Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, February 17, 2013

Pada Suatu Cinta Dahulu

Assalamualaikum

Haa..tajuk ini:)

Cuba kita  renung kembali  pada suatu ketika dahulu.
Banyak yang kita cintaikan?
Masa kecil-kecil dahulu
Mesti banyak yang menjadi kecintaan kita
bantal busuk?mainan? tengok kartun?dan juga makanan? ^__^

Semuanya hanya pada suatu ketika dahulu

Meningkat remaja, juga masih banyak yang menjadi kecintaan kita
Mungkin masih sama seperti zaman kanak-kanak dulu
tapi mungkin juga sudah beralih arah.
Sesuatu yang abstrak mula menjadi kecintaan
Cintakan kebebasan, tidak suka dikongkong.
Sudah mula tahu nilai wang ringgit
menyimpan duit semata-mata ingin membeli sesuatu yang dicintai
mungkin baju,beg,topi,alat solek,kasut sukan,novel,komik,gitar,dan handphone
Senyum,masa ini juga 'cinta hati' datang. Tapi kita belum pasti. Masih ragu-ragu.
Ini ke cinta yang dicari? Atau hanya sekadar permainan hati.
Ada yang hanya datang sekejap cuma,ada yang hanya singgah memberi makna
Dan mungkin ada berbekas di hati hingga kini?

Itu juga pada suatu ketika dahulu

Sekarang,umur menjejaki usia dewasa
Masih banyak juga yang menjadi kecintaan kita
Ada yang masih tegar dengan cinta zaman remaja
Masih menjadi peminat setia pengumpul pelbagai koleksi
Tapi ada juga yang sudah menambah koleksi cinta
Mula mencintai cita-cita, berhabisan
semata-mata untuk memberikan yang terbaik
Mungkin saat ini kecintaan mula melebih kepada masa depan
Aku perlu cinta buku untuk aku dapat bekalan ilmu masa depan
Aku perlu cinta ilmu agama untuk kesenangan dunia dan akhirat
Sekali lagi,

'Cinta hati' menjengah. Masa ini sudah mula berbelah bagi.
Mana yang terbaik untuk dicintai. Ada yang tewas.Ada terperangkap.
Ada yang masih sama,kekal cinta yang dulu. Ada yang menangis kerana kecewa.
Ada yang merelakan melepaskan pergi.
Mungkin segalanya bermula dengan jalan yang dipilih. Tersalah pilih mengatur hala tuju cinta.
Mula mengiyakan 'cinta itu buta'. Hingga merasakan dunia hanya milik berdua.
Ragu lagi hati. Inikah cinta yang sebenarnya?
Bukankah cinta yang sebenar memberi kita kekuatan?
Di mana hilangnya semua itu? Hati menjawab,
"Ada..melalui landasan yang ditetapkan Islam"

Pada suatu cinta dahulu
Cinta zaman sekolah,sekolah rendah,sekolah menengah,matrik,universiti
Hinggalah ke saat ini, rupanya siapa yang menjadi 'cinta hati' kita
hanya ALLAH yang tahu :)

Rupanya,banyak perkara dalam dunia ni yang menjadi kecintaan kita
Aku juga banyak belajar daripada suatu CINTA dahulu
semuanya mendewasakan aku
ada cinta yang membuat aku sedar aku dah tersalah langkah
ada perkara yang aku cintai membuatkan aku sedar  begini sepatutnya aku
Ingin aku sampaikan pada suatu cinta dahulu
terima kasih kerana semua ini satu pelajaran hidup...

 Haaa,ini lirik lagu nasyid (tapi dah lupa mana satu)

Cinta pada bungakan layu akhirnya....
Cinta pada harta kelakkan musnah binasa...akhirnya...
Cinta..pada manusia,tiadakan kekal dan abadi
Cinta Illahi,tulus suci dan abadi..


Sebenarnya Pada Suatu Cinta Dahulu ini satu tajuk filem...


 

 

2 comments: