Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, February 27, 2012

Patient,Dietitian,Doctor

Assalamualaikum..

Pagi ni kelas SEMINAR cancel,sama gak petang..
so pagi ni hanya ada kelas DIET TERAPI 1 with Dr Chan.
this is what I learnt from Dr Chan today. [agak touching ye hari ni..-_-]

Situation 1:
Patient: Dietitian,please listen to me.
Dietitian : Yes,I always listen to you.
Patient: No,you are not listening,but you only use your ear to hear.

We want patient to change and listen to us, but we HARDLY want to listen to them.
Patients,just like children, they do not like to be scolded. They need more encouragement,not punishment.

LISTEN and HEAR,different.

So, you can hear something without wanting to, but you can only listen to something intentionally.

Change is never easy. You fight to hold on and you fight to let go.. but the fruit is wonderful-Farah Lee

Situation 2:
Doctor : Why do you allow this patient to take this FOOD?
Dietitian : Because of these things.
1. Age
2. Personal and cultural preferences
3. Lifestyles
4.Individual's wishes and willingness to change

If the patient is having DIABETES for about 20 years,and he/she really wanted to take this ONE food,did you allow the patient to take it?

Aku tak tahu kenapa

Assalamualaikum..
Pagi ini, aku bukak twitter,aku bukak blog..ntah kenapa..sayu..
aku pun x tahu kenapa...betul aku tak tahu kenapa...kenapa aku tiba2 macam tu..tapi
aku dapat rasa pada mata aku,ada air2 mata yang berusaha untuk jatuh...........
Hati aku benar2 tersentuh...

Kisah cinta

Assalamualaikum..

Cerita ini bermula dari sekolah menengah.Aku tahu aku tak pernah bagi jawapan yang pasti pada dia,tapi dia setia jugak tunggu aku..Sebab masa tu aku risau,aku takut,betul ke perasaan aku ni?
Boleh tak simpan dalam hati je?
tapi bila dah habis SPM,tunggu nak masuk matrik,dia dah dapat masuk U,
satu ketika,aku mula fikir dengan 
seseriousnya,fikir betul2........................................................

Bila aku amik keputusan untuk hanya menjadi teman biasa..aku menangis..aku sedih.
Tapi kamu tahu apa yang aku fikir masa itu?
Aku fikirkan tentang dia.
"mcm mana dia nak study,kalo asyik nak mesej aku?"
Aku nak dia kejar cita2 dia,sebelum mengejar cinta.

Tapi memang aku sedih masa itu.Sebab dia memang seorang yang baik.
Walaupun aku x pernah beri jawapan yang pasti,tapi dia seorang yang setia...untuk satu tempoh yang lama..lama.....lama...

Aku kemudian masuk Matrik........................................................................................................

Dalam masa aku memutuskan untuk hanya berteman biasa ,sebenarnya aku simpan rasa setia
harap dia akan menunggu,seperti mana aku setia menunggu,harap dia menjadi separuh dari hidupku suatu hari nanti

Tapi rupanya aku ibarat bertepuk sebelah tangan,banyak benda terjadi selepas itu
dan aku melalui satu fasa rasa kecewa dan berkecai

Tapi aku x salahkan dia
malah aku letakkan kekecewaan yang aku alami itu
disebabkan diri aku sendiri

Masa kat matrik jugaklah,aku banyak belajar untuk memperbaiki diri......................................................

Dalam ruang lingkup rasa kecewa,berkecainya hati aku itulah
aku mula belajar untuk memperbaiki diri sendiri,dari situ jugak aku sedar yang aku dah banyak buat salah
lalai dengan cinta manusia
Dan bila aku fikir kembali,aku bersyukur dengan perpisahan ini
aku bina kembali kekuatan yang pernah lemah,aku cuba
dan ALLAH itu Maha Kuasa,Penentu segalanya.

Sehinggalah aku masuk UPM.................................................................................

Aku cuba mengelak dari dia
tapi sampai bila?
Aku rasa mcm kejamnya aku..kalau hingga tahap ini aku lakukan..
Apa salahnya,aku jernihkan suasana,asal aku tahu perasaan itu telah hilang 
dan asal aku yakin hanya sayang seorang kawan yang ada untuk dia..

