Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, February 26, 2011

Dan orang yang paling pertama mendapatkan cinta dan kelembutan perasaanmu adalah..

Assalamualaikum...

Tadi adik aku kat matrik pula yg tepon
bertanyakan khabar aku dan kisah hangat di sini..:p
(tetiba famous:p)

Pernahkah engkau bertanya pada dirimu sendiri, “Bagaimana diriku dengan cinta dilangit ini?”. Bukankah engkau pernah mendengar firman Allah Ta’ala dalam hadits Qudsi, “Sesungguhnya aku mencintai fulan, maka cintailah ia”. Lalu malaikat menyambutnya dengan penuh cinta dan rindu, kemudian diletakkan untuk penerimaan di muka bumi yaitu dengan cinta manusia kepadanya?!

Subhanallah!!



Katakan kepadaku sejujurnya: apakah ada seseorang yang tulus dan benar dalam mencintai kekasihnya lalu ia menyiksa kekasihnya? neraka apalagi yang ditakuti seorang hamba apabila ia dicintai Allah? (dan bagi Allah adalah perumpamaan yang lebih tinggi)
             
                  " Dan orang yang paling pertama mendapatkan cinta dan kelembutan 
                           perasaanmu adalah .... "=====> seuntai kata tentang cinta

Thursday, February 24, 2011

TAG dari kak bila dan kak nana ^_~

Assalamualaikum...
abah talipon semalam.
"pergi ke..?"
"hehe,fakulti jauh dari tempat tu..."


1. pernahkah anda rasa 'hot'?
pernah...haha...banyak bende boleh sebabkan kita "hot":P

2. upload wallpaper yang anda gunakan sekarang.
x yah upload kot..kehkeh..sebab screen hitam je..

3. ceritakan pasal wallpaper tersebut.
laptop x berape ok..so,jadi mcm tu..ape nk buat..

4. bila kali terakhir anda makan pizza.
kali terakhir rasanya,masa form 4
tapi...wahhhh...semalam masa meeting,dapat makan domino pizza..FREEEE!!^_^

5. lagu paling terbaru anda dengar.
SUNGAI LUI-AIZAT ^_^

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tengah pikir nak selesaikan video osteoporosis.

7. selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
kat rumah KAK TEH:P,kat sekolah rendah datul,kat sekolah menengah,SAIDUCK,CIDAT:P
kat matrik,datul,shufwah,kat UPM atul,datul,(ceewahh) ====>25:tentang aku

8. tag lagi 5 orang
farah yasmin ^_~
cik crenarchaeota ^_^

9. siapa orang no. 1 kepada anda?
kawan sekolah menengah,kawan yang baik^_^

10. katakan sesuatu pada orang no. 5?
bila nak bayar duit elaun jaga rumah ni??haha:p

11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?
errr....dulu err..sekrang err???jawap la uu:P

12. bagaimana pula dengan no. 2?
kawan satu matrik,satu U,dr.cinta nih..hihi

13. kata-kata cinta dengan orang no.4?
eh,ndak apa ka min??hehehe..kang brader amplang terkejot...haha:P

14. 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tag
1. dia reti taekwondo..:)
2. beliau editor risalah kat surau..hehe..moga istiqamah^_^
3. wanita citarasanya ialah yang ada macam gaya mak dia:P:P 
4. dia baik,selalu nasihat aku,itu ini,memang seswai jadi dietitian..
lagi satu suka mendownload..hehe...^_^
5. beliau suka tengok pokemon,doraemon..
kak ni pon suka mendownload..haha..^_^


terima kasih kepada kak bila  dan kak nana  yang mengetagku ^_^





Terharu dengan mereka..

Assalamualaikum..

Tadi meeting dinner lagi..mcm biasa update terbaru..banyak jugak yg tak selesai...tak pe,good luck kawan-kawan^_^.


Tadi,aku tengok la list name senior 3 year kos aku yg nak ke dinner,mereka seringkali ada..masa aku tengok list tu,tetiba rasa terharu je..ye lah...semua orang sibuk,semua orang ada hal,semua orang nk test dan exam...tapi akhirnya,mereka juga yg dapat datang...ye lah,maybe yg lain ada hal masing2 yg tak dapat dielakkan..maybe gak la faktor harga kan..aku x kate la RM 40 tu murah,yang tu terserahlah masing2...bagi aku,x yah la wajibkan..tambah aku rasa mcm lebih terharu dan berterima kasih sangat2 ialah, kebanyakan aktiviti yg dorang dapat support kalo x de halangan, mesti dorang support..bila aku check la aktiviti-aktiviti kelab dalam fail s/u...ade je mereka jadi ajk..teringat satu event besar yg kelab buat,semua orang sibuk nk test dan tarik diri,tp still mereka tetap membantu dengan jadi ajk dan jadi peserta..pernah hari tu,aku ingat masa jamuan raya kelab,masa aku first year pon,mereka ada,masa aku second year pon mereka ada,dan ade senior ni x dapat datang,tp yg mcm touching sikit,dia mesej aku dan minta maaf sebab tak dapat datang,ada hal keluarga...dalam hati aku,"wahh..sampai nk mesej hanya nk beritahu x dapat datang"rasa terharu la..

tu je sebenarnya..aku rasa terharu dengan mereka..terima kasih kerana selalu ada...

