikgu...

kata cikgu,nak buat esei,pastikan ada UBI
"Ungkapan Bahasa Indah"
boleh jadi karangan "world class"...=)

cikgu,tanpa cikgu dunia tak sempurna,jika sudah sempurna,apa perlu ALLAH ciptakan kita..
tidak ALLAH jadikan sesuatu perkara itu sia-sia..
dan kerana keistimewaan cikgu...kerana kelebihan cikgu,
anak-anak muridmu mampu berdiri dengan penuh keyakinan,bertanding dengan penuh kesungguhan,belajar dengan penuh semangat...penuh motivasi dari cikgu..

semoga cikgu akan terus mengajar dengar penuh ketabahan...
penuh kesungguhan..sepertimana cikgu ketika diriku masih di sana...=)

cikgu,selamat hari lahir..semoga kebahagian menjadi milik cikgu dunia dan akhirat=)

"restumu guru,semangat kami"


~hari ni hari lahir salah seorang cikgu sekolah menengah aku..cikgu muhammad daud
cikgu ajar kami BAHASA MELAYU
subjek kegemaran aku..

rasa sebak pulak bila hantar wish kat cikgu kat wall FB cikgu..=(
tiba-tiba pulak tuh aku rasa mcm tu...
emm..cikgu terlalu banyak berjasa kepada aku,dan kawan2...
sekali lagi aku rasa sebak...
cikgu seorang guru yg selalu bagi motivasi kat kelas...
nasihat....
yang menjadikan aku belajar untuk hidup dengan penuh semangat dan ketabahan!!!!

cuma hati aku di pagut pilu..bila fikirkan kisah dahulu..
kisah yang pernah mengguris hati ramai pendidik...

sebagai salah seorang pelajar bacth 0307 yang berada di tahun dan peristiwa itu,


cikgu,maafkan saya....
restumu guru,semangatku,semangat kami!!!

Sudah habis ----Idgzam----- (^_^)



~14/4/2010-30/4/2010 Exam in progress~

Assalamualaikum....(^_^)

~sangat seronok aku rasa..
~terasa betul2 hilang tekanan...
~buktinya..aku teros pergi mines...
~belasah makan KFC...hahaha \(^_^)/
~dah lama x makan dan kuar pergi jalan2..emm
~sebab sibuk jer dari hari tu..haha(bajet busy,kehkeh)
~tapi,serious lama tak kuar...
~bila aku pergi mine,mcm banyak dah kedai baru..eh??
~ke aku yang dah lama tak jejak kaki..hoho
~aku sempat la beli buku kat sana
~dan x lupa untuk adik2 kat rumah,DRAGON BALL THE MOVIE...haha
~sebenarnya tak tau nak belikan apa...
~adik aku tepon hari tu...aku tanya nak kirim apa2 tak???
~dia pon cakap:"kirim salam jer la"
~haha...mcm tu la gaya adik aku...

~ape pon...aku sangat seronok hari ni...
oraittt..marilah bergoyaaaang kaki!!!!
selamat bercuti semua..dan selamat beramal(^_^)




hehe...free..:p



A smile is a language that even a baby understands..

Saturday, April 24, 2010

hari pertama jadi budak U

•CeritA TenTANg aku…

~Assalamualaikum..

Cerita aku hari ni,suka untuk aku kongsikan suka duka,pengalaman hidup di rantau orang,spesifikkan lagi,di serdang,dalam sikit.. UPM…\(^_^)/


Sedar tak sedar,dah nak habis tahun pertama aku di sini,bermakna dah nak habis jugak tahun aku menjadi ‘junior first year’..hehehe
Yeah..for sure lepas ni ada pelajar baru masuk..x kisahlah..adat beruniversiti..hehe
~SURAT TAWARAN SAMBUNG BELAJAR

Bercerita pasal surat tawaran,aku main print jer dari tenet,tu pon sehari sebelum datang sini…
Alkisah,surat tu lambat sampai..mungkin jauh sangat..SABAH lah katakan..
Dan aku sangat kalut malam tu..nak mitak cop lagi,sign lagi..dan abah aku sangat rilex..hehe
Maksud aku,semua dia serahkan pada aku nak uruskan..contohnyer bab bab yuran..
Aku punyalah cuak..tp abah aku percaya yang aku boleh uruskan dengan baik sendiri kat sana..
Akupun jadi rilex la bila abah aku dah cakap mcm tu..
Keesokannya,lebih kurang pukul 6 pagi..kami bertolak dari Ranau..menuju ke LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU(air asia jer..kehkeh)

