Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, October 25, 2012

Kenang-kenangan

Assalamualaikum

"Hidup ni penuh kejutan.
Ada perkara yang kita langsung 
x jangka tiba-tiba terjadi dalam hidup kita."


Rabu, 24 Oktober 2012
Hari ni aku masih berpraktikal.Masih belajar seperti selalu.
Masih masuk ward tengok patients.Masih handle outpatient seperti selalu.
Masih naik ward sorang2 bagi kaunseling DM. Dan ikut dietitian hari ni  pergi paediatric ward:)
Rasa sedih pulak nak tinggalkan hospital ni.
Sejak kebelakangan ni,aku suka masuk kitchen.Lepak2 kat sana.
Ye lah,kithen pon sebelah je dengan klinik diet.

Tiba-tiba tadi dietitian S panggil
"dah makan?"
aku pelik.Aku tengok jam. Lepas tu tengok dietitian.Kemudian aku senyum,
"Belum"
Mestilah belum kan..haha..belum tiba waktu lunch:p
Kata dietitian nak belanja makan.
Tapi dietitian ada meeting tadi.
Hari ni jugak weeding salah sorang dietitian kat sini. Dietitian L.
Dietitian L selalu sabar ngan kerenah aku. Kalo aku fikir balik,aku akan rasa sangat terharu dengan sikap dia. Ye lah,awal2 aku naik ward dulu,ish2..selalu aku buat silap..tapi dietitian L ni sabar,tolak ansur ngan aku..selalu..
Ada satu hari,aku follow dietitian L masuk Paed ICU,then aku kena handle jugak.
Masa nak check susu yg patient guna,aku terpaksa duduk nak cari kat loker tu,then bila aku amik tin susu tu,dietitian pon turut sama duduk kat tepi aku..
terharu masa tu...
ini lah yg dikatakan,"If u walk,I will walk with u,If you run,I will run with u"

Kemarin,dietitian J tanye, "nak ikut tak pergi ward paed?"
hehe..mestilah nak kan..
so hari ni lepas aku clerk 2 case ni and discuss ngan dietitian,petang ni kami pergi ward.
Ada sorang patient ni constipation,so,bila check2 x nak makan sayur,x nak makan buah.
So,mcm mane?
Bila dengar dietitian J punya intervention,kagum aku..
Memang dietitian J ni pantas,cekap dan tangkas. Penuh dengan idea.
From my observation, dietitian J selalu bagi idea/alternatif kat patient mcm mane nak bantu selesaikan problem yg patient tu hadapi.
Contohnya mcm tadi, dietitian J siap tulis lagi list high fiber food tuk parent patient tu try bagi kat anak mereka. Kadang2 aku jadi kesian kat dietitian J ni,sebab sekarang tengah pregnant..So,aku risau kalo2 dietitian J ni penat kena jalan banyak2 naik ward..
Dietitian J cerita yg dia buat MOGTT test...betapa manisnya air gula itu...>.<

Lepas habis pergi ward paed,aku sambung perjalanan.Kena kaunseling sorang patient on Diabetes.
Lepas selesai semua,aku balik.
Aku mula risau.Nak pergi ke tak?nak pergi ke tak?
Akhirnya,aku pergi ke kantin,nak beli makanan.

Kemudian aku balik..Dalam perjalanan nak sampai dah ke rumah sewa,
tiba2 aku perasan ade seseorang yang aku kenali
"Laaa,mamat ni.."Panjang cerita tentang mamat ni,yang aku pon x expect sampai mcm ni..emm..
Encik ni kerja kat kantin hospital ni,emm..ntah lah..sampaikan aku pon dah naik segan nak pergi kantin beli makanan...-_-
cewah.mcm dalam novel plak eh..hahaha
mcm mana dia ada kat sini?Aku terkejut jugak,tapi buat2 cool.
Sepanjang hampir 4 bulan kat sini inilah kali pertama aku terserempak ngan dia kat area ni..ish2..
Tiba2 dia bagi aku something,
Kenang-kenangan katanya...
So,mcm mana ni?Perlu ambil ke tak?Nak ambil,ke tak?nak ke tak?
Akhirnya aku ambil...
Bila bukak,ada seutas jam...
Lepas tu kan,aku jadi nervouss sangat2..jantung aku ni berdegup kencang..
Aku tido awal tadi,,jam 8 lebih dah aku baring2,aku cuba tidur,tp x dapat, nervous sangat2
tiba2 aku rasa kaki aku dah mula sejuk...-_-
Aku rasa inilah kali pertama selama aku praktikal,aku tido dengan selimut tutup semua
mcm karipap pusing..-_-'
Serious...lama aku cuba tido,x dapat,aku pura2 tido lagi...lama2 baru aku rasa leh terlelap..tu pon bangun balik..hujan...
emm..ntah lah,nape aku nervous sangat ni..-__-'
takkan sebab orang bagi hadiah kot...
tapi kan bila tengok jam ni,aku teringat seseorang...tapi dah tinggal kenangan..

