Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, January 26, 2014

pediatric ward

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, rupanya junior Dietetik pun dah mula praktikal foodservice.
Dah nak habis dah tu..
Aku suka dunia degree,cuma bila teringat timbunan assignment..@_@
hehe..penat ooo..
***********************************************************************
Baru-baru, dengar-dengar PPUM tengah ada audit. Kawan saya seorang nurse kat sana,juga tak ketinggalan dengan kesibukan audit.  Hehe,x ada apa pun. Cuma teringat masa praktikal dulu.
Hahaha..aku dan rakan-rakanku sibuk tengah cari case study nak present,minggu last praktikal nanti.
Bertambah kalut bila audit ada. Kalut bukan apa, sebab x jumpa case nak present lagi. Haha..nak naik ward pon tak boleh sesuka hati. Semua kena hati-hati.
Bertambah ribut,bila dapat call dari lecturer kemungkinan kami kena balik UPM masa audit.
Memang kitorang tengah pening kepala masa tu.

Tersenyum bila ingat balik..:)

PEDIATRIC!

Masa praktikal kat sana kat PPUM..selalu dapat assignment peadiatric.
Kami akan duduk bersama dietitian Pn H di bilik dan bukak buku.
Banyak benda baru yang kami belajar. Dari basic things hingga yang complicated. :)
Kadang-kadang aku rasa,wahhh,,sejauh macam ni aku belajar.

Penah satu ketika, saya dan kawan ikut dietitian naik ward pead. Oh,dengan Mr H.
Duduklah kami dengan satu case pead.
Masa tu,first time kena kira terlampau specific termasuk segala vitamin yang ada dalam susu.
Wahhh..sebegini jauh kena kira untuk patient ni.
Oh.aku masih ingat case tu. Patient Nutirion diagnosis was unintentional weight gain!
Ya,sebab tu lama nak mengira,tak nak bagi terlebih kalori.
Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan. :)

Pada satu hari jugak,kami sekali lagi di ward pead. Kali ni bersama Cik H.
Masa ni ada ward round. Semua yang terlibat berkumpul kat bilik meeting.Lepas tu ramai la Doktor dalam tu,termasuk nurse dan dietitian.
Dietitian siap pesan suruh kami bertiga berdiri! Kitorang pun berdirilah kat belakang.
Tiba-tiba,masuk seorang nurse. Dia pun dengan baik hati pelawa kami duduk.
Tapi disebabkan takut,kitorang pon berdiri lah sampai habis discussion tu! hahaha..lenguh kaki!:p

Masa tutorial class lagi cuak!:p
Ada satu soalan dari Cik H, "kenapa kadang-kadang kalau blood pressure baby tinggi, tak semestinya ada problem?"
Masa tu, memang nervous la,tak dapat jawap.Tapi,bila dapat tau jawapan..emm..rasa nak ketuk2 kepala sebab x dapat jawap!hahaa

Bercakap tentang peadiatric, teringat masa awal-awal praktikal di Hosp Umum Sarawak. Teruja oo dapat masuk PICU.
Masa tu saya budak baru belajar..hehe. So,dietitian pun bawa masuk PICU dan suh kira kalori.
Saya pun duduklah,nak ambil susu dalam almari. Sambil duduk,saya tengok info dibelakang tin susu tu. Tiba-tiba,dietitian Mdm L datang jugak,duduk sekali ngan saya. Ajar saya satu persatu. Oh!saya terharu masa tu..^_^
"If you walk,I will walk with you.."

Ada satu ketika pula masa di Sarawak, saya bersama-sama Mdm J ke pead ward. Saya masih ingat,patient ni ada masalah constipation. Jadi,saya dengarlah Mdm J bagi intervention.
Wahhhh..saya rasa sangat wahh!!..begitu mendalam ya.Siap bagi senarai high fiber food dekat market!
Masa tu saya sedar, bukan sekadar kira kalori, tapi kena bagi alternatif! :)

Masa special unit pulak di HRPZ 2,Kelantan, ada minggu yang saya bersama Pn L untuk minggu pead.
Di sini pun pengalaman menarik. Masa tu,saya berpeluang masuk NICU. Baby tu baru je umur beberapa hari.Tapi baby tu sakit.
Saya memang dah cuak dah la kan sebab tak tau nak buat apa. Lepas tu, saya tengok la dietitian Pn L handle.Dari cara assessment, kira,sampai intervention, Wahhh..rasa memang wah!!.

Hehe,konklusinya,belajar pasal peadiatric memang akan rasa wahh!!!hehe
Kagum dengan mereka,dietitian-dietitian ini. Terbaik!

Perindu Si Kinabalu

Assalamualaikum..


Walau di mana aku berada
Akulah perindu si Kinabalu
Kerana Kinabalu mengingatkanku
Pada erti sebuah kehidupan
pada semangat di sebalik kehilangan

Jauhnya Kinabalu tak mampu ku gapai
Hanya dari sisi ku lihat warnanya masih kekal
Walau jauh beribu halangan, terpisah dengan sempadan
Kinabalu, cerita indahmu tetap menjadi bualan

Cerita Kinabaluku nukilkan untukmu
Si ibu yang telah lama pergi dulu
Pergi yang sudah tak mampu ku capai
Tapi warna hidupmu masih disanjung,
selalu dikenang
Walau kau jauh,tak mampuku ku dakap
Cerita indahmu tetap menjadi pilihan

Tingginya Kinabalu mengingatkan aku
Walau ibu pergi dahulu
Tapi hebatnya ibu mencuri hatiku
kerana pergimu berbekas di hati
ditinggalkan semangat untuk berjuang
untuk si kecil tiup kembali rasa yang hampir hilang
untuk si kecil cantum jiwa yang hampir layu

Dan
Semangat ibu setinggi gunung Kinabalu
Inspirasi padaku yang hanya seorang perindu
Hingga kini ku bawa lagi
Mencari erti cinta abadi

Akulah perindumu
Walau jauh di mata, tapi selalu kan dekat di hati
Walau dari jauh, hatiku kan tetap merindu
Pada satu nama yang amat berjasa
Ibu..

