Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, January 31, 2011

sebak

Assalamualaikum...


Lagu ni sangat menyentuh hati laa...
sebak je kalo dengar lagu ni...Aku merinduimu...
x de la sebab x dapat balik cuti..hahaha
cuma memang lagu ni mengingatkan kepada abah,arwah ummi dan mak...
kalo sebelum gi exam..kdg2 aku pasang gak..^_^
korang hayatilah liriknya..
korang tau apa yg tak best belajar jauh2??haha
pada aku laa...emm sebab aku tak tau cerita sebenar kat rumah!!~_~
bila aku balik cuti sem,barulah aku dengar segala-galanya..dan aku tak dapat buat apa-apa!.
Tapi aku paham,kenapa tak diberitahu aku awal-awal..hehe


Bersyukurlah ngan apa yang korang ada,memang la..kehidupan kita semua berbeza..cerita dalam keluarga kita juga berbeza,tapi tahu apa yang sama?
"Kita anak dan mereka ibu bapa
perlu saling melengkapi antara satu sama lain"

Life is tough,and that is how we learn about life
"carilah kebaikan,maka akan kuranglah kebencian..."


"Ya Allah,ampunkan dosa-dosa ibu bapaku,murahkan rezeki mereka,jauhkan mereka dari azab api nerakaMu" Amin..


Redho ALLAH seiring dengan redho ibu bapa,
kemarahan ALLAH,seiring dengan kemarahan ibu bapa.
(hadis riwayat tarmizi)






alamak,mata masuk pasir T_T

kerana akhirnya...

Assalamualaikum...


senyum 10 saat ^_^



 Ada hari,
aku ingin berbaring sahaja,
melupakan segala apa yang berlaku di atas dunia.
Tapi nanti sampai satu saat,
aku sedar pembaringanku tidak memberikan apa-apa.
Dunia terus berjalan,
dan aku terus ketinggalan.
Melainkan aku bangkit dan meneruskan perjuangan,
barulah diri mendapat pembelaan.
(HILAL ASYRAF)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seperti yang kebanyakan cintakan
aku juga cintakan
tapi jika dunia yang menjadi kecintaan sepenuhnya
ketahuilah,ia tiada kan kekal selamanya.
Saat kau memandangnya,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau  membencinya,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat sahabat menegurmu,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau menegakkan kebenaran,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau dicaci kembali,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau lemah,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau dilambung pujian,fikirkan tentang akhiratmu,
Kerana akhirnya kita di sana
bukan di sini...
(saiyidatul,2011 ^ ^)




Friday, January 28, 2011

penjaga kolej yang setia

Assalamualaikum...

Hari ini cuti sudah bermula...CNY,mcm biasa...penjaga kolej yg setia...;p,aku hairan jugak..setiap kali datang je cuti,aku mesti jadi sedih..sejak kat sekolah menengah lagi..ye la masa tu kan cuti,mana ada balik sabah..haha.Sampai kat U pon terbawak-bawak perasaan tu..perasaan tiba-tiba rasa sunyii...
jumpa orang pon aku rasa mcm sedey je...itulah namanya perasaan..hehe

Tadi aku telah membayar yuran pengajian sebanyak dot..dot..hehe
dah ada KIOSK PEMBAYARAN..cepat dan efisyen!
walaopon pada awalnya terkial-kial jugak,sebab tak pernah guna..
akhirnya ok gak la...

Sebenarnya,ntah mcm tak de motif je entry kali ni...santai je la ye....sekarang sedang sibuk ngan DINNER KELAB..haha...masa meeting,dorang tanya sape yg setuju buat dinner..bile tiba giliran aku,aku jawap je lah sejujurnya..yang sebenarnya,tak berapa minat bab dinner ni..tp kalo dah kelab buat..ok je...ikut arus...:)
Baru teringat,masa jumpe penasihat akademik hari tu,Dr.suruh kitorang terlibat ngan aktiviti kelab..emmm...

