Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, July 30, 2011

"Kenapalah adik nii perempuan?"

Assalamualaikum..


Kemarin,masa aku tengah cuci2 pinggan mangkuk, si bongsu , adik su datang kat dapur,duduk makan aiskrim.
Tiba-tiba dia berkata,
"Kenapalah adik nii perempuan?"
Aku pun terkejut.Aik? Tiba-tiba pulak  budak ni.Terkejut aku.
Aku pun senyum je kat dia. Dia pun terus bercerita...
"Perempuan kena buat banyak kerja.."
"Lelaki?" soal mak yang sedang mengeluarkan pakaian dari washing machine.
"Lelaki boleh buat apa jak..",adik su jawap sambil makan aiksrim kon.
Aku senyum lagi...
Aku pun cakap "Tapi perempuan boleh duduk rumah,relax2"..
Dia pon jawap," tapi kalau selalu rerax,rerax..."( dah xingat dah ape dia cakap pastu..:P)


aku nak tergelak dah...(rerax???relax la dikkk,bukan rerax...):p
aku x sempat nak cakap apa2 dah,memandangkan tengah sibuk duk cuci pinggan mangkuk...dia pon sibuk nak pergi sekolah dah...


Kalau korang macam mana?apa nak jawap?
iyelah ayat adik aku tu memang x sepatutnya lah..
mcm mempertikaikan pulak kan apa yang ALLAH dah aturkan.
budak2..mana tau kan..ikut sedap dia je kan...
kalo kita yang dah besar panjang ni yang dah boleh kawin ni...lain lah...tahu apa yang salah,dan apa yang betul..
kalo cakap ayat gitu..memang xpatot pun...
tp kalo budak kecik umur 8tahun ni mcm mana??
Maksudku,apa jawapan yang terbaik?
nak ceramah dia panjang2??hehe
alamat kalo tanya dia paham ke tak?geleng kepalalah jawapnya...hehee
atau nak bagi jelingan tajam,atau nak cubit dia,atau nak suruh dia diam je sebab cakap benda pelik2..??;)

jadi,kesimpulannya...berdepan dengan setiap individu dalam menyampaikan dakwah itu pasti punya cara yang berbeza.
Mungkin,kita tak boleh nak gunakan cara bercakap yang berat dah terlalu tinggi kepada budak2,sebab nanti dia tak paham..
Apatah lagi nak marah2 budak2 ni..lagilah mereka akan hairan kenapa aku di marah sedangkan aku hanya ingin jawapan.
Pendekatan yang lebih relax dan kreatif akan membantu memahamkan lagi si budak2 yg memang ternyata banyak persoalan tentang hidup...


semoga membesar menjadi yang solehah, adik..^_^


dialah satu-satunya adik perempuanku...tanpa dia,hidup pasti sunyi lagi...ceewahh ^_^ :p

Friday, July 29, 2011

Semasa kamu diam dan bersabar....

Assalamualaikum..


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum.


Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.


Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?


Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)








Wednesday, July 27, 2011

TAKOYAKI

Assalamualaikum


Sejak kebelakangan ni,aku asyik google pasal TAKOYAKI
hehe...
badannya bulat2
dalamnya ada sotong
^_^

Satu hari nanti,aku akan buat sendiri takoyaki itu..hehe
penuh keazaman..
ada je dijual,tp aku nak buat sendiri!!!!!:)
pastu google lagi mould takoyaki
x de ke kat malaysia????
kat jepun je ke ada?
wah2...
x pelah..satu hari nanti aku akan buat jugak..(semangat betol!:p)

kalo korang x suka sotong,boleh letak sosej,udang,keju,atau jagung..atau apa2 lah yg korang suka..
tapi kalo dah x de sotong,bukan takoyaki la namanya..hahaha
x pe2,asal badannya bulat2..hehe
comel^_^




Tuesday, July 26, 2011

Ditinggalkan mereka yang aku percayai,namun..

Assalamualaikum..

Pasrah Segalanya

Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

C/O:
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Saturday, July 23, 2011

"Hidup ini umpama roda,sekejap kita di atas,sekejap kita di bawah."

Assalamualaikum



"Hidup ini umpama roda,sekejap kita di atas,sekejap kita di bawah."

Bila di atas,selalulah ingat,akan tiba masa kita mungkin di bawah.
Bila di bawah,akan tiba masa kita mungkin berjaya ke atas.

Tapi ianya akan  menjadi sayang seribu kali sayang,
jika kita berada di atas,kita mula menjadi sombong dan lupa ALLAH
Tapi ianya hanya menjadi umpama debu-debu yang berterbangan,
jika kita berada di bawah,kita masih sombong dan lupa ALLAH..

