Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, October 31, 2011

Kehilangan

Assalamualaikum..


Tadi pagi,abah telefon..
nenek dah meninggal...


Aku melihat nenek dulu,bagaimana dia melalui dan mengharungi cabaran itu,
ALLAH lebih mengetahui segalanya...


Innalillah wainna ilaihi raji’un


macam2 aku fikir...hari ni asyik rasa sebak je..
tp kena kuat..kena kuat semangat...


Kini,aku kehilangan 3 wanita dalam hidup aku...
masing2 punya cerita yang berbeza..
yang pasti ketabahan  mereka melalui cabaran hidup tidak akan aku lupakan...


Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return..
semoga ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman..Amin...




Thursday, October 27, 2011

Kasih sayang.Apa sebenarnya erti kasih sayang?

Assalamualaikum..

Hari ini hari khamis...banyak lagi kerja rumah yang belum siap...emm..
ada housmate2 aku yang dah balik hari ini...banyak yang perlu diselesaikan..
Tadi,aku ke rumah kawan aku,kat blok sebelah,makan2..

Banyak yang aku pelajari tadi.Bukan hanya perut kenyang,hehe..tapi banyak benda yang aku belajar daripada dia.Melihatkan keadaan itu,aku mengakui dia seorang yang tabah. Bergerak terus dalam kehidupan walau cabaran itu sentiasa dihadapi. Aku senang mengikuti kisah blog dan FB nya..
memang banyak yang tersirat.Status2 Fb yang ditujukan untuk insan-insan yang dia sayangi,moga akan ada sinar perubahan dalam kehidupan mereka.Aku sendiri tidak mengetahui begitu besar cabaran dan dugaan yang dia lalui selama ini. Mungkin kata2 dan tulisannya mempunyai makna yang begitu mendalam. Tidak ingin orang lain terjebak dengan apa yang pernah dia dan keluarganya lalui.Bagi aku terlalu pahit dan sedih untuk diterima. Tidak ingin sejarah berulang lagi kepada yang lain.
Bagi aku,dia penuh dengan kasih sayang.Jika tiada nilai kasih sayang,mana mungkin dia bertegas dan terus cekal "membentuk apa yang pernah berkecai". Kasih sayang terhadap ibu bapanya,adik beradiknya benar mengajar aku untuk juga berubah menjadi yang lebih baik. Tiada siapa yang tahu aturan ALLAH.Boleh jadi, ALLAH memilih dia untuk terus membantu keluarganya. Menyedarkan tentang 'bahaya perbuatan itu'. Semoga dia terus tabah dan kuat semangat.

Apa yang dia lalui mengingatkan aku pada seorang artis,kini seorang pengacara dan berubah menjadi yang lebih baik.Pada aku,dia seorang yang berani,lantang memberikan hujahnya walau kadangkala mungkin orang melihat itu agak berlebihan. Tapi entah kenapa aku merasakan ada tujuan kuat kenapa dia berusaha keras menasihati yang lain .Bagi aku,kerana dia tidak ingin orang lain terjebak dengan kehidupan yang pernah dia lalui dulu. Itu pendapat aku.Pendapat yang lain mungkin tak sama.

Mungkin aku juga pernah terlalu yakin dengan kata-kata.Berkata itu dan ini.Tujuan aku tetap sama.Risau jika ada yang terlibat dan merasa seperti apa yang pernah aku rasa. Perit.
Tapi mungkin cara aku yang salah hingga membuatkan orang lain terasa. Tapi sebenarnya aku x perlu takut pada manusia yang punya bicara dan pendapat bermacam kata. Lakukan saja jika itu perintah ALLAH.
Jujur aku katakan,aku rasa bersalah dan perlu perbaiki cara dan gaya aku berkata dan menasihati. Aku mengaku aku berbuat salah.Berkata mungkin mengikut rasa. Aku cuba berubah dengan menyepi seketika.Untuk mencari apa sebenarnya yang telah terjadi. Aku selalu ingin meminta maaf kepada mereka jika masih ada rasa ketidaksenangan terhadap aku. Aku hanya ingin membantu,tapi mungkin caraku tidak dapat diterima.

Kasih sayang.Apa sebenarnya erti kasih sayang?
kasih sayang untuk dunia semata..
atau kasih sayang yang membawa ke syurga..

Selepas berbicara dengannya,aku jadi sebak,doaku hanya terbaik untuk dia.
Balik dari rumahnya,aku berjalan sambil berfikir.Sampai di bilik,aku baring,sambil mendengar lagu Dengan KuasaMu,(Nur One).Banyak bermain di fikiran aku. Aku jadi diam...

ada di sana,tiada di sini,apakah itu?^_^

Assalamualaikum..

