Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, June 5, 2015

#Gempa,Ranau,Sabah

Assalamualaikum

5/6/2015
Kejadian pagi tadi..
Pelik kenapa bilik bergegar.. mula-mula ingat bermimpi
lepas tu ingatkan ada yang mau pecah masuk rumah..
rupa-rupanya kejadian gempa berlaku pagi tadi..

Sampai di tempat kerja,kejadian dah kembali tenang.
Rakan kerja dah start tanya pasal kejadian pagi tadi..
Whasap family dah busy update pasal keadaan kat Ranau..

Sedikit down mood pagi tadi masa nak check diet indent kat kitchen..
Risau jugak family kat Ranau..

Tapi lepas dengar team UDS senyum,cakap benda2 positif,,aura positif pon datang..
dan hati kembali tenang... :)


Baru ja masuk kerja,dapat call dari Sarah Khalilah..
ehh..apesal pulak sarah call ni? Ingatkan masih tengah kursus kt terengganu..
Memang pantas dia tanya khabar dan update cerita pasal gempa..
Sedikit  tenang perasaan..

Then ramai kawan2 whasap rene and the dietetics geng,pnut,lily,buddy min..tanya khabar kat sini..
Tiba2 dapat whasap dari kawan kt india,Tihah..jauh2 ingat kt kita..

Bukak facebook memang ramai update pasal gempa,dan yang masih terperangkap kat gunung kinabalu..

Ramai yang tanya khabar dan doakan yang baik2..
Terima kasih atas ingatan dan doa kalian..
Semoga ALLAH lindungi kita semua..
Amin..


Tadi adik su wasap..
cerita apa yang berlaku pagi tadi kat ranau...
tiba2 rasa adik su tengah takut... :(
Ya ALLAH tenangkan hati kami..
dia kata dia tengan bagi ayam makan masa tu...

"Di tempat kak teh tidak gegar2 ?
di sini kuat tau..ntah..lain2 kuat dia..
bergegar bah!
apa tu..di atas nga' banyak yang jatuh barang2
masa tu adik kasi makan ayam bha itu..
"grrrrr" dia bilang..adik takut dih..
terus adik masuk(rumah) adik tolak mama
terus mama marah..
mama bilang "keluar"
bila adik tolak mama masuk
mama suruh lagi adik keluar...
adik keluar seja dih...."

Ya ALLAH tenangkan hati kami...

#hai bos!

Assalamualaikum..

pt: patient


Beberapa bulan menjaga wad ortopedik, teringat kisah seorang pt Diabetes Mellitus.
Aku bertemu dengan seorang pt, aunti comel..haha
Awal-awal aku datang, aunti menyapaku dengan bersahaja
sambil masih berusaha meniup spirometry..

Terus aku tersenyum..

Aunti ni sangat comel.. Dia selalu ucapkan terima kasih..
" Terima kasih kasi nasi, susu,"

Bila aku datang follow up lagi,
aunti akan menyapa aku '' Hai bos!"
"Terima kasih kasi susu..tapi esok tak payah kasi la dulu.."
" Hari ni kalau boleh sa mo makan bubur?boleh ka?"sambil senyum2..

(suka hati saja aunti ni..haha)
Tersenyum tengok gelagat auntie ni..


Bila aku datang lagi follow up..
Kali ni aku nampak aunti dah boleh duduk di wheel chair..
Seperti biasa, auntie menyapaku
" Hai bos!"
" You pergi tengok tu yang sebelah, you kasi tau dia apa mau makan"

Sambil aunti menunjukkan pt disebelah katilnya..
hahahaa..suka hati saja auntie ni..haha
aunti..aunti...comel sgt...


Satu ketika,aku datang lagi follow up,
aunti sedang duduk di wheel chair,lepak di tempat jirannya..
"Hai bos'' aunti menyapaku..
" Berapa itu kos satu orang itu makanan arr?"
"Ada rm 10 ka?"
"Terima kasih arr,,kasi susu,nasi,

Ada satu hari,aku datang follow up
monitor blood glucose auntie..
emm..hairan kenapa ada yang tinggi ni..
Bila siasat dan korek rahsia..haha
rupa-rupanya....

" Sa ada makan itu pisang goreng..
Itu depan katil,mo balik sudah, jadi mereka bawak tu pisang goreng..
jadi sa ikut makan ramai2"

Sambil aunti senyum.. :)

Pengakuan yang jujur..heheheee


Aunti..aunti.. :)


#Terima kasih aunti kerana menceriakan hari-hari saya :)
#Hai bos! :D

#kehilangan mengajarku erti kehidupan

Assalamualaikum


pt: patient

Throwback
masih dipenghujung Mei 2015
************************

Aku menghabiskan masa di wad Urologi sebelum ke wad ortopedik. Selesai di wad urologi, aku bergegas ke wad ortopedik. Oh, teringat pt uncle D. Nampaknya hari ni dah boleh balik..

