Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, April 21, 2012

cinta ini pasti akan diuji

Assalamualaikum


Cinta kalau bahasanya hati... itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi... itulah kasih sejati
Cinta ini pasti akan diuji kerana itu sudah tradisi janji...
(Jendela Hati 1993)


Tetapi pada saat ini wahai Ridhwan,
Aku ingin bertanya,
Apakah yang engkau rasa?
“Seakan segala perit itu, tidak pernah aku lalui.” Itulah jawapan sukma.
Bukankah engkau rasa beruntung memilih untuk mengutip kembali jiwamu yang retak sejuta itu? Bukankah engkau rasa beruntung memilih jalan ini dan menyambung kepercayaanmu?
Sesungguhnya inilah dia pengajaran daripada Tuhanmu.
-Hilal Asyraf

Sunday, April 15, 2012

Kamu tahu kenapa kita harus kuat?

Assalamualaikum...

Hari ni pergi mid..NUTRITION MONTH :)
seronok tengok budak2 main game,,comel..haha
esok dah start kuliah...dah habis ke cuti?hehe
Semoga ALLAH permudahkan urusan2 kita.Amin

Dugaan yang datang dalam kehidupan kita...
ada yang membuatkan kita menangis,bersedih..
tapi kamu,aku, dia harus KUAT!

kamu tahu kenapa?

Kerana hati orang Islam kena KUAT :)
Kita kena yakin dan percaya kepada ALLAH:)



Semoga semua akan baik2 saja..Amin..

Saturday, April 14, 2012

but don't you quit.

Assalamualaikum

Kau tahu,kolej dah meriah!haha..emm..sbb aku rasa mcm ramai dah balik ni...
so?jadi..aku suka la...kau ingat best ke?kalau sunyi je kolej?-_-
[luahan rasa si perantau..hahahaha]

ok la...hari ni..aku bangun, ok la awal..:p
mgkin sebab dah set, bekalan eletrik bakal tergendala dari jam 8.00pg-5ptg..haha
so,aku siap awal2..tunggu2 punya tunggu..eh..belum pon terputus bekalan...pastu, aku bersenang lenag kejap melelapkan mata,tiba2 je, senyap!!!!!haaaa..dah terpukus bekalan elektrik..
aku pon bangun la..bukak pintu,3 orang housemates aku dah siap2 dah..mereka nak keluar..
aku? x la...esok aku pergi..heehe:)

maka, aku pon merajinkan diri merantau ke library...mcm biasa, aku nak memahamkan tentang soalan2 kuiz tu..harap2 aku faham dan lekat di hati..hehehe
bila aku tak tau atau terlupa..aku bukak facebook tanye kawan aku... tp yelah kalo dah bukak facebook,ade je  kecenderungan nak stay kat facebook..hahahaha
pastu...aku baru perasan miskol yg banyak..:p..kitorang pergi makan di hospital with hajar and nisa.
then, sambung balik pergi library...

pastu,masa nak balik tu...terkejut aku! jumpa biawak kat luar..besar...ok x nak hyperbola..hehehe
tu pengalaman tau tu...hihi..
maka lepas tu..aku balik la ngan kawan aku....tp memandangkan aku rasa masih teda eletrik..
maka, aku singgah..duduk2..sambung buat kerja
tetiba ada orang datang tanye,mcm ni la lebih kurang " x de eletrik?"
maka, aku pon jawap.
tetiba aku rasa ada elektrik dah...^_^..Alhamdulillah...
tapi aku masih duduk membuat kerja...
hujan turun...aku pon naik rumah..teringat kain baju masih di ampaian...