Raya haji nanti,abang2 dan adik saya balik sabah..
tapi saya tak balik.,cuti kami lain2,harga tiket juga  membuatkan saya memejam mata >.< dan rasa nak menyorok di bawah bantal-_-'..mahal.....
tapi tak pe,dah biasa..mari kita lihat apa ada di sabah..^_^'

 ini bilik saya..

 rindu bilik ini...
adik2 selalu main di bilik ini...
selalu kacau saya..tapi x pe..

bantal biru tu,ada senior bagi,
bantal merah tu,ada kawan bagi,
bantai kuning belang biru tu,ada junior bagi^_^


ini kolam ikan,dari tingkap bilik saya,boleh nampak kolam ikan
suka dan tenang...abah bertungkus lumus untuk kolam ikan ini..^_^

dari tingkap bilik saya juga boleh nampak gunung kinabalu,satu pemandangan yang sangat2 dirindui,
kerana gunung kinabalu hanya satu di hatiku..ewaahh..:)

itulah jawapannya,bilik aku,kolam ikan,gunung kinabalu..
semua ada di sana(sabah),tiada di sini(upm)

mode: rindu sebenarnya..
^_^

Wednesday, October 26, 2011

The Short Man Who Keeps Getting Taller[ Part 3]

Assalamualaikum..

Aku terlalu mahukan kesempurnaan, di tempat kerja pula aku mengalami kesukaran. Syarikat kami kerugian, aku rasa sungguh tertekan. Kemudian anak sulung ku lahir, syarikat kami terpaksa ditutup dan aku jadi penganggur. Fikiran ku berkecamuk, macam mana nak menyara keluarga ku? Ketika itu aku menyedari pentingnya sokongan keluarga, isteriku menyatakan kesanggupannya memikul beban bersama-sama. Allah Ta’ala memberikan kami kekuatan. Keluarga dan kawan-kawan ku juga bersama di saat aku memerlukan.
“Hei, Panjang!”
“Yusof kau ingat tak masa kecil dulu kan, kau bercita-cita nak buka bisnes? Aku rasa macam ni, apa kata kita buka bisnes?”
“Apa kata kita namakan Yusof dan Panjang?”
“Mana boleh macam tu. Panjang dan Pendek la.”
“Tak, tak, tak. Pendek dan Panjang.”
Empat tahun berlalu, ranjau dan duri telah ku lalui. Aku pelajari bahawa semangat untuk berhadapan dan menyelesaikan masalah menjadikan kita lebih kuat dan tabah. Bertindak positif dalam mengatasi masalah memberikan perbezaan yang ketara. Matlamat hidup juga perlu realistik berdasarkan kelebihan dan kelemahan diri. Bila rasa tertekan, berehatlah seketika. Banyak yang telah aku pelajari untuk meningkatkan kesihatan mental. Di samping kekuatan diri, sokongan kawan-kawan dan keluarga amat penting. Tanpa mereka, tak mungkin aku menikmati kebahagiaan seperti sekarang.

Kesihatan mental anda bagaimana?


video

dari sudut hati

Assalamualaikum...

Satu hari nanti,moga kamu akan faham
apa yang pernah saya perkatakan bukanlah untuk kepentingan diri...
Satu hari nanti,moga kamu akan faham
semoga apa yang pernah kita 'bincangkan'
bukan ingin menunjuk siapa yang hebat..
bukan kerana aku,atau dia atau kamu terlebih baik
bukan..bukan....

saya sudah memaafkan segalanya
saya harap kamu juga begitu,memaafkan apa
yang tidak kamu senangi tentang saya
kerana saya rasa saya juga punya silap pada mereka
saya akan cuba melupakan semuanya
walau saya rasa saya juga pernah terguris
terdiam dek barisan kata2 di alam maya...
terdiam dek paduan ayat2 yang tersusun..
benar..perasaan yang susah digambarkan...
benar2 terasa kosong..
benar2 pernah ingin menangis
hanya kerana apa yang di impi
tidak menjadi nyata,tapi saya silap,dan itu salah saya
mengharap diri mampu mengubah apa yang di rasa
kemudian saya tersedar...
saya juga manusia biasa,yang hanya mampu untuk menyampai
segala kata-kata baik semampuku sebelum ku mati
dan hanya ALLAH saja yang mampu mengubah segalanya
kini,dia berbicara tentang sesuatu yang pernah saya bicarakan
dan saya gembira:)
kerana akhirnya saya rasa dia paham apa yang saya maksudkan..
kerana memang belajar itu satu proses kehidupan
yang kadang-kala tidak kita sedari kita pelajari
saya berharap kita tetap menjadi kawan
tiada lagi perasaan marah,tiada lagi perasaan risau,tiada lagi perasaan benci...
saya benar-benar harap itu..
mungkin kita bukan adik-beradik,atau sepupu sepapat
atau kawan yang rapat
awak tau, kenapa saya tetap mencuba
dah ingin mencuba,berusaha menyusun ayat
walau saya tahu pahit untuk ditelan...
kita saudara seIslam...
entah apa yang bermain di fikiran orang lain
yang pasti saya memandang tinggi akan hal ini
kasih sayang sesama saudara Islam...