Satu hari di UPM,masa tu mungkin tak ramai orang di sini,sebab H1N1 merebak........................

Aku ambil keputusan untuk bertanya berkhabar
Ternyata aku lebih lega selepas itu,Bukan kerana aku kembali dengan kisah itu
tapi kerana aku rasa aku tidak memutuskan hubungan sesama kawan

Tidak lama selepas itu,aku dapat tau kehidupan bahagia dia dengan si dia
Aku rasa biasa,Tiada lagi rasa sedih,kecewa
semoga dia bahagia

Baru-baru ini,aku bukak facebook,aku gembira sebab........................
Kamu tahu bila aku dapat tahu keputusan exam dia
aku suka untuk senyum
kerana aku tau dia berjaya sekarang :)

Sehingga sekarang........................................................................................................................

Kamu tahu apa yang aku belajar dari perpisahan ini?
Sakit,menyakitkan..
sebab aku rasa bersalah,apakah aku dah mempermainkan perasaan dia?

Kamu tahu apa yang aku belajar dari perpisahan ini?
Sakit,
apatah lagi bila kenangan2 lama datang

dan jujur,
Aku tidak dapat memadamkan kenangan2 dulu
Aku tidak dapat melupakan perjalanan kisah hidup ini
Tapi aku dapat sesuatu dari kekecewaan dan kesedihan aku

aku dapat KETENANGAN..
aku rasa tenang,
kerana aku dapat menghindari diri dari melakukan perbuatan2 yang 
mendekatkan aku dengan zina
sebenarnya,itu cukup menenangkan.....
aku rasa tenang...
itu sudah cukup memadai untuk mengubat segala-galanya..
Kepada ALLAH aku kembali

Jika ditanya tentang perpisahan itu
Aku berpisah kerana ALLAH....

Benar,dalam ruang lingkup perpisahan itu
aku belajar untuk mengenal apa itu cinta..

Janganlah terlalu bersedih atas masa lalu yang pernah terjadi pada dirimu. Cubalah menutup rapat-rapat dan mengikat masa lalumu dengan KEIKHLASAN.....
                                                                                                      -Aku Islam

Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH untuk nikmat iman dan Islam,untuk segala-galanya..



Aku tidak pernah akan mengetahui apa yang akan terjadi selepas detik ini..
cuma aku akan berusaha dan aku berharap...
cukuplah kiranya jika dapatku akhiri
bukan untuk menjadi kekasih sebelum nikahku
tapi untuk menjadi isteri,permaisuri di hati si dia....

InsyaALLAH ^_^

Sunday, February 26, 2012

Satu perjalanan

Assalamualaikum..

Hari ni aku akan ke satu tempat.Tapi aku tak pernah ke tempat itu. Ini kali pertama aku akan ke sana.
Semoga ALLAH permudahkan. Amin.

..kita mungkin bukan hamba Allah yang baik..kita mungkin ada banyak kelemahan dan kesilapan..namun itu bukan satu lesen untuk seseorang memaki, memfitnah dan menggelar dengan gelaran yang buruk..sehodoh mana pun kita ini, masih memanggil Allah pada waktu petang dan pagi..apabila orang lain zalimi kita dengan sesuatu yang berat, kepada Allah jua kita bermunajat..bilah-bilah hari datang dan pergi..akan ada hari ketentuan Ilahi..Ya Allah segala puja buat ZatMU Yang tidak pernah lupa doa setiap hamba..







Saturday, February 25, 2012

Abah dan sabar

Assalamualaikum..

Bila tengok abah sabar,aku pon jadi sabar.
Abah tak cakap hari2 yang aku kena sabar...tapi
apa yang abah buat hari2 mengajar aku untuk menjadi seorang yang sabar..

Waktu pagi..abah bangun awal..abah keluar awal..suka ke kolam ikannya..menyiapkan kolam ikan itu..
abah sangat sabar..

Masuk tengahari,abah bersiap2,hendak mengajar di sekolah..
abah sangat sabar

Dah lewat petang baru abah balik dari sekolah
tapi abah sabar

8 orang anak2  abah
setiap kami ada sikap yang berbeza..
tapi abah sabar melayan kerenah kami..
abah sangat sabar..

