Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, September 30, 2011

Hari ini

Assalamualaikum..

Hari ini saya rasa penat...
T_T...
hari ini saya rasa sedih..
T_T
hari ini saya rasa ada tekanan...
T_T
hari ini saya rasa nak menangis..
T_T
hari ini saya rasa nak balik rumah...
T_T
hari ini saya nak rehat...

hari ini memang rasa nak menangis...
mari nangis di bawah bantal..sob..sob...

tenanglah hati,tenanglah hati..

Tuesday, September 27, 2011

dua pilihan

Assalamualaikum...


Untuk diriku dan dirimu...
selama aku hidup
aku hanya berharap agar mampu melakukan yang terbaik
tetapi bukan hanya untuk diri aku
tapi juga untuk kamu
aku perlu kamu untuk melengkapkan hidup aku..


Esok hari kita tak akan tahu sama ada kita ni jahat atau baik.
Esok hari kita ada dua pilihan hidup,
nak jadi lebih baik atau lebih teruk,
Jadi,mari buat pilihan yang terbaik dalam hidup


Kita tak akan selamanya kat dunia
kita akan mati juga,saatnya bila?
hanya ALLAH yang tahu..
saat tu 
kita akan sendirian
jadi buat lah yang terbaik selagi masih hidup


kalau kita ada banyak duit
tapi kedekut pun,apa yang kita dapat?
kalau mati
duit tak ikut kita
duit tetap kat dunia


Kalau rasa x nak dengar dan terima nasihat orang lain
nak buat macam mana kan...
orang lain juga hanya menyampaikan..


untuk diriku dan yang lain juga
selalulah ingatkan diri sendiri
bahawa bila-bila masa ALLAH boleh cabut nyawa kita
dan kita akan pergi meninggalkan dunia
dunia yang hanya sementara
maka,
mari kita buat yang terbaik untuk bekalan kehidupan di akhirat nanti...


mari buat yang terbaik^_^

Sunday, September 25, 2011

Quartet : 1 dolar,alah apalah sangat?Mungkin itu kata orang.

Assalamualaikum...

Akhirnya jatuh pada tangan Misa yang masih memegang pisau.Azra membulatkan matanya."Misa!Tangan kau berdarah!"

7= Rumahnya sudah terbuka.Kenapakah pintu maafmu masih terkunci? 

"Nak tahu apa salah saya?
*******************
Nampak kecil saja kan nilainya?
Tapi itulah..nilai yang membuatkan saya 'gagal' dalam kuiz, nilai itu lah yang membuatkan 'sekeping hati tergores',nilai itulah yang menyebabkan 'sebatang jari terluka.'
***********
Kadang-kadang..kita tak sedar..benda yang kecil,benda yang kita remehkan itu memberi kesan yang sangat besar dalam dalam turun naik hidup kita. 1 dolar,alah apalah sangat?Mungkin itu kata orang.
**********
Sungguh harga kemaafan anda amat bernilai di sisi saya. Lebih bernilai...kerana mungkin seperti yang saya nyatakan di atas,boleh menyekat langkah saya ke syurga."

Misa menelan air liur berkali-kali.........................................
Siapalah dia sampai nak sekat-sekat orang daripada masuk syurga.Diri sendiri pun belum tahu bakal menjejak syurga ke tidak. Dia pun manusia yang tak tahu lagi amalan mana diterima,amalan mana yang ditolak.

13 = Pada aku,kau berhutang tenang


Sedikit sebanyak cite dalam novel Quartet...panjang lagi citernye..hehe
then,aku terus google,Kewajipan Membayar Hutang

Saturday, September 24, 2011

semester 5

Assalamualaikum...

Demam hari Khamis baru ni-_-'
Kelas seronok,banyak perkara baru belajar,tapi seronok yang datang dengan assingment2..hehe...
minggu depan dah ada presentation untuk PoPBL(Project oriented Problem Based Learning).Tajuknya ialah tentang End Stage CKD(Chronic Kidney Disease) dan RRT( Renal Replacement Therapy). Agak menarik tajuknya untuk aku..hehe...
harap-harap semua berjalan dengan lancar..Amin...
Aku dah kene masuk hospital!untuk buat Ward Round..ala yang round2 hospital tu..hehe
Pergi tengok pesakit-pesakit,kenal2 sakit itu,sakit ini,dan dah kena buat DIET RECALL!cuak la...-_-'
   
hari khamis,kelas agaklah penuh...hehe..pukul 1-2 je rehat...
mana nak panjat tangga tingkat 4 lagi..^_^'
tak pe..kita sedang menuntut ilmu,jangan putus asa!
semoga berjaya!^_^

rasa-rasanya bila JPA akan mengeluarkan duit2nya??hehe

Sunday, September 18, 2011

Mencari lagi

Assalamualaikum

terbaca satu status FB,lebih kurang mcm ni bunyinya,

"kalau kita tak mampu nak lakukan semuanya,jangan tinggalkan semuanya.."
usahalah semampumu,dan rancanglah untuk memperbaikinya"

Ramadan,semoga semangat Ramadan tidak akan hilang....
susah nak istiqamah...tapi perlu usaha...
-_-'
Ya ALLAH permudahkan urusan-urusan hamba-hambaMu ini..Amin..

