Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, December 31, 2010

result exam

Assalamualaikum..

Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia! (^_^)
Esok dah masuk tahun 2011.
Tadi pula, aku,akhirnya memberitahu abah tentang result examku..
Sem ni jatuh menjunam...dush!!!apapun,aku bersyukur kepada ALLAH atas segala-galanya..
inilah yang terbaik untuk aku.Kena usaha lagi.Jangan putus asa.
emm..

Anak:'' abah,result exam dah keluar."

Abah: mcm mana?

Anak:" teruk la bah,jatuh..."

Abah:biarlah bah..bagi abah bila di universiti apa yang penting ialah penghayatan ilmu tu..

Anak:''tapi,orang kan tengok pointer''

Abah:memang la,tapi nanti bila berkhidmat,orang tengok tu penghayatan.

''penghayatan ilmu''

lebih kurang mcm tu abah cakap tadi.

Terima kasih abah.

Dan teringat pula BUDDY aku bagitau dulu,

''mybe rasa rendah diri kalau compare dengan member lain...
tp cam lg berbaloi experience ko jadi ketua fasi orientasi haritu..
mybe datol anggap sebab bende tu datol tak study sangat,

tp lg bagos sebab bukan sume orang leh jadi tu,markah ,leh usaha lagi...
....better kita kosong on paper tapi penuh di dada...
Terima kasih buddy.

emm,begitulah...kadang2 aku pon konfius bila dah masuk U ni...pikir sangat soal study, jadi stress pulak,tapi bila rasa relax je,pon tak bagus jugak...sem depan kena berdepan dengan P.A ni(penasihat akademik)(berdebar pulak)..Dan perlu menghadapi subjek2 yag lebih mencabar mental dan fizikal...fuuh...dan melaksanakan tanggungjawab pada kelab foodnatic..
korang mcm mane?ada kata-kata nak dikongsi?^_^
Moga esok, hari yang lebih baik untuk kita semua..amin..

sebenarnya aku memang risau,~_~tapi hidup perlu diteruskan.....





Tuesday, December 28, 2010

ikan mengurut

Assalamualaikum..

Haa..pernah dengar tentang IKAN MENGURUT?jeng..jeng..jeng..^_^
sebenarnya aku pon baru tau,walaupun tempat tu x la jauh sangat dr rumah...haha...
tempat tu terletak di KG LUANTI BARU,RANAU..dah kena ''tagal''(no fisihing).
Hari tu masuk kat tv 3,jadi aku pon tau la...huhu..Maka,kami sekeluarga pon pergilah ke sana.
Memang jinak habis ikan2 tu...ko bagi je makanan kan..baaaayakkk yg datang....perghhh...
macam mana agaknya ikan2 ni kena latih?dan lagi hebat,berapa ramai yang sanggup habiskan masa nak latih ikan2 nak jadi mcm tu??emm...Seronok jugak..geli pon ada ikan2 tu lepak2 kat kaki..hahaha...

emm...boleh jugak nak berendam badan..haha..seron0k....:D
jadi,kalau berkesempatan,jemputlah datang SABAH:)

Bukan pencela,bukan pengutuk,bukan jahat dan bukan cabul

Assalamualaikum...

Orang mukmin sejati itu bukan pencela, bukan pengutuk, bukan jahat dan bukan pula cabul (suka berkata yang tidak sopan)

-- HR. Muslim

Tadi,aku layari laman web ini al-Fikrah.net.Ruangan HADITH TODAY ialah seperti di atas.

Memang peringatan yang bagus untuk aku dan semua.Bila marah,bila benci,kadang2 mulut kita ni mcm2 keluar perkataan yang tak bagus.Tak pun semasa menulis atau menaip di blog.Jom kita check,ada tak kita tulis perkataan2 yg x sedap di dengar?Ataupun ucapkan perkataan2 yang tak baik kepada sesiapa sahaja?Contohnya....emm..kita pon boleh agak perkataan mcm mana kan?
Kalau ada,cuba kita check,kepada siapa kita tujukan?Dan,akhirnya,kita tanya diri kita,wajarkah apa yang kita lakukan itu? ^_^


yuk,jom kita berubah ^_^,masih ada masa..jangan tunggu hingga hari esok,kerana esok belum tentu milik kita...


