Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, November 29, 2010

Tom and Jerry

Assalamualaikum..

Tom and Jerry :p

Badan tikus kurus,

kucing tunjuk garang,
kucing kejar tikus,
tikus masuk lubang.

Kucing jadi geram,
intai dalam lubang,
tikus diam-diam,
gigit misai panjang.

^_^ nyanyi ikut rentak,''anak itik tok wi mandi dalam kolam...:p''

Thursday, November 25, 2010

yang ada di mindaku sekarang

Assalamualaikum..

Cuti:)
dan aku di rumah

1. Bangun pagi,kalau buka tingkap,akan nampak gunung kinabalu ..hehe
satu pemandangan yang tak dapat di mana-mana selain di sabah:p
2. Bangun pagi,turun bawah,nampak abah,mak,2 orang adik kecik aku dah bangun,awal der..
Satu situasi yang membuat aku terasa janggal pula(ye lah,kat kolej,bangun pukul berapa?:p)
3. Sehari-hari nampak kucing berlambak kat luar rumah,ada perubahan,abah buat rumah untuk kucing:D
4. Sehari-hari,nampak ayam2 rumah sebelah melepak-lepak di halaman rumahku,bersama ayam2 yang sedia ada di halaman rumah(ayam pun berkawan,kan?:P)
5. Dan bermula rutin mencuci pinggan mangkuk,dan memasak..hehe
inilah masanya nak tolong abah dan mak..lagi pun usia dah masuk 20an,bila lagi nak perbaiki diri kan...
6. Perubahan mesti dilakukan..
7. Kemarin,abah baiki bilik aku..emm..tau apa yg aku rasa?
Bilik tu mcm tuk orang yg nak kawin je..haha..-_-'
8. Tadi aku baca blog seorang senior,
''kawan makan kawan,apa rasanya?''
JAWAPAN:rasa mcm belacan packet!
9. Tiba-tiba hari ni aku risaukan abang aku.semoga kedua-dua abang aku sihat dan selamat selalu..Amin..
10. Satu hari aku tengah masak kat dapur,adik su pon datang amik kerusi dan panjat..sebab tak nampak apa ada dalam kuali..haha
tiba-tiba aku di asak pertanyaan,
''bila kak teh nak kawin?''
hahaha..budak umur 7 tahun pun dah berani tanya..haha..^_^'

emm..sebenarnya aku ada persoalan,harap dapat kongsi ye kalau tahu jawapannya,moga dapat membantu untuk menilai diri sendiri:)

Apa maksud menghukum IMAN seseorang?
Apa maksud menyerang peribadi seseorang?
dan bagaimana cara berdakwah dengan betul?

aku menerima terima teguran
seadanya,kerana aku juga manusia biasa yang
pasti berbuat salah dan kerana aku ingin perbaiki diri sendiri..
kembali kepada niat..niat..niat..(ingat selalu)

Ya ALLAH,permudahkan jalan hidupku ini..
berilah aku petunjuk tentang cara dan perwatakanku
moga aku mampu melakukan selari
dengan apa yang aku perkatakan..
Amin..
Ampunkan aku Ya ALLAH..


p/s:aku ingin perbaiki diri sendiri,baik dalam bidang pelajaran,menasihati sesama insan,dalam soal hati dan perasaan,dan juga bidang memasak(-_-'dah besar dah wey..)
dan aku..

tidak akan putus asa!
tidak akan putus asa!


Saturday, November 20, 2010

harap2 ada yang memahami...-_-'

Assalamualaikum...

Kau tahu,dalam kehidupan ini,banyak betul cabaran.Hidup macam roda yang berputar.Kadang-kadang kita di atas,dan kadang-kadang kita di bawah.Kita selalu ingat ALLAH masa susah,tapi sepatutnya masa senang kita kena ingat ALLAH,bersyukur atas apa yang ALLAH kurniakan kepada kita.
Kadang2kan,aku rasa berdakwah ni memang berat,nak kena bagitau orang,nak kena nasihat orang,nak kena ajak orang berbuat baik.Dan mungkin juga adakala apa yang kita kata,apa yang kita beritahu,ada saja alasan dan kata2 balas.Bukan mudah juga nak memahamkan seseorang.Apa yang kita rasa,apa yang kita nak orang tahu.Emm..Contohnya,dalam bab couple,kadang2 ada orang kata
''kau tak faham kenapa aku ada boyfriend''
Ya,banyak faktor orang akan couple,banyak sebab,banyaaaak sebab!!!Aku tak nafikan.
Tapi,dalam pada masa kita memahami kenapa perlu ada boyfriend/girlfriend,bukankah kebenaran tetap perlu di nyatakan?betul tak?emm..aku rasa sangat kosong..
Selalu orang kata,berkata benarlah sekalipun kebenaran itu pahit''

