Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, October 31, 2010

Bagaimanakah amanah itu dipersiakan?

Assalamualaikum..

Bab tanda kiamat
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Pada suatu ketika Nabi s.a.w. berada dalam suatu majlis
berkata kepada suatu kaum, lalu datang seorang Arab
yakni orang Arab pedalaman kemudian berkata :
"Bilakah datangnya saat hari kiamat?"
Rasulullah s.a.w. terus berbicara.
Sebahagian kaum ada
yang berkata : "Beliau sebenarnya mendengar apa yang
dikatakan orang itu, namun beliau tidak senang
perihal apa yang ditanyakan" Sebahagian lagi berkata
"Mungkin sebaliknya, jadi beliau memang tidak mendengar"
Setelah selesai bicara beliau dengan kaum tersebut lalu
bertanya "Dimana kulihat tadi orang yang bertanya mengenai
hari kiamat". Orang Arab itu berkata : "Ya akulah itu,
ya Rasulullah ". Beliau kemudian bersabda : "
"Apabila amanah itu dipersia-siakan tunggulah saat itu.
Orang Arab itu berkata lagi : "Bagaimanakah amanah itu dipersiakan?"
Sabda Nabi s.a.w : "Apabila sesuatu perkara itu diserahkan
kepada yang bukan ahli, maka nantikan sajalah saat tibanya. (kehancuran)"

Hadis sahih riwayat Bukhari

http://www.freewebs.com/alhadith/

penat jugak jadi s/u ni,banyak meeting,x pelah,kuatkan semangat..go..datol go=)

Thursday, October 28, 2010

kelas terakhir sem 3

Assalamualaikum..

Dah habis kelas Prinsip Persediaan Makanan
Jumpa lagi sem depan..\(^_^)/















With that I thank you.. :D





Wednesday, October 27, 2010

satu tanggungjawab

Assalamualaikum..


Mesyuarat Agong Kelab Pemakanan dan Dietetik 2010



Moga ALLAH SWT permudahkan urusanku dan kawan2ku...amin...

Jawatan itu bukanlah satu kemegahan,tetapi merupakan satu tanggungjawab yang mana bila tidak dilaksanakan akan dipersoalkan di dunia dan pasti dipersoalkan ALLAH di akhirat...

''Jika satu masa nanti aku kalah dalam bicaraku sendiri..
Tolong ingatkan aku.. Kerana aku juga manusia..
Manusia sifatnya pelupa..
Aku juga pasti berbuat salah..
Aku harap kau akan mengingatkan aku
dengan firman-firman ALLAH yang ESA''

Monday, October 25, 2010

Sabarlah wahai hatiku

Assalamualaikum

Sabar
Firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud: ''wahai orang-orang yang beriman,minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya ALLAH bersama-sama dengan orang yang sabar''


KAD RAYA

Assalamualaikum..
bertemu kembali..=)

Semasa program hari raya kelab foonatic yg lalu,aku dan ajk2 aktiviti yg lain telah merancang beberapa aktiviti.
Mencuba mencari beberapa aktiviti yg ringkas,baru dan menarik.
Beberapa hari memerah otak,haha
terkeluar idea2 ini..

MAJLIS RAYA

KELAB FOODNATIC

DATANG LAGI!!

!!

8/10/2010(JUMAAT)

Pelbagai aktiviti menarik disediakan

*TEKA ______ DALAM BALANG

*KARAOKE

*PERSEMBAHAN ISTIMEWA DARI??????

*VIP SLOT

*CABUTAN BERTUAH

*ANUGERAH2 YANG SANGAT MENARIK

*ANUGERAH KEMUNCAK

* DAN SATU AKTIVITI YANG JULUNG2 KALI DIADAKAN IAITU:

PERTUKARAN KAD RAYA

Mudah sahaja caranya:

1. Beli kad raya atau buat sendiri.

2. Bawa pada malam majlis raya.

3. Nombor cabutan bertuah diberikan kepada pembawa kad raya.

4. Pertukaran kad raya secara rawak semasa majlis berlangsung.

Semoga dapat datang beramai-ramai =)

SAMA-SAMA KITA MERIAHKAN,KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI? (^_^) hehe