“Tinggi-tinggi gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang pada kamu
Biru-biru hujung kinabalu
Tengok dari jauh hati saya rindu”

12.04 pm
7/7/2013

Kg Minihas, Lohan,Ranau,Sabah

Saturday, January 18, 2014

Sejaroh batch kito, Thorough Breeders Batch

Assalamualaikum

Hari ini 18 Januari 2013. Sudah 2 bulan saya bekerja. Alhamdulillah.:)
Hidup ini macam ECG. Ada ups and downs...

**************************
Sejaroh batch kito..

Terbaca satu status kawan tentang sejarah batch kito.
Aku rasa ini sejarah untuk kenangan,panduan dan pengajaran.

Thorough Breeders Batch

Teringat kawan-kawan batch aku ni. Aku bukan jenis yang selalu komen. Kadang-kadang tak tahu apa nak dikomen.Tapi aku selalu tengok dari jauh perkembangan Facebook batch sekolah menengah aku ni. Like,like,like status mereka.Haha.

Masing-masing ada kehidupan sendiri. Ada yang dah kawin dan bakal kawin.
Semoga semua baik-baik saja kawan!:)

Sejaroh batch kito..
Banyak sejarah batch sekolah menengah aku. Macam-macam kisah untuk setiap batch.

Batch 0307/0607 pun tidak terlepas dalam senarai sejarah tercipta.
Kisah turun naik batch ini.Banyak perkara dah terjadi.Untuk aku,semua itu sejarah yang mendewasakan hidup.Yang indah-indah marilah jadikan kenangan, dan yang pahit jadikanlah panduan dan pengajaran hidup.

Sejaroh batch kito..
Untuk menulis semula apa yang pernah terjadi,aku dah tak mahu.Waktu itu semuanya nampak indah,semangat tinggi menuju SPM yang bakal tiba. Segalanya berubah dalam satu hari. Segalanya dalam kenangan. Sukar nak dijelaskan sebenarnya.
Semua individu bergelut dengan perasaan masing-masing.

Masih jelas kelibat kawan-kawan yang dipanggil masuk ke bilik pengetua.
Masih jelas satu-satu di turunkan pangkat mereka.
Masih jelas semangat dan setiakawan yang ditunjukkan.
Masih jelas juga kami mohon segala sokongan dan pengertian dari semua.

Tapi.. ternyata masih begitu jelas juga keadaan dan reaksi guru-guru yang mungkin bernada kecewa dengan kami ketika itu.
Masih jelas atmosfera yang berubah mendung tiba-tiba..

Mahu saja dilupakan,namun sukar,kerana sudah tertulis semua ini untuk pengajaran.
Andai diberi peluang duduk diputaran itu lagi,apa yang perlu kita lakukan?

Untuk kita sebagai yang pernah bergelar pelajar,

Untuk segala apapun kenangan yang kita ada pada waktu itu,
Untuk segala apapun perasaan yang kita simpan tentang perisitiwa itu,
atau hati yang tidak difahami pada saat itu,
mungkin kata yang disalah erti tanpa rasa ingin tahu,
juga kata yang terlepas pergi yang telah mengguris hati,
tapi kita jangan lupa ini..dalam hari-hari kita,kita jangan lupa untuk

"Teruskanlah..dalam hari-hari kita,doakanlah kebaikan untuk guru-guru kita.SMSTMFP,Kelantan.
semoga mereka kekal tabah mendidik anak bangsa.

Moga jika ada salah silap yang pernah terjadi,berdoalah moga luka itu tidak berbekas di hati mereka, semoga yang pahit hilang dek doa yang tidak putus-putus dari anak didik mereka,semoga segala kenangan yang indah lebih berbekas menjadi ganti.."

Andai kita berjauhan dari guru-guru,doakanlah kebaikan untuk mereka,ketenangan untuk mereka
Andai kita berjumpa guru-guru, minta maaf kepada mereka atas apa saja kesilapan yang pernah terjadi,berterima kasih kepada mereka atas didikan dan tunjuk ajar kepada kita.
Dalam ketidaksempurnaan ini,moga kita tetap pilihan menjadi kebanggaan mereka....

Aku rindu nak belajar subjek Bahasa Melayu..Rindu nak buat karangan,rindu nak letak UBI (ungkapan bahasa indah),rindu saat mengantuk di kelas..hahaa

Dari dulu hingga kini, aku tetap berbangga dengan setiap ahli Thorough Breeders Batch kerana dalam ketidaksempurnaan batch ini, tertanam didalamnya semangat setiakawan yang tinggi,
yang menjadi diri dengan segala kekurangan,menjadi diri dengan segala kelebihan...

Hehe..tapi sampai sekarang tak dapat lupa..kami tak rasa Jejak Cemerlang SPM:p

Sejarah batch kito...batch 'legend'...
sejaroh hidup yang mendewasakan..
Aku rasa ini sejarah untuk kenangan,panduan dan pengajaran.

Kerana kami masih empuk,masih baru di dunia ini,kerana...
"Restumu guru ialah semangat kami"




Semoga semua baik-baik saja.

Gammarian /Farisian 03-07