Kau tahu,cuma,kadang2 juga hati aku ditebak dengan satu persoalan,''orang faham tak kenapa seseorang memberi tahu sesuatu yg benar?kenapa seseorang berusaha nak menolong dia?kenapa seseorang berusaha nk tarik dia ke arah kebaikan?
kau rasa orang faham tak???=(
Bukan ke ALLAH yang suruh kita mengajak ke arah kebaikan?kan?

Kau tahu,kadang2 aku rasa sangat sedih..bila apa yang diperkatakan seolah-olah dimain-mainkan..ntahlah mungkin cuma perasaan aku,jangan berburuk sangka kan?
dan sedih jugak kalo ada yang kata,''kau ni tak payah nak tunjuk baik,bajet baik la ko ni''
harap2 tak de lah yg berfikiran sebegitu.
Bukanlah nak tunjuk baik,tp,itulah kdg2 aku terfikir,orang faham tak kenapa seseorang nak tolong seseorang..Semua manusia biasa buat salah,kita tak rugi saling mengingati..
Dan kau tau,kdg2 aku rasa sedih bila orang tak nak berubah...
tapi

aku kembali muhasabah diri
aku tak patut terlalu bersedih
kerana aku perlu sedar bahawa

HIDAYAH itu MILIK ALLAH
bukan milik aku,atau siapa-siapa..
bila aku tersedar,baru aku tenang..
kita sebagai hamba ALLAH kena usaha nak tolong orang lain,supaya sama-sama ke arah kebaikan.Apabila dah usaha, kita kena serahkan kepada ALLAH segala-galanya.
Yang menentukan seseorang itu mendapat hidyah atau pun tak,semuanya kuasa ALLAH SWT.
Apa yang penting,kita sebagai hamba ALLAH kena berusaha dan terus berusaha..biarlah hina di mata manusia,tetapi tetap indah pada ALLAH SWT.
Dan bak kata abah''mana ada putus asa''
Nabi Muhammad SAW juga berdepan pelbagai rintangan semasa menyebarkan Islam..tapi Nabi kuat semangat dan tak putus asa..kita kena contohi Nabi Muhammad SAW.

Kau tahu,kadang2,aku rasa tewas dengan perasaan sendiri.
Terasa ingin hentikan langkah ini.Tapi,sungguh tak adillah aku kalau aku berputus asa.ALLAH beri apa yang aku perlu dan mahu,dan yang terindah ALLAH beri nikmat ISLAM dan IMAN.Jadi,kalau aku berputus asa,aku sangat rugi dan seolah-olah aku tidak redo dengan apa yang ditentukan ALLAH SWT.Sesungguhnya cabaran dan ujian itu,menguji keimanan kita,menguji adakah kita redo dengan ketentuanNya...

Kita jangan hina orang,mencaci maki dengan perkataan kesat,seolah-olah kita tak pernah buat salah.Sabda Nabi,bilamana kita membalas cacian seseorang,maka syaitan pun ada bersama.
Syaitan ni jahat.Nak sesatkan kita.Nak rosakkan kita.=(..Bahaya..aku pun takut jugak...
Hidup mati kita tiada siapa yang tahu di mana tempatnya,dan di akhirat antara syurga dan neraka,hanya ALLAH yang berhak menentukannya.Jadi,kita jangan sewenang-wenangnya nak hina orang,cakap yang ko masuk neraka.Tak baik.Kerana kita semua pun calon ahli syurga dan neraka.
Kita tak tahu di mana kita kan berada.Hanya ALLAH yang berhak menilai dan menentukan segalanya.

Mungkin juga kita tak perlu melihat kepada permulaan seseorang,kerana pengakhiran cerita setiap manusia mungkin berbeza.


Sebenarnya,aku cuma nak beritahu apa yang aku rasa,jadi kalau ada salah silap,tegurlah aku.
kerana aku juga manusia biasa,manusia sifatnya pelupa.Aku juga pasti berbuat salah.Kalau aku tewas dengan bicara aku sendiri,maafkan aku,nasihatilah aku.=(

p/s:Hidup kita mungkin berbeza.Tetapi manusia yang dapat menerima dan memahami perbezaan itu,akan lebih memahami kehidupan.Ini kata2 pensyarah aku masa belajar subjek kemahiran komunikasi dulu..
Sayu.Kadang2 aku asyik berfikir dan simpan dalam hati..

wahai insan yang di sana,mungkin saja ini kau dengar,melewati semesta ini aku sampaikan.

Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raya aidiladha

Assalamualaikum...
Kawan-kawan sekalian ^_^

Dalam meraikan HARI RAYA AIDILADHA,hayati hikmah di sebaliknya..

Ketaatan Nabi Ibrahim kepada perintah ALLAH SWT perlu dihayati bukan sahaja untuk hari ini atau esok hari,tetapi hayatilah untuk selama-lamanya..

kerana ketaatan kita kepada perintah ALLAH swt lah yg menjadikan kita menolak kemungkaran tanpa ragu di hati,sedangkan keingkaran kita kepada perintahNya menjadikan kita menepis kebenaran walau sebenarnya ia nyata di depan kita....

jom sama-sama kita menghayatinya...





Tuesday, November 16, 2010

jom bersenam!ewahh^_^

Assalamualaikum..

MySpaceoh! aku asyik study je

MySpace oh! aku asyik makan je(sedaapp)



MySpace oh! aku asyik bersolek je(oh muka semakin..oh tidak...-_-)
MySpace oh! aku asyik main game je..


aku perlu warnakan hidup aku dengan sesuatu yang lainMySpace

haaa ..apa kata kita melakukan exercise hari ni..hehe

ok mula2 baca BISMILLAH
sebelum kita jogging kita
warming up dulu ye...orait..are you ready???yeah!!
(itulah semangat yg kita mahu..hehe)

MySpace
kawan2 mula,kita tarik nafas...tarikkkkkkkkk..hembus...fuuuhhh
hembuskan segala napas2 yg lama..sedut yg baru...
segar badan aku...

MySpace
seterusnya,renggang2kan tangan2
penat sangat dah main game tadi..
haa penting ni, senang nk menulis nanti ;p
MySpace
ok!sekarang lakukan seperti ini ye..
yeahh!!tarian poco-poco..
ok..itu dia...ewahh..ok dah betol tu..sikit lagi..ewahh
MySpace
pusing2kan tangan
180 darjah
sambil sebut ''yuuhuu,yuhuu''
renggang2kan pinggang

MySpace
ok,buat mcm ni..orait..
1..2..3...kanan
kiri...tekan.tekan jgn tak tekan..

MySpace
haa..sekarang kita buat senaman ala2
nak cari orang hilang
haa..tangan kena buat mcm tu
mata kena bukak luas2
sambil cakap
''kamon,where are you,geng''


MySpace
yang ni pulak senaman ala2 angkat berat..
penting ni..nanti korang nak angkat buku banyak2..haaa
ok genggam tangan mcm nak tumbuk orang..yah..yah..dush..
sambil cakap''aku akan berusaha,yeah!!''

MySpace
orait..sekarang senaman gaya nak
mengelap meja atau lantai dengan baik..hehe
letak tangan..kena mencecah lantai ye..
tekan2..1,2.3..;p
(bila la nak siap lap ni?)

MySpace
ok yg ni gaya konon2 nak tingkatkan ketinggian..hehe
ok lompat..lompat!
ha.. gaya kena betol ye..posisi kena tegak..cewaah..haha
wahh..mcm model je..
''lihat pinggangku rampingkan..'';p

sekian,terima kasih:D

eh?dah habis ke?kate nak jogging?

MySpace

-_-'
MySpace
dah tak larat la...hehe
kita jogging lain kali ye...

jagalah kesihatan anda.
duit banyak2 pon,kalo dah sakit,tak best jugak
study kuat2 pon,kalo dah sakit,apalah ertinya
yang paling penting ..
BILA BADAN SIHAT,KITA DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH2
KITA SEBAGAI SEORANG ISLAM DENGAN LEBIH BAIK..INSYAALLAH..

HEALTHY IS COOL!!! ^_^

Dalam sujud cintaku


Assalamualaikum..



Dalam Sujud Cintaku

Album :
Munsyid : Abd Halim - Devotees
http://liriknasyid.com


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Monday, November 15, 2010

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?(PART 2)

Assalamualaikum...

sambungan..

Siapa Lelaki Dayus ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


SUMBER:

http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/546-siapa-lelaki-dayus-menurut-islam-.html


P/S: sudah tiba masanya kita mengambil tahu...