Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, July 29, 2012

Si dia

Assalamualaikum

Si dia...
Kadang-kadang yang kita nampak hanya masa sekarang dia
masa silam,cerita waktu kecil dia,kita tak tahu,dan kita tak pernah tahu
kerana dia tak cerita pada kita, kerana kita tak tanya pada dia
oleh sebab itu,mungkin kita dah mula menghakimi dia, merasakan dia individu yang teruk,yang hina
padahal kita juga manusia biasa,
sepatutnya menghakimi atau menasihati?
Tanya lagi, sepatutnya menghakimi atau menasihati??


Hingga saat ini,aku yakin manusia itu fitrahnya
sukakan kebaikan
Tapi kenapa masih ada di jalan yang hitam?
kerana tabir di belakang itu punya terlalu banyak cerita
yang mungkin akhirnya membentuk dia seperti sekarang

Ingat,pisahnya kita dengan dia
hanya ibarat satu garis lurus ==> Antara garisan
dia mungkin akan melintas garis itu untuk ke tempat kamu
dan kita?
akan kekal di titik itu atau ke tempat dia?
aku tak tahu,kamu tahu?

Turun naik hidup kita hanya ALLAH yang tahu
maka, apa sombong itu masih mahu disemai??



( selepas menonton ini..,maka terlintas nak tulis..)

dia juga punya cerita sendiri...

Being a better person is a process
Moga ALLAH beri kita kekuatan untuk berubah ke arah lebih baik...





Saturday, July 28, 2012

Nak mengurat?Boleh...tapi?^^

Assalamualaikum..

Ustaz Don



Jom dengar yang ni pulak..^__^

Bicara Persada Ketika Cinta Bertasbih Bersama Ustaz Don

Saturday, July 21, 2012

SMILE ^____^

Assalamualaikum..



Masa final year poster presentation hari tu kat foyer, aku ade beli satu buku.
NO WORRY-Lah 
Be HAPPY
:)

Now,
I want this book... ^^ (setelah membaca blog Awin ,teringin nak baca buku ni ^_^ )
==> SMILE

 
Siapa di dalam sana?
Gurunya bangun dan berdiri di hadapan Boyot. Kemudian menunjukkan jari telunjuknya sambil berkata, “Sehingga pada satu hari, seorang guru yang menjaga peperiksaan di dewan berdiri di tepi meja, melihat kertas peperiksaan saya yang kosong. Lalu dia berkata...”



:) 

Kisah kehidupan (1)

Assalamualaikum

Selamat datang ke Sarawak

 Hospital Umum Sarawak.
Hari pertama di sini.
Menunggu di depan hospital.



Pasar Serikin
Serikin terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan 



 Teringat seseorang bila tengok jubah2 ni..^^


 Kerepek


 cicak gecko



 Bola-bola pelangi

 Tikar yang agak ringan..bawak naik kapal terbang pon okkk...hahahh^^



                                     
  Menarik, iringan lagu2 dari mereka. Aku suka.Kreatif:)

Kenangan..key chain ^^



Perjalanan hidup yang semakin berwarna-warni..
Menerima perbezaan hidup itu penting..^^


berjalan dan berlari

Assalamualaikum

Biarkan mereka ketawa
berdekah-dekah atau gelak dalam hati
melihat kamu yang ingin melangkah
dari gelap ke terangnya cahaya

Biarkan mereka sinis
dengan senyum kambing temani
melihat kamu usaha satu per satu
masih berjalan belum berlari

Biarkan mereka
pabila waktu tidur
aku rasa mereka penat
mulut juga tutup
tiada gelak lagi

Kamu
teruskan langkah kamu
berjalanlah kalau itu memberi kamu yakin
dari yakin,kamu akan mula berlari
berlari-lari anak
dan esok lusa
kamu mungkin sudah berlari laju ke depan

Seyogianya
tiadalah kata putus asa
kerana mereka yang gelak itu
tiada perlu dalam hatimu

cuma kamu
yang perlu berkata
aku yakin dengan diriku.

4.26 pm
Room, Sarawak

Sunday, July 15, 2012

Kau Tercipta Untuk Ku

Assalamualaikum..

Seorang penyejuk mata umpama tongkat kepada si buta
bila tiada ia suatu kehilangan...

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Part 6

Part 7

Part 8

Part 9


Part 10

Part 11


sumber: youtube

Saturday, July 14, 2012

datanglah lena, semoga demammu reda


Assalamualaikum
datanglah lena, semoga demammu reda

Matanya terpalit rapat,
dibuai mimpi mungkinnya.
Menghilangkan lelah,
menerima dugaan kecil dariNya, 

Dia demam siang hari,
menggigil tubuh menahan resah,
menarik daya.
Tiada upaya.
Wajahnya ku tenung, 
dalam tidurnya. 
dalam sunyi malam,
sedalam - dalamnya. 
Melihatmu,
aku tenang, Puteri hatiku.

Tidurlah isteriku, 
demam ini dari Tuhan, 
baik buruk, ia tetap pemberian Tuhan. 

Tidurlah, suamimu disebelah ini.
Biar aku tidur lewat malam ini,
Menunggu kau didatangi lena. 
Semoga esok, demammu reda.
-zahiriladzim


5 tahun berlalu

Assalamualaikum.


Sekarang aku kat Sarawak. Praktikal di Hospital Umum Sarawak.
Dulu, aku pernah ke Sarawak. Masa tu ada pertandingan catur. 
Berpeluang pergi bila jadi wakil Kelantan. 
Masa form 5. 2007. 



Atmosfera rindu

Assalamualaikum.

Aku tak mungkin di sisi kamu
seperti mana orang lain menemani
Hakikatnya memang aku jauh
jasad aku di sini

Aku tak mungkin mendakapmu
seperti orang lain yang bisa begitu
Yang nyata aku di sini kamu di sana

Aku tak mungkin peneman setiamu
seperti orang lain yang mungkin selalu
Pasti selalu aku ingatkan diri
aku hanya mampu memerhati

Jauh aku dari kamu
tapi jambatan hati masih belum mahu rapuh
Biar kukuh tak berganjak
Walau jauh
moga kasih sayang dari dulu
masih kekal di atmosfera rindu


2.46am
Sarawak