P/S: Garuda 'CEDERA' terkena 'GIGITAN' Harimau.Mampukah Garuda BANGKIT atau Harimau akan terus MEMBAHAM??Kita nantikan..^_^..yeahh...3-0!

Monday, December 27, 2010

Bagaimana,apa khabar cintamu? ^_^

Assalamualaikum..
BUKAN SALAHNYA CINTA

CINTA kerana ALLAH SWT.

Hendaklah setiap muslim mencintai sesuatu/sesorang kerana ALLAH,kerana ianya merupakan puncak keimanan.
Cinta adalah perasaan yang indah,baik dan agung.
Maka,hendaklah dijaga kesuciannya.
Tidak dinodai dengan segala bentuk kemaksiatan/melanggar batas-batas larangan ALLAH SWT dan RASULNYA.
Sebab CINTA KERANA ALLAH bermaksud:
Segala yang muncul kerana perasaan tersebut hanya ditujukan untuk menggapai redo ALLAH semata.
Dengan memperhatikan batasan-batasan ALLAH dan RasulNya.
Maka rasa cinta akan semakin mekar dan berkembang.Inilah salah satu maksud dari mencintai orang lain kerana ALLAH SWT.

"Wajib mendapat cintaKu orang-orang yang saling mencintai karena Aku..."
(hadis Qudsi riwayat Malik dan lainnya)


bagaimana,apa khabar cintamu? ^_^


Sunday, December 26, 2010

Berpusing-pusing seperti keldai

Assalamualaikum...

Balasan percakapan tanpa amalan

Daripada Abi Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah r.a katanya: Aku mendengar Rasullulah s.a.w bersabda, seorang lelaki diheret pada Hari Kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka,tali pusatnya terkeluar dan ia berpusing-pusing seperti keldai mengelilingi pengisar gandum.Penghuni neraka berhimpun lalu bertanya,

“Wahai pulan, mengapa kamu ni?” Bukankah kamu menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran?” jawabnya:“Benar!, aku menyuruh membuat kebajikan sedang aku tidak membuatnya, dan aku menyuruh mencegah kemungkaran sedang aku melakukannya.

(Riwayat Muslim)

Mencampakkan ke dalam neraka lalu terkeluar dan berpusing-pusing memberi gambaran bahawa satu seksaan yang saaangat pedih.

Penghuni neraka daripada semua peringkat pun berkumpul melihat orang ni terseksa.Jadi kejadian tu menunjukkan betapa seksanya seksaan orang yang pandai bercakap tapi tidak mengerjakan.

Firman ALLAH SAW yang bermaksud:

Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya? Amat besarlah kebenciannya di sisi ALLAH, memperkatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat.”

Surah As-Saff :2-3

Pengajaran

  • Nilai amalan seseorang terletak pada tindakan serta pelaksanaan dan bukan hanya pada percakapannya saja.
  • Memperbaiki keadaan diri sendiri adalah lebih utama daripada memperkatakan kelemahan orang lain.
  • Orang yang berdakwah hendaklah memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka.
  • Manakala orang lain yang mendengar dakwah dan semua kebaikan hendaklah mengambil manfaat daripada apa yang diperkatakan.Jangan pula hanya kerana yang bercakap itu tidak baik atau tidak setaraf, kita menolaknya sedangkan apa yang diperkatakan itu benar dan bermanfaat.

Lihatlah pada apa yg diperkatakan,walaupun dia hanya seorang budak.Jika merasakan diri kita terkena dengan apa yg diperkatakan,lapangkan hati,cubalah memahami dan terimalah teguran seadanya.Itu lebih baik daripada kita menyimpan kata,"ah! dia hanya seorang budak...." (^_^)

pesan abah tentang GURU

Assalamualaikum

Apa khabar semua?:D..Harap sihat semuanya.Tinggal beberapa hari lagi cuti kan?Semester baru akan bermula....


Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang takut kepada ALLAH di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama(orang-orang yang berilmu).

Surah Fatir:28

Guru ialah orang2 yang berilmu yang menyampaikan ilmunya kepada orang lain.

Abah ada berpesan: Jangan ‘menjawab’ dengan cikgu.