Baru2 ni juga,hangat dibincangkan kisah BARRIER GATE kat kolej aku.Entahlah.Pada aku,semoga pemimpin2 mengambil iktibar dengan apa yg dah jadi.Bukan mudah nak jadi pemimpin dan itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang pemimpin bila berdepan dengan rakyat jelata.Kalo asyik melenting dan panas baran,di situlah mungkin nampak kelemahan kita,kerana rakyat menilai dari setiap sudut.Lain kali,mungkin dialog terbuka bersama pelajar boleh dilaksanakan awal2 sebelum sesuatu dasar atau palang diletakkan.Baru pelajar2 boleh bagitau masalah2 yg mungkin dihadapi..Ni,nasi dah jadi bubur....Aku mungkin tak terasa,sebab tak bawak kereta,tp bagi yang bawak kereta,terasalah kesannya..Atas dasar tu,wajarlah ketidakpuas hatian ditimbulkan.Kerana ruang2 parking di dalam kolej masih ada yang kosong..Harap2 dah jumpa jalan penyelesaian...Tadi pon nampak teksi2 menunggu di balik palang....
Kepada pelajar2,termasuk aku,berterima kasihlah kepada pemimpin2,kerana tanpa mereka,kolej kita ntah jadi apa..x de yg menguruskan.Satu lagi,hormatilah pensyarah kita. ^_^


Eh,tadi aku ada beli buku,DENYUT KASIH MEDIK dan MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT.Jemput..jemput baca:)


Beberapa minggu ni aku belajar bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang..dan agak tak dapat kot..sebab citarasa manusia itu berbeza....jadi apa pun ,buatlah yang terbaik...dan aku kalah dalam majoriti...x pelah...u know urself better...
senyum 10 saat ^_~















Monday, January 24, 2011

Penasihat Akademik

Assalamualaikum..

Tadi petang kami pelajar2 dietetik tahun 2 berjumpa dengan PA(penasihat akademik).Ketua Jabatan tu...hehe
menceritakan masalah2 semesta baru...ceewah..
sebenarnya bagus je jumpa PA,masalah2 kita PA boleh tolong..cuma kdg2 x tau nak tanye apa.
tadi ada beberapa soalan yang aku dan kawan2 tanya.


S:HP(health pronmotion)is a tough subject....
PA: kan kerja kumpulan..don't take everything on ur own.Kamu sedang belajar tentang teori.

S: Sejauh manakah grade memainkan peranan yang penting?
PA:  Kalau dapat A 4.00,kalau dapat A- 3.75(and so on)...Antara sebab kenapa graduan-graduan gagal dalam temuduga ialah soft skill.Satu lagi penyebab ialah tidak dapat menjawap soalan.APPLIED QUESTION.Tak guna dapat 4,3.9,tapi bila tanya soalan tak dapat jawap.jadi sejauh mana grade memainkan peranan,tanya diri sendiri semula.

S: (diringkaskan)kerjaya bidang dietetik
PA: Ada food service,clinical dietitian,sport dietitian.Di MSN,terdapat nutritionist dan dietitian dan peranan mereka berbeza.Jadi amat bagus jika kita mengetahui kekuatan kita di mana.Bersedia ke arah itu.
-kalau rasa dah minat ke arah food service or clinical ,sediakan diri kearah itu.:)

S: Kalau dah kuar nantikan kena kerja ngan kerajaan 4 tahun
PA:Jika dalam tempoh setahun tak diberikan kerja,boleh cari kerja sendiri.Kalau dah dapat kerja pon,cuma beritahu JPA.Baca perjanjian biasiswa tu balik.

S: Kalaulah keputusan exam 2.5 mcm tu,ada tak peluang tuk dapat kerja?
PA: depend on ur Luck!Memang yang nk dipanggil interview tu yang 4 flat,3,9.Tapi,masa interview bergantung pula kepada dia dapat jawap atau tak.Jadi usaha untuk dapat 3.0.Kalau nak jadi lecturer sekarangpun minimun,3.0.

