Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, June 22, 2012

sedih

Assalamualaikum...

Aku sedih la..
td aku tido..tp aku terbangun..
aku ingat aku dah lewat..sbb aku x packing lagi..:(
tak tau la kenapa,kalau sedih,selalu aku cari kak nana
kak nana ? ye kak nana
student medik USM..hehe
hari tu aku sedih...so aku tepon dia..
hari ni pon aku sedih..so aku chat ngan dia..
tapi hari ni..aku jadi sedih sangat..so aku x dapat nak chat ngan dia lama2..

ada 2 orang lg yg aku rasa menceriakan hidup aku
kalo sedih,stress
cik @crenarchaeota dan cik @frh_yasmin :p

min,besday kak kila 11 July:p
untung min dapat kawan mcm kak kila
susah,senang,saat berduka,bergembira,kak kila ada je untuk min
kak kila sangat ambil berat pasal min..betul ni, x tipu..
she is a good friend,very good friend for you..believe me:)

Monday, June 18, 2012

A moment to remember

Assalamualaikum...

sekarang kat sabah,balik mencari semangat
semangat yang hilang...



entah bila lagi aku dapat pergi melawat dan mengajar mereka
kali terakhir aku pergi ialah 2 hari sebelum final exam..
sungguh,bila dah sampai sana
hati rasa tenang...



Thursday, June 7, 2012

Cinta datang lagi

Assalamualaikum..


Untuk perkongsian,buat kamu yang sudi membaca. Tapi jangan di salah anggap. Aku tiada niat lain selain ingin berkongsi.Semoga mendapat manfaat bersama.Maaf jika ada hati yang terasa. Itu bukan maksud aku... Mohon pengertian....



Cinta kalau bahasanya hati... itulah cinta hakiki

Kasih jika dasarnya Rabbi... itulah kasih sejati

Cinta ini pasti akan diuji kerana itu sudah tradisi janji...
(Jendela Hati 1993)


Cinta oh cinta
kenapa begitu payah,atau complicated? sehinggakan hati yang tenang pula berdebar-debar.

Kalau aku katakan,aku juga sedang jatuh cinta, apa kamu percaya?
Kamu pernah rindu dia?Kamu rasa nak mesej,tapi kamu sabar dan kawal.
Kamu pernah rasa nak jumpa dia? tapi kamu sabar dan kawal.

Ya,aku suka dia. Tapi,ya,bagaimana?
Boleh beritahu aku caranya?

Cinta, semua orang pasti ingin bercinta,x kisahlah siapa pun kita,aku seolah yakin,kamu juga ingin bercinta.
Tapi,ya,bagaimana? Aku juga sedang mencari cinta. Bukan mudah,bila kita bertahan dengan apa yang kita ingin pertahankan..
"jangan couple la,buang masa je."
" malaslah nak ada boyfriend,penat nak gaduh"
"kau tak penat hari2 dating?"

Kadang2 jadi bosan, bila sendiri, tak de menemani. Kadang2 gembira melihat orang lain,punya boyfriend.
Aku pun jadi rasa ingin satu,tapi,ya..bagaimana?
Kadang2 pula aku rasa senang dengan single,tak perlu nak berdepan dengan cabaran2 bercinta.Nak merajuk, nak marah2,nak cemburu, nak habiskan duit, nak rasa sakit putus cinta..Semua tu aku rasa penat. (aku ok..mungkin bukan kamu..hehe)

Ungkapan2 ini bukan kutuju kepada sesiapa,tp ia realiti yang aku sendiri alami. Melihat keadaan sekeliling aku, aku juga jadi ingin bercinta.Tapi,ya,bagaimana?
Sungguh bila aku tidak menggalakkan orang bercouple, tp pada masa yg sama aku x ingin melihat mereka yang sudah berperasaan cinta putus begitu sahaja. Bayangkan perkenalan selama 7 tahun putus begitu sahaja.  Mungkin cara mereka salah,mungkin jalan yang mereka pilih salah

Tapi di mana kita yang selalu melaung-laungkan tidak perlu couple ini bertindak untuk membimbing mereka?
Mereka suka sama suka, perlukah mereka putuskan hanya kerana mereka bercouple,atau perlukah mereka teruskan jika matlamat hidup mereka berdua sudah jelas di depan mata?
Atau bagaimana?Kongsikan padaku,agar aku lebih mengerti.
Aku tau pendapat aku mungkin mendapat bangkangan.