Apakah kita merasakan hidup ini tiada akhirnya??
Hingga berjalan di muka bumi ALLAH dengan sombongnya..

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”



Pesan abah tentang kehidupan

Assalamualaikum


Suatu malam,
Abah pesan kepada adik: "pendapat abah, semua manusia berjaya,lahir ke dunia sudah berjaya juga tu,tapi tahap berjaya seseorang itu berbeza.Dan ALLAH tidak lihat yg lain selain dari taqwa,sebab tu kena usaha..."

mencari TENANG

Assalamualaikum..


‎Peristiwa pada tengahari tadi sekali lagi menguji kesabaranku. 
Kenapa aku boleh bertahan macam ni sekali pon,aku sendiri x tahu.eeeeeeee...~
Kenapa aku lebih senang untuk berdiam,pon kadang2 aku hairan...-_-'
Rasa ingin menjerit sekuat hati kat luar tingkap tetapi ada rumah pulak kat sebelah.


Dalam kepala teringat tentang berwudhuk.


Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"

(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)





Ya ALLAH,ampunkan dosa-dosaku..
Amin.



Tuesday, July 19, 2011

limo tahun duk klate,gini lah jadinyo:p

Assalamualaikum..


^_~,hari ni nok nulis kuk kelate..


Bule Ramadan nok mari doh ni..
pakat2 ganti poso,hok mano xhabis lagi..hehe
Sero nok habis doh cuti..:p
pah rayo,habis...kelek upm..
Hari tu prabih kredit,telepon ko saing2 lamo
hoho..2006,2007,2008,2009,2010,2011!,bertahun dop nalipon..:p


Pagi ni,napok jelas gunung kinabalu..hehe...comey2..^_^
tp gak,kalo pete,huje pulok 2,3 hari ni...jadi,kabus tebal,
dop nampok la gunung nyo..


Yeah,\(^_^)/,kawe reti doh masok pisang goreng hok sedapp..^_^
sokmo kalu buat,bancuhan tepong,x berapo nok jadi..
tp gak semale jadi!,ma ajar buat..hehe
pahni, x takot doh nok buat,bulih buat sokmo..wi jah pise..
hehehe
jange letok gare banyok sangat deh,nanti masin dooh pulok...
cili ko,lado ko,x yoh letok la( ado ko ore letok?hehe),nanti jadi meroh mere pulok
letok la gare siki2,x dop la tawar heber nanti..:P


Buat donut pon reti doh...^_^
mulo2 buat kerah kekung!(x dop la keras sangat pon..hahahaha)
pahtu male buat pulok..ma ajar..
bebola donut pon siap untuk dimake..
kalu nok goreng donut nge pise ni,keno kawal api tu..
kalo tok kawal,hite lege la jawapnyo..hohoho
pah tu gak,blender jah gulo,pahtu,golek2 donut tu dale gulo..
guno gulo sikit2 jah deh,manis leting!^_~
"kure manis dale minume,tamboh manis dale senyume" :p


bereh2,setakat ni jah dulu..hehe
ramai saing duk tanyo,bilo la sayo nok gi klate
x dop jawape la napoknyo..doa2 la belako,ado rezeki kito jumpo
keno tunggu sayo nikoh nge ore kelate
meme maso tu,keno kelek kelate..:P
hok peting sekali,
"set kito jange pecoh!" ^_^



"Bo moleknyo lalu nok tegur raso malu 
                                                      Nok sebut tok keno mugo tak tahu namo 
Bimbe takutnyo maroh ke buleh pekdoh 
Ambo hile gamok dio tengok ambo tengok"

~ Megat Nordin - Ambo Ghaso Bekene ^_^


Wednesday, July 13, 2011

Kotak rahsia (last part)

Assalamulaikum..


^_^


Jom tengok apa ada dalam kotak ni..
jeng..jeng..jeng..




tada....
jom check^_^




ada kad raya,kad birthday,kad good luck,kad good bye
dari kawan2 ^_^


ada album2 gambar...sekrang dah x de dah album gambar...
semua digital punya pasal..haha

ada gambar ini juga..ini masa form 3
dapatlah merasa jadi wakil kelantan main catur
kat johor..:) sekarang,dah lama x main catur...


