Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, December 30, 2011

Semakin kita dekat dengan exam..

Assalamualaikum...

Kemarin, aku sibuk betul dengan carry mark untuk subjek2 aku..
emm..risau...takut..
tiba-tiba mula aku terfikir..
apa sebenarnya yang aku kejar ni?
aku mula terfikir, kenapa aku nak sangat dapat markah tinggi?
adakah sebab nak tunjuk hebat?
atau adakah sebab nak baiki result?
adakah sebab nak jadi pelajar terbaik?
adakah sebab aku memang berwawasan tinggi nak jadi dietitian?
atau sebab apa?atau sebab apa??
aku mula muhasabah diri...

hati aku terdetik nak mendengar kuliah tasawwur di surau selepas maghrib
maka aku pun pergi...
mendengar kuliah itu...maka...tersedarlah aku...
betul ke kita cemerlang?
masuk universiti?memang cemerlang..tapi betul ke kita ni cemerlang?adakah dapat markah tinggi,dapat banyak anugerah itu sudah cemerlang?adakah kita betul2 cemerlang di sisi ALLAH?

Sekarang study week, memang ramai yang nak study...tapi betul ke kita cemerlang?hebat ke kita study kuat2,tapi...hubungan dengan ALLAH diketepikan?
adakah kita study sampai solat dilengahkan? adakah kita study sampai Subuh pon tak terbangun?
adakah kita study sampai Zohor, Asar, Maghrib, Isyak perlu kita lengahkan?
adakah kita study tapi Al-Quran, kita di mana?
adakah kita study, sambil masih melakukan kemungkaran?
kadang2 bila kita tahu benda tu salah,kenapa masih nak buat?kenapa masih berdegil?

jadi,biarlah kita belajar ni dengan niat yang baik..
niat kerana ALLAH...

nak jadi dietitian yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam
nak jadi doktor yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam
nak jadi guru yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam
nak jadi chef yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam
dan apa2 sahaja pekerjaan yang halal
jadilah yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam

kerana  x guna kita menjadi yang gah di mata manusia...
tapi sebenarnya kita kosong jika dunia semata yang dikejar..

Firman ALLAH yang bermaksud:
Oleh itu ingatilah Aku, Aku akan mengingati kamu.  (Al-Baqarah 152)

Semalam, semasa kuliah, bila di bacakan ayat Al-Quran ini, "..ingatilah Aku, Aku akan mengingati kamu."
aku tersedar lagi...
kita sebagai orang Islam, perlu percaya dan yakin kepada ketentuan ALLAH..
yakin..dan sangat2 perlu yakin dan percaya..

maka, tersedarlah aku...
bahawa kecemerlangan dunia yang aku cari ini tidak akan sempurna jika kecemerlangan hakiki tidak aku cari..
kecemerlangan di akhirat...

Semakin kita dekat dengan exam, sepatutnya kita semakin dekat dengan ALLAH...

perkongsian,semoga memberi manfaat bersama... ^_^

Thursday, December 29, 2011

Berusaha!

Assalamualaikum..

hari ini masih minggu study week..





sumber :FB

sumber : youtube


berusaha!!!!!!!!

xde la stress sangat..tapi risau...-_-'
tapi aku masih Yakin Boleh!!!
semoga Allah permudahkan urusan-urusan kita.Amin..

Tuesday, December 27, 2011

Selamat tinggal

Assalamualaikum..




Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerna Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahgia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku

Monday, December 26, 2011

Nak balik^_^

Assalamualaikum...

 yang ni paling best buat...kegemaranku^_^

 mencabar buat si ulat bulu ni..-__-'

 rupanya,aku dah tersalah skill buat almond london..haha...layan...:P

 yang ni ikut suka aku je..hahaha..

 yang ni pon main buat je..pizza la sangat:P

 hahaha..yang ni aku buat jugak...tp...tawar la..:P
[kurangkan gula dalam makanan,tambahkan manis dalam senyuman..heehe]

 sedaappppp^_^

biar comot,asal sedapppp^_^
rindu ^_^

 rindu...

wah....nak guling2 kat katil....

 rindu....

