Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, July 17, 2010

pesan abah tentang CINTA


Assalamualaikum..



akhirnya terjawap persoalan aku tentang CINTA..
sepanjang cuti ,aku memang berniat nak tanya abah tentang CINTA,
tp aku seganlah...:P
x sangka hari terakhir aku di sabah,segalanya terjawap..

terima kasih ALLAH..ALLAH yang mentakdirkan segalanya..
sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang ada di dalam HATI kita

Mase nak tunggu flight aku berlepas kat KL,
aku pun bawaklah makan2 kfc jap kat airport.
makan punya makan,dah nak habis makan tu,abah mula berPESAN:

yang lebih kurang ayatnye mcm ni:

''sekarang dah penghujung remaja,
jadi hati-hati
sekarang ni x kira yg solat,x solat,
pakai tudung,tak pakai tudung,
kalau dah tiba soal cinta,
sangat bergantung kepada iman kita
semua ni permainan emosi dan perasaan..''

aku pon TERDIAM..

pastu aku pon tanya abah:

''jadi abah,kalo kita suka seseorang tu mcm mana?
ye lah dalam hidupnikan selalu je jumpa ngan orang yg kita suka..
mcm mana nak handle bende tu?
tp kak teh tak nak couple(maksud aku sebelum kawin),sebab tau bende tu x boleh.''

abah pon jawab sambil terseyum:

''semua orang pon mcm tu..
nak wat mcm mane,kepada ALLAH jugaklah..
(mksud abah, kepada ALLAH la kite kene mengadu dan memohon kpd ALLAH supaya diberikan kekuatan untuk hadapi semuani..)
bukan tak boleh nak suka,tapi mcm mane kita kawal perasaan tu...''

aku TERDIAM lagi

abah pesan lagi:

''kalau tentang COUPLE,dah jelas dalam ISLAM,rujuk balik Al-Quran
ALLAH ada berfirman yg bermaksud:
JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA''
itu dah jelas...

aku TERDIAM lagi...

pesan abah yang terakhir:

''yang paling penting kena SABAR
sekarang,apepon SABAR...''

aku terus DIAM..
''terima kasih abah''

MORAL OF THE STORY:
CINTA tak salah tapi COUPLE,DATING????(sebelum kawin)
aku tak nafikan,kerana aku jenis yang suka pendam perasaan,maka bila aku suka seseorang,aku biarkan ia pergi bagai angin lalu....(melepas je..hehe)
bagi aku,CINTA tu penting,aku sendiri lahir ATAS NAMA CINTA
cuma sekarang masa untuk STUDY
masanya akan tiba untuk aku mencari seorang bakal suami
dan mungkin ada hikmahnya
aku perlu siapkan diri dulu

''perempuan mengimpikan lelaki yg baik dan soleh
tetapi sedarlah perempuan juga perlu berusaha untuk menjadi yang solehah..''

aku tahu akan timbul pelbagai pendapat bila berkata soal cinta,
ini hanya satu daripadanya..ada yang setuju dan ada yang tidak...
bagi aku tak ape,masing2 punya hak ingin bersuara,cuma perlu ada hadnya..
apa yang penting rujuklah AL-QURAN dan sunnah NABI MUHAMMAD SAW...

jika kita menahan diri dari melakukan sesuatu yang haram kerana ALLAH,maka ALLAH akan beri dengan jalan yang halal...
bersabarlah.....\(^_^)/


bacalah buku INDAHNYA CINTA:)



Tuesday, July 13, 2010

kisah aku balik universiti:D

Assalamualaikum..\(^_^)/

10/07/2010-sabtu-

Alhamdulillah..sampai ke UPM dengan selamatnye..
cuak jugak naik teksi sorang2,tp aku berserah sepenuhnya kepada ALLAH SWT..
ok..tambang teksi dr LCCT ke UPM,serdang ialah RM 64.30..hoho

