Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, November 26, 2012

Sharing session

Assalamualaikum...



Sharing session
 

"Bercinta biarlah pada yg tepat. yg lepas tu ambil iktibar kerana x semua cinta yg lepas itu suatu kisah yg sia-sia." - SOlehah AhmAd
"kadang - kadang...

bila dia menolak,

bila dia menjauh,
bila dia mengelak,
bukan kerana dia membenci kamu.
bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan.
bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu...

tetapi kerana dia tahu,

dan kerana dia sedar,
ini bukan caranya,
ini bukan masanya, walaupun dia punya rasa yang sama..."-Syahmi Shahril
A British man came to Sheikh and asked:
Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
The Sheikh said:
Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British man said:
Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.
Sheikh replied:
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.
Then the British man asked the Sheikh:
Why do your girls cover up their body and hair?
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:
If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?
The British replied:
The covered one.
The Sheikh said:
That's how we treat and see our woman.

Sunday, November 25, 2012

Untuk dia^__^

Asssalamualaikum


Yesterday (24/11/2012).......................
.............................................
 .........................
................
.........
....





























SELAMAT HARI LAHIR,KAK NANA!!!!!!!!!!!!!^_____^






Sebenarnya,nak bagi kak nana kad ni tahun lepas,masa birthday kak nana,tapi  lupa pulak alamat.^_^''
Alamat rumah kak nana ada dalam buku biodata.tapi ada kat sabah.
Tahun berganti tahun..ceeewahh...
Kad ni masih ngan ore,sebab tahun ni pon x de alamat rumah.hehe..
Buku biodata kat sabah jugak..^__^

SELAMAT HARI LAHIR KAK NANA:)

Semoga berjaya dunia dan akhirat
Semoga jadi Doktor yang terbaik
Semoga berjaya dalam pencarian......^_^




Sudahku jumpa putera idaman
Ku kunci rapi di dalam hati
Bilaku sudah sedia berteman
Pasti ku temu si tuan hati.

                                                   ^_^

Saturday, November 24, 2012

Mengertilah

Assalamualaikum


Aku membaca helaian akhbar 
cerita tentang mereka
Aku menatap gambar
pengorbanan hidup mereka

Jeritan suara mereka
memang tidak kedengaran
jauh sekali aku berada 
bukan di tempat mereka
melihat kekecewaan

Apa yang mampu aku lakukan
Apa yang mampu aku hulurkan

Ya ALLAH
berikan mereka kekuatan untuk terus berjuang
Ya ALLAH
berikan kami kekuatan untuk terus membantu

Jangan biar semangat ini reda...

Mengertilah....kita punya tanggungjawab...


Sunday, November 18, 2012

Aku menangis sambil makan


Assalamualaikum


Malam ini,
Perlahan-lahan air mata mengalir
Sambil makan,air mata terus mengalir
seorang diri,di dalam dunia kecilku

Aku mengerti kenapa aku dijaga rapi
aku hargai kerana memandang jauh untuk masa depanku
aku ingati nasihat-nasihat
aku terima segala teguran

Aku menangis sambil makan
Banyak sekali yang aku fikirkan
Kepada ALLAH aku serahkan
Kepada ALLAH aku mohon bantuan

kadang-kadang aku banyak diam  bila di depannya
tapi jauh di sudut hati aku mengakui segalanya
ucap katanya yang memberi panduan

Moga aku mampu menjadi seorang anak,adik yang baik
yang menjadi impian seorang abang..





Impian

Assalamualaikum

Impian..
Semua orang ada impian? Betul ke?
Bila aku pergi berjalan-jalan,window shopping
aku selalu berkata dalam hati
suatu hari aku nak buat macam ni,

"aku nak buka kedai roti macam ni,nak tolong orang-orang susah"
'aku nak buka gerai makanan sihat.." 
"aku nak buka kedai gunting rambut,khas untuk wanita,lelaki,no entry!"
aku nak jual murah-murah,untung sikit,tak mengapa
asal semua orang boleh rasa..

aku nak itu,aku nak ini.

bila aku dah habis belajar,
aku nak kerja.
" nak kerja kat kedai roti,nak cubajadi cashier,nak cuba jadi promoter,aku nak jadi cikgu,aku nak mengajar kat pedalaman"

aku nak itu,aku nak ini.

bila aku dah habis belajar,
aku nak sambung Master.
"pemakanan untuk orang-orang tua, atau psikologi atau komunikasi, atau kaunseling"

bila dah habis belajar
"aku nak hadiahkan sesuatu pada kawan batch aku yang pertama jadi dietitian"

bila dah kerja,aku nak beli kereta Myvi
kerana di mata aku,itulah yang paling bergaya setakat ni..^___^

aku nak itu ,aku nak ini.

bila aku dah bersedia, aku nak kawin
dengan dia yang di dalam hatiku
dan anak-anak aku dan dia,baik lelaki atau pun perempuan
semua kena tahu baca Al-Quran,solat,puasa
semua kena tahu cuci pinggan,sapu rumah,basuh baju,masak,kemas rumah,kemas bilik,cuci tandas
abang,adik lelaki kena selalu melindungi kakak dan adik perempuannya
kakak,adik perempuan kena selalu mengasihi abang dan adik lelakinya
tak ada yang terkecuali

aku nak itu,aku nak ini.

bila duit dah cukup,aku nak bawa abah,mak pergi Haji
aku nak pergi sekali.
itu impian terbesar aku.

