Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, December 31, 2012

Konklusi: 31 Disember 2012

Assalamualaikum

Bagi aku,praktikal kat PPUM ni sangatx222222222 mencabar. Terutama mental aku.
2 kali menangis sepanjang praktikal kat sini. Sedih,sebak di dada tu x dapat nak kira dah..T_T
Tapi menangis for good. At least,semua yang jadi menyedarkan aku,manusia ni berbeza. Setiap orang ada kebolehan yang berbeza. Terlalu banyak yang aku belajar.Rasa nak sambung seminggu lagi kat sana. 
Aku yakin..walau se slow manapun aku,tapi kalau aku terus berusaha..pasti ada jalannnya..InsyaALLAH...


Biar beribu orang kata kita xboleh buat..biar beratus orang ragu akan kemampuan kita,
Tp sebenarnya,kita hanya perlu satu orang untuk berasa yakin yang kita mampu buat..
iaitu diri sendiri..
Ada dua jalan,LARI atau LAWAN
Lari..sama ada kita akan sampai ke garisan atau kita akan jatuh
Lawan..sama ada kita akan menang atau akan kalah
Tapi..itu lebih baik dari berhenti..
Kerana berhenti akan mengecewakan jiwa2 yang menaruh harapan...
       ***********************************************************************

Alhamdulillah:)

28 Disember 2012-Tamat latihan praktikal di PPUM
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Beberapa minggu sebelum presentation....

Aku dalam keadaan yang sangat tegang..
case aku belum dapat,tapi kawan2 aku dah ada yang mula buat slide presentation dah.
Cuak dah aku. Aku rasa down jugak masa tu.

Aku nak sangat buat case study pasal geriatrik. So,aku usaha jugak nak cari case kat wad tu.
Ada satu kes. Aku rasa inilah case presentation aku nanti. So,aku tanya dietitian,boleh tak nak jadikan kes tu sbgai case presentation.
Tapi lepas penjelasan dari dietitian, aku akur. Case tu x sesuai.T_T

Audit.3 hari audit di PPUM.
Dapat panggilan dari pensyarah. Kemungkinan kami terpaksa balik UPM semasa audit di PPUM.
Cuak dah aku. Kes belum dapat.Kalau dah dapat case pon,tapi kena balik UPM,maknanya aku x dapat nak follow up patient nanti selama 3 hari.

Satu lagi case dari geriatrik ward. Aku ingat itulah yang akan jadi case presentation aku. Tapi lepas bincang ngan dietitian. Aku akur sekali lagi. Case itu tidak menjadi milikku.T_T
menanti hari audit tu sangat mendebarkan. Sama ada kami boleh stay kat PPUM atau tak.

Alhamdulillah.
Dapat case. New case dari wad neuro. Masa tu,rasa ini lah case presentation aku nanti.
follow up patient.Patient tak start feeding lagi. Nil By Mouth sbb procedures (MRI).
Aku pon cuak lg.
Dapat tahu yang kami boleh stay kat PPUM masa audit. Tapi nak naik ward kena ada dietitian.

Selepas dua kali percubaaan untuk dapatkan case geriatrik x berhasil,masa ni,aku nekad.Mungkin ada hikmahnya. Inilah case presentation aku. Apa-apa jadi pon,inilah case presentation aku.
Masa ni jugak aku nekad,aku akan buktikan yang aku boleh buat lebih baik dari orang lain.Aku akan buktikan!

Jika Mereka bertanya kepadamu tentang semangat, jawablah
bahwa bara itu masih tersemat dalam dadamu!
Bahwa api itu masih bersemayam dalam dirimu!
Bahwa matahari itu masih terbit dihatimu!
Bahwa letupan itu siap meledak dalam duniamu!
Katakan itu pada mereka, orang2 yang ragu akan kemampuan dirimu.. 
karena mimpimu saat ini adalah kenyataan untuk esok.” 
(Hasan Al-Banna)"

Sebelum tu,aku kena berjumpa dengan dietitian dulu untuk maklumkan yang aku nak amik case ni.
Alhamdulillah,respon positif. Ini bermakna, Pn Rafidah akan jadi supervisor aku. Aku agak nervous. Siapa x kenal Pn Rafidah. Terkenal dengan kepakaran surgica,neuro nya.

Tapi aku dah nekad,inilah pilihan aku.Aku akan teruskan.
 Hari-hari aku berlalu dengan aku follow up patient.
 Aku cuak lagi. Kawan-kawan aku dah banyak kali jumpa supervisor mereka,discuss pasal case mereka.
Tapi aku belum. Aku perlu dapatkan semua data sebelum aku jumpa supervisor.

