Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, December 26, 2010

Berpusing-pusing seperti keldai

Assalamualaikum...

Balasan percakapan tanpa amalan

Daripada Abi Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah r.a katanya: Aku mendengar Rasullulah s.a.w bersabda, seorang lelaki diheret pada Hari Kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka,tali pusatnya terkeluar dan ia berpusing-pusing seperti keldai mengelilingi pengisar gandum.Penghuni neraka berhimpun lalu bertanya,

“Wahai pulan, mengapa kamu ni?” Bukankah kamu menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran?” jawabnya:“Benar!, aku menyuruh membuat kebajikan sedang aku tidak membuatnya, dan aku menyuruh mencegah kemungkaran sedang aku melakukannya.

(Riwayat Muslim)

Mencampakkan ke dalam neraka lalu terkeluar dan berpusing-pusing memberi gambaran bahawa satu seksaan yang saaangat pedih.

Penghuni neraka daripada semua peringkat pun berkumpul melihat orang ni terseksa.Jadi kejadian tu menunjukkan betapa seksanya seksaan orang yang pandai bercakap tapi tidak mengerjakan.

Firman ALLAH SAW yang bermaksud:

Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya? Amat besarlah kebenciannya di sisi ALLAH, memperkatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat.”

Surah As-Saff :2-3

Pengajaran

  • Nilai amalan seseorang terletak pada tindakan serta pelaksanaan dan bukan hanya pada percakapannya saja.
  • Memperbaiki keadaan diri sendiri adalah lebih utama daripada memperkatakan kelemahan orang lain.
  • Orang yang berdakwah hendaklah memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka.
  • Manakala orang lain yang mendengar dakwah dan semua kebaikan hendaklah mengambil manfaat daripada apa yang diperkatakan.Jangan pula hanya kerana yang bercakap itu tidak baik atau tidak setaraf, kita menolaknya sedangkan apa yang diperkatakan itu benar dan bermanfaat.

Lihatlah pada apa yg diperkatakan,walaupun dia hanya seorang budak.Jika merasakan diri kita terkena dengan apa yg diperkatakan,lapangkan hati,cubalah memahami dan terimalah teguran seadanya.Itu lebih baik daripada kita menyimpan kata,"ah! dia hanya seorang budak...." (^_^)

No comments:

Post a Comment