Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, February 25, 2013

bila terasa rindu...

Assalamualaikum


Minggu terakhir praktikal..
Hari ni aku bad mood sikit..nak nangis pulak rasa.
Tapi pagi2 tadi, bila lepak2 dengan Mak Midah ngan Kak Sarimah kat tempat buat kuih,cite2 ngan Kak Suria masa tolong packing buah, borak2 ngan Wak Tey masa ikut Wak Tey buang kulit ayam..rasa happy balik:)

Aku sedih betul..tapi lepas dapat kata2 semangat dari roomate,Sarah Khalilah,aku sebak betul..
sbb dia memang kawan yang baik.

X nak cite panjang la..cukup la sekali beberapa minggu lepas,aku marah2 dah..-_-

Tadi aku chat ngan kawan2 aku..
sorang dari sarawak..aku rindu kat dia..sbb dia lah kawan aku dari Borneo..
teringat dia..sbb dia tabah hati kat perantauan ni..
td chat ngan partner praktikal kat kelantan nanti..
tiba2 aku sedih..
nanti,family dia hantar pergi kelantan,
partner sorang lagi,ayah dia hantar pergi kelantan..


masa tu,aku sebak tiba2...
bukan aku mintak sape2 hantar aku..hehe
cuma..
sebenarnya
aku rindu...
pada
abah,mak,dan adik beradikku..

tapi aku ok..!:)
bak kata Kak Nana,"Hati mesti mau kuat beb!" ^_^

 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
– (Surah Al-Imran:139)


Sunday, February 17, 2013

Pada Suatu Cinta Dahulu

Assalamualaikum

Haa..tajuk ini:)

Cuba kita  renung kembali  pada suatu ketika dahulu.
Banyak yang kita cintaikan?
Masa kecil-kecil dahulu
Mesti banyak yang menjadi kecintaan kita
bantal busuk?mainan? tengok kartun?dan juga makanan? ^__^

Semuanya hanya pada suatu ketika dahulu

Meningkat remaja, juga masih banyak yang menjadi kecintaan kita
Mungkin masih sama seperti zaman kanak-kanak dulu
tapi mungkin juga sudah beralih arah.
Sesuatu yang abstrak mula menjadi kecintaan
Cintakan kebebasan, tidak suka dikongkong.
Sudah mula tahu nilai wang ringgit
menyimpan duit semata-mata ingin membeli sesuatu yang dicintai
mungkin baju,beg,topi,alat solek,kasut sukan,novel,komik,gitar,dan handphone
Senyum,masa ini juga 'cinta hati' datang. Tapi kita belum pasti. Masih ragu-ragu.
Ini ke cinta yang dicari? Atau hanya sekadar permainan hati.
Ada yang hanya datang sekejap cuma,ada yang hanya singgah memberi makna
Dan mungkin ada berbekas di hati hingga kini?

Itu juga pada suatu ketika dahulu

Sekarang,umur menjejaki usia dewasa
Masih banyak juga yang menjadi kecintaan kita
Ada yang masih tegar dengan cinta zaman remaja
Masih menjadi peminat setia pengumpul pelbagai koleksi
Tapi ada juga yang sudah menambah koleksi cinta
Mula mencintai cita-cita, berhabisan
semata-mata untuk memberikan yang terbaik
Mungkin saat ini kecintaan mula melebih kepada masa depan
Aku perlu cinta buku untuk aku dapat bekalan ilmu masa depan
Aku perlu cinta ilmu agama untuk kesenangan dunia dan akhirat
Sekali lagi,