Banyak perkara terjadi sebelum ini membuatkan aku berfikir serious tentang cinta.
Bagaimana mungkin hati yang begitu menyayangi boleh meluahkan segalanya dengan marah apabila bergaduh. Bagaimana mungkin hati yang dulu kebal x minta menangis, boleh senang mengalirkan air mata kerana kecewa dalam bercinta..
Pada aku ada satu perkara penting dalam perhubungan "kejujuran"
lihat lah kembali di tahap mana rasa jujur kamu pada dia.
Kamu percaya semua ni?Ya, realiti hidup. Terjadi padaku.
Bagaimana jika satu masa kamu berdepan dengan seorang kawan meluahkan isi hati,kesedihan,kekecewaan,sedih dengan apa terjadi..
Saat itu apa yang sepatutnya kamu katakan pada dia?
" x payah la sedih,kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum" atau
" kau lupakan je dia, ramai lagi yang lain" atau
" sabarlah,jangan terlalu bersedih" atau
" kalau kamu rasa perkara ini akan selesai,pasti akan selesai"

atau bagaimana?

jujur,aku ambil masa agak lama untuk menyusun ayat .Mungkin bukan yang terbaik untuk dia.
" Tapi,aku harap membantu awak dalam membuat keputusan.Mungkin bukan untuk masa itu, tapi satu hari nanti"


Bagaimana jika satu masa kau berdepan dengan satu situasi : seorang sahabat yang meminta pandanganmu,
" aku nak clash dengan dia"
Apa yang harus kau bicarakan pada dia?
"baguslah..putus je" atau
"kau yakin dengan keputusan kau?" atau
"kalau kau ada matlamat hidup ingin berkahwin dengan dia, jagalah batas-batas pergaulan"

Pernah kamu terfikir semua ini? Ini realiti,terjadi dalam hidupku.
Saat itu aku berdepan dengan banyak perasaan. Tapi sebagai seorang kawan,aku juga perlu jujur pada dia.
dan
"Aku sayangkan kamu kawan dan aku doakan kamu kuat"


Semua yang terjadi ini mengajar aku banyak perkara.
Memahami itu bukan mudah. Tapi itulah yang aku pelajari.....
Memaafkan itu bukan mudah.Tapi itulah yang aku pelajari....
Aku belajar untuk memahami mereka.Kehidupan kita,persekitaran kita berbeza.Kerana itu aku perlu memahami mereka...
Aku belajar memaafkan walau hati aku pernah terguris dengan kata- kata yang amat pedih.
Terima kasih kerana mengajarkan aku semua ini...

Kisah cinta...

Ingin aku beritahu sesuatu, senang untuk kita mengungkap tentang cinta..
Tapi saat kamu jatuh cinta, barulah kamu akan mengerti, apa itu cinta.
Di saat itu, kamu akan tahu betapa sukarnya untuk 
berperang dengan apa yang ada di dalam dirimu.
Tewas atau tidak, kita punya pilihan hidup..pilihlah yang terbaik...

Aku juga di dalam dilema...-_-..It is not easy...but I must try my best..

Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya.. - Imam Al-Ghazali

Tapi,suka aku ingatkan buat diriku dan juga kamu...
Bermujahadah...

Semoga kita semua kuat hati dalam membuat pilihan hidup...bukan hanya untuk dunia, juga untuk akhirat...

Maaf untuk segala kekurangan...





Tuesday, June 5, 2012

Bertenang

Assalamualaikum..


Masih ada hari untuk aku perbaiki.Entah sempat atau tidak untuk membuktikan sesuatu.
Kadang-kadang rasa payah. Mau saja balik rumah. Emm..tp itu hanya ketika resah kan?
Dah separuh jalan ditempuh,takkan mahu berhenti terus. :(

Macam-macam aku fikirkan,tapi kadang-kadang tak dapat nak dikongsikan. Bimbang,orang lain tak akan faham. Mahu saja aku katakan dengan yakin yang aku akan lawan perasaaan takut ini.
Tapi risau,jika di dunia praktikal sebenar aku yang lemah..-_-

Bukanlah takut nak melangakah pergi praktikal, itu benda yang aku x dapat elakkan,tapi bimbang,kalau tak dapat handle certain cases...Kadang-kadang aku tak dapat fokus untuk certain topics ni..-_-
Kamu tau perasaan tu?
Aku sedar,tak ada gunanya aku terlalu takut.