sampai2 je,dah petang..cepat2 turun pergi pejabat kolej nak amik kunci..
dengan penat2nye..berlari-lari anak,akhirnya sampai..tapi sayang pejabat kolej dah tutup...
aku pon rehat2 la kejap..tak tau nak buat ape..
dengan takdir ALLAH,sorang kawan aku lalu...borak2 kejap..dia pon kate..''cube naik rumah
mungkin pintu tak kunci....''aku pon berharap la....
pastu cepat2 lagi naik kolej kediaman...
wahhhh!!tingkat 4...-_-'
penat...hehe

yeahhh!!\(^_^)/pintu terbuka..dalam hati aku..'' ohh...aku dah bagitau yg aku akan balik awal...''
thanks to pihak pengurusan kolej 17..:D
aku pon lepak2 la...melihat-lihat pemandangan di tingkat paling atas...
pastu angkat barang dr tingkat 2..turun naik..turun naik...fuuhhhhh!!!!
-_-'
slim aku macam nih..haha


selesai semua tu,aku pon rehat2 balik..hahaha..asyik rehat je...
pastu aku pergi beli barang2 segala penyapu,mop
dan kerja2 pembersihan dijalankan selarat yang aku boleh...haha

malam menjelma...tido sorang ke aku????
tiba2 roomateku tepon..
wahhhh..dia pun akan sampai malam tu!:D
yeahhhh!!!
dan selepas penat2 mengemas barang....tidorlah dengan lenanya...zzzZZZZZ...


Begitulah kisahnye sorang budak perantau yang balik sorang2 dari sabah....
haha..\(^_^)/


memang penat jugak hari2 naik tingkat 4..hehe
tetapi bukankah aku hamba ALLAH,harus bersyukur dengan segala kurniaan dari ALLAH SWT...:D
makanya,dalam menempuh kehidupan kita,terapkan nilai syukur,semoga ALLAH merahmati kita..amin...






next---->pesan abah tentang CINTA


Saturday, July 10, 2010

ayuh..kembali ke sekolah..ayuhh!!(^_~)

Assalamualaikum..
Jam menunjukkan pukul12.56 pagi,sabtu
Pukul 12.30 tengah hari,terbanglah aku ke UPM
selamat tinggal sabah.=( (emo..emo..haha)
Sem 3 menanti..dengan subjek2 baru..wajah2 baru dan lame..hehe
dan aku harap semuapon bertambah baik lagi..
Inilah subjek2nye yang amat..amat.....ape???haha
DIETETIK,TAHUN 2,SEMESTER 3
BBI2421 GENERAL WRITING SKILLS
PKK3202 PEMAKANAN DAN METABOLISME

DTK3100 PRINSIP PERSEDIAAAN MAKANAN

MTH3003 STATISTIK BAGI SAINS GUNAAN

PKK3401 PENILAIAN TARAF PEMAKANAN DAN KESIHATAN KOMUNITI

SBP3202 BIOKIMIA KLINIKAL

Umm..begitulah..makin mencabar kepala aku..haha..tp seperti biasa..masih ketakotan dengan subjek yg ade kimia..haha
xpe..xpe..bertahan..>.<
Semoga ALLAH permudahkan segalanya...Amin..
Ni dah nak masuk sem baru ni..
maka,betolkan NIAT,datang U,nak belajar kerana ALLAH SWT..
ingatlah balik..pesanan2 abah mak kite awal2 dulu..
''nak,belajar rajin2 yer''
''makan,jangan study je''
''solat,jaga betol2x''
''tido,jangan tengok movie je'':P
wah teringat masa masuk U awal2..haha

emm..semoga hari esok lebih baik dari hari ini...Amin..dan harap2 dapat belajar dengan baik,aku akan berusaha lagi...InsyaALLAH...
Jangan putus asa,kalo tak dapat apa yg diimpikan..usaha lagi dan bertawakal kepada ALLAH SWT...
ALLAH berfirman yg bermaksud:
''Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan bantuan ALLAH itu melainkan kaum yang kafir''(Surah Yusuf:87)
terimalah lagu yang diajarkan oleh fasi2 orientasi dulu..hehe
'' sayalah permata anak kesayangan, kebanggaan ayah dan ibu, saya di besarkan dengan kasih sayang, hanya yang terbaik untukku, menjadi harapan di masa hadapan, sayalah anak yang cemerlang''
\(^_^)/
bermula lagi satu.titik.permulaan.dalam hidup aku.