"Mencari lagi
apa erti kebaikan
melihat diri sendiri bahagia
atau yang disekeliling
 turut di dalam kebaikan itu......."

Friday, September 16, 2011

Pesanan seorang kawan

Assalamualaikum..


Kawan aku pernah berpesan pada aku,di dalam suratnya sewaktu aku Form 5,
masa tu kira dah hari2 akhir kat sekolah...menghitung hari je aku nak balik sabah...
pesan kawan aku,

"Biarlah air mata yang keluar tu,menjadikan kau seorang yang lebih tabah lagi."





Terima kasih kawan...

Thursday, September 15, 2011

Seorang kawan

Assalamualaikum..

Yeah!yeah!Esok cuti!^_^
yeah!yeah!assignment bertimbun!hehe
hari ni nak cerita tentang kawan...

macam-macam jenis kawan ada dalam dunia ni..

pada satu masa dahulu,(ceewahh:p)
aku rasa agak tensen la...-_-'..sebab banyak kerja..masa tu memang dalam keadaan tertekan...T_T
sebelum pergi kuliah tu,aku termenung kat tingkap bilik..
masa tu memang aku rasa sedih sangat...T_T
pastu,roomate aku pun mcm perasan la..
aku pun keluar pergi kelas..


bila aku balik bilik,and bukak locker,aku terkejut dan tiba2 tersenyum..
ada sesuatu di tampal di cermin locker tu...
aku hanya mampu senyum^_^ dan terharu dengan apa yang kawan aku buat..
rasa mcm kurang sikit beban tu..


banyak bende antara aku dan dia yang berbeza..
aku ni jenis bagi aku pendiam sikit,kadang2 moody x pasal2,dia pulak jenis yang periang,senang nak masuk ngan orang lain,suka tengok movie,suka jalan2...berbanding ngan aku yang x suka shopping,x suka sangat jalan2,memang berbeza..
masa tengok movie pon dia leh study...kalo dia rasa dah tepu study sorang2,dia keluar bilik,cakap2 ngan kawan2...x mcm aku...yg lebih suka study sendiri..

banyak perbezaan...
walaupun minat,citarasa mungkin x sama,menjadi seorang kawan,dia layak jadi contoh kawan yang baik.
terima kasih roomate,atas kesabaran anda..:)

kadang2 seorang kawan x dapat nak selesaikan masalah kawannya
tapi cukuplah dengan memahami yang kawannya sedang berada dalam situasi yang sukar dan menggembirakan hati kawannya disaat sedih...

benarlah kata Dr Jusang,"manusia yang dapat menerima perbezaan dalam hidup,akan lebih memahami kehidupan"



terima kasih Ya ALLAH kerana mempertemukan aku dengan insan seperti dia...





Tuesday, September 13, 2011

Second day

Assalamualaikum...

Hari ni ada kelas
Food,Society and Culture

the question is..
what is the core of culture?
banyak jawapan tadi...jawapan sebenar ialah
The core of culture is behavior.

kemudian,Dr kongsi 2 Quote

Food is our common ground,a universal experience
-James Beard

Cultivate money and you grow rich,cultivate mind and you raise culture
-Anonymous

Mungkin kita akan baca je kata2 ni...tp tadi...aku rasa mcm ter'block' je...bila pensyarah tanya maksud yg lebih mendalam.Aku x tau la..sebab terlalu takut ke,atau memang x tau nak jawap ape...
Kadang2  xtau nak fikir apa,nak jawap macam mana,apa jawapannya...
dan asyik2 kene tanya kenapa,macam mana kaitannya...

Salah satu soalan ialah,
Food has many facets

Jadi,soalannya,mcm mana dietitian nak relate statement di atas ketika nak bagi kaunseling pada pesakit..
mcm mana nak bagi pesakit tu ikut apa yang kita cadangkan pada mereka....

fikir punya fikir,then one of my friends said,
we should know their background....