^_^

Senyum..jangan marah-marah ok:)
apa yang baik kita ambil...tenangkan hati..lapangkan hati:)

Saturday, December 24, 2011

Berlapang dadalah bila benar itu salah kita.Mengapa perlu menyombong diri?

Assalamualaikum..

Mari baca ini kawan-kawan2^_^   ====> Buat dulu sebelum dakwahkan kepada orang lain?
untuk kamu yang sudi membacanya..
Sekarang kamu faham bukan,
kenapa saya mencuba benar menasihatimu?walau pahit yang saya dapat..
mencuba benar menasihatimu?walau diam akhirnya aku....


Kerana itu ialah TANGGUNGJAWAB
moga tidak ada yang memandah remeh akan hal ini.


1. Tanggungjawab atas diri sendiri
“Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (QS. At Tahrim 6)
Setiap manusia dituntut untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan keimanan serta ketaatannya kepada Allah, agar terhindar dari api neraka.

2. Tanggung jawab Keluarga.

Selain diri sendiri, seorang mukmin juga bertanggungjawab menjauhkan keluarganya dari murka Allah, dan membawa mereka kepada redha-Nya.
 Allah berfirman, “Dan peringatilah keluargamu dan kaum kerabatmu.” (QS. Asy syu’ara 214)
Setiap mukmin bertanggungjawab untuk mengajak kaum kerabat dan saudara-saudaranya mentaati Allah.


3. Tanggungjawab atas kaum kerabat dan sahabat dekat.

Allah berfirman, “Dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) “ibu negeri” (Mekkah) dan (orang-orang)yang di luar lingkungannya.” (QS. Al-An’am 92)
Setiap mukmin dituntut untuk memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk di sekitarnya dan di luar lingkungannya.


4. Tanggungjawab atas sesama muslim di sekitar 

Allah berfirman, “Dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) “ibu negeri” (Mekkah) dan (orang-orang)yang di luar lingkungannya.” (QS. Al-An’am 92)
Setiap mukmin dituntut untuk memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk di sekitarnya dan di luar lingkungannya.


5. Tanggungjawab seluruh manusia. 
“Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah” (QS. Ali Imran 110)
Terakhir adalah tanggung jawab sebagai Khoiru Umat, iaitu sebaik-baik umat yang dipilih oleh Allah untuk menemui manusia untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka Allah Ta'ala.

*****************************************************************

Berlapang dadalah bila benar itu salah kita.Kenapa perlu marah?adakah hanya yang menegurmu itu seorang budak kecil?maka kamu perlu marah?
Adakah kerana terkena batang hidung sendiri?maka, kamu perlu marah?
atau kerana hati kita?Fikir-fikirkanlah.
perlukah kita menyombong diri?
Allah mengetahui yang terbaik buat kita..
berlapang dada lah bila benar itu salah kita. ^_^

mari kita berubah..mari kita sama-sama berubah^_^
buang yang keruh, ambil yang jernih..sahabat...

Aiman Azlan

Assalamualaikum..

Take Five!^_^


 

Sumber: akuislam.com

Friday, December 23, 2011

Temuilah Ayah Saya. Itu Lebih Berharga Dari Seribu Bunga & Ungkapan Cinta

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...selesai presentation terakhir untuk Sem ini.. ^_^
*********************************************


Aku : saya tidak layak untuk awak.
Kau : Kenapa?
Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.
Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Aku : saya juga tidak dalam  ilmu agama.
Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.
Aku : Awak terlalu sempurna.
Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.



“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).
.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”






Friday, December 16, 2011

Tapi untuk apa? Tapi untuk siapa?

Assalamualaikum...

Aku ingin berjaya, kau ingin berjaya. Aku ingin gembira, kau juga ingin gembira. Aku ingin kelihatan cantik, kau juga ingin kelihatan cantik. Aku ingin lelaki yang baik, kau juga ingin lelaki yang baik. Tapi untuk apa? Tapi untuk siapa?

Mari kita fikirkan..
Kerana jawapan akan membawa kepada perubahan.
Perubahan yang baik atau mungkin tidak baik.
Kerana perubahan akan membawa kepada keindahan.
Keindahan di dunia, atau keindahan abadi di akhirat nanti.
 -Saiyidatul 6.34 pm

^_^