aku tak tau apa perasaan aku malam ni..hahaa
berdebar pon ada...;p
aku bukan apa,kdg2 aku tak tau la apa aku  rasa...
adoi..haha..
x de apa2 la..jangan nak buat spekulasi yg menarik la..haha
tp kan, salah satu masa yg aku berdebar ialah bila belajar pasal liver disease...
emm..masa tu memang mantap la debaran itu...
pasal apa berdebar?biarkan lah..biarkan debaran itu hilang bak angin lalu..ceewah...haha

aku gembira jugak ni...ada kek coklat kat tepi aku..hahaha...moist kek..ye kot:p
aku suka,kamu suka kek ni?^_^
malam ni kena siapkan apa2 yg belum siap lg...nak2 kalo kerja group..kena tolak ansur kan...
dan esok ke Gombak,nanti kan kedatanganku, adik2:)

ok la..korang..tu je hari ni...ntahlah,rasa nak menulis...so aku tulis..hehe
sesiapa nak belanja aku, boleh belanja sem ni,sem depan aku dah praktikal...hahaha....tetiba je:p

sumber;google
 datul, don't quit !

Friday, April 13, 2012

It’s April and it’s time for Nutrition Month Malaysia (NMM)!

Assalamualaikum...

Hari ni pagi2 x berapa sihat..muntah...-_-
tepaksa tidur...susah jugak,tp paksa jugak...
mcm tu la selalu yg aku buat...
petang dah ok..Alhamdulillah...pergi makan, tp selera kurang..x habis...
then selesaikan kerja
sambung pergi library...

Gembira sebab data collection tuk seminar projek dah selesai^__^
Terima kasih sangat2 kepada yang membantu aku..

Ni,aku nak promote ni.. esok  dan lusa ^_^
Jemput datang semua:)



Main highlights of the event are: 
    • NUTRI-FUN Land , an interactive section for family members to explore about Food Pyramid, discover calories and fats in common Malaysian meals, learn healthier way to choose foods, develop smarter shopping habits and jumpstart fitness regime   
    • Nutrition screening and counseling 
    • Food sampling and interactive games by leading F&B companies 


Nutrition Month Malaysia (NMM) is an annual community nutrition education programme that is celebrated every April since 2002 and is jointly organized by three professional bodies (Nutrition Society of Malaysia, Malaysian Dietitians Association and Malaysian Association for the Study of Obesity). 


==> http://nutriweb.org.my/

Carilah hatimu di 3 tempat

sumber
Assalamualaikum..

Dapat emel from Jemari Seni Sdn Bhd tentang Buletin April 2012..
ok...novel la tu..hehe

Kalau tidak kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali;
Kalau tidak pada tuan,
Tidak tuan siapa lagi? 
-Kak Ajah [jemari seni]
^_^
apepon, nak promote novel ni..hahaa.. Kemilau Mutiara Raudhah , Saidatul Saffa :)

Alhamdulillah,berjaya siapkan lab report counseling.. lama aku buat..
x de idea-_-
aku cuba dengar balik dari voice recorder.. then, perlahan-lahan mula menaip..hehe

Masa  ni kitorang belajar mcm mane nak tahu client ni bersedia atau tidak untuk berubah.Nak tau kat mane tahap kesediaan client nak berubah.
So, bukanlah sesenang itu nak cakap tentang perubahan..hehe...kena faham, dan must close to the heartttt...:p
Pastu, kalo tengah dengar patient/client cakap ,kena dengar elok2, bagi respon yg bagus,positif, expresi muka yg comel menyenangkan hati apabila memandang. Selain tu, eye contact dengan client pon penting. Haaa.. cakap pasal eye contact, rasa nak menyorok bawah meja..hahahahaha

Belajar Nutrition Counseling ni bagi impak jugak kepada diri aku. Selalu aku kaitkan dengan kehidupan kita.Ye lah, cakap pasal counseling, sangat dekat dengan satu perkataaan, PERUBAHAN.
so, bila cakap soal ni, banyak yg boleh dikaitkan dalam hidup.

Mari kita fikirkan.

Kdg2 hati aku rasa diam je.Risau aku.Risau jika aku tak sedar, diri hanyut.
Aku pergi satu forum hari tu, bila di bacakan tentang pesan Imam Al-Ghazali,

Carilah hatimu di 3 tempat;
Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT.
Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur MENGINGATI MATI.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati..