Jadi hari ni,agak seronok sebenarnya...banyak bende baru belajar,dan Dr. selalu nak dengar pendapat kami,dan mungkin sebab Dr ialah penasihat akademik batch aku,so,mungkin dah biasa sikit dengan cara Dr.
cuma,masalahnya ialah diri aku sendiri...macam mana nak beradaptasi dengan keadaan ni...
mungkin orang kate,"ala ,awal2 memang mcm tu.."
tp ntahlah...dah 2 hari ada kelas bermula,aku dah mula rasa...
"mcm mana aku nak keluar dari 'zon selesa' aku selama ni???"-_-'
maksudnya,cara nak belajar dah lain,subjek2 lagi lain,soalan exam bentuk dah lain...nanti dinilai juga dah lain...
Pensyarah selalu tekankan tentang CRITICAL THINKING..
jadi,aku x tau macam mana nak mula...kat mana nak mula dulu...........apa yang perlu dilakukan dulu....
sebab aku rasa mcm banyak sangat....again....
hari ni konklusinya masih sama,

Apa yang dah aku belajar selama dua tahun yang lalu........?-_-'

roomate pon dah start study....
i should start now...
help me...

Monday, September 12, 2011

First day

Assalamualaikum...


Kuliah dah bermula
Kelas first tadi Pemakanan Klinikal
memang 'berkenalan' je hari ni..
tp perkenalan yg cukup menyedarkan diri
di mana tahap aku sekarang-_-'
(banyak soalan kene tanya tadi)


"what is ur expectation?"


kadang2 aku blur je..tp dengar je ape pensyarah cakap..
pastu lecturer dah masuk pasal OPD,IPD,SU
emm..the ultimate goal is LPD..
kawan aku dapat satu assignment pertama
instead of ABCD,what is E??


betul la apa yg senior bagitau..
"what have i learned for the past 2 years??"


waaa..risaunya...T_T,risau pada sesuatu yg memang patut dirisaukan..
tolong la 'ketuk-ketuk' saya ni...suruh study dan jangan malas2-_-

Quartet,Contengan Jalanan

Assalamualaikum..

Tadi petang ada kelas Pemakanan,Aktiviti Fizikal dan Kesihatan
ok..kat dewan peperiksaan..hehe
lepas tu baru tukar kat dewan kuliah..
x lama kemudian,kelas dibatalkan...
then,housemate ajak gi pejabat kolej,nak report kerosakan dalam rumah...
(awal2 dah ade yg rosak..hihi)
tiba2 teringat yg novel2 yg aku tempah mungkin dah smpai hari tu..
so,pergilah pejabat kolej..
mula2 risau gak...takot ramai orang..sebab semua sibuk nak amik cerek,iron,tukar kunci...
aku pulak sibuk nak amik barang..haha
tp..bila smpai pejabat kolej..

"kak datul, bila nk amik novel?"tanye syazrain kepadaku
terkejut aku,x yah tanya pon,dah kene bagi...:p
ramai gak la,junior MTM dari kos Nutrition dan Dietetik...
jadi apa lagi,memang berborak-borak la kami tadi...haha

tiba-tiba juga presiden MTM tanya aku

"smpai bila hari tu?"
aku: hari jumaat jugak..

terima kasih la pres atas bantuan anda semasa cuti hari tu..^

inilah novel2 nya^_^




Sunday, September 4, 2011

I dan II = selamat tinggal

Assalamualaikum..

(I)
Cuti dah nak habis la...-_-'
kemarin adik aku dah pergi semenanjung....UM
esok abang aku pulak sambung master kat Johor..UTM
hari Jumaat,aku pulak teruskan Tahun 3 kat UPM
selamat tinggal keluargaku,selamat tinggal sabah..:(


(II)
Sampai sekarang aku masih x dapat lupakan kisah itu
Ya ALLAH,teguhkan hatiku....kuatkan semangatku..
semoga aku mampu teruskan apa yang dah aku lakukan dan niatkan..
Benar,kadang2 hati aku goyah...hati aku rasa sedih...-_-'
benar hari ini aku rasa terjentik dengan kisah lama..
benar,aku akui kadang2 aku juga teringat,kdg2 aku rasa bersalah
apa aku telah mengecewakan dia?
kdg2 juga mimpi datang bercerita tentang dia...kenapa?kenapa?!
aku diam...kerana hanya sebak yg selalu menemani..
tapi aku perlu kuat setelah aku pilih jalan ini..
jalan yg begitu menyedarkan aku...
kadang2 aku jadi takut...takut..kalau aku x mampu bertahan
dengan apa yang aku pertahankan..:(
aku perlu sabar setelah aku putuskan untuk berundur diri...
selamat tinggal kisah silam..