Aku di sapa lagi oleh isteri uncle D dan memperkenalkan aku pada anak-anaknya.
"Ni anak cikgu Jabilin"

Dan seorang anak uncle D, Kak Noraidah mula bertanyakan tentang abah.
Dia mula bercerita tentang abah dan kenangan di SMK Bandaraya (dulu SMK Menggatal)

Rupanya Kak Noraidah masih ingat tentang abah, tentang arwah ummi yang juga merupakan cikgu pada waktu itu. Kata Kak Noraidah,waktu itu kami masih kecil lagi sewaktu arwah ummi sakit.


Aku tersenyum dengar semua kisah-kisah Kak Noraidah.Dia betul-betul mengingatkan aku kenangan waktu kecil.


Dalam senyum,sebenarnya aku sebak juga.
Rindu pada arwah ummi...


#kehilangan mengajarku erti kehidupan

#SMK Bandaraya

Assalamualaikum..

pt: patient
ROF: ristrict of fluid

****************************************

Teringat...kisah minggu lalu,pengujung Mei 2015


Seperti biasa, follow up pt di wad ortopedik. Kali ni seorang pt Diabetes Mellitus + ROF 750ml.
Syukur, pt ni dah bertambah baik keadaannya. Lebih bersemangat dan berselera makan dari visit pertama yang lepas. Kali ni pt lebih banyak bersuara, senyum,gelak ketawa dan memberi respon yang baik. Bermakna,lebih mudah sesi kongsi ilmu diabetic diet.

Teringat kata pt ni,
sekarang ni kena " kena kurang manis,tambahkan manis dalam senyuman"
sambil dibetulkan ayat itu oleh isterinya "kurangkan manis dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman.." :)

Sempat sembang dengan pasangan ni, oh nanti kalau disharge akan balik ke area Menggatal.
Oh...rupanya anak-anak mereka ramai yang sekolah di SMK Bandaraya ( nama dulu SMK Menggatal)

Sekali lagi..anak murid abah..
Bila disebut nama Cikgu Jabilin..pasangan ini mula bercerita tentang anak-anak mereka yang bersekolah di sana dan mengenali abah.

Teringat segala kenangan semasa kecil di rumah guru SMK Bandaraya..
Terlalu banyak suka dan duka 
apatah lagi untuk abah...



To uncle D,
semoga kuat semangat
terima kasih untuk senyuman itu
kerana senyum di kala sukar tanda ketabahan! :)











#anak murid abah

Assalamualaikum..

pt : patient

4 June 2015
Hari ini seperti biasa, aku ke Wad Ortopedik. Membelek helaian case note.
Diabetes Mellitus Type 1. Tertarik sebab pt ini asal dari Ranau juga. Aku lihat dia yang sedang memejamkan matanya. Mengantuk agaknya.
Sempat sembang dengan caregiver tentang pt. Oh..rupanya anak murid abah.
Bila sebut nama abah,Cikgu Jabilin, tiba-tiba pt mmbuka mata,nampak tersenyum dan mula bercerita tentang abah.

Akhirnya, aku  pula tersenyum...
Rupanya abah begini di sekolah..disenangi anak2 muridnya..
Kisah2 yang dikongsikan pada anak2 murid abah..diceritakan kembali oleh anak murid abah
mula membuatkan aku sebak...

Seketika berborak dengan anak murid abah,
Membuatkan aku sedar satu perkara..
Abah dah semakin berusia,banyak luahan hati abah sebenarnya..
Anak-anak  luangkan masa untuk dengar...
Biarkan abah luahkan segala yang terpendam...

Semoga Abah terus tabah melayari kehidupan ini.
Ya ALLAH lindungi abah dunia dan akhirat.. Amin




To adik ini,,,take care..
kuatkan semangat...
terima kasih sebab senyum..
itu tanda ketabahan.. :)

#dietitian



Assalamualaikum


2 Febuari 2015- 2 Jun 2015
Genap 4 bulan bekerja di sini.
Syukur..Alhamdulillah..
ALLAH beri peluang ini.

Doakan saya jadi lebih baik dari hari sebelumnya..

# Terima kasih sbb support sy!!

"Everyone you meet is fighting a battle you know nothing about. Be kind."