'Cinta hati' menjengah. Masa ini sudah mula berbelah bagi.
Mana yang terbaik untuk dicintai. Ada yang tewas.Ada terperangkap.
Ada yang masih sama,kekal cinta yang dulu. Ada yang menangis kerana kecewa.
Ada yang merelakan melepaskan pergi.
Mungkin segalanya bermula dengan jalan yang dipilih. Tersalah pilih mengatur hala tuju cinta.
Mula mengiyakan 'cinta itu buta'. Hingga merasakan dunia hanya milik berdua.
Ragu lagi hati. Inikah cinta yang sebenarnya?
Bukankah cinta yang sebenar memberi kita kekuatan?
Di mana hilangnya semua itu? Hati menjawab,
"Ada..melalui landasan yang ditetapkan Islam"

Pada suatu cinta dahulu
Cinta zaman sekolah,sekolah rendah,sekolah menengah,matrik,universiti
Hinggalah ke saat ini, rupanya siapa yang menjadi 'cinta hati' kita
hanya ALLAH yang tahu :)

Rupanya,banyak perkara dalam dunia ni yang menjadi kecintaan kita
Aku juga banyak belajar daripada suatu CINTA dahulu
semuanya mendewasakan aku
ada cinta yang membuat aku sedar aku dah tersalah langkah
ada perkara yang aku cintai membuatkan aku sedar  begini sepatutnya aku
Ingin aku sampaikan pada suatu cinta dahulu
terima kasih kerana semua ini satu pelajaran hidup...

 Haaa,ini lirik lagu nasyid (tapi dah lupa mana satu)

Cinta pada bungakan layu akhirnya....
Cinta pada harta kelakkan musnah binasa...akhirnya...
Cinta..pada manusia,tiadakan kekal dan abadi
Cinta Illahi,tulus suci dan abadi..


Sebenarnya Pada Suatu Cinta Dahulu ini satu tajuk filem...


 

 

Wednesday, February 13, 2013

Mohabbatein

Assalamualaikum

Ehem..ehem..nak puisi sikit..

Shah Rukh Khan: ;p
"Ek ladki thi deewani si
Ek ladke pe woh marti thi
Nazrein jhuka ke
Sharma ke galiyon se guzarti thi

Chori chori chupke chuke
Chitthiyan likha karti thi
Kuchh kehna tha shayad usko
Jaane kisse darti thi

Jab bhi milti thi mujhse
Mujhse poochha karti thi
Pyaar kaise hota hai
Yeh pyaar kaise hota hai

Aur main sirf yehi keh paata tha"

Haaa...cewaaah..:p,mcm ni maksud puisi ni;p
Ada seorang perempuan yang sangat sukakan seorang lelaki ni.
Matanya tunduk,  blushing bila jumpa lelaki ni
Dalam rahsia,dia tulis surat kepada lelaki ni
" Ada benda ke yang si gadis ingin beritahu? but whom was she afraid of?:p"
Bila mereka bertemu
Si gadis tanya lelaki ni
"Pyaar kaise hota hai 
Yeh pyaar kaise hota hai"Macam mana cinta ni terjadi..macam mana?(lebih kurang gini la:p)

Aur main sirf yehi keh paata tha
All I could saya about this was....

Haa..akhirnya sebab gadis ni nak tahu apa tu cinta?
Lalu dijawabnya,
marilah dengar tentang cinta ni....


Terus masuk intro lagu....Aankhen khuli hon ya hon band....:p
Hahaha.. ^_^


Apa itu cinta? 
nak promote buku sebenarnya..hehee
jom baca buku ni :)



Pada Wednesday, June 9, 2010, pernah post tentang buku ni:)

=>Indahnya cinta





  

ATKINS DIET, rendah karbohidrat,tinggi protein

Assalamualaikum

Hari ni gua nak buat kerja =.= baru nak buat ke?
sebenarnya nak baca tentang DIET RENDAH LEMAK bersesuaian dengan projek kami nanti.
Tiba-tiba pulak baca pasal ATKINS DIET.
Haa...apa tu Atkins diet?pernah dengar tak pasal Atkins diet. Best jugak baca pasal Atkin diet ni.