ada ini juga....
majalah sekolah faris,SEMASA
dari form 1 sampai form 4
form 5 punya aku x de,
sebab x datang graduasi hari tu..:)

yang ni hadiah2 buku,
dan yg depan tu buku biodata:p
boleh la nak antar kad raya kat kawan2 kalo dah tau alamat..:)




ini catur kristal..hadiah hari lahir dari seseorang:)
aku memang suka catur kristal..cantik..
masa kat sekolah menengah dulu,selalu pergi PT(pantai timur)
tengok catur kristal,tengok je la...x beli pon ^_^
x sangka ada insan yang tau aku suka catur kristal..
apa pun yg terjadi,terima kasih banyak2
nama blogni pon crystal chess...:)

itu sahaja..semua dah tinggal kenangan,tengok balik semua ni,banyak dah terjadi di sekolah menengah..mengingatkan pada suatu masa dahulu  
bahawa aku juga melakukan kesilapan,
aku juga belajar memaafkan walaupun rasanya perit sehingga kini
aku belajar banyak dari kawan2,senior2..
ada yang mengajar aku untuk tidak mudah tewas dengan perasaan
ada yang mengajar aku untuk terus sabar dan tabah dalam menghadapi kehidupan
ada juga yang mengajar aku apa itu cinta! ^_^
ada lagi sebenarnya isi dalam kotak ni,tp yang tu
 biarlah rahsia..hahaha:p

"korang pun mesti ada kenangan tersendiri,x kiralah yang manis ke,pahit ke,pedas ke,
tapi itulah rempah ratus dalam kehidupan,tanpa semua tawarlah kehidupan ini...ceewah:p"







Sunday, July 10, 2011

Kotak rahsia

Assalamualaikum..

Tadi petang,masa menebas rumput kat kebun,fikiran aku sangat bercelaru.
-_-'
mcm2 aku fikirkan...
xpelah,abaikan..:)

tadi pagi,aku telah menyelongkar kembali satu kotak kat bilik aku.
namanya ialah "KOTAK RAHSIA".
^_^
apa agaknya dalam kotak ni..
mana boleh bagi tau,namapon rahsia:p

Wednesday, July 6, 2011

Tahun 3,B(S) Dietetik

Assalamualaikum...


Bulan 9 ni,aku akan masuk Tahun 3 B(S) Dietetik,UPM
Dan sekarang aku tiba2 terpikir tentang masa depan
sebelum ni aku tak kisah sangat pasal pointer2 ni..
sebab aku takot tertekan..
tapi sekarang,aku kena ada target sendiri..
emm x semestinya 4 flat ke,3.5 ke,3.8 ke,tp bagi aku asal kita tau apa yg kita nak dan kita kena berusaha ke arah itu.
pada masa yg sama perbaiki pointer sekarang..
tapi aku tau senang la nak cakap...tentunya Tahun 3,bukan tahun yang mudah,malah penuh dengan cabaran yang baru dan mungkin memenatkan,tapi menyeronokkan:)
melihatkan jadual semester depan,emm...PADAT dan TEPAT!hehe
tambah2 lagi,Tahun 3(sem 5) ni aku ada 22 kredit,satu fasa yang perlu dihabiskan dan aku rasa agak banyak..hehe
aku rasa seronok,tapi kadang2 aku risau dan takot..-_-'
mungkin salah satu sebab ialah aku rasa sangat padat bila memikirkan Tahun 4 merupakan tahun praktikal..hehe
aku tak tau,apa kelebihan aku,malah lebih aku nampak kekurangan pulak..
kerana tu aku rasa tak berkeyakinan tinggi sangat...-_-'
aku tak kate pointer penentu segala-galanya,tp sekurang-kurangnya dengan pointer yang memenuhi kepuasan hati,dapat memberikan keyakinan kepada diri sendiri..ceewah...^_^
aku harap dapat menghabiskan Tahun 3 dengan baik.
Tekanan tu mesti ada..dan aku tak boleh lari dari semua tu..
ape pon,bertabahlah^_^
emm..dalam pada masa yang sama abah selalu cerita tentang arwah ummi^_^
dan aku sangat mengkagumi arwah:)
menamatkan pengajian dengan cemerlang!
aku teringin nak jadi mcm arwah..serba serbi boleh
dalam agama,sebagai ibu,isteri,sebagai suri rumah,sebagai guru
bagi aku,arwah ummi memang cemerlang!^_^








Keyakinan adalah sesuatu yang sukar dibina dan ia boleh hancur dalam sekelip mata, jadi, saya harap skuad Harimau Malaya terus memberikan keputusan yang cemerlang buat rakyat Malaysia,” (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) 


==>satu titik permulaan bagi sebuah perjalanan yang baru...

Monday, July 4, 2011

Maaf tuk berpisah

Assalamualaikum..

Tadi aku dengar satu lagu
pastu ada satu komen


terimakasih.
kini bisa kuterima apa maksudmu.
berpisah karena Alloh.itu yang kau maksudkan,walau sering dulu aku salah arti dan aku bantahkan.
semoga kita senantiasa bersabar di jalan masing2.
mari belajar bersabar serta ikhlas.


Adalah hikmahnya tu..mungkin dalam ruang lingkup perpisahan itu,akan menjumpai sesuatu yang lebih berharga..InsyaALLAH^_^