Bila abah dengan arwah ummi
ummi sakit
tapi abah sangat sabar
sangat sabar...

Bila abah dengan mak
kehidupan berumah tangga
tapi abah sabar

Dan
Seorang anak seperti aku
satu-satunya anak perempuan ummi dan abah
abah sangat sabar
mendidik aku
untuk menjadi seorang perempuan
seorang wanita
seorang yang solehah...
abah sangat sabar...

Aku takkan lupa itu sepanjang hayat aku...
kerana kesabaran abah
aku menjadi aku..

bila tanya soal cinta,abah pesan supaya bersabar..
sebelum aku balik upm,abah pesan supaya bersabar..

Terima kasih,abah..


Friday, February 24, 2012

work hard

Assalamualaikum...

Jumaat

Pagi2 lagi...x de la pagi sangat..hehe..kol 8pg,kelas INTERAKSI DRUG NUTRIEN. Lepas tu ada kelas DIET TERAPI 2 with Dr Nisak. Apa lagi yang boleh aku perkatakan tentang subjek ni...emm..Macam dah nak praktikal dah kan...-_-.....masih banyak yang kena belajar..masih banyak...masih banyak...sem ni kitorang akan masak..tp.....nanti ada MASTERCHEF...hehe....takot la aku.....

Sem ni still ada ward round..makin mencabar...then buat FOOD DIARY..dan..kami dah bagi2 kerja satu kelas,so my task ialah untuk cari common food Malay/Chinese/Indian..sabah, sarawak nak tak? :)
so kalo nampak kawan2 aku kat Giant ke,Jusco ke tengah tulis2 sambil tengok keropok2,susu,aiskrim, dan sebagainya..tu sedang buat assignment la tu..hehe
Sebenarnya,minggu ni je aku rasa relax sikit..aku tau start minggu depan kerja2 banyak yang dah perlu disiapkan.
Apa pun...lalui lah dengan senyuman..ceewah...
Bak kata my lecturer "Stress will kill u,sikit cukup,banyak kill". Betul jugak...hidup perlukan stress..supaya kita rasa bergerak nak buat kerja,tp stress yang melampau hanya akan memakan diri kan?

Pukul 2.30 ptg ada kelas KAUNSELING.
seronok..dapat tau Food Habits among us..haha
mcm2 perkara baru yang dapat dipelajari hari ni.

Balik tadi..dah pukul 5 ptg jugak...
terserempak ngan buddy..baru balik praktikal la tu..hehe
then,terserempak ngan sekumpulan junior 2 year..mcm nak beriadah je...bestnya:)

Oh ye,kemarin petangkan ada kelas SEMINAR..kami pergi library..Librarian ajar cara2 nak cari journal.
So,khas kepada pelajar2 UPM, layari web site library UPM dan explore...sangat berguna untuk cari journal.:)

Tadikan...aku nampak list CGPA kawan2 aku...bila aku mula membandingkan result aku dengan beberapa orang kawan aku...aku rasa mcm langit ngan bumi jugak..-_- (itu kalo aku dah mula membanding la..hehe..so aku x nak compare dah,sebab memang result aku x segempak tu..hehehe)
tapi kan lepas tu...aku buang ke tepi dulu soal CGPA...dan aku berazam untuk berusaha nak fokus dan buat yang terbaik untuk semester ni hingga habis praktikal...

Aku tau semester ni padat dan penat...tapi aku tak akan putus asa.
Semoga ALLAH permudahkan urusan2 kita.Amin.

Thursday, February 23, 2012

Lawatan sambil belajar

Assalamualaikum..