Masa aku praktikal,ada seorang patient, dia kata dia x makan nasi dah,sebab diabetes.
Dia terkejut dan tertekan masa tau kena diabetes. Masa ambil diet history patient, dia dah lakukan perubahan pada diet dia,dengan menekankan makanan berprotein dan  sayuran.

Atkins diet ni pun berkaitan dengan makanan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat.
Dalam diet ni menggunakan konsep tidak membenarkan kemasukan karbohidrat ke dalam badan lantas menghalang penukaran karbohidrat menjadi tenaga.

Apa yang berlaku sekiranya karbohidrat tidak ada, ialah lemak digunakan sebagai sumber tenaga.
Proses ini dikenali sebagai KETOSIS. Apabila menggunakan lemak sebagai sumber penghasilan tenaga akan menghasilkan by product yang di namakan sebagai KETONE. Kalau KETONE berlebihan akan membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif.

Makanya, diet Atkins ni memaksa badan menggunkan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan MAKANAN TINGGI PROTEIN dan SANGAT RENDAH KARBOHIDRAT.

Masa dulu-dulu, semenjak tahun 1970an lagi, Dr Atkins mula mengembangkan idea diet yang rendah karbohidrat,tapi kurang mendapat sambutan kerana pada masa itu ramai rakyat Amerika 
mengikuti DIET RENDAH LEMAK.
 Tetapi, dipercayai diet rendah lemah tidak memberikan kesan yang maksima untuk menurunkan berat badan kerana walaupun dah kawal makanan berlemak,tapi masih lagi makan makanan berkabohidrat.

Maka,kajian Dr Atkin mendapat bahawa mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Sebenarnya, Atkins diet ini merupakan satu corak pemakanan tetapi diselebungi dengan kontroversi.
Pelbagai pendapat berhubung Atkins diet dan keberkesanan diet ini juga dipersoal.
Kita perlu tahu bahawa OTAK  memerlukan karbohidrat untuk memastikan fungsi otak dapat menjalankan dengan baik.

=> teruskan pembacaan : DIET ATKIN

Sama ada diet ini merupakan diet yang berkesan untuk jangka panjang dan apakah kesan pengambilan protein yang berlebihan perlulah di ambil kira sebelum apa-apa keputusan dilakukan. Ceewah ayat;p


Ingatlah, berat badan berlebihan bukan terjadi dalam satu hari,tetapi mengambil masa yang lama, jadi untuk menurunkan berat badan, adakah berat badan kita wajar turun mendadak sampai mengejutkan badan atau turun dengan cara yang selamat?

Oleh itu, jom amalkan pemakanan seimbang, PIRAMID MAKANAN kan ada !:)

( kalau ada salah,mohon tolong dibetulkan ^_^)








Tuesday, February 12, 2013

Jauh di mata,dekat di hati

Assalamualaikum...



Tadi bercakap kat telefon dengan abah..
abah cakap,semuanya biasa2 kat sana,ok saja
aku seakan dapat agak jawapan tu..

tiba-tiba masa tu aku sedih dan sebak :(
nak menangis pulak..
aku selalu fikirkan tentang abah..





September 2010

Assalamualaikum


Ini post : Tuesday, September 7, 2010



''jangan kerana seseorang yang belum tentu menjadi milik kita,
kita kehilangan mereka yang sentiasa ada di sisi kita''

Bila kita di dalam keadaan untuk membuat keputusan memilih antara dua
memang sukar...

Kebelakangan ni,aku sedar tentang beberapa perkara di sekeliling aku.
Aku baca tentang kisah seseorang. Antara ayah atau kekasih hati?
Ada juga cerita tentang lelaki yang terpaksa memilih, antara ibu atau isteri?
Aku cuma terfikir,mesti hebat juga cabaran itu.
Aku cuba letakkan aku dalam tempat dia. Maksud aku,andainya aku yang mengalami semua tu.
Apa yang harus aku lakukan untuk memuaskan hati kedua-dua pihak.

