Sesekali rasa rindu menjelma
bila terkenang kenangan lama
dulu dan kini memang tak sama
bila tiada dirimu bersama
Rasa apa yang menerpa ini
tiada seceria yang ku rasa kini
Menanti waktu,membilang hari
munculnya tiba dia di sini
Itu hanya impian tinggi
merasa ingin bertemu kembali
namun hakikat diingat lagi
yang pergi sudah jangan disesali
Tiap kali abah bercerita
kisah hidupmu bahagia dan berliku
syukurku rasa tidak terkira
kerana dirimu ialah ibuku.
Terima kasih abah kerana mencarikan ibu terbaik dan hebat untukku.
Terima kasih Ya ALLAH,atas segala kurniaMu kepadaku...
Ya ALLAH,ampunkanlah dosa-dosa ummi dan tempatkanlah ummi dalam kalangan orang-orang beriman.
Amin.
nice!
ReplyDeletedoa byk2 ye dat :)
:)
ReplyDeletebiasa tu,,rindu2 ni..hehe