Khamis


Hari ni pagi2,pukul  9 pagi lebih2 tu, aku dan kawan2 diet 3 year pergi Hospital Serdang.Nak tau pergi mana?Haa..Jabatan Dietetik dan Sajian. Korang tau tak,tempat ni selalu dikaitkan ngan bilik mayat..hahaha..sebab berdekatan kot...seram kan?:P Seram gak laluan nak sampai tu..kehkeh.. Kami ditemani oleh kak ecah. Seronok ngan kak ecah, best!:)..Lepas bagi group,kami pon memulakan perjalanan..ceewah...gaya macam jauh je..hehe...dekat je pon..:P

Sesampainya kat sana, kami disambut oleh staff2 BESTA (company yang handle makanan kat hospital) dan dietitian kat sana. Oh ye,dietitian in charge tadi pon senior kami,batch pertama, Cik Ain. Suasana kat dalam tu agak bising...dengan bunyi2...wahh-_-..
Lepas diberi taklimat sikit,kami pon mulalah melawat Jabatan Dietetik dan Sajian tu..Mula2,masuk tempat:
RECEIVING AREA : Kat sini,sayur mayur, buah2, dan mcm2 lg bahan2 makanan akan dibawa masuk kat sini. Untuk setiap jenis pesanan ni,akan diletakkan mengikut COLOR CODING. Contohnya, bakul merah untuk ayam, daging. Biru untuk seafood, ikan, Hijau untuk Sayur.

Lepas tu beralih pulak ke :
STORAGE AREA: Di mana di sini letaknya Chiller dan kawan2 nye..kalo dalam chiller ni,kena simpan Vegetable,fruit dan pastry. Best laa kat bilik sejuk tu...sejuuuukkk je...hehehe.. Pastu ada bilik sejuk no 2. Dalam ni ada tempat nak Thawing and freezer. Selain tu, ada stor bahan kering jugak kat sini. Then lepas tu kitorang sambung jalan lagi...Oh ye,,yang bawak group aku jalan2 ni ialah dietitian, Cik Ain.

Kemudian,sambung lagi perjalanan,pergi tempat:
PREPARATION AREA: kat sini tempat ikan2 di siang...dan sebagainya lah..Aku teringin nak tengok proses menyiang ikan..hahaha...tp masa pergi tadi..licin,bersih..rupanya dah siap dah semua kerja2 tu...hehe..
kemudian kami jalan2 lagi,masuk pulak tempat err,,x ingat..hehe..masak2 kot...
kat sini,kerja masak2 dilakukan..

Selepas selesai masak, proses PLATING dilakukan.Haa yang ni memang best.!
Aku nampak beberapa orang pekerja kat sana bersiap sedia nak letak makanan dalam bekas tu..emm...
Lepas tu...mula la bunyi2...cepat tau dorang buat kerja..pantas... Kat sini ada 3 class, First class, 2 and 3 class.
So yang makanan first class tu,kat tempat lain sikit...haaa..yang tu aku pelik..sikit je pekerja yang handle kat sana. Tapi kan,tiba2 nampak mcm kenal..laaa senior2 kitorang la..hehe..mereka sedang praktikal kat sana.. tapi xberani la nak borak2 hehe..sebab dorang mcm tengah busy je..banyak kerja tu...
Nanti kami pon mungkin macm tu...wahhh...mcm mane la aku nanti..-_-..

Sebelum sesi PLATING tu, kitorang diberi penerangan tentang menu2 dan food costing kat sini..Haa..ni part aku sebab nanti ada presentation pasal ni. Pasal menu2 kat sini.Ada mcm2, Tapi dibuat secara 2 week cycle. Maksudnya, selepas 2 minggu,(14 hari),so akan ulang balik menu hari 1 pertama. setiap 6 bulan,menu tu kena revised. Nanti kan kalo korang berpeluang jaga orang sakit kat hospital ke, cuba tengok makanan yang dihantar,mungkin ada kena tulis singkatan2 nama kat sana macam DD,LS dan sebagainya. Ada maksud tu. DD tu maksudnya Diabetic diet, LS tu maksudnya Low Sodium.

Aku tak dapat nak tunjukkan gambar,sebab x leh amik gambar atas sebab2 yang munasabah..:)
Apepon,lenguh kaki aku :p..dah sampai nak habis lawatan ni..aku dah penat dah...-_-'hehe... xhabis lagi pon..:p
Lepas siap plating ,makanan2 tadi akan dihantar kepada pesakit2. Oh ye, selain dari pesakit2, bahagian ni juga  sediakan makanan untuk Doktor yang On Call dan Dr OT. Yang ni memang aku baru tau..