"Apa yang telah saya lakukan,untuk membantu agama Islam dan RasulNya?"

"mencari erti kebaikan
melihat diri sendiri bahagia,atau
orang lain turut di dalam kebahagian itu.." ^_^

kini saya rasa lebih tenang
selepas sepi seketika,bukan sepi semata
tapi muhasabah diri,mencari kenapa dan kenapa
dan saya rasa,saya jumpa kenapa,jawapannya kerana saya sendiri
bukan mereka..
kerana saya terlalu yakin dengan kata-kata
hingga lupa mereka mungkin terasa
kerana saya terlalu ingin segalanya menjadi seperti yang saya inginkan
hingga saya lupa,ALLAH sahaja yang berhak mengubah segalanya...

kepada awak..dan awak..
saya benar-benar minta maaf..

"Ya ALLAH,ampunkan segala dosaku..Amin..."

Tuesday, October 25, 2011

The Short Man Who Keeps Getting Taller[ Part 2]

Assalamualaikum..

Cuti..cuti..cuti...

“Yusof, semasa ayah sebaya engkau, ayah selalu berharap yang ayah adalah orang lain. Ayah ingin dilahirkan seperti orang yang lebih pandai, lebih kaya, lebih lawa sama seperti kawan-kawan ayah yang lain. Masa tu, ayah seolah-olah tak suka diri sendiri.”
“Tapi ayah, kawan semua kata ayah hebat. Saya ingin jadi seperti ayah.”
“Yusof, tahu tak apa rahsia menjadi hebat?”
“Lebih tinggi?”
“Tumpukan pada sasaran?”
“Bukan, Sof. Rahsianya adalah keyakinan diri
Menerima kelemahan dan kelebihan diri. Bila Yusof sudah menerima dan selesa dengan diri sendiri, barulah Yusof rasa selesa bergaul dengan orang lain.”


Betul kata ayah. Aku hilangkan rasa benci pada diri sendiri. Sebaliknya, aku mula memberi tumpuan pada kelebihanku. Aku tetapkan matlamat diri dan berusaha untuk mencapainya. 
Aku terima hakikat bahawa aku takkan boleh jadi lagi tinggi, tapi ada perkara yang boleh aku perbaiki seperti sikap aku, perangai aku. Aku juga belajar sifat-sifat yang baik seperti bertimbang rasa, bertolak ansur, murah hati. Tindakan aku betul agaknya kerana gadis istimewa aku menerima aku menjadi suami. 
Aku sangka kebahagiaan ini akan kekal selamanya. 
Tapi rupanya ini adalah detik permulaan untuk belajar menyesuaikan diri dan menerima perbezaan di antara kami. 

bersambung..

Saturday, October 22, 2011

The Short Man Who Keeps Getting Taller[ Part 1]

Assalamualaikum...


cuti..cuti..cuti..
macam biasa,tinggallah aku di kolej....


Sejak kecil lagi aku sedari, hidup tidak selalu seindah impian. 
Pengalaman mencorakkan setiap peringkat hidupku.
“Mak, tak nak pakai cermin mata. Mak, tak nak pakai cermin mata!”
“Yusof, Yusof kena pakai cermin mata. Semua orang pakai cermin mata. Ayah, atuk. Hah, tengok ni penyanyi pun pakai cermin mata.”


Masa kecilku sungguh menyeronokkan. Bila mula bersekolah, aku terpaksa bergaul dengan budak-budak lain. Mula-mula janggal, tetapi kemudian aku dapat kawan.
“Awak tu pendek!”“Awak tu kurus, tinggi pula tu!”“Sebab tu lah saya dipanggil Panjang.”


Terjalinlah satu persahabatan yang berpanjangan. Orang pendek pun ada kelebihannya. Bila remaja, aku risau semula tentang ketinggian ku. Malah, di kalangan budak perempuan pun aku yang paling pendek. Aku bencikan diri aku. Supaya disukai kawan-kawan, aku ikut sahaja apa mereka buat.
Mak dan ayah menyedari perubahan sikap aku.
“Abang patut bincang dengan anak kita. Saya rasa dia ada masalah.”



bersambung...

Sunday, October 9, 2011

tapi lebih indah kan, bila awal dan akhir cinta itu..^_^

Assalamualaikum..




