Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, January 30, 2012

sekolah menengah

Assalamualaikum..

Sebiru hari ini..











30/1/2012,
Hari ini hari lahir kawan saya, Nornadiah Darus.
Mc Yah, saya doakan awak bahagia selalu.
Kuatkan semangat dalam menempuh segala cabaran hidup.
 Semoga berjaya di dunia dan akhirat.Amin.


Sunday, January 29, 2012

Diabetes Mellitus [Screening and Diagnosis]

Assalamualaikum.

Bila agaknya result exam akan keluar? Berdebar jugak ni. Berserah kepada ALLAH.
Kemarin rajin-rajinkan diri baca
CPG[Clinical Practice Guidelines],Management Of Type 2 Diabetes Mellitus. Third Edition(2004).(lengkap aku bagi nama..haha)

SECTION 1 : SCREENING AND DIAGNOSIS

Who should be screened

1. Any person found to have symptoms of Diabetes Mellitus

a) Tiredness
b) Lethargy
c) Polyuria
d) Polydipsia
e) Polyphagia
f) Weight loss
g) Pruritus Vulvae
h) Balanitis
source : American Diabetes Association, ADA 2004

2.Any person who present to a primary care facility for any reason
without symptoms of diabetes, BUT
has any ONE of the following RISK factors should be screened:

a) Age 35 years or older
b) Pre-obese, BMI >23kg/m2
c) History of Gestational Diabetes Mellitus
d) History of big baby (birth weight ≥ 4.0kg)
e) History of Diabetes Mellitus in first degree relatives (parents, siblings)
f)  Hypertension (140/90 mmHg)
g) Hyperlipidemia
h) Dyslipidemia either HDL-cholesterol < 0.9 or Tryglyceride > 1.7 mmol/L

3. Pregnant women
should be screened at least one at ≥ 24 weeks of gestation.
Screening at an ealier stage of gestation depends on degree of suspicion and at the physician's/ obstetrician's request.

Macam mana?Hehe..kalo kurang jelas dan faham,boleh tanya,tapi saya bukan medical student,dietetics student,anyway,belajar jugak la benda2 ni...
nak lagi faham boleh google,dan tanya pada yang lebih arif tentang ni:)
Sebenarnya,aku tau term2 yg aku letak tu agak complex,medical term,-_-'tp tak pe kan..perkongsian:)

Aku selalu rasa sedih dan kesian bila study pasal diabetes. Bayangkan dari hanya tinggi gula dalam darah yang melebihi kadar normal tu boleh menyebabkan banyak kesakitan yang lain...
-_-'...cegah sebelum terlambat.

Friday, January 27, 2012

Apa sebenarnya niat aku?

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ini,aku rasa sesuatu yang lain bila ingin berkongsi sesuatu maklumat atau ilmu di blog,facebook mahupun twitter. Bukan tidak ingin berkongsi,tetapi aku mula mempersoal kepada diri sendiri
mengapa aku ingin kongsikan semua ini?

Contohnya, bila aku baca tentang cinta,tentang couple,tentang dating,kemudian aku rasa aku perlu kongsikan apa yang aku baca tu.Tetapi aku mula bertanya diri,kenapa aku perlu buat macam tu? Adakah kerana aku rasa itu tanggungjawab sebagai seorang Islam? Adakah kerana ingin memalukan seseorang?Adakah kerana ingin menjatuhkan seseorang?Adakah kerana ingin mengenakan seseorang?Atau adakah kerana ingin menunjuk hebat? kerana aku tidak couple?

Semuanya kembali kepada niat kita kan? Itulah yang membuatkan aku terdiam dan berhenti seketika. Tidak jadi ingin berkongsi. Bukan kerana aku sombong,atau kedekut ilmu,tapi kerana aku rasa aku perlu muhasabah diri. Aku diam dan berfikir,apa niat aku sebenarnya. Aku jadi risau,kerana kadang2 aku mungkin tak sedar perbuatan aku hanyalah sia-sia.Menyampaikan tapi dalam masa yang sama niat yang tidak betul.Aku jadi risau tentang itu. 

Astagfirullahaladzim..