Pastu kami teruskan perjalanan sampai habis..hehe.. Bertemu di tempat permulaan, kami pon makan....:)
Makanan tadi aku rasa la..macam healthy menu je..apepon,free x yah bayar..so jimat belanja, x yah beli dah lunch..hahaha:p

Selesailah lawatan sambil belajar..hehe..lepas ni pergi Hospital Banting pulak..^_^

"Hanya untuk menyiapkan makanan, ramai orang bertungkus-lumus"
"Hanya untuk menyediakan makanan, ramai orang akan datang awal pagi"
"Hanya untuk mencuci segala  pinggan mangkuk,ramai orang akan balik lewat"
"Hanya untuk pastikan makanan untuk esok hari, ramai yang bersedia lebih awal"

"Korang penah terfikir tak,keadaan dirumah?Siapa yang bertungkus lumus menyediakan makanan?
Membeli barang2 dan bahan2 untuk dimasak?
Sejauh mana kita menghargai dan sejauh mana kita memahami
mereka wajar dihargai......." ^_^

Wednesday, February 22, 2012

Life must go on...

Assalamualaikum..

Selasa

Hari selasa,ada kelas ganti Diet Therapy 1..belajar tentang Medical Nutrition Therapy for psychiatric condition.
emm..menarik topic ni..mcm nak handle anorexia,bulimia patient ni..mencabar betul..the first thing is to gain trust from the patient.how?and how long?
the last slide was " Eating is simple, but not easy"..

Lepas habis kelas tu, 3 orang senior kitorang datang..Sebab ganti lecturer for DIET THERAPY 2. Ok..senior2 bagi banyak nasihat kat kitorang..dan banyak information kat kitorang..and also about the relationship among us..
then, one of my senior said, SHARE. Maksud dia,share la information yang ada..kongsi ngan kawan2...x syok la sorang2..hehe..semester ni pon ada ward round, but now with the other senior..emm..sebenarnya,risau jugak ni..-_-

Petang tu,ada kelas DRUG NUTRIENT INTERACTION with Dr Sokhini..subjek ni best!:)
aku suka:)

Rabu

Pagi ni ada kelas Nutrition Counselling with Dr Zuriati. Subjek ni pon aku suka.:)
Dr. terangkan secara detail tentang course outline. Contohnya mcm kat course outline tu ada tulis. A4,CS,TS dan sebagainya...A4 bermaksud Affective at level 4,CS tu communication skill,,TS tu Team Spirit..(eh..cakap tentang team spirit ni,,hehe..malam ni Malaysia vs Jepun,bola!bola!^_^)
Sebenarnya,masa break 5 minutes tu,ada satu kejadian berlaku,tetiba keluar asap dari satu tempat.Aku terkejut jugak!kenapa ni?kebakaran ke??rupanye ada hanphone terbakar....aku x tau la kuar api ke tak..hehe..tp memang kuar asap2 dah tadi,..mujur x bunyi loceng kecemasan..hehe..
Belajar nak berkomunikasi dengan effective..emm..susah ke senang?nak mempengaruhi orang lain?susah ke senang?
Anyway,I also hope that from this subject,at the end, it will transform me to be someone!

Lepas tu ada kelas FOODSERVICE 2 with Dr Rosita..kelas masak2 ni..hehe..
ok...td ada kuliah pasal Production..subject yang agak merisaukan aku..hehe...sebab aku..err..kami..hehe kena masak banyak...esok kitorang ada visit ke ????HOSPITAL SERDANG...sebelah fakulti je..hehee..just cross the bridge..anyway,again with our senior,Miss A'ishah..last sem senior kitorang ni yang handle ward round..
subjek ni  masak2,kena jual2..pastu...ada visit,pergi Hospital Banting,MSN. Then,ada attachment..kat Hostel and Institute. Kalau kat hostel seperti Sekolah Seri Puteri Cyberjaya,SMKA Maahad Hamidiah. Kalo kat institute, dapat pergi UNITEN,L'Aprentice Deli UPM,ILSAS(aku x tau kat mane ni), Maybank, KWSP and RHB.Then ,ada banyak projects..............."emm..hectic and busy life.."