S: Kalau nak buat volunteer work tu mcm mana?
PA: Boleh buat,mcm kat wad pediatrik,apa yg boleh kamu buat mungkin,bermain dengan kanak-kanak,hias wad.Buat surat,hantar kepada prof roslan(timb.dekan) dan beritahu jabatan tentang apa yang kamu nak buat.Minta kebenaran dr hospital.

begitulah ceritanya...

pesan DR.kepada kami

enjoy your time NOW!
kata DR,selagi tak masuk clinical(bahagian hospital)
it should be ok!
kalau semesta ni pun dah kelam kabut,semesta depan lg kelam kabut.
this semesta,MANAGE YOUR TIME WISELY.
u have time to pull yourself up.

Jadi?renung-renungkan.....

 "ucap Alhamdulillah atas rasa penat itu
sekurang2nya Allah SWT masih ingin kita merasai nikmat penat itu agar kita lebih menghargai setiap kemanisan atas usaha kita sebelumnya.."(WZI)









.














Saturday, January 22, 2011

Kau mencintaiku Seperti..

Assalamualaikum..

Pernah tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 2?ada satu adegan di mana Ayatul Husna membacakan puisi kepada abangnya Azzam.Azzam seorang abang yang baik yang bertungkus lumus menjaga keluarganya.klik

-------------------------------------------------------------------

Cerita tentang abang,aku ada dua orang abang.Abang sulung,bang wan,abang ke dua bang ram.Mereka menjaga aku dengan baik.
Tentang abang sulungku,dulu masa aku baru dilahirkan,arwah ummi menyambung pelajaran di Universiti Malaya.Jadi,abahlah yang menjaga aku.Budak kecik,ape lagi,nangis je kerja..haha-_-.Tapi abah tabah melayan kerenah aku.Abahlah abah terbaik di dunia:).Dalam keadaaan aku yang baru dilahirkan,abah tetap memberi semangat kepada arwah ummi untuk habiskan pengajian di UM.(sampai sekarang ,abah sangat mementingkan pendidikan)

Satu hari,aku nangis.(biasalah budak kecik;p)Tiba-tiba abang aku yang sulung berkata kepada abah"biar abang buatkan susu." 
Umur abang aku masa tu baru tak silap 5 tahun.Tapi,seolah-olah sudah mengerti makna kesusahan.Kemudian,berbunyi, barang jatuh dari dapor,"geng,ke de geng!!'' 
Abah aku yang tengah bersusah payah memujuk aku yang tengah nangis pun pergi ke dapur.Habis barang2 bertaburan.Mungkin terjatuh masa bang aku nak ambik susu.Apa lg kena marah..Yelah,keadaan kan tengah tegang sebab aku asyik nangis-_-'

Cerita ni abah yang cerita kan kepada kami suatu hari tu.Aku jadi sebak.Pasal aku,bg wan pulak yang kena.

Dia membesar dengan melihat kesusahan dan ketabahan.Bila ummi meninggal,bg wan membesar sebagai seorang abang yg bertanggungjawab.Masa dia form 4,dia mengambil keputusan untuk sekolah di kelantan.Mungkin juga kerana keluarga arwah ummi ada di kelantan.Atuk,nenek ada di kelantan.Kadang2 aku terpikir,apasal la kalo balik rumah,bg wan tak buat kerja2 kat rumah..hehe..bila aku dengar kisah tu..barulah aku faham.dan aku berkata di dalam hati"memang patutlah bg wan tak payah buat apa2 kerja lg di rumah dan selayaknya bg wan tak payah pun buat apa2 lagi kerja kat rumah" 
kerana dia dah melalui semua itu terlebih dahulu dari kami adik-beradik.
Kini,bg wan dah berada di tahun akhir program PERUBATAN di USIM.
Memberikan satu contoh yang baik kepada adik-adiknya.