Menjawab dengan tidak matang.

Terus fikiran aku melayang kembali ke zaman sekolah menengah.Ketika itu,aku berada di tingkatan 5.Semuanya berjalan dengan baik dan semangat belajar semakin meninggi,hinggalah pada suatu hari,satu peristiwa telah berlaku.Krisis antara pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3 meletus.

26.06.2007:Kedaaan yang dialami junior form 3 akhirnya mengakibatkan beberapa pelajar form 5 termasuk ketua pengawas sekolah dipanggil dan dibicarakan.Keputusan yang diterima amat menyedihkan kami,kerana mereka bakal meninggalkan kami,kawan2 seangkatan.Protes berlaku,marah menguasai diri kami.Keadaan pada masa itu amat hebat.Sukar dileraikan.Mungkin ikatan antara kami amat kuat sehingga semua yang berlaku dirasai bersama.Kedaaan menjadi reda seketika bila mereka akhirnya diberi peluang kedua.Namun,kegembiraan itu nyata sementara…

kerana keesokan harinya……

------------------------------------------------------------------

Sejarah yang sentiasa terpahat di ingatan.Sukar dilupakan.Sekarang,kita kawan2 sudah boleh mula merenung kembali apa yang terjadi.Di mana kesilapannya?

Bila difikirkan kembali,pada pendapat aku,memang pelajar2(kami) tak patut buat macam tu.(Menarik nafas…dilepas perlahan-lahan)

Walaupun mungkin bukan semua guru yang terlibat,tapi begitulah keadaannya.

“Cubit paha kanan,paha kiri terasa juga’’.Memang ketika itu kebanyakan pelajar mengikut kata hati termasuk aku.Tiada kematangan di situ.Darah orang muda yang meletus seakan-akan kami sahaja yang benar.

Seingat aku,itulah saat di mana aku rasa tiada nilai lagi apa yg dipelajari jika guru2 berterusan begitu.Maafkan kami cikgu2.Itulah kenangan pahit yang memberikan aku pengajaran yang tepat dalam hidup.

Guru mesti dihormati.Kalaupun ada kesilapan yang guru lakukan,bukanlah MELAWAN jawapan dari seorang pelajar kepada gurunya.Ada cara yang betul untuk memberitahu kepada seorang guru.Bukan dengan KATA-KATA YANG KESAT ATAU DENGAN CACIAN SERTA MAKIAN!.Itu salah.

Kerana guru tetap guru dan pelajar tetap pelajar.Hormatilah guru kerana mereka yang mengajar dan mendidik kita semua.Kerana restumu guru,semangat kami.

Dan tarikh itu 26.06.2007,aku harap biarlah menjadi satu pengajaran yang mendewasakan kita semua. 0307/0607

p/s: harapan aku agar tidak berulang lagi peristiwa seperti itu di mana-mana....tidak berulang lagi...


Sunday, December 5, 2010

aik?! takut tikus ke?

Assalamualaikum..

Lagu doraemon versi adik aku

''Pada suatu hari Nobita jalan-jalan..
dia ternampak makhluk asing..
badannya bulat-bulat,macam kuih donut..^_^''


versi yang sebenarnya ==>
Pada Suatu hari
Tempat tinggal Nobita
Muncul seekor Makhluk
Berwarna biru muda

Badannya bulat-bulat
Suka makan kuih donat
Bila nampak tikus ia melompat

Nobita ketawa sambil berkata:
(“aik?! takut tikus ke?”)

Ang! Ang! Ang!
Makhluk itu bernama
DORA-E-MON… (^_^)

mencari MR. RIGHT (part 2)

Assalamualaikum..

Tetapi,apa pula yg ada di tingkat 5.Apabila sampai di tingkat 5,anda mendapati...
KOSONG!!tiada lagi ciri-ciri lelaki seperti di tingkat2 sebelum itu..
kenapa agaknya?kemana menghilang?