Then, again Diet Therapy 1 with Dr Chan. Hari ni pon best MNT and Diabetes Mellitus.
Hehe..Dr Chan selalu perbetulkan terms yang kami gunakan kalo salah..contohnya don't say WATCH but OBSERVE. Use ANY DISCOMFORT not REACTION. And one funny thing happened, when Dr asked about the patients that we met last semester at the hospital,
student:"patients kami jumpa, bed ridden.." 
Dr:"bed ridden? or the patients are lying on the bed?"
lebih kurang macm ni dialog nye..hehe...
ye lah..patient berbaring kat katil dengan patient yg betul2 x leh bergerak sebab sakit(confined to bed by illness) berbeza tu..^_^'

Habis kelas dah kul 1..hampir terlewat bangun..sebab ada kelas kul 2 petang...Foodservice lagi..hehe..kena estimate ingredients untuk Healthy menu ni...emm..pening kepala aku..hehe.. ye lah..mana biasa nak agak berape berat beras nak masak, sayur, ayam semua tu...pastu nak kira lagi untuk 20 orang..sorang kena dapat mcm ni..macm ni..emm...dari sini aku banyak belajar dari lecturer dan kawan2...^_^

Lepas tu balik!!!makan!!..hehe..
malam ni,buddy nak datang..nak bagi nota2 kat dia...dah nak praktikal dah aku,berape bulan je lagi ni.....risaunya!!!!!!!-__-
really need to work hard...

expectation?
HEAVY......

Tuesday, February 21, 2012

Hari pertama semester 6

Assalamualaikum..

Semester 6, Tahun 3:

ISNIN

Hari Isnin ni aku ada kelas SEMINAR: PERKEMBANGAN TERKINI DALAM BIDANG DIETETIK. subjek ni tentang research,kritik journal.[journal lagi....].
So,generally we have 2 big tasks.First is the research area and another one is the critical review part.
Untuk research area, group aku kena buat tentang FOODSERVICE. [please...journal..]
then untuk critical review, buat tentang COMMUNITY.
sebenarnya aku lebih berminat tentang CLINICAL,tp x dapat..xpe...teruskan..hehe
aku risau jugak ni,sebab aku jadi group leader.[sebenarnya,aku x suka jadi ketua..]
apepon, I will try my best..

Lepas kelas SEMINAR, aku dan kawan2,pergi makmal(err..x ingat)..jadi participants untuk satu reasearch.
Kena amik darah!!wahh...nampak je mcm sikit..tp aku rasa banyak..kehkeh...then...
dapat makanan,cenderahati dan dapat duit!!^_^..seronok!..hehe
and now, sebelum sarapan je kena makan folat,sebab ini kajian folat UPM.Nanti lepas beberapa bulan,kena datang lagi...(mungkinkah dapat duit lagi??kehkeh)

Pukul 10 pagi, kami ada kelas DIET THERAPY 1 with Dr Chan.
First time kelas dengan Dr Chan.
So in this class,JEANS AND T-SHIRTS (not allowed)..so maksudnya..formal la...hehe
Masa kelasni..sesi berkenalan..perkenalkan diri,dari mana,dan kenapa pilih dietetik(something like that)
Sebenarnya..best jugak sesi ni..baru tau cerita dari kawan2...mcm mane dorang boleh terlibat dalam kos dietetik ni..
"because I love FOOD.."
"because my brother recommend.."
"because my brother said.."
hahahaa...u see..masa dengar cerita kawan2 dan aku...memang la dari cerita2 tu,abang2 ye yang banyak terlibat dalam recommend kos dietetik...hehehe
dan satu lagi pasal suka FOOD,ni pon banyak gak...
ada lagi sebab Weight Loss,then minat dietetik,pastu,ada pulak sebab word Dietetik maybe macam bombastic kot..hehe..dan macam2 lagi la cerita...