Kawan,mungkin ada ketika bergaduh,berselisih faham dengan kawan.
Ada ketika kita marah,kita tak cakap dengan kawan.
Ada masa juga kita moody,kita x nak senyum dengan kawan.
Mungkin ada waktu yang kita rasa x senang dengan sikap kawan.
Kadangkala kita terlepas cakap,termarah,terasa hati dengan kawan .
Tapi itulah hakikatnya..kesempurnaan apa yang kita cari? Sedang manusia biasa punya kelebihan dan kekurangan.

"Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah''
-copy
 
 Kalau nak benci,bencilah perbuatan yang kita tak suka. Tapi jangan benci dia. Berilah ruang.
Masih ada sisi kebaikan yang belum dia kongsikan di sepanjang jalan persahabatan.
Mungkin 1 kesalahan dia,tapi jangan lupa tentang 10 kebaikan dia pada kita...

Toad yang comel

Assalamualaikum..

Aku nak perkenalkan TOAD ^_^
toad ni wujud dalam game Mario..hehehe






















Sunday, February 10, 2013

bila tom bertemu yam:p

Assalamualaikum

Cuti..cuti..cuti..
Semalam terjumpa dengan junior kat melaka sentral,junior sekolah menengah,adik dorm.
Lama x jumpa dia. :)
Kawan2 aku balik,sorang balik kelantan,sorang lagi balik negeri sembilan.

Aku tinggal kat area yang berdekatan dengan perumahan yang ramai kaum cina.
Semalam sangat2 banyak bunga api.sangat2 bising..sangat2 meriah..
di sana,sini..tepi,depan,kiri,kanan,belakang..betul...

Oh ya..oleh kerana kat sini ada dapur..boleh masak2:)
Jadi,apa lagi,memandangkan nak menjimatkan kewangan yang semakin susut ni..he..he..he
Kenalah berjimat,jadi beli barang2 dapur,untuk simpanan hari2 yang mendatang..

Lepas jogging and skipping rope (kat rumah sewa je)..besar kan rumah siap boleh exercise kat sana..hehe
Rehat2,maka nak try la masak untuk dinner.

  • BIHUN TOMYAM SEAFOOD
Bahan-bahan yang aku guna simple je..hehe
Ni ilmu aku belajar dari internet dan staff kitchen tempat aku praktikal ni.
menarik kan:)

Aku memang suka makan tomyam..kalau kat kolej..memang makanan yang ada sup,ada kuah lah yang jadi pilihan untuk makan malam..

Bahan-bahan:
1. Bihun
2. Sotong
3. Udang
4. Serai
5. Asam keping
6. Tom yam paste (ada dalam bentuk kiub jugak)
7. Cili hijau
8. Bawang besar
9. Garam

Cara-cara masak senang je..senang-senang pun,biar betul2:)

1. Bersihkan udang,sotong(potong la ikut suka hati)
2. Ketuk serai (bila ketuk tu,serai akan keluarkan aroma nya..emm)
3. Kupas bawang besar( potong la ikut style masing2,tp potong bulat2 comel:)
4. Cili hijau yang kecik tu,bukan kecik sangat,yang besar sikit dari kecik,,hehe..potong tengah.gitu je

a) Ambik periuk,masukkan air,masukkan paste tomyam (semalam guna yang kiub),panaskan,
b) Sambil2 tu,kacau2 sampai kiub tu sebati,pastu masukkan serai,asam keping.Kacau2 lagi.
c) Masukkan udang,sotong,dan tutup.Masak sehingga masak..heehe
d) Pastu,aku masukkan bawang besar.
e) Garam sediiiiiikit..(sebelum letak garam tu rasa dulu,jangan letak je..hehe)

Akhirnya..siap..

oh ya,jangan lupa lembutkan dulu bihun tu..:)

Sebenarnya..banyak lagi bahan yang boleh dicampurkan dalam tomyam ni..ikutlah citarasa masing2
tom yam ni..rasanya ada masam2..sebab tu ada asam keping,x pon boleh letak, perahan limau kasturi..err..betul ke..ala limau yang kecik2 tu..yang sedap makan dengan asam boi^_~

ok..itu saja..
eh x ada gambar bukti ke?emm
memang x ada..sebab x ada kamera..tapi tak apa lah
janji,aku belajar dan simpan dalam kepala dan hati.