Akhirnya,aku jumpa supervisor aku.
Kali pertama jumpa : aku bagi draft kat kertas. Cerita pasal pesakit ni.
Pn Rafidah tanya aku,"apa yang awak nak present nanti?"
Aku jawap,"nak highlight pasal problem yang patient ni hadapi." lebih kurang ginilah.

Pn Rafidah banyak sangat guide aku.
Aku rasa semangat dan bertambah yakin,inilah pilihan yang terbaik.

Minggu terakhir di PPUM.
Hari berlalu. Kawan-kawan aku dah emelkan slide presentation mereka kepada supervisor masing2.
Aku masih tengah struggle. 
Bila mereka berdua,pergi berjumpa dengan dietitian,aku masih struggle.
Aku cuba nak berjumpa dengan supervisor.Tapi,supervisor busy hari tu. Pn Rafidah minta emelkan slide presentation. Petang itu,kami ikut ward round dengan Pn Rafidah. Aku amik masa sikit2 nak tanya tentang case presentation.
Hari Selasa,cuti. Aku cuba siapkan slide presentation dan emel yang latest.
Hari Rabu. Aku jumpa dengan supervisor. Tapi,Pn Rafidah kata,x sempat nak check emel lagi.
Maknanya,aku hanya ada hari Khamis itu buat discussion dengan Pn Rafidah.

Berbanding dengan kawan2 aku,aku hanya jumpa berkesempatan jumpa supervisor dua kali saja.
Kawan2 aku berkali-kali kali kali kali ntah dah berapa kali mereka jumpa supervisor.Masa ni aku rasa,aku la yang paling x banyak discuss ngan dietitian. T_T. Tapi aku optimis,pasti ada hikmahnya. Dan paling penting,manfaatkan waktu discussion seelok-eloknya.

Hari Khamis. Aku jumpa supervisor dan bagi slide presentation yang dah 97% siap.
Pn Rafidah komen,bagi pendapat.
Cara Pn Rafidah,membuatkan aku rasa kagum pada dia.
Bila ada persoalan, Pn Rafidah tak sewenang-wenangnya bagi jawapan.Tapi Pn guide aku mcm mana nak dapat jawapan. Selebihnya,aku kena usaha sendiri nak dapat jawapan.
Pn bagi pendapat,tapi akhirnya,biarkan aku buat keputusan.

Hari Jumaat. Presentation.
Aku dah get ready dah masa tu. Tapi starting presentation aku agak kelakar sikit masa tu.:p
sebab tu lepas tu aku jadi nervous habis.Hahahaha..then nak dapat balik rentak tu,amik masa la jugak.
Alhamdulillah.
Selesai.Aku sangat lega.

Selesai presentation. Petang tu,ikut,Cik H naik ward pead. Masa tu,aku sangat terharu sebab Cik H panggil nama aku..T_T.Masa tu,aku jadi semangat betul.haaha
haha..sebab jarangggg sangat dapat didengari Cik H sebut nama aku masa discussion.Selalu kawan2 aku  yang dipanggil nama. So,aku sangat terharu dan gembira hari last waktu petang lepas presentation tu...hehee.

Hari Sabtu.

Dapat sms balas dari supervisor.
".........................................Keep up the good work."

Alhamdulillah.
Aku sangat lega. :)

Konklusinya:
1. Aku tak dapat pon case yang aku nak sebagai case presentation. (nak sangat buat geriatric case)
2 kali try,tapi aku akur,bukan milik aku..ceewaah...Mungkin ada hikmahnya.
2. Dapat kes neuro,berdepan dengan supervisor,senior dietitian yang memang hebat.
Nervous,kalo x dapat buat elok2 nanti.
3. Gembira akhirnya,nama saya disebut..:p

That's all, thank you.^__^


Bukankah Allah telah mengingatkan,
""Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. 
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."
(Surah Al-imran : ayat 159)"




kehilangan

Assalamualaikum..

But I miss the person...

-copyimage

ummi...

aku sedih sangat hari tu..
masa tu,aku nak balik dari sarawak,lepas habis praktikal..
so,aku keluarkan gambar arwah ummi dari beg duit aku,dan aku simpan di sisi,bawa sama2 naik kapal terbang.
Bila aku sampai KL,aku naik bas...
bila aku sampai KL sentral..
aku perasan yang gambar tu dah hilang...
aku sedih sangat....sedih...sedih...
gambar tu memang selalu ada ngan aku..aku simpan dalam beg duit...
bila hilang aku sedih..

7.33am
Kolej 17

Monday, December 17, 2012

Jawapan

Assalamualaikum

Ahad,16 Disember 2012

Hari ni,aku baca buku motivasi.
Mencari semangat.Tak luntur.Cuma warnanya mula hilang. Ibarat mencari nila,di sapu ke baju yang mula bertukar warna. 

Balik,buka you tube,dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.  
Topik,tentang bersyukur.
"tarik nafas, hembus nafas" Itu nikmat. Bayangkan salah satu tu x mampu kita buat,apa jadi pada hidup?
shortness.of.breath


Buka twitter, I found words of encouragement.
Lihat bagaimana,penulisan mampu memberi kesan kepada seseorang.
Kadang2 kita tak sedar pon,apa kita tulis,apa kita cakap,dengan izin ALLAH ada hati yang terkesan.
Sebab itu,jangan berhenti membuat kebaikan,memberi peringatan:)
Dengan izin ALLAH,kamu mungkin menjadi sebahagian sebab mengapa dia yang lemah,kembali bersemangat.

 "When chasing your dreams, look ahead. Never look to the left or to the right. Your biggest competitor is YOURSELF, not other people."-farah yasmin

Buka satu blog.Alunan zikir menghiasi blog itu.

Tajuk post:

Berusaha dan bertawakallah hanya pada ALLAH SWT
Sebenarnya,banyak ayat2 Al-Quran menyebut tentang tawakal.
Allah pujuk hati kita supaya menyerahkan segalanya kepada ALLAH selepas berusaha.
Allah dah beritahu dalam Al-Quran banyak kali...banyak kali...
sebenarnya,jawapan dah ada,tinggal kita saja,untuk mencari di tempat yang sepatutnya.
Marilah kita buka,baca dan fahami kandungan Al-Quran.^_^

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."
(Surah Al-imran : ayat 159)

Aku boleh berkata berhenti.Tak mahu meneruskan. Tapi sudah sampai tahap ini.Berhenti hanya mengecewakan jiwa-jiwa yang menaruh harapan.Berhenti bermakna,impian tidak dapat dilaksanakan. Maka,aku putuskan,bila degup jantung berhenti, hanya itu saat noktahnya.

Saturday, December 15, 2012

Sudikan..pinjamkan aku semangatmu...

Assalamualaikum


Aku yang sering bertanya tentang impian. Kadangkala tidak yakin langsung pada diri. Memikirkan sekeliling yang akan memberi pandangan. Aku yang selalu ingin menyatakan sesuatu. Kadangkala langsung biar tersimpan dalam hati. Memikirkan sekeliling yang selalu meninggalkanku. Aku yang selalu rasa ingin memberikan pandangan. Tapi selalu ia hanya di kotak fikiran. Dek memikirkan sekeliling yang tidak akan menerima. Mungkin ada perasaan yang mengatakan aku tidak berani lagi,hanya duduk dalam dunia yang statik dan tidak mencuba melangkah lagi. Tapi siapa yang pernah merasa seperti aku,pasti mengetahui sukarnya bertembung dengan semua ini. Betapa kuat aku mencuba, menjelaskan segalanya.Bangun, dan terduduk lagi. Katamu padaku membuat aku tersentak hingga aku diam tiada bicara. Membuat aku menangis di dunia kecilku.Mungkin aku perlu kamu,tak,memang aku perlukan kamu,kerna kamu yang selalu memberi semangat. Kerana itu ,berikan aku kata,mencetus inspirasi bukan yang hanya menjadi rajuk di hati.

Aku perlu kamu, sudikan..pinjamkan aku semangatmu...


Tuesday, December 4, 2012

Post 300: Untuk Buddy

Assalamualaikum


3 Disember 2012

Hari Lahir seseorang
teka??^_^








Buddy
Farah Yasmin

Min,x da bunga,coklat nak bagi min
tapi ada doa..
Semoga berjaya dunia dan akhirat.
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.





 

"Bila kita mula rasa resah dengan suatu keputusan,mintalah kepada ALLAH moga diberikan petunjuk. 
Bila kita mula gusar dengan langkah demi langkah yang di ambil,berehatlah. Mintalah pada ALLAH,moga diberikan petunjuk ke jalan yang diredoi.
Bila kita mula rasa sangsi dengan jawapan hidup,berdiamlah. Mintalah pada ALLAH,moga ALLAH beri petunjuk dan ketenangan.


Bila kita sudah kehilangan kata-kata,menangislah,tapi  moga tangisan itu, tangisan yang memberi makna...membangunkan iman,membawa kita kembali kepada pencipta,ALLAH."