Kenapa selalu kita bercakap tentang cinta?
kenapa orang mudah tertarik dengan perkataan cinta?
lihat saja lagu,berapa banyak yg meletakkan cinta sebagai dasarnya?
lihat saja drama dan filem,berapa banyak yang memahat cinta sebagai tunjangnya?
lihat saja novel,berapa banyak yang menjadikan cinta jalan menuju pengakhiran episod akhirnya..
sama saja kan?semua cinta..


tapi semua itu mungkin akan ada bezanya,bila kita mendapati akhir sebuah lagu,akhir sebuah filem,akhir sebuah drama,akhir sebuah novel
membawa kita mencari cinta yang halal,cinta yang mahal..


oh!cinta itu sudah indah
kau mungkin lebih tahu^_^
tapi lebih indah kan
bila awal dan akhir cinta itu,
cinta yang halal...


ini sekadar catatanku,untuk aku,dan kamu yang sudi membacanya..^_^
dan untuk dia yang aku tak tahu bila menjadi milikku...


Status FB:
"Jika cinta dalam diammu itu tak memiliki kesempatan berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam. Kerana Allah punya rencana terbaik untukmu."
comelnya ayat2 ni:)


ok..kene sambung study...
hari tu dah kene "......"  -_-'
tapi memang salah kami...
salah aku...sorry...
aku nak berubah,aku perlu berubah,,
tolong..aku perlu sokongan kamu..







Thursday, October 6, 2011

Fire drill

Assalamualaikum...



huhu
fire drill..
tok!!!!!tok!!!tok!!!!tok!!!!(pintu rumah diketuk)
aku pon dengan lajunye dan tensennye pergi bukak pintu..
sape lah yang ketuk kuat2 nih...huh!!-_-
''keluar yerr..ade kebakaran....pergi kat kawasan lapang''
lebih kurang laa ayatnye...
aku pon..diaammm....blur-_-
x dapat nak pikir ape2 lagi selain nak cabut lari..
teros bangunkan roomate...
''wehh..aku tak nampak ni,''
''eh,mane selipar aku???''
itu cerita Setahun yang lepas..

tahun ini?^_^'
aku lebih cool menghadapi nye...hehee^^(kening diangkat kedua-dua belah)
x de dah nak kalut2..
semuanya ok..:P
ye lah..cukup la aku kelam-kabut tahun lepas..

apepon..aku tetap anggap latihan ni sesuatu yang penting
x terfikir bila pihak kolej akan buat fire drill ni
tapi,bagusla..
sekurang-kurangnya tersedar bahawa  x kira masa 
apa-apa boleh terjadi...

Ya ALLAH,ampunkan dosa-dosa hamba-hambaMu..Amin...


Tuesday, October 4, 2011

Take it, leave it or change it..

Assalamualaikum...

Hari ini hari selasa
Pagi ini kelas Culture
macam-macam aku rasa
harap semuanya ok sahaja...
^_^

 “Finding faults in others does not make you look beautiful.”

"We  all have problems. The way we solve them is what makes us different.”




Today’s decisions are tomorrow’s realities. Remember you have three choices: Take it, leave it or change it-Marsha Petrie Sue

Saturday, October 1, 2011

pertemuan di komuter serdang^_^

Assalamualaikum..

Tadi aku pergi MID VALLEY..nak jumpa adik aku yang kat UM tu..
masa tungguu kat ktm serdang,tunggu punya tunggu...haaa..dah sampai...tp..penuh!!!aku pun terlepas nak naik...-_-'emm...buat relax je arr..duduk2 dan tunggu lagi...

tiba2 ada sorang student tanya aku(dia cakap english)
"jauh ke nak pergi kl sentral?"
aku jawap la x jauh sangat.
pastu kitorang berborak-borak la...(tiba2 je..haha)
dia ni student thailand,buat exchange program kat UPM
4 bulan kalo x silap
so,kitorang pon cerita la mcm2..
pastu aku pon promote la Sabah..(inilah anak jati sabah^_^)
aku kata sana pon banyak etnik gak..
aku pon x tau sangat pasal thailand(ingatkan nak tanye pasal cite tu...yang high school tuuu....yg ada hero hensem Ryu...:p...tp aku lupe la nama drama tu...so x tanye la...(sekali google,Wai Rai High School,^_^)
emm..akhirnya aku tanya dia pasal Tom Yam..hahaha^_^
siap aku add kat facebook lagi..hihi
nama dia Mink..
mcm2 la kitorang duk borak2...
emm...

oleh kerana terpaksa berhimpit dalam komuter tadi-_-'(bestnya kalo ada kipas ke,aircond ke..hehe)
maka,terpisahlah kami di dalam komuter itu....
membawa haluan masing2...
berakhirlah kisah kami...ceewah..

akhirnya...kami bertemu di Facebook^_^