~MUNTAH

Oleh kerana jalan kat RANAU ni,bengkang bengkok mcm ular kena palu,perut aku mula meragam,nak muntah!!!dah biasa macam tu..ni bukan pertama kali aku rasa mcm ni..apatah lagi abah aku bawak kereta fuuh!!!sikit lagi.. boleh masuk formula one!lebih laju daripada biasa!!hehe
Sampai jer kat airport tersayang,gas2 mula meluncur laju bak gunung berapi yang nak meletus!
Bluueekkk!!aku muntah..legaa…
Kesian abah,aku tak dapat bagi tumpuan pada ape yang abah nak sampaikan,nasihatkan,dan ingatkan..tapi,aku dapat tangkap jer apa yg abah bagitau…
Aku tetap ingat segala pesanan abah,nasihat abah sebelum aku fly(ceh,,fly…mcm nak pergi oversea jer..hehe)
Sebenarnyer aku cuak..sebab tulah kali pertama aku naik kapal terbang sorang2..
Sebelum ni memang pernah naik..tapi hampir satu kapal tu di jajah oleh palajar yayasan sabah!haha..
Akhirnyer,tibalah masa aku nak terbang…
‘I believe I can fly…’ceewah..
Aku lihat wajah2 insan tersayang..sayu..sebak pon ada..tapi oleh kerana dah biasa merantau..ada kekuatan yang terbina..aku teruskan langkah..untuk…
‘Menuju puncak!gemilang cahaya!’

~MAKAN

Dalam flight pulak,lain pulak ceritanya,al maklumlah,air asia maner ader bagi makanan mcm MAS,dan perot aku mula berentak dongdang sayang pulak..kali ni bukan nak muntah..tapi lapar!!haha..
Aku pulak mana ada tempah makanan ,mase beli tiket tu..emm…selang beberapa ketika,tibalah masa laluan sempit kat dalam flight tu dilalui oleh pramugara,pramugari sekalian..aku pon berkira-kira nak beli makanan on da spot kat sane..tapi bila melihatkan harganye yang x tercapai dek akal..hehe..hyberpolanyer..
Aku batalkan..mahal beb!!!lagi satu sebab aku tak reti nak beli kat dalam flight tu..segan plak..kehkeh
Akhirnyer..tersadailah aku dalam perot kapal terbang,,menunggu masa untuk dimuntahkan ke airport LCCT…
Alhamdulillah..akhirnyer aku sampai dengan amannya..emm..ape lagi… melantak apa jer yang ada kat sana!
Ha!!aku jumpa mary brown..berkelahlah aku kat sane kejap…
Dah la sorang2..emm…memang habis aku makan sesedap rasa..haha
Sebenarnyer aku tunggu abang aku yang sulung ni..dia yang akan bersama2 aku pergi UPM..

Tunggu punya tunggu sampai jugaklah abang tersayang…
Dan perot aku kembali meragam!!nak muntah!!!adoi….
Abang aku pon tempah teksi..al kisah pulak dalam teksi..hehe
Aku asyik duduk senyap jer,kejap2 tunduk kepala…
Sampai abang aku naik heran..dan apabila bakal doktor mula berbicara….
Bg wan:bg wan tengok kak teh mcm x gembira je datang sini..
Aku pon jawab “x lah,perot tak ok..rasa nak muntah”
Baru abang aku paham…
Sesampainyer di UPM,sudah!!aku tak tau mane kolej 17 ni…
Bila sampai kat dewan besar,aku mula berhenti dekat yang ada kereta tu..ala..ape erk nama kereta ni..mcm kereta kebal jer..eh bukan..ntahlah kereta ape,yang penting dekat ngan dewan besar..
Apa yg jadi kat sana ialah,AKU MUNTAH!!ish..ish..ish…
lepas habis adegan tu,babak seterusnya ialah saringan kesihtaan H1N1!!!
Ces,tp x buat pape yang menterujakan aku pon,yang aku ingat cuma isi borang..pastu yang jaga sana tanya aku dah wat tak medical check up..aku katalah belum..pastu tulis nama..tu jer…
Emm..apo nak di kato..


Lepas tu,aku ngan abang aku pon tunggu lah bas kat depan tu..sekarang perhentian bas terakhir tuk kolej 17..
Bila aku duduk..aku rasa upm ni beeeeeesaaaaaaarrrrrrrr sangat!!hehehe
Abang aku pon kata cam tu..
Tunggu punya tunggu,datanglah bas yang jempot kami..
Sesampainyer kat FPSK,aku di sambut oleh lagu NO BODY!!haha
“no boy..no body..but you!!!’’
Teros ingatan aku pada matrik Labuan..kawan2
Lagu tu lah yang kitorang duk nyanyi kat bilik..haha
Sampai step2 menari tu pon..ader je yang nak pi hafal…hahaha(^_^’’)
Emm..kemudian,,aku masuk kat foyer..tapi abang aku tak leh masuk..tungguhlah dia kat luar..emm
Mcm dah lengang jer ..rupenyer..aku yang lewat skit daftar..pagi2 tu ramai dah orang…
Kat sini aku nak memuji keramahan mereka2 yang terlibat kat dalam foyer tu…
Perkhidmatan yang baik..layanan pon bagus. .aku sangat suka dengan sikap mereka..hehe

Pandangan pertama: orang-orang kat sini ok!!