-Imam Al-Ghazali

terdiam aku...aku pon terfikir tentang ni...di mana aku sebenarnya......
Ya ALLAH..ampunkan dosa-dosa hamba-hambaMu..Amin..

Thursday, April 12, 2012

hadiah terindah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..berjaya menyiapkan satu kuiz [Obesity ], goal,plan menu, justification, recommendation.
harap kau belajar dan faham banyak perkara datul...

jom buat revision...

kalo jumpe plain obesity case, cara nak manage ialah weight reduction.
realistic wt loss
-aim 5%-10% reduction from baseline wt.
-0.5-1.0kg/week
-deficit 500-1000kcal/day

Pesanan untuk diri terutamanya....supaya menghargai sahabat..

Kadang2 kita x perasan kawan kat sebelah kita yang selalu berleter kat kita, nasihat itu ini ..yang selalu kita tak hirau,yang selalu kita marah balik, mereka tu la kawan2 yang setia ngan kita.
Susah,senang, kau buat salah,mereka tetap ada,menasihati dan masih ketawa,bersedih dengan kita.
Kadang2 jugak, aku rasa apa yang kawan2 cakap tu betul, tp sebab malas nak hirau, rasa ego, kita tolak tepi nasihat mereka. Akhirnya, mereka tetap ada di sisi.Setia menemani, ketawa,menangis,tetap di sisi.

Bagi aku,itulah kawan yang baik.

Dah tiba masanya aku rasa terpukul dengan gelagat kawan2 yang baik, kenapa? sebab aku terasa,aku pulak mcm mana terhadap kawan2 aku..mereka baik pada aku,tolong aku,sabar dengan aku,nasihat aku..
tapi aku mcm mana?
Sejak kebelakangan ini, aku belajar dari insan2 terhampirku. Mereka tunjukkan contoh yang baik untuk menjadi kawan yg baik.

Jika nasihat kawan kita tak nak terima sekalipun, berlapang dada lah. Simpanlah nasihat2 itu.
Kerana akan tiba satu masa mungkin kau memerlukan nasihat itu sebagai jawapan di persimpangan hidupmu.
Selalu aku ingatkan diri, nasihat itu hadiah terindah! ^_^

Semoga jadi kawan yang mengingatkan tentang akhirat....Amin..

Wednesday, April 11, 2012

stress

Assalamualaikum...

Aku mula rasai tekanan.
Ye, bagus untuk aku menyiapkan semua homeworks..
dah bukan masa nak merungut.. ^__^
betul..kdg2  smile is the only choice I have...sometimes.........^____^
cool, rindu twitter..haha

Monday, April 9, 2012

Cuti

Assalamualaikum..

Sekarang cuti..
mcm biasa aku sekadar penjaga kolej yang setia...hehehe:p
homework banyak yang kena siapkan.
masa depan yang perlu difikirkan.ceewah..cakap je,praktikal dah dekat, tapi x mantap2 ni-_-
risau la...even nak pergi in house training pon cuak jugak ni.
kdg2 rasa nak jerit je..hahahaa....
stress kee??:p,,relax..relax...pasti boleh!.
Senior2 aku dah kembali ke kolej,meneruskan praktikal untuk community.
Ni pon aku cuak jugak..hehe..ye lah...maknanya, praktikal untuk kami makin dekat..-_-
haha..kdg2 kan kalo aku bersiap sedia nak buat role play [ berlakon jadi dietitian/patient ] masa tu, mesti x jadi role play, x pon, x terpilih nak role play..haha...semangat je:p
x pelah, tu maksudnya aku kena sentiasa siap sedia bila2 masa di mana jua..ceewah..
ku pandang ke kanan, ada questionnaires yang belum selesai,ada kek juga peneman:)
ku pandang ke kiri, note book menanti untuk dipenuhkan, buku Krause yang sedia untuk dibaca..
bila ku pandang ke depan,  food exchange list salah satu menjadi tatapan.