Yang jauh kita dekat-dekatkan

Yang dekat,kita erat-erat

kan

HIDUP FOODNATIC \(^_^)/

Aktiviti2 yg dirancang semua jadi,kecuali karaoke,haha,biar laptop je,berkaraoke malam tu
yang anugerah2 plak..hehe
atas pemerhatian insan2 tertentu,
maka wujudlah beberapa anugerah

anugerah jejaka idaman dimenangi oleh senior......
anugerah pakaian sedondon dimenangi oleh....senior dan junior..=p
anugerah paling sporting jatuh kepada junior....
dan anugerah jelitawan disandang oleh....hehehehe...biarlah rahsia..=p=p=p
tp sayang penerima anugerah jelitawan ni tak de plak tetiba malam tu,tapi awal2 majlis ade,,hehe
tak pe2,wakil2nye ramai..=p

salah satu aktiviti yg dirancang ialah kena bawak KAD RAYA masing2 masa majlis raya..hehe....cuak dah kitorang...mcm2 kitorang pikir,
''ade ke yg nk bawak ni?''
''kalau tak cukup kad raya,mcm ne?
''ade lg ke kad raya kene jual sekrang?'
-_-'
takot gak la,kalo tak kena support..-___-'
tp,di malam kejadian,wahh..berbunga-bunga hatiku,melihat ramai yg bawak kad raya,terharu..sob..sob..hehe,dan sangat gembira melihat mereka membuat kad raya sendiri dan membeli kad raya serta membawanya...=)
kepuasan tergambar di hatiku..hehe
terima kasih semua=)
segala kekurangan dan kesilapan harap di maafkan yer..:D

aku guna POSKAD SABAH nk wat kad raya yang istimewa..ewahhh
haha...hias punya hias,
terpantun la pulak...
"Dari sabah ke seri kembangan,
singgah di Mines,beli barangan,
terimalah kad tanda kenangan,
moga menjadi satu kesayangan."
ewahhh....ewahh..=p

selepas majlis raya habis,aku mendapat mesej yang mengejutkan..

"Salam,haha,tak sangka dpt kad raya import dari sabah!:-D"

aku hanya mampu tersenyum dan
membiarkan takdir menentukan segalanya...\(^_^)/

Ya ALLAH,ini ujian dariMu,yang Maha berkuasa,
yang mengetahui segala isi hati hamba-hambaMU,
tabahkan hatiku Ya ALLAH untuk menghadapinya,amin...

Wednesday, October 13, 2010

Sunday, October 10, 2010

kepenatan ini terlalu indah...



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...semua yang dirancang berjalan lancar....(^_^)

tiga hari ni memang memenatkan...
Al-kisah....

KHAMIS
hari khamis tu ade test STATISTIK dan METABOLISM..
fuuhh..memang meletoop..
haha
malam nye,aku ngan roomate jumpe dak2 first year..
nk tengok persembahan dorang tuk majlis raya FOODNATIC...fuuhh..
nak bajet mase...bagi aku,tak de la sebab VIP
yang datang tu lecturer2 baru nk sebok2 buat raptai ke ape,walau sape pon yg datang,
kita nak semuanya
berjalan lancar..
huhu...
terkejot gak la tengok persembahan yang dorang akan buat..
sebab memang sporting habis..haha=)
pastu meeting jap ngan pnut,mirah AJK Aktiviti gak..huhu
balik je,kitorang pon kecoh2 dalam rumah buat kad raya..haha
terkeluarlah bakat2 terpendam kawan2..:P
aku ni mane la sekreatif mereka..kehkeh
sape la agaknye dapat kad raya aku..:p
bagi menjimatkan kos,buat je sendiri..hehe
aku punye kad raye,siap bagi
POSKAD peta sabah..haha
buat punya buat kad raya ngan housemate semua,
tengok jam..dah tengah
malam-_-

ok.. kelas DTK pagi jumaat...

JUMAAT
hari yang sangat mencabar fizikal dan mental aku sebagai seorang pelajar,sebagai seorang junior,sebagai seorang senior,sebagai seorang ajk,dan sebagai seorang rakan....

