Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, August 5, 2011

Cerita 5 Ramadan :Antara garisan

Assalamualaikum..


Pernahkah kita merasakan bahawa hidup ini hanya dipisahkan oleh SATU GARISAN sahaja?BAIK dipisahkan oleh satu garisan disebelahnya JAHAT.
Bagaimana syaitan itu sentiasa mencuba untuk menyesatkan manusia tidak kira siapa pun dia.Yang kuat dan tahan akan godaan itu,terselamat,tetapi yang tidak,apakan terjadi?
Semoga kita dijauhkan dari hasutan dan bisikan-bisikan syaitan...


Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku.”
[Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani ]


 Bayangkan kertas putih ini merupakan kehidupan kita.
Dan di dalam kehidupan kita terdapat satu garisan.

Ada antara kita yang menjadi baik,
yang menggelar dirinya baik,yang menganggap dirinya baik,
dan ada juga yang jahat .
Tetapi pengakhiran kehidupan kita tiada 
yang mengetahui kecuali ALLAH SWT.
Mungkin kita kekal?atau sebaliknya?


Akhirnya kita akan sedar..
tiada guna kita mencaci mereka yang jahil,
menghina mereka sedang mereka tidak mengetahui.,
menghina mereka seolah-olah kita lah yang sempurna..
mengapa mesti sombong? dan takabur?
Sedarlah,pengakhiran cerita hidup kita mungkin berbeza.
Bersyukurlah dengan nikmat Hidayah yang ALLAH kurniakan..

Sama-sama kita muhasabah diri...

No comments:

Post a Comment