Dia menjaga aku dengan baik.
Aku doakan abang aku dapat isteri yang solehah.Dapat menjaga abang aku dengan baik.Kerana aku merasakan sudah cukup segala kesusahan yang dia lalui..Cukuplah..berehatlah abangku...



"Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nya
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa"

Terima kasih abang...

Sayangilah adik-beradik kita,kerana sesungguhnya mereka begitu berharga...


Friday, January 21, 2011

i'm ok without zina

Assalamualaikum..

Suasana agak gamat semasa kelas ASAS EPIDEMIOLOGI.

Dr Nasir ada bercerita tentang penyakit GONOREA.
Aku pun teringat satu buku yang pernah aku baca
iaitu BILA ZINA MENJADI BUDAYA.

GONOREA: Penyakit kencing bernanah yang berlaku akibat penzinaan.

Amat menggerunkan dan memualkan,melihat penyakit2 itu di dalam buku..
(kalau lepas makan,atau nak makan nasi,janganlah tengok)


Sabda NAbi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Tidaklah nampak suatu perbuatan ZINA pada suatu kaum hingga mereka terang-terangan melakukannya,kecuali mereka akan ditimpa penyakit menular dan penyakit-penyakit lain sebelum yang belum pernah ada pada orang-orang dulu sebelum mereka."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Nabi Muhammad SAW sudah mengingatkan para sahabat dan umatnya beribu tahun yang lalu lagi.



Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Israa:32

"Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan)."

MAHA SUCI ALLAH SWT!!



Thursday, January 20, 2011

homesick

Assalamualaikum..
Tadi baru habis meeting kelab.
Alhamdulillah...semunya berjalan lancar..walopun tak semua ajk yang datang..apa nak buat..
dah bagitau..tapi harap2 semua dapat bertolak-ansur..
bak kata presiden: ini tanggungjawab
mungkin mereka ada hal penting...
bila balik,sambung buat kerja..

tiba-tiba..
rasa sayu je...



pemandangan di waktu pagi




abah:nak beli durian??




adik su


nak balik... =(

sabarlah wahai hatiku

bergenang air mataku bila teringatkan wajahmu...ayah..ibu..dari jauhku pohon restu..doamu titian kejayaanku..nasihat darimu kuingat selalu,tersemat dikalbu..

Wednesday, January 19, 2011

khilaf

Assalamualaikum..

mari2..muhasabah diri..^_^
moga x tersasar dari jalan ALLAH SWT..amin..


Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Surah As-Saff (ayat 2-3)



~sudah berusaha,serahkan kepada ALLAH.Bukan kita yang mengubah manusia.Hidayah milik ALLAH.~


Monday, January 17, 2011

penat..

Assalamualaikum..


hari ni umpama masuk lari berganti-ganti ngan kawan2...
penat...~_~
baru faham apa perasaan senior masa jadi second year...

exhausted.
tiring day..

Sunday, January 16, 2011

al kisah...sem baru..

Assalamualaikum..


apa khabar semesta baru?

hari2 aku pulak dah bertambah kerja2 baru..
penat tu...haha
tapi ni baru masuk tahun 2..aku tengok senior 3 year lg busy...ish..ish...

baru2 ni,pergi kem pemantapan organisasi(KPO)
penat tapi best! ^_^

merit oh merit..nak duduk kolej kena kumpul merit...
merit banyak2...haaa
kalo tak siap sedia nk di 'interview' hujung sem..
minggu ni banyak aktiviti yg boleh dapat merit...
rasanya paling banyak tayangan..kehkeh
yang agak menarik program pasal CERVICAL CANCER
yang ni kita perlu cakna...ewahh bahasa..(kena amik kisah)
sebab aku tak berapa tahu bende ni..
sebut pasal program,dianjurkan oleh kelab biomedik upm.

dan tersebutlah jugak kisah kelab pemakanan dan dietetik
emm..tak start apa2 lagi..
sebenarnya dah pening...kdg2 tak tau nk buat mane satu..ye lah..assingment pon ade kene buat program..dengan cikgu2 sekolah menengah lagi....

td dapat mesej dr sorang senior..