pagi2 ko 9 pg ade kelas masak2,lab
DIET..huhu
ape lagi..aku selalu je kalut pagi2 ni..kehkeh
sebab nak cepat2 ke KOOP nak
beli roti..
sampai je lab..hanya beberapa orang je ader..
lepas tu DR datang...tp ramai yang datang lewat pagi tu...
emm...ape lagi....-_-

hari tu dapat resepi MEE REBUS..huhu
banyak nak kene buat kalo masak
mee rebus ni..
dah la kene cabot ekor tauge tu..penaattt...-_-
aku rela potong ayam..hahhaa
dah la aku berdua je ngan cik ayu,kerana
kit ying pergi debate..
maka berpusu-pusulah kawan2 dari unit lain datang menolong...hehe
terima kasih semua...:D
sebab masak mee rebos ni..banyak bahan2 nye untuk buat kuah...
yang aku heran..memang kene letak ubi keledek ke?hehe
aku pon x penah buat..:P
akhirnya,siap jugak..alhamdulillah..yeahhh...^_^


pastu lepas presentation dan melantak segala makanan yg dimasak,
(aku tak makan banyak pon...sekadar
mengisi perot-__-)
baliklah kami,eh..sebelum tu nk kene hantar report lagi...
fuuuh... dah pukol 1 lebih...


1 lebih?????kol 2 ade kelas kat main camp!!!!!!!
selepas itu........bermulalah adegan yang sangat menakotkan..
ENGLISH KAT MAIN CAMP PUKUL 2 PM..
2 petang??hari jumaat????????mane ade bas beb..
nak tak nak,kene gak la cuba sampai sebelom jam dua...
takot kene marah wey...-_-
dah cik ana selaku kelas rep,amatlah penat
aku tengok..kesian ana...
telepon sana sini...akhirnya ana kata,'' 1.20 jalan,aku buat dua trip...''
tp tak jadi dua trip.. sebab umah sebelah naik kete kakak cik fariha...
kawan2 chinese aku pon bergabung tenaga nak hantar kitorang..
ewaahh..hehe
lepas solat zohor tu,maka
merasa la kitorang naik kete besar tu..hahaa

tapi amak mencuakkan..sebab mase tu dah kol 2petang,tapi kelibat kereta sher nie masih belum kelihatan...wahhh..aku sangat berdebar...nanti kene marah...
tiba2 aku nampak kereta masuk dr pagar kolej...haaa....tu dia...
maka sher nie pon membawalah selaju yg boleh...
sambil mereka meminta maaf kerana lambat
sebab dorang pon ade hal mustahak..
nak kene handle sesuatu kat bukit ekspo
untuk KONVOKESYEN senior mereka..
terima kasih kawan2:D
sampai je kat fakulti food tech,
kitorang nampak kelibat ana sedang menunggu..ewahhh...
disambut pulak ketibaan kami..hehe
masuk2 kelas....amat menakotkan....
lecturer dah marah...-_-
rupe2nyer,tambah menyebabkan lecturer geram
ialah disebabkan ade group lain yang
belum datang..
ape lagi...memang aku pon kecut
gak petang tu....
petang tu,tenang sikit sebab kitorang tengok movie
mase ENGLISH class petang tu..BLOOD DIAMONDS...best!!!:D
kol 5 petang balik..
tiba2 pulak sampai je kat pintu pagar kolej,,
kawan aku ajak turun nak kene gi foyer
ader masalah katanye..
terbantut niat aku nak pergi beli nasi...
walapon malam tu ade jamuan,tp
perot aku dah kosong beb,
tengah hari makan sikitje=(
takot aku perotku angin lagi.......
sampai kat foyer fakulti....ternyata..satu ape pon tak susun..
sebab ade yg tengah gune foyer....cuak jugak lah.....
memang pening kepala....
tapi seperti biasa cik ana dah sampai awal...hehe
kitorang pon bergabung tenaga nak settlekan bende2 tu sebelum jamuan kelab malam tu...
alhamdulillah...sebelum jam 7 segalanya berjaya diselesaikan...
terima kasih kawan2...:D


malamnye,ialah jamuan raya KELAB FOONATIC....
akhir kata,bagi aku segala
aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan..:D
terima kasih semua:D
kol 12.00 lebih...baru aku dapat menikmati tido.....................zZZZZZZZZ-_-

SABTU

awal2 pagi dah bangon....kene gi siap2 nak ke hutan
simpan ayer hitam,kat puchong selangor..
JUNGLE TREKKING...hehe
seronoknyer...kitorang semua gi...
student malay diet...huhu
ramai2 memang best:D:D:D:D

balik tu dah petang...
lepas solat,makan,solat....buat kerje sikit...
aku pon melelapkan mata........zZZZZZZ
:D

penat memang penat..tapi berbaloi-baloi:D
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...(^_^)


next----------> KAD RAYA??