==>Kerana soal hati sukar difahami

Saturday, September 3, 2011

Perkahwinan

Assalamualaikum...

Hari ni ada orang kawin kat sebelah rumah....
emm....mcm2 gaya kan...
tapi setiap kali kalau aku pergi majlis perkahwinan,
mesti berdebar bila tengok pengantin bergambar,berposing depan kamera
dah la lama...berdebar la....segannya-_-'..hehehe
sebab masa tu,banyak mata2 yg tengok....:p
pastu siap ada persalinan pakaian...pagi pakai baju kurung,baju melayu
petang tu aik...dah tukar?
kalau kat Ranau ni,kalau ada orang nak kawin...korang akan dapat rasa suasana yang lain..
bunyi GONG!GONG!GONG!!mengiringi...
kemudian kompang...kemudian sambung main gong!gong!gong!
kemudian karaoke....kalo dah karaoke,mcm2 lagu....mendayu2,sedih2,,rancak2,,,
pastu ada ucapan2...
pastu sambung lagi main gong!gong!..
tadi aku tanya makcik aku,
"orang muda x main gong ke?"(sebab yg main kebanyakan yg dah berusia..hehe)
jawap makcik:"yg semalam tu,yg lain skit bunyi tu,orang muda yg main tu,moden sikit,
yang ni orang tua main tradisional"(lebih kurang mcm ni jawapan mak cik)
pastu aku nampak seorang pak cik ni,,,,hebat! 3 gong,dia sorang je yang pukul!..wow...
tp yg bagusnya,mempelai2 jalan2 pergi bertemu tetamu2..salam2....cerita2...
tp part yg paling mendebarkan aku memang part bergambar banyak2 tu,posing sana,posing sini....
asyik terpikir...kalo aku mcm mana eh???hehe...aku nak yg simple je:)
aku nak yg mcm abah ngan arwah ummi^_^

ceewah....banyak la cerita pasal kawin....
hahaha...saje je berkongsi...kalau kat semenanjung...mungkin lain lagi kan suasananya^_^
aku pun terlepas nk pergi perkahwinan Kak Shaz hari tu...kalo x,boleh tengok mcm mana suasananya...:)
tp tengok gambar2 pon,dah leh nampak betapa meriahnya majlis perkahwinan tu..hehehe
ok lah...setakat tu je dulu....saja berkongsi...
kalau korang nak kongsi,sila2..hehe...ni baru di Ranau,belum lagi bahagian Tawau ke,Sandakan ke...mungkin lain lagi...^_^

pengantin perempuan dan lelaki
 yang ni belum lagi..ok..
single,but my heart is taken..kehkeh
diriku masih milik keluarga:)

oh ye...nak share:)
hari tu ada satu status FB senior ^_^:

"Kenapa Lmbt?=Krn Allah tahu masa yang terbaik untukku.. 
Dah Berpunya?=Ya.. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2..
Siapa?=Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku...
Bila?=Bila kami da dipertemukan..InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti... 
P/S:Jgnlah selalu bertanya bila org tu nak kawen..Hehehehe.. Kerana semua rahsia dia,terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya.."

Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan.Amin.

Thursday, September 1, 2011

Tapi sedarkah itu tanda cinta tanda sayang?

Assalamualaikum..



Terkadang orang marah apabila ditegur,
Ditegur kerana kita nampak dia berbuat maksiat,
Maksiat kepada Allah ditakuti mengundang kemarahan Allah,
Maksiat kepada Allah ditakuti terkena ancaman Allah SWT.

Terkadang orang tidak selesa jika dinasihati,
Dikatakan busy body, “ahhh… sibuk ajaa..
Tapi sedarkah itu tanda cinta tanda sayang?

Menyingkap satu hadith nabi yang mulia SAW,
Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya”. [1]
Sedang, antara kebaikan yang paling agung ialah,
Melihat saudaranya sendiri berada di jalan yang lurus..

Aku tidak suka dimurkai Allah,
Aku tidak suka mendapat ancaman neraka Allah,
Demikianlah juga,
Aku tidak suka saudaraku dimurkai Allah,
Aku tidak suka saudaraku mendapat ancaman azab Allah..

Renungkanlah, sukakah kita melihat orang yang dicintai disakiti?
Tidakkah kita sedar, itu tanda cinta dan sayang?


==> click here
Nukilan 
Mohd. Ikram Bin Jabilin 
Ranau 
28 Ramadhan 1432H / 28 Ogos 2011