Thursday, July 8, 2010

Digigit vampire?hanya tinggal ''KENANGAN''

Assalamualaikum

ingatlah semua yang telah terjadi ada hikmahnya,kerana tidak ALLAH jadikan sesuatu perkara itu sia-sia,belajarlah
dari kenangan anda....


Kenangan yang terindah\(^_^)/
Banyak dan terlalu banyak yang mengINDAHKAN..anda bagaimana?

Kenangan yang menyedihkan
Hilang dan terlalu banyak yangku keHILANGAN=(
(Hilang seorang insan yang tersayang)

Kenangan yang mengajarkan
Cinta dan terlalu banyak yang aku CINTAKAN-_-'
(cinta mengajar aku apa yang HALAL dan HARAM)


Kenangan yang menginsafkan
Mati dan terlalu banyak yang telah MATI:(
(Saban hari kematian semakin mendekati)

Kenangan yang menakutkan
Mimpi dan terlalu banyak yangku MIMPIKAN~_~
(ok,mimpi yg menakotkan!!,mimpi VAMPIRE nak gigitku..aaaarrggghhh
yang nak gigit tu pulak kawan satu U ngan aku..hahaha)


MORAL OF THE STORY


Kupetik bait2 lagu kumpulan Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang..
itulah LUKISAN alam...
Begitu aturan TUHAN..
~itu yang berlaku dalam hidup,x semua seperti yang kita nak,kerana itu,kenangan tidak semuanya indah dan menggembirakan...

Kupetik lirik lagu AMAR

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
meskipun kini kita terpisah demi kasihNYA
namun cebisan KENANGAN kita..
sentiasa bermain di bayangan mata...
~itu yang terjadi,kenangan indah sering mahu diingati,dan walau kita dah berada di tempat kita berpijak sekarang janganlah lupa asal diri,janganlah lupakan mereka yang pernah membahagiakan kita walau hanya sekejap cuma...

Kupetik pesanan seorang senior sekolah menengahku kepadaku setelah aku menulis tentang
''Semoga ada kebahagiaan dalam perpisahan......''(amat terkesan di hati T_T)

''kenangan is ok but don't ever let it to cause u to0 much pain''

Dan mungkin kadang2 kita perlu KUNCI rapat2 pintu
kenangan(masa lalu) serta masa depan,
kemudian hiduplah dalam hari ini sahaja..\(^_^)/



harini dah hari khamis,menandakan cuti semakiiiin sikit untuk aku...dan semua cerita semasa cuti tidak terlepas, turut mengisi kekosongan di hati yang bernama KENANGAN......-_-





Tuesday, July 6, 2010

KISAH 3 HERO

Assalamualaikum..

KISAH 3 HERO(^_^)

PERISTIWA

Namaku PERISTIWA,Nickname ku KEJADIAN:D
Aku mempunyai hayat hidop yang panjang.Kerana selagi yang bernama manusia hidup,maka aku akan selalu ada.
Mood aku boleh jadi SEDIH,BEST,MARAH,BENCI,INDAH,dan berbagai-bagai lagi mood,yang kadang2 kerana aku PERISTIWA,menyebabkan kehidupan manusia bertambah indah dan kadangkala juga bertambah tensen.Aku boleh mendatangkan kesan yang mendalam pada manusia
Contohnya,yang biasa manusia dengar ialah PERISTIWA 13 MEI 1969.Masihkah kau ingat?
dan tarikh PERISTIWA bersejarah ini juga menjadi satu tarikh lahirnya tuan empunya blog 21 tahun kemudian pada tarikh yang sama:p

Tag line aku:
Wachaaa!!!!
Tapi,percayalah kerana aku juga yang bernama PERISTIWA,maka,hidup manusia hampir sempurna.