anyway,kepada Encik pemberi hadiah,thanks :)
saya hargai kebaikan kamu,tapi mungkin setakat ini saja,untuk lebih dari itu,saya tak mampu...

Kenang-kenangan...









Sunday, October 14, 2012

Tenang-tenang hati,tenanglah selalu di sini

Assalamualaikum

Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH atas nikmat iman,Islam dan segalanya..

Ok..pagi hari ni..mcm biasa bangun pagi..
Tapi fokus aku beralih kepada case report,case presentation dan discussion part.
tenang-tenangkan hati..


Kesibukan mula berganda
aku seperti mencari jalan pintas
untuk keluar dari rasa sesak ini
Tak akan mampu aku
jika tidak dengan izin Allah..

Tenang-tenang hati
tenanglah selalu di sini
mencari kekuatan diri
hanya ALLAH yang kuasa memberi



Saturday, October 13, 2012

Tahniah!^^

Assalamualaikum


Hari ni hari Konvokesyen kat UPM.

Selamat berkonvo!^^

Dan khas kepada senior Dietetics 4th Batch,
TAHNIAH! :)

Kepada 2 orang pembakar semangat aku,hehe
cik min
ni buddy aku..hehe
wow..I'm soooo happy for you:)
Semalam,aku sangat penat..panjang la citenya..haha
tp lepas balik,pastu tengok FB,wah...buddy menang award..terus aku gembira^^
Buddy,semoga apa yg di impi menjadi nyata dan semoga berjaya dunia dan akhirat:)
Actually,masa aku 3 year,aku pon dapat gak rasa2,maybe she will be one of the best students:p
Buddy aku baik..selalu tolong aku,selalu nasihat aku mcm2,selalu share cite ngan aku..tp sebab baik sangat,kadang2 segan jugak ngan dia..hahaha
kawan2 aku suka tanye pasal dia..hahaha..kadang2 aku rasa kelakar plak.. ye la..buddy aku duk kat tepi tuu je,tp dorang sibuk tanye kat aku pasal dia..hahaa
Masa aku in house training dulu,min la salah sorang preceptor kitorang..ada satu hari,aku seeeediiih sangat masa tu,tengah tahan dari air mata ni mencurah-curah je.Sebab ada la satu kejadian masa in house traning tu.Aku x dapat buat dengan baik dan mengecewakan lecturer aku..
Then,petang tu terjumpa ngan dia,tetiba dia datang dekat aku,tepuk2 aku..eh?tepuk eh?hahaa,kasi kata2 semangat. Masa tu aku rasa sangat terharu..time tu,senyum la,buat2 cool depan dia,padahal aku dah nak nangis dah..hahaha
Sebenarnya, aku rasa sangat happy untuk dia:)
sampai aku x berapa stress dah semalam..hahahaa
mungkin sebab aku tau serba sedikit,kisah hidup dia,masa praktikal,turun naik hidup dia
so sebab tu,aku gembira sangat bila dia berjaya.Sebab,aku rasa semua yg dia lalui dulu,susah senang yg dia dah tempuhi,skrang dah menampakkan hasilnya:)
and yasmin is the 'only' yasmin^^


cik shakila
hehe..yang ni senior aku,a.k.a kak kila yg cool..hahaa^^
kak kila yg cool ni kawan buddy aku..
sepanjang hidup aku,kak kila ni salah satu contoh kawan yg baik..hehe
Kenapa aku cakap gtu,,sbb dia sangat amik berat pasal kawan dia. Ada la satu kejadian lama yg buat aku terharu ngan sikap dia..ceewaahh..:p
so,sedar tak sedar,banyak belajar dari dia.
Dulu masa in house training,aku harap jugak kak kila ni jadi salah sorang preceptor,hehe
tetiba je dulu aku terfikir,kalo kak kila ade,mesti best jugak.
sbb aku rasa nanti akan sangat cool,aku rasa kak kila jenis yg understanding punya orang..
dia banyak tolong aku la sebenarnya,x lokek berkongsi ilmu,suka share mcm2 story,pasal mcm2 perkara.:)
dulu masa nak dekat2 inhouse training, dia bagitau gini,
"nebes mcm mane pon senyum je..klu x nnt kelm kabut jdnye..jgn riso..dietitian x scary mane pon.
"em, datol nnt mase amek diet recall jgn lame2 sgt tau..kne practice wat laju2.."
"btw, if nk tny ape2 tny jelah tau..xpayah segan2.."
 tp dulu masa awal2 aku first year,aku takot ngan dia..hahaha:p
Selamat berkonvo,dan bergraduat Kak Kila yg cool.:)
Semoga ALLAH permudahkan setiap urusan Kak Kila dan berjaya dalam apa yang di impikan.Amin:)