"tu la pasal..kne pandai manage masa datul..tu yg kalo bleh buat program awal2 or skrang..Nnti lg brtimbun assingmnet,test lg..."

risau jugak la..banyak2 kerja karang..mood boleh berubah...tak best laa...
so kena pandai kawal emosi..harap2 semuanya berjalan lancar..amin...^_^

bercakap soal cuti raya cina,mcm biasa aku tak balik la...jadi penjaga kolej..hehe
xpe lah..nanti cuti panjang jugak..emm..sabar...

bercakap soal biasiswa...huuu..tak masuk lagi...jadi???
pandai2 la berjimat cermat wahai diriku..

bercakap soal buku...emm...pertama kali lah aku beli buku semahal itu..
harap2 aku akan manfaatkan dengan baik..InsyaALLAH...

eh,apa khabar cintamu? ^_^

mental kena kuat!

Saturday, January 15, 2011

kesedihan ini

Assalamualaikum

Kebelakangan ini mcm2 masalah dan kerja menyapa ku...sabarlah wahai hatiku..


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)


sabarlah wahai hatimu:)

Wednesday, January 5, 2011

aku sayang dia,kerana itu aku perlu putuskan antara dua..

Assalamualaikum..


Emm..korang pernah tak rasa nak berubah,tapi tiba2 rasa terhalang?
Masa kat matrik dulu,ada seorang sahabat ni bagitau aku..

''Kalau ALLAH dah ketuk pintu hati kita untuk berubah,maka berubahlah
kerana kita tak tau samada esok masih ada peluang itu lagi ataupun tak...''

Memanglah susah nak berubahkan..
payah,penat...
tapi kalau jalan perubahan itu membawa kita ke jalan yang diredo ALLAH,
kuatkanlah semangat kita untuk berubah...
contohnya,kalau korang sedang couple,tiba2 satu masa korang rasa jalan yg korang lalui ni x betul,banyak negatif dari positif.

Firman ALLAH yg bermaksud:

"janganlah kamu mendekati zina''

Kemudian korang rasa nak sangat berubah,dari bercouple hanya kepada berkawan.
Tapi takut untuk memberitahu pasangan kerana tiada kekuatan diri.
kerana takut seseorang berkecil hati.

Tapi sebenarnya kita perlu takut kepada ALLAH.ALLAH kan lihat semua perbuatan kita.
Apa yang ALLAH pesan kepada kita sangat bermakna bagi kita yang ingin terokai maknanya.Kalau tidak ada mudaratnya,masakan ALLAH begitu menegaskan jangan hampir pon kepada zina.
Jadi,apa2 jalan yg boleh menjurus ke arah itu,elakkanlah.

Mungkin perlahan-lahan.Kurangkan berjumpa untuk mengelakkan sesuatu yg buruk berlaku.
perjumpaan kali 1,2,3,4,5 ke 100,mungkin tiada apa2 yg berlaku,tetapi kali ke 101,siapa yg tahu????

"Bila berduaan syaitan lah ketiganya,
menghasut,menjatuhkan manusia ke lembah hina''

kemudian,dengan baik beritahu si dia,

''bahawa jalan yang kita pilih ini banyak negatifnya.Kita masih belum ada ikatan yang sah.Hanya pernikahan yang dapat menyatukan kita.''


Bersambung.... ^_^


Pernah dengar lagu ini?
"Andai rasa diri lemah
diperjalanan hijrah
sendirian tanpa mampu
mohonlah pada TuhanMu''


jom berubah,jangan tunggu hingga hari esok,kerana esok belum tentu milik kita..