Bila aku diam dan berfikir tentang niat aku, aku mula mengingatkan kepada diri sendiri,kalau niat aku bukan kerana ALLAH,muhasabahlah diri...bimbang jika apa yang baik itu diakhiri dengan tidak baik.
Aku cuba belajar dari kesilapan silam.Aku juga ingin berubah ke arah yang lebih baik. Memang kita tidak perlu hipokrit dalam hidup. Macam lirik lagu "Menjadi diriku"

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Tapi kita boleh berubah menjadi yang lebih baik kan? Masih menjadi diri sendiri,tapi dengan mengambil contoh-contoh yang baik daripada orang lain. :)

Kita mungkin ada prinsip sendiri. Tapi bila orang lain tegur tentang prinsip kita yang mungkin kurang sesuai,pasti ada sesuatu yang perlu kita fikirkan. Bukan hanya tahu marah dan berhujah balas sahaja, tetapi sudah tiba masanya kita diam dan muhasabah diri dahulu.
Mengapa mereka mengatakan aku sebegitu? Betul ke apa yang mereka kata? Salahkah aku sebenarnya?
Kadang-kadang kita rasa kita betul,tapi sebenarnya salah...Kita kata cara orang menasihat salah,tapi bagaimana dengan kita?betulke cara kita?Kita kata cara orang berdakwah tidak berhikmah?bagaimana pula dengan kita?Ungkapan2 apa yang kita gunakan dalam berdakwah?Diri sendiri tahu ini...

Semoga kita akan terus ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Dalam pada masa yang sama, perbaiki kelemahan diri sendiri. Dalam pada masa yang sama,sentiasa tanya diri sendiri, apa sebenarnya niat aku?


adakah ini cuti yang terakhir untuk aku?





Wednesday, January 18, 2012

Semester 5

Assalamualaikum...

Hari ni balik Sabah.^_^
Semoga ALLAH permudahkan urusan-urusan kita. Amin.


 I do agree with most of you that self study in dietetics is very important,
 so keep up. -Dr. BNMY


Semester 5 sudah berakhir.
 Semester ini memang mencabar.
Tapi ini hanyalah satu permulaan
untuk sesuatu yang lebih mencabar.
Sekarang, cuti dulu^_^



sumber: google



To me the best is not to become number one, 
but to do it with all of my ability 
- Baker King Kim Tak Gu 









Tuesday, January 17, 2012

NUR ONE

Assalamualaikum...

Esok saya akan balik sabah^_^

Lagu yang sedang berlagu-lagu dalam blog ni ialah:

 KAU TERHEBAT-NUR ONE


Sunday, January 15, 2012

Begitulah Ikhwan menjaga kehormatan Wardina

Assalamualaikum..

Ikhwan berkata "Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung". MasyaALLAH, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat 'hak'nya. Saya amat berbesar hari ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di 'post' sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang ain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

====>Trauma

==>Cerita 16 Ramadan : Mak saya menangis...
:: Ini kisahku-Wardina Safiyyah ::
"Mak saya menangis..malu sangat....".
"Mak saya doakan sy x menang pertandingan tu"
"...Ibu saya di tingkap, tengok je saya,
dengan airmata dia yang menitis,saya keluar.."




Saturday, January 14, 2012

Adakah kamu berasa tenang?

Assalamualaikum...

Berpada-pada semua...pasti ada jalan penyelesaian yang lebih baik.

Jika kamu rasakan kamu benar,kamu sepatutnya menjadi lebih baik daripada mereka.
Jika tidak,kamu mungkin hanya akan sama seperti mereka
Jika kamu rasakan kamu benar,kamu sepatutnya menjadi lebih baik daripada mereka.
bukan meletakkan diri kamu setaraf mereka.
Itupun jika kamu merasakan kamu di pihak yang benar.
Oh!bukan dengan cara mencaci maki,bukan dengan cara kata2 keji,
bukan dengan cara video yang tak pasti.

Aturlah strategi dengan bijaksana.

Kamu mungkin boleh menang dengan kemarahan, 
tetapi adakah kamu akan berasa tenang?

Cukuplah....
tak penatkah hidup dengan hati yang tidak tenang?
tak penatkah hidup dengan api kemarahan yang membuak-buak?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Bila hati kita mungkin menginginkan..

Assalamualaikum...


Aku ingin berasa damai
damai melihat mereka
cukup mungkin hanya dengan senyuman ikhlas
waima tanpa kata-kata
itu cukup mendamaikan...
Bila?
Bila hati kita mungkin menginginkan..

Wednesday, January 11, 2012

Aku yakin itu

Assalamualaikum..