"mungkin kita penat kerana terlibat dengan segala mcm aktiviti,mungkin kita penat kerana kena sokong apa2 aktiviti atau sokong kawan2 kita,tp sebenarnya,kepenatan itu berbalas dengan yang lebih indah..kerana kita belajar untuk memahami kehidupan dengan lebih baik.Mungkin satu hari nanti,bila kita susah,kawan kita pula yang akan sokong dan tolong kita..siapa tahukan?Semuanya kadang2 nampak remeh,tp kadangkala yang remeh itu akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan kita suatu hari nanti...."

(tapi study,kena utamakan^_^)

Sunday, February 20, 2011

perubahan mesti dilakukan

Assalamualaikum..


"ALLAH tahu kita mampu melakukannya,jadi,apa hak kita untuk tidak meyakininya..."




Satu pagi...aku terpikir...muhasabah diri.....
kalaulah usaha aku untuk study sekuat  aku berusaha nak menjalankan tanggungjawab pada kelab,
maka?????????jawapan ada pada dirimu cik datol...
mungkin aku  telah terlalai...=(
emm...semuanya terserah kepada dirimu,cik datol..
bahagikanlah masa dengan baik...perubahan mesti dilakukan
memang banyak kerja...penat..tapi....tp study kena utamakan..kan?


moga ALLAH permudahkan segalanya...
telah ALLAH tetapkan segalanya..
jalan hidup mungkin berliku..dan aku harus bersedia
menempuh dan menerima segalanya...


Ada hari,

aku ingin berbaring sahaja,

melupakan segala apa yang berlaku di atas dunia.

Tapi nanti sampai satu saat,
aku sedar pembaringanku tidak memberikan apa-apa.
Dunia terus berjalan,
dan aku terus ketinggalan.
Melainkan aku bangkit dan meneruskan perjuangan,
barulah diri mendapat pembelaan.
(HILAL ASYRAF)

aku x benci dia,tapi x suka perbuatan itu

Assalamualaikum...


"Aku pun manusia. Aku pun ada sifat tak puas hati dengan manusia lain. Aku pun ada perasaan marah.Tapi aku takkan menjatuhkan martabat aku sebagai manusia dengan mengeluarkan kata-kata kesat begitu."-hami asraff-


emm..aku pon x suka bila baca yang mencarut-mencarut..apatah lagi kalo perkataan tu ialah...ish....(x nak tulis la).Ada satu peristiwa yang membuatkan rasa geram bila baca atau dengar perkataan-perkataan mcm tu...
peristiwa tu masih lekat dalam ingatan..mana boleh cakap macam tu kat abah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!x boleh!!!!!=(
kalau bukan kerana kesabaran seorang ayah...mungkin aku juga sudah meluahkan rasa marah aku pada masa itu..tapi melihatkan kesabaran abah...aku juga menjadi tenang kembali...
orang mungkin takkan faham bende ni dan boleh mempertikaikan...tapi x pelah...aku cuma tak suka dengar...dan x suka....sebab bende tu telah terjadi dalam sisi kehidupanku...sebab perkataan itu telah mencabar kesabaran seorang ayah..
mungkin kalo orang tahu cerita sebenar,korang juga takkan suka mendengar perkataan-perkataan yang tak baik dan mencarut!sebab bende tu amat menyakitkan hati...=(  eeeeeeeeeeeeeeeeee............


 ==>  Bukan pencela,bukan pengutuk,bukan jahat dan bukan cabul






aku tak suka tindakan dan perbuatan itu,tapi x bermakna aku membenci manusia itu.
maafkan mereka,kerana ALLAH menyukai orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain..


Firman ALLAH yang bermaksud:
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

Saturday, February 19, 2011

100 makanan kelantan

Assalamualaikum...



Inilah bukunya..^_^
cepat je sampai..hehe
terima kasih kak nadia
kak nadia ni senior sekolah menengah aku dulu,masa sekolah kat kelantan..hehe
sekarang study kat USM dalam kos dietetik..^_^
bukuni bagus..dapat la aku guna masa food experiment..hehe
terima kasih..banyak2:)

dinner

Assalamualaikum..