Tuesday, January 4, 2011

sakit apa yang paliiiiing sakit?

Assalamualaikum.. dah sampai upm=)
Alhamdulillah..
perjalanan agak best ye kemarin..mcm lawatan.. dari ranau nak ke airport air asia,naik teksi..rm 30,ada sorang nak pergi ums..jadi kami pon ikut masuk ums..wahh..boleh tahan ums ni tau..besar... lepas tu hantar pulak en. Haji ke dataran merdeka.Lepas tu,barulah sampai ke KKIA.
penerbangan selama 2 jam 30minit..aku pon ape lagi..tido laa..haha..sambil tengok2 mane laa pilot ni..haha
pengaruh cerita GOOD LUCK ni!;p
Sesampainya kat KL ni,memandangkan hari dah petang,nak cepat2,naik teksi lagi,enam puluh lebih...fuuhh..duitku melayang....

Tapi,nampak gaya,aku membuat lawatan ke MAIN CAMP sebelum sampai
kolej1 7..kehkeh.. dah berapa kali mcm tu..sebab kolej aku jauh sikit,jadi pemandu teksi susah nak kenal.Tp aku asyik cakap sebelah hospital serdang.
Dalam perjalanan nak ke kolej,pakcik yang bawak teksi tanya la amik kos ape kat fakulti perubatan, aku pon jawab lah,''tp sy tak amik kos perubatan,sains kesihatan'' lepas tu pakcik tu tanya lagi,

''nak tanya ni,boleh?''
(cuak aku,ditanya pasal penyakit2 segala mcm bende nanti,nak jawab pe??)

''banyak banyak sakit,sakit apa yang paling sakit???

aku pon cuba lah jawab pakai jawapan yg selalu gak aku dengar,
''sakit gigi''

pakcik tu pun ketawa,
''selain sakit gigi,sakit putus cinta,sakit ape yang paling sakit?''
kata pakcik tu''sakit putus cinta,putus tunang,tak sakit sangat,jumpe yg baru,dah ok''

aku pon senyum je..


''sakit mati''jawab aku.

''haaaa,sakit nak mati''

(itulah jawapannya..)

pakcik tu pon berilah nasihat bahawa sakit nak mati ni
seperti kambing disiat-siat!
dan seperti kuku yang dicabut!

terdiam aku...

terima kasih pakcik:)

betul tu,kadang2 manusia hanya nampak dan mengejar kebendaan hingga lupa nikmat yang sebenar yang telah ALLAH kurniakan.Islam dan iman.
Mati tanpa iman dan islam itulah yang paling menyedihkan...

Bersyukurlah atas nikmat Iman dan Islam yang ALLAH kurniaan.
Usahalah Iman dan Taqwa..
Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari hari sebelumnya.
Jom berubah sebelum terlambat...

''jangan tunggu hingga matahari MATI!!!''

Saturday, January 1, 2011

1/1/11

Seeing yourself as a success

When you look into the mirror,

What do you see?

Do you see a success?

Do you see an M.D?

Do you put yourself down

‘Till you’re blue in the face?

Do you doubt that you’re even cut out for this place?

Do you constantly dwell

On mistakes that you’ve made?

Are you preoccupied with someone else’s grade?

Or do you give it your all when you take every test?

Can you say that you’re given your personal best?

Do you honestly assess all the things that you do?

Understand that your progress depends on you?

If you do or you don’t,

You will soon see in time

That the key to success is a positive mind.

You can study all night in a hope to excel,

But if you do not believe,

You’ll undoubtedly fail.

You must know in your heart,

Be convinced in your mind,

That your sacrifices today are rewarded in time.

Just stay focused, stay driven towards the goals you pursue

And the reflection of success will be a reflection of you.




Mentor:Mdm Laminah

Kolej Matrikulasi Labuan 2008