~masaklah dengan penuh kasih sayang^_^
 alahai,ni ada apa-apa ke ni dah start main masak2 ni?

Friday, February 8, 2013

1800 Kcal, Low fat for normal diet (complete meals)

Assalamualaikum


Esok cuti yeah!..cuti..cuti..yeah!
selalu sedih bila cuti..sebab tengok kawan-kawan balik.
Ramai orang tanya aku balik ke tak,dan bila tengok kawan-kawan balik,sedih pulak..
tapi,itu biasa..dan memang dah biasa,sejak dari sekolah menengah lagi..jadi...abaikan^_^
I'm ok!

Oh ya. saja nak berkongsi,aku sekarang di Hospital Melaka.Praktikal foodservice,kat dapur hospital.Amboi..dah sebulan lebih kat sana,baru nak cerita ya..hehe..
banyak sangat benda dah belajar..best!aku suka.
macam-macam dapat belajar.Dapat ilmu baru yang sebelum ni pon memang aku tak tahu.

Satu perkara yang aku perasan di dapur hospital ni,hidup mereka seperti sebuah keluarga yang ceria..
Bila aku sakit hari tu,ramai yang ambil berat,ramai yang bertanya khabar,ramai yang tak bagi aku buat kerja.
Mereka risau,nanti aku pengsan..hehe^_^'

Banyak lagi yang aku nak kongsi..korang nak tau pasal apa?^_~

Oh ya, kami (aku,rini dan shu ci) kena buat satu projek MENU PLANNING

1800 Kcal, Low  fat for normal diet (complete meal)
 Wah..mencabar jugak ni..
kena buat order,menu planning,proposal dan memasaaaaaaaaak


maka,teringat aku kepada kawan-kawan dan lecturer foodservice..
maka,terimbaulah kenangan-kenangan ketika kami memasak ramai-ramai di LAB DIET..
maka..senyum lah datul,tak perlu kata apa-apa:)

Moga ALLAH permudahkan..Amin..
 










maaf dari hati

Assalamualaikum..



Petang ini..hati aku terasa tenang.....:)
Alhamdulillah...


benarlah..



"Mengurus kemarahan: sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia."
-Usrahrasahati


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)


"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim". (Asy-Syura [42] : 40)

Thursday, February 7, 2013

aku marah!aku marah...aku marah???

Assalamualaikum

Khamis (pagi)

Marah.Aku penat la:(
Hari ni aku marah,harini aku geram...tapi itu la..bila aku marah..nada aku selalunya tak tinggi
entah orang sedar ke tak aku marah..paling aku rasa sakit jugak,sebab aku selalu simpan...sakit..
tapi benda itu mcm dah sebati dengan aku..susah nak ubah..

macam pagi tadi,aku marah2,geram2,aku mogok kejap@_@
tapi 2,3 jam ja..lepas tu dah reda..
ayat skema aku " x pe lah,biar la...'-_-''
sebab aku rasa,x adil la aku nak marah lama2 sebab satu benda yang aku rasa x betul,
sedangkan setiap manusia biasa tu ada kelebihan dan kekurangan..
1 silap dia, tapi kita x sedar ke ada 1000 kebaikan yang dia penah buat kat kita...