^_~..tinggal satu lagi TEST ..HEALTH PROMOTION..(x tau la mcm mana ni..)
Pagi kemarin,test epidemiology, 4 ESEI..ape lagi..sesi mengarang bermula:p
dah ada dah result yg kuar...bersyukur dengan apa yang dah dapat...maybe usaha aku tak sekuat orang lain..
tenet x dapat la kat kolej,so aku kat library..:P


Ok...cerita pasal dinner...semalam meeting lagi...aku pulak,malam  tu la sibuk nk buat minit mesyuarat...:P


(eh,buddy datang melawat..hihi^_^)


sambung..sambung..

Meeting dinner malam tu tak lama dan tak kompleks sangat macam 
meeting sebelumnya.Cuma nak update terbaru daripada AJK-AJK dan bincang masalah-masalah yang timbul.Termasuk ni dah 3 kali meeting.Banyak kan?Dah beberapa kali aku naik turun,pejabat TD,baru khamis tu settle kerja.Tu pun settle separuh,sebab s/u TD agak sibuk.Nampak gaya permohonan nk dapat banner ngan plak penerima sijil x diluluskan.Kadang2 aku terpikir,mcm mana prosedur orang atasan ye.Tengok bajet ke?Atau tengok program ke?atau….Maknanya,kena siap pakai duit kelab la ni,sebab sponspor pon belum dapat kelulusan.Pastu,kira bilangan ahli yang nak pergi dinner.Kira-kira,x sampai 200 orang.Yang dapat dipastikan ialah seramai 120 orang.Maknanya???Untuk bayaran deposit,ialah sebanyak RM2000,jadi kalau tak sampai 200 orang,maka deposit tak akan dikembalikan.Ini sefaham aku la.Emm..sekarang tinggal 4 year dietetik.Mereka ada dalam 20 lebih.Kalau pergi semua,maka dalam 140 lebih.Jadi???Tunggu dan lihat bagaimana.Hujung bulan ni,ada meeting ngan penasihat kelab tentang perjalanan program dinner dan aktiviti-aktiviti kelab yang lain. Segalanya akan ditentukan nanti.Tadi ada bincang nak tubuhkan ALUMNI KELAB,jadi dorang bolehlah hulurkan sumbangan ataupun buat apa2 aktiviti untuk ahli-ahli kelab atau ahli-ahli alumni.Nampak senangkan?Tapi prosesnya agak rumit.Nak kena pilih sorang jumpa ngan wakil senior.Siapa?Semua pun mcm busy ngan kerja dan program masing2.Akhirnya dan ada wakil.Lepas tu kena bincang,segala visi,misi,objektif,aktiviti dalam ALUMNI.Timbul pula persoalan?Sape wakil yg nak kena jumpa ni?Sebab alumni yang nak datang pun x tahu siapa lagi,berapa orang.Ada ke tak kat UPM?Sebab kalau nak jumpa nanti senanglah sikitkan.Emm..begitulah ceritanya.Pasal sape nak datang,ke tak nak datang,bagi aku terpulanglah kepada diri masing-masing.Pergi dinner bukannya murah.Tak yah la wajibkan.RM 40.Bak kata sesetengah orang,kalo gi KFC dah boleh beli berapa banyak kan….Tapi yelah ni kan dinner kat luar.Apa yang aku boleh buat ialah usaha nak ajak mereka.Tapi kalau di akhirnya,hanya itu je yang nak datang,terima sahaja dengan baik.Cuma kadang-kadang rasa sedih gak la,bila apa yg dirancang tak semua sokong..ape pon,begitulah kehidupan,x semua akan berlaku mengikut kehendak kita...SMILE and CHILL ^_^(ayat buddy ni)

Banyak lagi yang aku nak cerita pasal dinner..hehe…walopon aku pun x la minatpun dinner2 ni,tapi DINNER kali ini mengajar aku tentang banyak perkara…


Ianya lebih dari sekadar makan…

Aku pun x tau kenapa aku nak tulis kat sini.Maybe sebab dah lepas banyak test..hehe..Satu lagi test..Bolehlah relx-relax sekejap.


urban??





Monday, February 14, 2011

luangkan masa,fikirlah sedalamnya..

Assalamualaikum


eh..semalam aku mimpi pasal dinner kelab aku..masa tu nubhan datang..:P
pastu,azan je,ramai2 solat kat masjid sebelah restaurant...hihi(ni kes pergi meeting bergempar semalam kot..haha)






di awal ceramah itu...


 "saya datang ni bukan nak suruh putuskan hubungan ngan boyfriend atau girlfriend anda,tetapi nak mengajak kita semua berfikir dan pilihlah jalan yang terbaik."