Di saat segalanya kelihatan sukar untuk ditempuh, 
pasti ada jalan penyelesaian.

Aku yakin itu.

Semoga ALLAH permudahkan.
Amin..




Friday, January 6, 2012

Temu janji pertama kami.

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.
.
Temu janji pertama kami.

Tidak.

Aku tak memerlukan bangunan yang tinggi-tinggi.
Dengan plat 5 bintang digantung menghiasi dinding sepi.
Aku tidak inginkan makan malam dengan lilin yang menerangi.
Ditambah pula dengan pemain biola yang menari-menari.
Juga cincin yang dimasukkan dalam minuman yang boleh menyebabkan aku tertelan,
 lalu tercekik mati.
errkkk !!




Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.
==>Jarak Antara Dua Hati?




Sumber : Akuislam

Sunday, January 1, 2012

Istimewa

Assalamualaikum..

1/1/2012
Alhamdulillah.
Syukur kepada ALLAH atas nikmat IMAN dan ISLAM ini.:)
Semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan ALLAH SWT. Amin.

Istimewa di penghujung 2011
5 adik-beradik dengan arwah ummi.
Semua telah selesai sekolah menengah.
Dik mal, baru2 ini baru habis SPM..Alhamdulillah..
Bermakna kami lima beradik dah selesai sekolah menengah:)
Dah besar anak-anak arwah ummi.:)

Untuk Abah,
kak teh selalu sebak bila fikirkan tentang abah.
kak teh selalu rasa nak menangis.
Abah selalu buat yang terbaik untuk kami.
Abah selalu memahami kak teh walaupun kak teh tak cerita apa-apa.
kak teh mendoakan yang terbaik untuk abah.
kak teh hanya nak abah gembira.
kak teh hanya ingin melakukan yang terbaik buat abah.
segala pengorbanan abah dari dulu hingga sekarang kak teh tak kan lupa sampai bila-bila.
Abah jaga arwah ummi, abah jaga mak, abah jaga anak-anak abah..
Abah dah buat yang terbaik. Dan kak teh tahu abah hanya ingin yang terbaik untuk kami.
::Ayah::

Untuk Mak,
Terima kasih kerana hadir dalam keluarga ini.
Kak teh hormati dan sayangi mak sepertimana kak teh menghormati dan menyayangi arwah ummi.

Untuk Bg wan,Bg ram, Man, Mal,
Kak teh harap, kita 5 beradik akan jaga abah, jaga mak dan adik2 yang lain dengan baik.
Kekalkan hubungan baik sesama kita.
Kak teh doakan yang terbaik untuk semua.
Semoga menghadapi semua cabaran hidup dengan tabah dan sabar.

Untuk Farid, Ilham, Adik su
Walaupun kita berjumpa dalam keluarga yang baru, kak teh tetap menyayangi kamu semua seperti mana  kak teh sayang adik-beradik yang lain. Sama. :)
Kak teh harap kita semua sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat.

Untuk arwah ummi,
kak teh sayang arwah ummi selamanya.
Semoga arwah ummi ditempatkan ke dalam syurga. Amin.
::Ratu Hati::

Memasuki tahun 2012, ada angka 22 mengiringi:)
dah boleh fikir pasal kawin...hehe
emm..

Untuk bakal suami saya:)
saya harap dan saya doakan
agar kamu ialah insan yang sedang berada dalam hati saya kini
hingga saat ini,saya tak memberi tahu kamu
kerana saya tak bersedia,
saya takut, jika saya lalai lagi
dalam keadaan sekarang juga saya mampu goyah dan lalai...-_-'
apatah lagi jika saya memberitahu kamu dalam keadaan saya yang tak bersedia
saya takut, jika saya lalai lagi.

Jika suatu masa, di saat saya sudah bersedia
tetapi kamu sudah berpunya
saya doakan yang terbaik untuk kamu:)

Allah lebih tahu yang terbaik buat kita semua.

kita bukan nak cari boyfriend, kita nak cari suami- irma hasmie^_^

Untuk kawan-kawan saya, dan sesiapa sahaja yang membaca blog saya, atau yang tak baca:)
saya doakan yang terbaik untuk kamu semua.
betulkan niat kita, dan banyakkan bersabar :)



Saiyidatul Shufwah Binti Jabilin
1/1/2012
4.58 pagi