Petang tadi,mendapat panggilan dari Pn L, dietitian upm..tenang aku mendengar dan meng confirmkan..hehehe...nampaknya, tiadalah aku praktikal di Sabah.
tapi x pe..sebenarnya ..bila lama aku fikir, x kisah la kat mane pon,[kisah jugak kot:p] tp yang paling penting mcm mane kita nak bawak diri kita nanti (risau, bila diri tak mantap2 ni-_-)
Kemudian ke makmal diet, singgah di makmal kaunseling,wah,,,ramai senior di sana..segan aku..haha-_-
sekejap sajalah aku meneruskan pembelajaran di sana:p
singgah di makmal penilaian, ada kek menanti..hehe:)

Perjalanan petang aku teruskan, naik ke pejabat timbalan dekan, urusan kelab foodnatic perlu aku selesaikan.
berjumpa terus dengan timbalan dekan, sign, cop on the spot:)
Turun dari pejabat, bertembung lagi dengan senior2..mereka kelihatan gembira:)
Langkah kaki aku akhirnya terhenti di depan DK,duduk sambil cuba menyelesaikan quiz diet terapi 2.
Mengantuk datang. Teringat kain baju masih di jemuran sedang awan seakan bersedia menurunkan hujan.
Kembali aku di rumah, sahabat telah mengangkatkan kain baju ku. Terima kasih.:)

Handpone berbunyi. Adik2 di rumah telefon. Terus aku rasa gembira:)
Aku rindu mereka.

Moga Allah permudahkan urusan2 kita semua.Amin.



Terima kasih untuk perkenalan selama ini.:)
aku pasti rindu kamu semua.
hehe...aku je kot paham.

Monday, April 2, 2012

hanya perhentian untuk melepaskan penatku.

Assalamualaikum

Dah lama x berpuisi, bermadah pujangga..:p

Berlari-lari
apa yang dikejar
atau sedang dikejar
penat aku hentikan langkah
Biarkan angin itu menjentikku
biarkan,agar sejuk dari panas
larianku hilang

Duduk
terduduk aku lemah
deras degupan jantung
masih tersisa
bila akan reda

Tenang
cuba aku cuba untuk tenang
dari kepenatan yang sedikit cuma
sudah aku keluhkan

Biarkan aku
dengan penatku
biarkan aku
dengan rentakku
irama yang sayu
untuk kali ini 
saja

Ku lihat ke belakang
jauh aku tinggalkan
semua yang memenatkan
Ku lihat ke depan
makin dekat 
dengan semua yang memenatkan

Hakikatnya
tiada aku dapat lari
dari semua yang memenatkan
kerana duduk nya aku kini
hanya perhentian
untuk melepaskan penatku.

U can do it, datul! ^_^

Sunday, April 1, 2012

Apa yang tak selesai.

Assalamualaikum..

Banyak perkara yang jadi sebelum ni, dan masih banyak yang bakal terjadi.Harus aku lalui juga. Juga kamu.
Tak sesegar dulu aku suka membuat catatan di blog ini. Entah, terlalu banyak yang terjadi. Hingga aku rasa ingin diam. Aku banyak belajar dari semua yang dah terjadi. Kesakitan bukan mudah untuk ditempuh. Tapi kita perlu, agar kita tahu apa itu erti sihat. Jika sakit itu membawa hati kita pulang kepada ALLAH. Maka, biarkan..kerana akhirnya kita akan rasa itu tenang. Tapi niat itu perlu betul.

Kamu tahu, baru2 ini aku rasa terkesan bila soal "Dosa manusia dengan manusia dibicarakan."
Perasaan ibu bapa , kawan2 pernah ke disakiti oleh kita? Pernahkah di tipu, dianiaya oleh kita?
Oh,mungkin tanpa kita sedar. Sungguh, terkadang kita  tak perasan.


Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.
Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)
Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.
Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.
Apa yang tak selesai.
Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.
'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"
Habis.
Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.
Ada terfikir?
-Zahiril Adzim

Sebenarnya banyak yang ingin aku kongsikan. Benda baik, biarlah disebarkan,kan?:)Perlahan atau laju perkongsian ini, moga aku sempat sebelum diriku pergi tak kembali......