Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, May 13, 2015

#25 tahun~sabar,tenang dan tak pemarah

Assalamualaikum

Alhamdulillah..
Terima kasih Ya ALLAH untuk segala nikmat ini.

Thank you cik asmah,cik noni,cik sarah khalilah atas ingatan,dan doa anda semua :)
13 Mei 2015~ 25 Tahun


Semoga saya jadi insan yang lebih sabar,tenang,dan tak pemarah.
Semoga saya jadi lebih matang dalam melalui kehidupan ini.
Amin

Saya bukan jenis orang yang cepat marah. Saya tak pernah segarang dan sekasar itu.
Tapi itulah yang berlaku sejak dua tahun lepas.Ketidaktenangan dan kemarahan yang melebih-lebih.
Saya cuma nak lindungi abah dan mak. Saya tak nak dan tak sanggup siapapun sakiti mereka.

Abah selalu kata abah faham perasaan saya.
Abah selalu ingatkan untuk jadi seorang yang pemaaf.
Abah selalu pesan "bagaimana dengan hati dan bagaimana nak teruskan kehidupan dengan hati begini?"

Saya faham apa yang abah nak sampaikan
Dan saya cuba kembali kepada saya yang dulu.
saya cuba..dan terus mencuba..
saya doa agar hati saya lembut untuk memaafkan.
saya doa agar hati tidak sakit lagi walaupun bekas2 luka itu ada.
saya doa agar dapat mulakan yang baru...

Jujur saya penat sangat..terlalu penat untuk semua ini..
saya ingin kembali seperti dulu..
seperti saya yang dulu...

Saat2 begini, memang saya terlalu rindukan arwah ummi.
Terima kasih abah,kerana selalu memberi masa dan memahami
Terima kasih "my silent readers" kerana menjadi pendengar setia.

Semoga saya jadi insan yang lebih sabar,tenang,dan tak pemarah.
Semoga saya jadi lebih matang dalam melalui kehidupan ini.
Amin





# hati perempuan

Respect people's feelings. Even if it doesn't mean anything to you, 
it could mean everything to them.

Even if it doesn't mean anything to you, 
it could mean everything to ME...


Thursday, May 7, 2015

#tak mengenal usia

Assalamualaikum


Bila aku fikirkan kembali,
ajal sungguh tak mengenal usia..

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita kebakaran di Moscow yang melibatkan Pelajar perubatan Malaysia Nur Atikah Alias, 25 tahun yang cedera dan telah meninggal dunia.

Beberapa hari sebelum kejadian,YA benar..hanya baru beberapa hari 
seorang kawan sekolah menengah (Kelantan) upload gambar bersama dengan arwah. Ya,dia merupakan sahabat kepada arwah Nur Atikah.

Ramai yang merasa kehilangan arwah.
Kerana apa? Kerana peribadi dan kenangan yang arwah tinggalkan begitu berbekas di hati.

Baru sebentar tadi, aku mendapat perkhabaran lagi.
Rakan-rakanku di Sabah kehilangan sahabat mereka lagi.

Aku melihat FB anak2 muda yang telah pergi ini.
Sungguh aku terkesan.
Mereka meninggalkan FB mereka dalam keadaan yang tenang.
Kata-kata yang baik yang bakal jadi tatapan insan-insan yang masih hidup..


Mereka masih muda,tapi hidup mereka terisi dengan perjuangan untuk Islam.

Dan aku masihkah mahu begini?
Atau kita bakal menyambung generasi muda ini...
Berdakwah tak perlu tunggu kita jadi sempurna..
buatlah dengan kemampuan kita seadanya...

Bila aku fikirkan kembali,
ajal sungguh tak mengenal usia..

sedarlah- untuk aku yang terleka

Semoga ALLAH tempatkan kalian dalam kalangan orang-orang beriman dan syurgaNya. 
Amin
Al-Fatihah