Tiba giliran aku bercerita... aku pon ceritala mcm mane aku leh amik kos diet ni...lepas tu,aku nak kongsikan,kenapa aku nak jadi dietitian...bila tiba satu saat tu, aku menceritakan tentang sesuatu yang dah berlaku...tapi kan...aku hanya sebut beberapa perkataan je...dan tiba2 ayat aku terhenti...dan x dapat nak disambungkan..aku pon x tau kenapa aku tak dapat nak teruskan,aku jadi sebak,aku cuba menahan dari menangis....kawan aku bagi tisu..then,aku dah tak teruskan...
aku cuma nak beritahu satu perkara..tp kenapa susah sangat? :(
aku x dapat nak beritahu korang.....sebab aku akan jadi sebak secara spontan...ni bukan pertama kali terjadi..
sem lepas,aku nak share kat roomate aku perkara yg sama(kalo x silap),tapi penghujungnya tetap sama
aku tak dapat teruskan ayat aku...aku jadi sebak..dan aku x teruskan...
aku cuba untuk berkongsi..tp aku tak mampu...mungkin menulis lebih mudah untuk aku sampaikan..
aku nak sangat kongsikan pada korang satu cerita,
"Seandainya kita sakit sekalipon,dan ditakdirkan mati,biarlah pemergian kita itu sesuatu yang bermakna,dan pergi dengan bermaruah.." panjang lagi ceritanya...
tp aku x dapat nk sampaikan....sebab aku akan jadi sebak bila saja ingin teruskan...
satu hari nanti,mungkin aku akan kongsikan...

Bila balik,,,rasa malu la pulak..teringat..tiba2 je jadi macam tu kat kelas...
ntahlah,life is so complicated..
Many were the times I should have said..
but those words were not easy for me to say.
Today,again..
those "Words Left Unspoken"....
-from poem and song lyric

Sunday, February 12, 2012

Dragon Ball

Assalamualaikum...


Masih ingatlkah cerita Dragon Ball?^_^
Son Goku yang comel..




sumber: FB

Kelantan (2) vs Terengganu (1),Kelantan menang,yeah!:)

Bersederhanalah

Assalamualaikum..

Sekali sekala lihatlah ke belakang
masa silam yang hitam
bukan untuk berundur kembali
tapi untuk menginsafi
kita juga melakukan silap

Sesekali perlahankan langkah
ketika berjalan
bukan untuk berhenti terus
tapi untuk belajar
mengawal diri
dari hilang arah dan tujuan

Bila di depan ,mengertilah
tak selalunya akan menang
Bila di depan,bersederhanalah
jangan sampai memakan diri
dengan kata-kata sendiri..


Awan
jadilah seperti awan
awan yang melindungi...
jadilah seperti awan
berarak menenangkan
insan di sekeliling..

Akhirnya dia faham.... ^_^



Aku update status jak pun.

Assalamualaikum..

nak share:)

‎1. "Bajet ah kau ni post Islamik2".
Jawab,= "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Kau bajet nak masuk belah mana?"


2. "Takyahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab,= "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."


3. "Berdakwah konon."
Jawab,= "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."


4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab,= "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status jak pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat depan."


5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,= "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman kau."


source : FB

Saturday, February 11, 2012

Apabila Awan Baik Bercinta

Assalamualaikum..

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."  (Surah An-Nuur, 27)

Lelaki baik itu seperti awan
Lelaki baik itu sudah tentu seorang yang tenang. Walaupun laju dia bertindak , dia tetap tenang. Dan juga perlahannya dia beraksi , ketenangan tetap terpamer di setiap inci jasadnya .
Ketenangan itu simbolik awan. Mereka yang melihat awan pastinya akan turut tenang . Apabila lelaki baik itu berjalan, atmosfera ketenangan akan hadir menyelimuti manusia-manusia sekelilingnya .
Aku tidak hairan dengan falsafah ini . Malah, aku sudah jangkakan sedikit kata-kata baik daripada teman imaginasi aku. Awan dan lelaki baik ialah simbol ketenangan .
AWAN NANO
mendalam maksud lagu ini..
awan yang melindungi...
Yakin itu bagus,tapi HARUSLAH Merendah diri-Ferhad ^_^

Thursday, February 9, 2012

Rupanya, aku yang terleka....

Assalamualaikum.


Sekadar Perkongsian. 
Saya minta maaf,mungkin pernah kamu terguris hati.