kenapa aku x boleh nak tinggi suara on the spot..marah je balik..!!!!!!!!!!!!!!!!!?at least,orang tau aku tengah marah!
kenapa aku selalu kena datarkan suara..dan diam..dan jalan macam tu..tenangkan diri.............bila marah..
macam tadi..aku larikan diri....
tapi 2,3 jam je la..
kenapa aku masih boleh mesej,bagi icon smiley  lepas apa yg dah jadi,padahal aku hati aku yang sakit..~_~

kenapa lepas reda,aku boleh senyum,eh x senyum la..tp buat mcm apa2 tak berlaku..-_-'
kenapa?mcm tadi..penting sangat ke aku kena jaga hati orang lain?!!sedangkan hati sendiri pon orang boleh perkotak-katikkan..-_-'

kadang2 aku rasa aku senang je nak dibuli..senang orang nak kenakan..senang hati dikotak-katikkan..sebab apa?sebab aku yang selalu mengalah..............

dan orang boleh tanya,"sapa suruh kau yang mengalah?biarlah orang lain.."
dan apa jawapan aku?"keadaan sekeliling yang sebabkan aku kena mengalah,sebab nak selamatkan keadaan,nak jaga hati pihak ke 4,5,6,7''
dan orang boleh tanya aku" sapa suruh kau buat semua tu?sape suruh kau jaga hati banyak pihak?"
dan apa jawapan aku?"......................................................''

dah banyak contoh yang berlaku,masa aku praktikal dulu dan sekarang...aku dapat rasa sangat,hati aku sakit,marah,geram,bila ada orang mementingkan diri sendiri dalam keadaan yang kita sepatutnya bertolak ansur...
memang kita perlu pentingkan diri sendiri,sebab dengan rasa itu, kita akan menjaga diri..
tapi..mementingkan diri di saat kawan mengharapkan pertolongan,di saat kawan mengharapkan persefahaman,itu sangat menyakitkan..
mementingkan diri sehingga menyebabkan orang lain rasa terguris,sedangkan kita rasa bahagia,itu sangat menyakitkan...

manusia biasa mana yang sempurna..kejadian hari ni,peringatan pada aku juga..
sebab aku sendiri banyak buat salah, tanpa sedar,mungkin ada hati yang terluka dengan sikap aku,perbuatan aku...


masa,balik tadi,aku mengeluh..aku dah lama x mengeluh macam tadi..tapi tadi aku buat..teruk betul aku:(


sebenarnya aku  tak tau la..aku perlukan orang nak bagitau aku sesuatu..
macam sikap aku ni bagus tak untuk jangka panjang..contoh bila dah kawin ke..mcm tu..
aku sendiri pon pening..kadang2 aku rasa sikap aku ni memakan diri jugak..
tapi tolong lah aku...beritahuku apa sebenarnya perlu aku perbaiki....

Pengajaran hari ini:

muhasabah,again and again..

1. Orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya
2. Orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya
3. Orang yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya
4. Orang yang cepat marah dan lambat pula reda kemarahannya

"Kecantikan Islam dalam marah ialah apabila kira dapat mengurus sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana"

"Mengurus kemarahan: sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia."
-Usrahrasahati
Astagfirullahalzim...


Tuesday, February 5, 2013

Kesempurnaan apa yang di cari?

Assalamualaikum

Sombong? Alahai..perlu ke..
Ego?alahai,kalau x bertempat,apa ertinya..
dah la..semua orang punya masa silam sendiri
kau juga..malah aku juga..

hari ni aku berkata itu ini,kau pula tak pernah nak mengalah
dah la..kita  punya masa silam sendiri
kau ingin mengejar sempurna?
kesempurnaan apa yang kau cari?

sesekali pusing la ke belakang
lihat siapa kita dahulu kala

jawab hati kita:
"aku dulu seperti dia,
insan yang ada jahilnya sendiri"

tapi  walau gerak hati mengiyakan,jawab kau
"ahh,jangan kau mengungkit"

tapi jawap aku
"hari ni aku perlu ungkit!!!
aku perlu,agar kau sedar"
"kesempurnaan apa yang kau cari,
sehinggakan perbezaan yang ada ini tak pernah cuba untuk kau fahami"