Selepas tu,abang aku pon nak balik dah..jadi aku pon meneruskan perjalanan ke Blok A dengan bas yer..
Hehe..padahal x der lah jauh pon..kehkeh
Sesampainyer aku kat kolej,aku pon tak tau mane nak cari bilik A-2-9-2..sedang aku mencari..aku di sapa oleh emm.. x silap aku dua orang pelajar yang tengah wat survey..aku pon jawab jerlah..hehe
Setibanya aku kat rumah A-2-9,aku mula teruja..kehkeh..
Wahhhhh!!!ala-ala apartment gitu..kehkeh
Waaahh!!!ada ruang tamu pulak…
Waaahhh!!!!mcm boleh masak ni…..hahaha…
Emm..ako pon intai2 lah ahli rumah yang lain..mula sekali aku rasa aku jumpa Ifa ngan Roza…
Emm..aku nak tergelak pon ader..bukan aper.. sebab dua2 nama tu mcm nama selebriti,Ifa raziah ngan rossa..kehkeh
Kemudian,pengembaraan di teruskan..aku jumpa plak Rini..tiba-tiba..tumpuan aku beralih pada katil sebelah rini….
“Betulke ape yang aku nampak????bukan ilusi atau fantasi???”

Korang tau apa yg aku nampak???kehkeh
Cadar biru kolej matrikulasi Labuan!!!!!!!
Makna nye….aku tak kesunyian di sini!!!hahaha
Rupa-rupanya AIN sarawak pon sekali rumah ngan aku…fuuhhh..ader geng gak…hehehe
Bila aku masuk bilik aku,jumpa lah roommate I ye…cik sarah khalilah binti kasa..ceewaahhh….

Tak lama kemudian,aku pon..pergi turun kat café..emmm..ada sesuatu yang aku cari…tp aku tak jumpa…
Aku pon tanyalah orang kat sane: surau kat ner????
Dia pon tunjuklah kat aku…thanks…
ALHAMDULILLAH…..segala puji bagi ALLAH atas segala nikmat yang diberikanNya…

aku.budak.baru.ingin.kongsi.\(^_^)/


Bismillahhirrahmanirrahim…

~Assalamualaikum…
Akhirnya,aku ada juga blog sendiri..hehe
Ye..sebelum ni..memang kena buat blog,tapi tu pun sebab kat matrik kena amik subjek SAINS INFORMATIK,jadi buat blog itu satu kewajipan,penuhi silibus..hehe
Tapi,blog tu wordpress,dan aku x leh bukak,sebab tak ingat kata laluan..

~Kadang2 aku terfikir,perlukah aku ada blog sendiri?
Sebenarnya,aku tak tahu nak tulis apa kalau nak buat blog,lama aku fikir,
Lalu aku jumpa jawapan untuk persoalan aku..

~Semoga isi2 blog yang aku sampaikan akan memberi manfaat kepada orang lain jugak…
Maksud aku,cerita2 yang akan aku tulis,pengalaman hidup aku,banyak pengajaran yang dapat aku sendiri amik..dan aku harap dapat memotivasikan orang lain walau tak banyak,sedikit pon x per…bagi yang nak hayatilah..(hehe..)

~Aku harap di akhir setiap cerita yang aku coretkan,kita akan dapat menilai kembali diri kita sendiri,dan yakinlah bahawa:

~Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya,cuma kita manusia yang tak tahu,bila,di mana,dan apa kah hikmah itu,biarlah takdir yang merungkaikannya..
Yakinlah akan janji2 ALLAH..dan ALLAH bersama orang2 yang sabar…


~Wahai insan yang di sana,mungkin saja ini kau dengar,melalui semesta ini aku sampaikan….



~bersambung~

Friday, April 23, 2010

MUKADDIMAH CINTAKU

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...





Cintaku padamu sang lelaki
Hampir aku dihanyut arus
Tak tertolong lagi

Cubaku rungkai takdir yang bersemi
Dengan ketenangan yang menjengah
Ku pasrah sendiri

Kian aku mengerti hakikat
Kerna cintaku pada duniawi
Membuat aku kaku dan sepi

Ingin aku rencana kembali
Satu perjalanan menuju Illahi
Ingin aku tafsirkan kembali
Episod hidupku menuju ukhrawi

Kukerah kudrat,tegar di hati
Walau butir air jatuh di pipi
Ku tinggal segala kejahilan lalu
Demi sebuah cinta nan suci

Ketahuilah,
Rentetan ini,titik permulaan
Memadam kesilapan silam
Perjalanan ini satu hakikat
Satu kenyataan

PadaMu Ya Rabbi,
ku utus
Mukaddimah cintaku…

1/2/2010 8.24pm

~Ilham tuk menulis kata-kata ni aku dapat bila aku dengar perkataan Khatimah Cinta(pengakhiran cinta)..
~terus meluncur laju segala idea untuk mengarang..hehe

Emm..sebenarnya aku nak katakan puisi ni sajak..tapi takder yang nak deklamasikan..
Untuk kata ia satu syair,macam lain jer..kehkeh
Untuk katakan ia satu lagu,tiada yang ingin menyanyikannya..
Untuk katakan ia suatu rahsia,maka telah aku coretkan untuk semua..
Jadi,aku noktahkan biarlah ianya menjadi satu lukisan hati..

Yang mungkin hanya aku sahaja yang fahami..
Memang,mungkin aku sahaja yang fahami…
Oh! Tidak…ALLAH yang lebih memahami!!