PENGALAMAN

Nama diberi PENGALAMAN.Diulang,PENGALAMAN.Nama machoo ku Experience,hoho.Well,well,well.Aku hidup seiring dengan PERISTIWA.Kerana terjadinya PERISTIWA,maka manusia mendapat aku yang bernama PENGALAMAN.Tahap kesihatan aku juga boleh bertambah baik,dan buruk.Adakala PENGALAMAN indah,adakala PENGALAMAN pahit.
Aku banyak mendatangkan manfaat kepada manusia.Ya,aku membisikkan kepada manusia
''kau perlu berhati-hati setelah PERISTIWA itu terjadi"
''kau perlu ingat akan PERISTIWA yang lepas agar kau tak ditipu lagi''
Ya,walaupun kadang2,aku yang bernama PENGALAMAN ini tak memberi kesan kepada sesetengah manusia,kerana ada juga manusia yang tidak mahu belajar dr PERISTIWA yang telah menimpa diri mereka
''masih melakukan KESILAPAN yang sama''
Walau apapun,percayalah,aku yang bernama PENGALAMAN,ingin menegaskan di sini

Tag line aku:
Cayaalaah..
''Pengalaman itu selalu mengajar manusia erti kehidupan'':D

KENANGAN

Namaku KENANGAN.Panggilan kegemaran rakan2ku,MEMORI,bukan memori card,bukan memori daun pisang,tapi MEMORI.Tapi nama komersialku,SEJARAH:D
Aku wujud kerana adanya PERISTIWA dan PENGALAMAN.Aku sedar yang aku banyak menjadikan manusia marah,kerana aku yang bernama KENANGAN terlalu pahit untuk diingati.Kadang2,aku juga berjaya menjadikan manusia tersenyum seorang diri apabila mengingati KENANGAN yang indah dan lucu.
Justeru,aku yang bernama KENANGAN,tak kan pernah lari dari kehidupan manusia.Walaupun diberikan helaian ringgit malaysia berjuta-juta,mana bisa aku luput dalam cerita hidup seorang insan.Aku jujur yer-__-.Kerana itulah hakikatnya,manusia sentiasa bermain dengan aku yang bernama KENANGAN.

Tag line aku:
''Kenanganku kepadamu..tara ku..ca..tara ku..ca..ku..ca..
Selagi hayat dikanduunng badan,engkau seorang jadi pojaan...lalala^_~(Jeffri Din)''

MORAL OF THE STORY:jeng...jeng..jeng...:D

Dalam kehidupan kita yang tak panjangpon sebenarnya ni,kita akan selalu bertembung dengan apa yang dinamakan KENANGAN.KENANGAN memang selalu mengikuti kita,umpama bayang2 kita sendiri.KENANGAN ini takkan muncul jika kita tidak melalui apa yang dinamakan PERISTIWA.PERISTIWA memang selalu wujud dalam perjalanan hidup kita.Tak kiralah kita seorang pembakar roti,penjual nasi ayam,penyanyi rock,pendakwah,pelajar,dan penjahat.PERISTIWA sentiasa hadir dalam hidup kita.Dan akhirnya,KENANGAN itu muncul menerjah ruang minda kita sebagai seorang manusia.

Kisah kehidupan 3 sekawan ini bukan kisah aku seorang,malah kisah kau,kau,kau,dan kau,serta kau lagi.Selepas anda membaca cerita ini,mungkin dan pasti anda akan mengingat,teringat,atau diingatkan tentang sesuatu PERISTIWA,PENGALAMAN dan KENANGAN anda sewaktu zaman muda-muda dulu:p

Apapun yang terjadi,ingatlah bahawa,


apa agaknya???







Akan tiba satu PERISTIWA yang bakal kita lalui,di mana PENGALAMAN itu takkan kita mampu ceritakan kepada generasi kita nanti,ia malah menjadi KENANGAN untuk orang lain.

''Peristiwa yang dinamakan KEMATIAN.''

Mana bisa diceritakan peristiwa di alam kubur kepada orang lain kerana di saat itu kita sudah tidak bernyawa.-_-'Dan hanya yang melihat kita pergi,bisa menjadikan ia satu KENANGAN yang menyedihkan atau KENANGAN yang menginsafkan...


Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah." Nabi Saw lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui kapan doamu akan terkabul."
(HR. Ath-Thabrani)


nantikan sambungan cerita yang bernama KENANGAN^_^