Moga aku kuat semangat.
Mungkin aku perlu tempoh bertenang...

Ya ALLAH,permudahkan segalanya..Amin...

Harapan

Assalamualaikum..

"Erm.. biarlah rahsia dulu:)" -dia jelaskan


Bagaimana jika aku kecewa nanti?
Bagaimana jika harapan ini tidak jadi pasti?

Ya ALLAH,kuatkan hatiku untuk terima apa saja kemungkinan..Amin..


Sunday, June 3, 2012

Belum berakhir...

Assalamualaikum..

:),Awak apa khabar?

Praktikal dah dekat...-_- takot la..
hehe..tp balik pon dah nak dekat..hahahaha...^^ nak balik sabah yeah!!
berbakti sebelum kembali berpraktikal yg panjang...kejap pon tak pe...

Korang tau..hari Jumaat lepas,kitorang ade cooking test,individu..kehkeh..dek kerana test itu,maka, x lena dan tenang hari aku..haha..bukan sebarang test,kena present and explain..
Tapi sebelum cooking test, kitorang ade exam duluuu...

Lepas dah jawap exam,dah buat menu planning,dah buat senarai ingredients sume...
maka,memasaklah kami hari Jumaat tu..
masa tuk masak tu mencukupi...aku risau betul masa tu..aku pon tengok2 sekeliling...
keadaan masa tu agak tenang..ceewah..masing2 sibuk ngan kerja nak masak..
(mcm masterchef lak kan..haha)
bila fikir balik,lucu pulak ingat keadaan aku n kawan2:p

Aku tau, x seberape pon aku masak hari tu..hahaha
kena masak untuk patient Indian, Diabetes,..emm
Vadei :yg ni aku x modify banyak pon..control oil and satu lg aku gi buat vadei campur carrot....(masih panggil vadei ke?:p)
sebenarnye yg penting kalo nak manage DM patient ialah amount and distribution of carbohydrate..
kadang2 % carbohydrate x lebih dari yg disyorkan, tp pembahagian carbohydrate tu yg tak konsisten..

Pastu masak,kari ayam +sayur : yang ni aku x masuk santan, tp masukkan skim milk..bayangkan hasilnya..haha;p
sebenarnye..semua yg aku nak masak tu... x cukup ingredients..hehe
nak main ambil2 je ..x berani  oo...nak amik sehelai daun kari pon takot!hahahahaha:p
before hari pertandingan masterchef  memasak tu, lecturer ade tanye sape2 yg de tukar menu/ingredient
cuak oo...
so,aku rasa..redah je arr.ngan ape yg aku ade..
mujur ada order bahan2 utama mcm kacang dal,tepung,ayam,SERBUK KARI!:p


Hari tu..aku dan Sher Nie,jadi group first kena present..
Bila masuk bilik sensori,jadi cool sikit,bila ku lihat Dr N and Dr Z kat sana..
emm..aku risau sebenarnye..serious..tp ntah la..bila kena panggil je nama
terus je..rasa mcm..redah je la..
so,bawak diri,bawak makanan...
-_-

Dah la masa presentation, paper exam yang aku jawap hari tu..duk mengadap muka aku...dibelek-belek..
segan aku,sebab tulisan aku sangat menyegankan hari tu..haha-_-
masa tu,aku cuba meyakinkan diri..hehe...memang aku rasa redah je la masa tu..
apa2 soalan pon...jawap je..(mcm confident jek..kehkeh>.<)

Bulp..kena tanye, goal management..ni kalo x ingat ni..habis aku...ok.lepas..
pastu expain pasal menu...
then kena tanye apesal x de coffee.."minum plain water je.."haha
sbanrnye aku x ingat menu aku..haha
yg aku ingat aku buat Vadei untuk afternnon tea,tp ye la..menu asal patient, mmg ade coffee:p
Aku pon x tau la berape lama aku duk dalam bilik tu..haha

Lepas habis je kuar dari bilik sensori,tempat present tu..haaaa
lega oooo
pada mulanya yg LOA (loss of appetite,konon:p) terus INCREASE APPETTIE..hahahaa

Aku terbayang,kalo subjek foodservice 2 ada cooking test individu macam ni...glurpp...-_-

Tersenyum sendiri bila ingat kisah aku dan kawan2 aku masak..haha:p

"Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini, anda memang benar. Itulah saya......."-_-