Ada satu lagi impian,tapi biarlah aku simpan rapi:)

Semuanya hanyalah impian yang jarang sekali ingin aku kongsikan.
Dalam senyap,langkah-langkah kecil sudah dilakukan..
Bagi aku,tak mengapa  perlahan-lahan,asal aku tak pernah berhenti.

Kadang-kadang aku takut untuk berfikir tentang impian
kerana aku takut aku tidak merealisasikannya,kerana aku takut aku tidak menggapainya
tapi bercakap tentang impian juga memotivasikan aku
untuk terus melangkah ke depan

Impian tak akan terlaksana dengan hanya menulis di blog,tak akan terlaksana dengan hanya kata-kata.
Tapi mungkin dengan coretan ini akan mengingatkan aku satu ketika nanti,bila aku terlupa
bahawa aku pernah punya banyak impian untuk diusahakan...

dan di saat itu moga aku sedar yang aku perlu terus bergerak ke depan....

2.57pm
PPUM

Saturday, November 17, 2012

missing her is the only memory I have

Assalamualaikum..


Hari ini aku pening kepala..@_@
Aku keluar jalan2 kejap..tp pening kepala masih bersisa
Hidup di kota raya ini,mcm memang bukan tempat aku..
Haha..dulu kan..aku harap aku dapat sambung study kat Pulau Pinang
(dulu masa kecik2,pernah duduk kat sini)
sebab aku rasa kat sana tenang je...peace..............
aku x nak kat sini..hehe..busy...jalan jem..-___-
tapi akhirnya aku dapat area selangor..hoho..

Aku tengok gambar arwah ummi..
semangatku
aku rindu..
Aku pejam mata,aku buka mata,aku tahu
aku sedang sebak lagi,cuba menahan air mata lagi
jangan risau,kerana aku
sudah biasa begini
bila hati merindu..
sudah biasa begini
bila hati sentiasa mengingati...

ibu,,ratu hatiku..
missing her is the only memory I have..


Thursday, November 8, 2012

Hari pertama

Assalamualaikum..

Dah lama jugak aku tinggalkan Sarawak..(ceh..baru beberapa minggu;p)
Beberapa hari sebelum training kat Hospital Umum berakhir..  
Aku masih ingat satu hari yang damai,Ketua Jabatan,En K panggil kami. Macam2 En K cerita.
Seronok dengar..Memberi semangat dan inspirasi.
Tiba-tiba, En K tanyakan satu soalan pada kami berdua.
"Kalau saya bagi new case sekarang untuk handle,rasanya dapat buat tak?"

Masa tu aku dah ada jawapan...Tapi bila fikir balik,kalau betul2 kena bagi,dapat tak aku buat?
dapat tak?
Dulu,masa in house training,ada senior2 yang selalu tolong..
ada lecturers yang akan discuss ngan kami...
Masa praktikal mula,sangat2 terasa kehilangan senior2 and lecturers
Aku masih ingat masa first time kena handle case GDM time in house training..
mula2 rasa ok,tapi bila lecturer tiba2 duduk katt sebelah patient,haaaaa
tiba2 tak tau apa nak buat-__-
Tapi masa tu,ada senior yang tolong,tq senior:)
really remember that moment..

Ye,kat Hospital Umum Sarawak,hampir 4 bulan,terlalu banyak yang aku belajar..
kadang2 aku jadi rindu suasana kat sana..
mungkin sebab dah biasa dengan environment mcm tu..

Aku masih ingat hari pertama datang melapor diri..
Keadaan  memang semua baru..pertama kali masuk,kena cuba cool..hehe
semuanya ok...selalu teringat pesan senior2 dan lecturer before datang praktikal
"you must have pleasant characteristics"
"jumpa dietitian,salam dulu"( kalau perempuan la)
"don't ask funny question"
"go..mingle around"( ngan staff2 kat sana)

So,kat sana memang cuba la nak apply semua ni:p

Hari pertama,
dah kena handle case,just saw several examples from dietitian on how to conduct outpatient cases.
Then,we need to handle by ourselves..scarrryyy..hehe
tiba2,kena handle patient yang turun dari ward. Memang aku terkejut la,sebab tak pernah buat semua ni.
aku jadi nervous sangat. Tapi still kena act cool..ceh..hahaha
Bila aku start nak wat assesment semua..ada satu kejadian berlaku...
Masa tu aku nak timbang berat pt,so, bila pt pergi timbang,tetiba,pt terkencing..
Masa tu,aku betul2 rasa kosong..rasa mcm biasa,x tau apa nak wat....-___-
I'm really really sorry..
Aku pon x tau kenapa aku buat2 rilek je..teruskan buat assessment dan kaunseling.
Lama kemudian(aku rasa lama laa)
dietitian datang,seorang,dua orang...tengok keadaan aku and pt...
Bila aku cerita kat dietitian,then,I don't know what they think..hehee
but I think, I've made mistake...-_-
tapi masa tu,dietitian sabar layan kerenah aku.. x marah pon...
sepatutnya dah patient dalam keadaan gtu,aku kena la cepat2 bgtau dietitian,supaya dapat call nurse amik patient bawak balik naik ward..ini tak..selamba je aku...-__-

Itu la ceritanya..hari pertama praktikal di Hospital Umum Sarawak..
kenangan..kenangan..bila teringat balik..tersenyum sorang2 pon ada...
betapa nervous itu boleh buat aku blank!

bersambung...^^