Nanti aku konvo,teringin nak bergambar ngan mereka berdua..haha^^



Kepada "M.F",selamat bergraduat dan berkonvo hari ni jugak.Semoga berjaya dunia dan akhirat. Walaupon jauh,saya sentiasa doakan yg terbaik untuk awak....



Room,Sarawak
7.23 am




Thursday, October 11, 2012

Langkah yang baru

Assalamualaikum

Langkah semakin laju
kerana sedar masa semakin suntuk
untuk aku terus berjalan

Perlahan juga rentak aku 
bila ada batu di depan

Lama-lama aku diam
terduduk di sisi batu
kerana penat
setelah berusaha mengalihkan
batu yang berat itu

Esok hari 
aku masih di situ
masih bersedih
kerana gagal mengalih batu

Tapi
sampai bila aku masih mahu sedih
sampai bila aku masih mahu duduk

Jika aku tidak bangun
dan berusaha lagi
aku hanya akan tetap di sini
di sisi batu penghalang

Sedang banyak lagi jalan 
yang boleh aku pilih
cuma terpulang aku
masih mahu duduk
atau mahu mula
langkah yang baru

Room,Sarawak
10.36pm
 

Tuesday, October 9, 2012

Kenapa mesti kamu?

Assalamualaikum

Hadir tidak aku jemput
tetapi masih muncul dalam lenaku
Hairan aku
kenapa mesti kamu?

Tapi lain sekali
mimpi itu buat aku sedih
benar-benar buat aku hiba
buat aku terasa ingin kembali

Tapi mana mungkin
tak kan ku ambil kebahagiaan orang lain
tak mungkin..

Dirimu tetap aku hargai..
hadirmu yang pernah membahagiakan...


Room, Sarawak,
7.32pm


Monday, October 8, 2012

My butterflies are in formation. Time to roll!

Assalamualaikum

There’s an old saying that goes something like, “It’s ok to have butterflies in your stomach however to be effective you have to get them to fly in formation.”
My butterflies are in formation.  Time to roll!

Tinggal beberapa minggu lagi aku sebelum aku menamatkan praktikal di Hospital Umum Sarawak.
Tadi,aku ada 3 case yg aku handle. Petang tadi,pergi Surgical Ward. Jadi,dietitian B minta aku clerk case dulu,buat assessment. Since patient is diagnosed with Gastric cancer, dietitian ingatkan untuk check weight history,and any risk of refeeding syndrome. Sbb dietitian B kata, maybe patient jugak dah lama x makan.Maksudnya poor oral intake.

So,aku pon naik la wad surgical. Jadi, pertama sekali. Ingat cakap Dietitian S..hehe
tengok nama patient betul2. Haha..aku xnak jadi mcm dulu,salah clerk case,the whole case salah..adoii...bila dietitian L tegur,baru aku perasan, yang aku dah salah clerk-_-.
Aku pon check nama patient dan bed patient. Ok,betul!^^

Kedua, ingat kata dietitian B,bila bukak case note (ni mcm fail la) tengok kat patient history.
Kat situ,ada cerita pasal patient. Kenapa dia masuk hospital,tinggal ngan sape,merokok ke tidak. Patient ada penyakit lagi ke tidak,mcm Diabetes,Hypertension atau lain2 penyakit.

Kemudian, bukak the latest documentation. Hehe..yang ni baca betul2,apa Dr tulis, apa Nurse tulis.
Selepas itu,check biochemical data. Sodium,Pottasium,Urea,Albumin,Total Protein dan sebagainya.
Kalo tinggi kenapa?kalo rendah kenapa?emm...dan cuba kaitkan dengan assessment sebentar lagi.

Lepas tu, bukak mulut..kena bercakap dengan patient dan ahli keluarganya jika ada. Macam satu kes tadi,ramai betul nak bercakap,nak cerita kat aku..hahaha..aku x tau nak fokus yang mana satu.
Dalam masa kita patient/ahli keluarga cerita2 kat kita,then
 buat pemerhatian.
Tengok betul2 patient.Tenung patient..hahaa..x delah.. Tengok betul2. Kurus sangat ke,ada muscle wasting ke,mata dia warna ape,ada kembang kat kaki ke,tangan kering ke,dan lain2.

Macam satu case tadi,pt ada gastric cancer. Untuk mencanggihkan lagi nama disease ni, Adenocarcinoma.  Hehe..
 So,bila assesment dilakukan,ternyata
in the past 2 months, pt has poor orale intake. Betul la yang dinyatakan dietitian B sebelum aku naik.Terer kan dietitian?^^

So patient only tolerate with Nestum 3 in 1 + Ensure 2scps in 100ml Water,3 x /day.
Patient also claimed always feel nauseated.
Dan pt ni losing weight from around 45kg-38kg in 2 months.

Actually pt ni baru admit yesterday, so until this morning, pt is NPO. 
tp masa aku jumpe tadi,dia ada minum jugak la.


 The Doctor plan is to reinsert Nasogastric tube if still poor oral intake.

So,after buat assessment,aku pon turun la pergi klinik diet. Nak present kat dietitian B. Kata dietitian lain,cepatnya buat assesment. Then,bila present kat dietitian yang handle surgical ward
ternyata,dari segi assessment,maksudnya nak dapatkan releven information from the case note,pada pandangan aku,aku masih gagal.

Sebab aku x berjaya nak relate, Dr plan,dengan apa yang aku kena plan.
Contohnya, is it ok to continue feeding?it there any risk of pain,or bledding or anything to patient?
emm..something like that la...
But, in term of plan for energy and protein requirement,yang tu aku lulus hari ni..hahaa
So,since patient is underweight, thus, use BMI=19 to estimate the Ideal Body Weight.
and then,to calculate energy requirement, use 35 Kcal, because my intention is for weight gain.
 And for protein requirement,use 1.5g.

So,for this patient, I plan to provide Enercal Plus and Myotein.

Kesimpulannya, bila ikut dietitian B naik wad surgical,wah2..aku rasa mcm jadi student medik plak..hahaha
nak tahu banyak perkara jugak..Sebenarnya aku pon x tau,kenapa aku agak berdebar dan nervous kalo dengan dietitian B..hehe..kdg2 aku rasa bergetar jugak suara aku..hahaa^^
Learning process.
But I'm trying so hard to focus and keep the butterfly in formation. :)

Monarch butterflies

Get those butterflies in formation!

*Hari ni ramai betul tanya aku ni student medik ke?
bukan..saya student dietetik. Sungguh,white coat putih yang aku pakai ni..punya banyak tafsiran di mata manusia..^^

Sometimes a White Coat Isn’t Just a White Coat...






Monday, October 1, 2012

"The only way to overcome fear is to face it. "

Assalamualaikum..

One day it will be my turn...
sooner or later..

Hari ni aku ngantuk. Hari agak tenang. Pagi2 datang hospital,x de punch card-_-.
Kena pergi ambil ni. Sementara menunggu patient or naik ward,aku duduk dalam klinik,baca2 buku.
Semakin 'suka' baca pasal chronic kidney disease..kena suka la..hehe
then patient datang,follow up. Bila aku siap kaunseling,dietitian gave me 2 referal forms,from ENT ward.
so I need to handle this cases carefully.
Tiba2,kawan aku datang. Dia cakap tentang sorang patient cancer. Baru minggu lepas jumpa. Hari ni patient tu dah meninggal dunia.
Sepi.

Aku terkejut. Benda yang aku risau terjadi. Fokus aku terganggu. Aku rasa sedih dan lemah semangat. 

Tapi perlu pulihkan segera semangat. Ada cases yang kena handle.
Kesibukan di ward dan di klinik diet,membuatkan aku lupa seketika.
Tapi bila balik dari hospital,aku teringat lagi peristiwa pagi tadi.
Sekarang tangan,kaki aku sejuk lagi..Entah sejak dari duk universiti,aku nervous tentang hal ni..

Semoga aku kuat semangat untuk menghadapi apa saja cabaran hidup.

"The only way to overcome fear is to face it. "

Mati itu pasti. Cuma cepat atau lambat saja..
Hanya ALLAH yang tahu..



Room, Sarawak
6.50 pm