Mungkin begitulah dalam meniti kehidupan kita di dunia yang fana ini.
Kita akan menjumpai pelbagai watak dan ciri-ciri seseorang yang kita ingini.Sampai di satu tahap,kita mendapati tiada yang benar-benar sempurna.
Contohnya,mungkin di alam persekolahan,anda menjumpai seorang lelaki yang ada semua ciri-ciri lelaki idaman anda tetapi sayang dia seorang yang suka merokok.Apabila memasuki alam universiti,anda menjumpai pula lelaki yang baik,berkepimpinan,tetapi sayang panas baran.Seterusnya,apabila memasuki alam pekerjaaan,anda menjumpai pula lelaki yang penyayang,bersopan-santun,tetapi,sayang sudah menjadi suami orang.Kemudian,anda tertanya-tanya,di mana sebenarnya MR. RIGHT aku?

Untuk mencari lelaki yang sempurna segalanya,menepati kesemua ciri-ciri yang anda inginkan,mungkin susah,kerana kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Ada orang yang kaya-raya,tapi panas baran,handsome bergaya,tapi tiada budi pekerti.Ada pula yang romantik,tapi tak bertanggungjawab.
Maka,janganlah terlalu ketat dalam membuat pilihan,tetapi carilah yang seorang lelaki yang menepati ciri-ciri seorang lelaki yang dapat menjadi imam di dalam keluarga,menjadi ketua di dalam melayari bahtera perkahwinan.Pendek kata,carilah seorang lelaki yang beriman.

Islam telah meletakkan cara-cara yang begitu teratur kepada kita dalam mencari teman hidup.Usah sia-siakan hidup kita dengan hubungan yang tidak pasti,apatah lagi tidak sah di sisi Islam.Kerana jalan menuju ke gerbang perkahwinan itu jika bercampur dengan halal dan haram,di manakah kesudahannya?

Seorang suami yang beriman dan sedap mata memandang sudah cukup memadai sebenarnya bagi seorang isteri.Mengharapkan segala-galanya berlaku mengikut kehendak kita akan menjadikan kita resah gelisah dan sentiasa tidak berpuas hati sedang kita tahu segalanya jua ditentukan ALLAH SWT.
Forget Mr. Right — settle for Mr. Good Enough
Dan kita kaum Hawa juga mesti memperbaiki diri sendiri supaya dapat menjadi seorang isteri yang solehah.Bermulalah dari sekarang,kerana esok,belum tentu milik kita....




mencari MR GOOD ENOUGH:D






Friday, December 3, 2010

mencari MR. RIGHT

Assalamualaikum..


Pada suatu hari,sy telah menonton rancangan wanita hari ini.
Dan topik pada hari itu ialah ...MR RIGHT
Mungkin ramai antara kita(perempuan) yg mencari-cari mr.right mereka
MR.RIGHT.Lelaki yg sempurna?yang ada segalanya?atau bagaimana?

Bayangkan ada sebuah bangunan lima tingkat.
Anda menaiki lif dan sampai di tingkat yg pertama.
Dan anda mendapati terdapat ciri-ciri lelaki yang

-handsome,bergaya(gaya,mutu,keunggulan;p)

Kemudian,anda menaiki lagi tingkat yang ke 2 dan mendapati terdapat ciri-ciri lelaki yg

-berkaca mata dan kaya raya

Terdetik lagi dihati untuk pergi ke tingkat 3.Lalu anda menjumpai ciri-ciri lelaki yang

-penyayang,baik hati dan pemurah

Bagaimana pula di tingkat 4?Terus lif dinaiki dan anda mendapati terdapat ciri-ciri lelaki yang

-sopan,berbudi pekerti dan bertanggungjawab.

Anda terseyum. (^_^)

Tetapi,apa pula yg ada di tingkat 5.Apabila sampai di tingkat 5,anda mendapati...


KOSONG!!tiada lagi ciri-ciri lelaki seperti di tingkat2 sebelum itu..

kenapa agaknya?kemana menghilang?

nantikan sambungannya..;p




kehidupan sebagai seorang remaja sememangnya mencabar.Proses demi proses pembelajaran dihadapi untuk sampai ke tahap seorang yang bergelar dewasa.Sentiasa tambahkan ilmu dunia dan akhirat agar kita sentiasa sedar tentang nilai sebuah kehidupan yang sebenar.Semoga kita tidak tersasar dari landasan yang benar.Moga pertolongan ALLAH mengiringi perjalanan hidup kita.AMIN.