Sunday, October 3, 2010

A most important lesson-must read-

Topic 8
by msazura on Wed Sep 29, 2010 12:03 pm

A Most Important Lesson
by Bill Greer

During my second month of nursing school, our professor gave us a pop quiz. I was a diligent and committed student and had breezed through the questions, until I read the last one: "What is the first name of the woman who cleans the school?" Surely, this was some kind of a joke.

I had seen the cleaning woman several times. She was tall, dark-haired and in her 50s, but how would I know her name? I handed in my paper, leaving the last question blank.

Just before class ended, one student asked if the last question would count towards our quiz grade. "Absolutely," said the professor. "In your careers, you will meet many people. All are significant. They deserve your attention and care, even if all you do is smile and say 'hello'."

Since then, I've never forgotten that lesson. I also learned her name was Dorothy.


Task
In a paragraph of 150-200 words, write your views on the short story above. Relate your views with an important event or incident that has taught you a valuable lesson in life.

"In your careers, you will meet many people. All
are significant. They deserve your
attention and care, even if all you do is

smile and say


'hello'."






Saturday, October 2, 2010

dalam sunyiku bersujud

Assalamualaikum..

PadaMU ku bersujud-Afghan

Ku menatap dalam kelam,
tiada yang bisa ku lihat,
selain hanya namaMu,
Ya Allah

esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku,
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta,
Kau beri ku bahagia,
jadikan aku selamanya,
hambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanMu,
saat Kau limpahkan kurniaMu,
dalam sunyi aku bersujud


hidup mcm dalam dewan peperiksaan

Assalamualaikum

Kelmarin petang, lepas habis test,aku ngan roomate makan2 sambil dengar Al-Kuliyyah.
dalam banyak2 yg di dibincangkan,
ada satu perumpaaan yang diberikan tentang hidup
yang lebih kurang ginilah ayatnye..

''hidup ni mcm kat dalam dewan peperiksaan
walau sesusah mana pun soalan
kalau kita tak jawab,markah pon ditolak..''

Roomateku berkata:
first time aku dengar perumpamaan hidup mcm ni..

betollah kan?kalo soalan yg keluar tu susah sangat dan kita tak jawab,maka tak der lah markah..sesusah mana pon soalan,dah nama ujian.kita cuba lah jawab..
salah atau betol..apa boleh buat..hehe
jadi dalam hidup, pon mcm tu jugak..ader je UJIAN yang datang..
terpulang kepada kita sama ada kita nak hadapinya atau tidak..
kalau kita tak hadapi,tak akan ada kesudahannya..
dan kalau kita hadapi,
terpulang kepada kita bagaimana cara nak hadapi ujian yang ALLAH berikan

gagal atau berjaya,itu persoalan yang lain
tapi adakah kita mencuba menghadapinya?
dan sejauh mana cubaan kita tu?
dah terlalu mencuba?
atau tersangat mencuba?
atau mencuba tapi lupa hanya kepada ALLAH sebaik-baik tempat meminta pertolongan???

ada jalan mudah dan ada jalan susah
tapi jika jalan mudah itu,hanyalah sementara
relah kiranya mengikuti jalan yang susah...

bunuh diri itu mudah,amik je pisau dan-_-
tapi balasan di akhirat????
adakah dengan membunuh diri itu menyelesaikan masalah??
adakah dengan membunuh orang lain itu menyelesaikan masalah??

jalan susah yang kita pilih itu mungkin memenatkan
tapi jika hanya dengan jalan itu,tidak membelakangkan AGAMA ISLAM
ikutilah...dan mintalah pertolongan dengan sepenuh hati kepada ALLAH SWT...
ALLAH Maha Mendengar...



tak mudah...

Assalamualaikum..



Kita mencuba membuat yang terbaik,tapi hilang sokongan
Kita mencuba membuat kelainan,tapi ada yg tidak menyukainya
Kita mencuba..dan terus mencuba
dengan harapan
untuk membuat mereka gembira...
tapi masih ada yang tak suka...
Oh..mungkin mereka tak faham..
tidak mengapa....

dalam hidup ini
bukan semua benda yg kita buat orang akan suka
sekalipun benda tu baik
sekalipun kita memberi nasihat
ada sahaja komen, kritikan
terpulanglah kepada kita untuk
menghadapinya
sama ada kau memilih jalan senang atau jalan mudah
semuanya akan menentukan siapa kita pada esok hari...


tak mudah memuaskan hati semua orang...

12 Cara Mengatasi Kesedihan