Sudah tiba masanya kita mengambil berat.
Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina! -APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN?
Semakin aku meningkat dewasa, semakin aku belajar tentang cinta. Memang menarik. Cinta itu satu anugerah. Kamu mungkin lebih memahami.:)
Aku pun pernah berbuat silap dalam menilai erti cinta manusia. Aku juga berbuat silap menilai manusia tentang cinta. Kadangkala kerana perkara silam, aku jadi agak emosi. 


Ada satu kisah dalam hidup aku,juga kerana khilaf aku...membuat aku benar2 diam seketika. Hanya kerana bimbang yang lain akan terjebak sama. Aku mula bertanya, kenapa nak marah? Kenapa tak nak ikut? Salah aku kah?
Dalam muhasabah diri, aku tersedar,
Rupanya, aku yang terleka.... 
Rupanya, aku yang terlupa...
Astagfirullahaladzim..


"Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik Allah. Allah jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya berasa kecewa atau putus asa andainya kumpulan sasaran kita tidak menerima teguran kita. Sebaliknya kita perlu berusaha menilai upaya menegur kita agar lebih berkesan di lain waktu."- Menegur secara berhikmah


HIDAYAH ITU MILIK ALLAH,sebagai hambaNya cubalah semampu kita untuk menyebarkan kebaikan walau kita manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. 
Selepas dari kesedaran itu, aku mula lebih tenang dalam menghadapi kehidupan. 


Semakin aku dewasa, semakin aku belajar, dan semakin aku sedar,
Masing-masing punya jalan hidup sendiri, Memaksa seseorang memilih sebulat jalan kehidupan kita bagi diriku bukanlah pilihan yang terbaik. Kita hanya menyampaikan, semoga satu hari nanti, kita dapat menilai yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan akhirat:) 

Sekadar Perkongsian. 
Saya minta maaf,mungkin pernah kamu terguris hati.


Wednesday, February 8, 2012

Sudah tersemaikah di dalam hati?

Assalamualaikum..

Sabar dan syukur. Sudah tersemaikah di dalam hati?

Perjalanan  kehidupan manusia sentiasa ada turun dan naik. Ada ketika, manusia berada di atas,puncak kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan. Ada masa juga manusia terjatuh ke bawah. Terjerat dengan pelbagai ragam  manusia sendiri. Lumrah, ketika di atas rasa gembira membaluti diri. 
Tapi sayang, jika gembira itu tidak dikawal hingga timbul perasaan riak dan takbur. Bukan senang untuk seseorang itu berjaya. Tetapi kadangkala segalanya nampak menjadi senang dengan mengambil jalan pintas namun sebenarnya sempit di penghujung.


Mungkin kehidupan manusia ibarat roda yang berputar kadangkala di atas dan dibawah. Tika roda berhenti seketika dan manusia berada di bawah pusingan roda, ketika itu senyum mungkin bertukar muram yang tiba-tiba. Kadangkala jatuh membuat manusia diam lama, sukar menerima kekalahan dan kejatuhan dalam hidup. Apa tidak, keseronokan berada di puncak roda kehidupan juga satu nikmat dunia.  Untung bagi mereka yang redho dengan ketentuan ALLAH SWT. 

Melihat jatuh dan gagal itu ujian hidup yang perlu dihadapi dengan tabah, dan mungkin cabaran untuk melawan  rasa takbur, bangga diri yang mungkin cuba dan mula ingin bercambah di dalam diri. Sebelum akarnya mencengkam kuat di hati, hentikan siraman air gelap yang hanya akan membinasakan diri. 
Maka, jatuh dan gagal itu dilihat satu landasan untuk muhasabah diri. Tersasarkah aku atau masih di jalan yang lurus? Bersyukurkah aku atau telah lama aku lupakan segala amalan menuju akhirat?


Tanyakan pada diri, apabila senang dan berada di puncak, semakin dekat dengan ALLAH atau sebaliknya? Tanyakan pada diri lagi, apabila jatuh dan gagal dalam hidup, semakin dekat dengan ALLAH atau sebaliknya? 

Sabar itu perlu dan sentiasa perlu di didik pada diri. 
Berpesan Imam Syafie : Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.


Sumber gambar2: google