-Imam Muda Asyraf


^_^ fikirkan yg terbaik..jangan biarkan cinta anda sia-sia..:)




Sunday, February 13, 2011

Tapi manusia memiliki batas rasa

Assalamualaikum...
Wahh..banyak test la..musim ni..musim??haha
layan je la...test ngan exam,nk tak nak.memang natural ada!
Moga ALLAH permudahkan segalanya,amin.
^_^
"Apa tak bosan kau terus sakiti aku
Namun ku tetap mencoba bersabar
Tapi manusia memiliki batas rasa
Jika kau lakukan berulang-ulang



Jangan kau ganggu aku dulu
Aku tak ingin bertemu kamu
Kuharap kamu akan berubah


Jangan hubungi aku dulu
Aku tak ingin kau ganggu dulu
Sekrang kau pikirkan salahmu"





-mahkota band


tersiratnya ialah:i need my own space...
ceewahh..haha...x delah..banyak je 
cabaran minggu lepas,so nak rehat..:)

:P

hehe..ELAK JERAT VALENTINE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



5 syarat melakukan maksiat

Jika kamu bermaksiat kpd ALLAH,

1.jgn makan rezeki ALLAH.
2.jgn tinggal dibumiNya.
3.carilh tmpt bersembunyi yg x dpt dilihat oleh ALLAH
4.Jika malaikat maut datang ingin mncabut rohmu,cuma kau menolak prmintaan itu.
5.Jika malaikat zabaniyah dtg mengiringimu ke api neraka,cuba jgn kau ikut bersamanya..

MAMPUKAH KITA?SEDANG SEMUA MILIK ALLAH!!!!!!!!!!!

Saturday, February 5, 2011

Bila nak balik kelantan?oh sekolahku ^_^

Assalamualaikum...

Dulu aku sekolah kat SMS Tengku Muhammad Faris Petra
banyak kenangan kat sana...
5 tahun kat kelantan,aku pun dah boleh kecek kelate..haha;p

ado jugok saing2 duk tanyo, "bilo nok kelek kelate?"
jawapan aku mungkin ini,
"emm...tunggu nikoh ore kelate,kelek la...haha;p" 


Sekolahku-UNIC

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"


SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA,KELANTAN


TINGKATAN: 1 GAMMA
masa form 1 guru kelas aku ialah
cikgu Tg Normashuraya Tuan Yaacob
Subjek:Matematik ^_^

TINGKATAN: 2 GAMMA
Masa form 2: cikgu aminah
Subjek: Bahasa Melayu ^_^
rupanya cikgu, kawan arwah ummi..
bila aku tengok gambar arwah dulu2
memang ada gambar cikgu ngan arwah ummi^_^

TINGKATAN: 3 GAMMA
Masa form 3,guru kelas aku 
Ustaz Hadi
Subjek:pendidikan agama islam
sampai sekarang aku masih ingat kata2 
ustaz masa dalam kelas
"bukak buku,buat penilaian"^_^

TINGKATAN: 4 GAMMA
masa  form 4,guru kelas aku ialah
Cikgu Suzana
Subjek: ADD MATH
^_^
TINGKATAN: 5 GAMMA
masa form 5,guru kelas aku ialah
cikgu Feen.
Subjek :Fizik
^_^


MAJLIS RESTU ILMU
FORM 5
==>:26.06.2007
JEJAK CEMERLANG(JC) PMR 2005
rasanya ada tak aku??haha
lagu perancis tuu;p


kenangan..^_^


0307/0607

5ALPHA
5BETA
5DELTA
5GAMMA
5LAMDA
5SIGMA
5KAPPA



LAMAN WEB SEKOLAH

Friday, February 4, 2011

THE FUN WAY TO LEARN ABOUT NUTRITION

Assalamualaikum...





macam-macam ada dalam ni






seronok tak?:P
nak main game?
scroll bawaahh sekali..haha






HEALHTY EATING VIDEOS FOR KIDS
haha..layan..seronok..^_^


Freddie Fryburg
"clogs the heart"
Fizzy cole
"not good for your teeth" ^_^



Wednesday, February 2, 2011

Febuari bulan yang hangat...

Assalamualaikum..

Jom tambah ilmu ^_^




Yang bernama islam itu bukan hanya golongan ustaz atau ulama
tetapi yang lahir atas nama islam itulah orang islam.
Justeru,yang perlu mengetahui tentang agama itu 
bukan hanya golongan ustaz atau ulama
tetapi yang bergelar orang islam itu perlu 
tahu dan berusaha menambahkan ilmu agama..
makanya,Islam ini tanggungjawab kita yang mengaku
ALLAH itu Esa,Nabi Muhammad SAW pesuruh ALLAH SWT.

InsyaALLAH..you will find your way...

(^_^)


PILIHAN RAYA KAMPUS muncul lagi....