Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, March 30, 2015

#Kasih Tercipta

Assalamualaikum


21 Mac 2015
Kata-kata ini ditulis ketika aku dalam kapal terbang. Dalam perjalanan menuju ke KL.
Tapi ini bukan mewakili hati aku.
Cuma menterjemahkan isi hati dia yang berjuang untuk membawa cintanya menjadi halal.
Ok.cukuplah:) Siapa?Siapa saja,mungkin juga awak! :)


Telah lama aku melihat
Dari mata mungkin dah turun ke hati
Kasih tercipta
Cuma itu dari jauh
Pandangan itu kutundukkan

Yang selalu aku doakan
Moga saat itu tiba
Bila memandangmu kan jadi
punca satu ketenangan
Bila melihatmu 
Kan jadi pahala yang berpanjangan
Kan jadi saksi kegembiraan

Jujur aku hilang kata
Bila kau terima selafaz akad ini
Kasih tercipta
antara dua jiwa
Yang dulu hanya di mata
Turun ke hati mencipta bahagia


Oh ya,masa ini teringatkan Kamsina dan Salleh. :)
Warga UPM,Kolej 17,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Akhirnya,damailah kita melihat cinta
SELAMAT PENGANTIN BARU
"Semoga ALLAH himpunkan kalian berdua dalam kebaikan."
Amin...



#potensi diri

Assalamualaikum

Akhir bicara,beliau menuturkan ayat ini.

"Potensi diri,jika dipupuk,dibaja..nanti akan jadilah"

Banyak cerita yang dikongsikan tadi,tapi ayat ini benar-benar membuatkan aku berfikir untuk beberapa minit.Cerita tadi tentang bussines,keusahawanan.Bukanlah ada kaitan pun dengan apa yang sedang aku tempuhi sekarang.

Tapi entahlah kenapa ayat itu benar-benar masuk ke hati.
Muhasabah diri.

Tentang potensi diri.
oh!setiap daripada kita ada potensi diri masing-masing.

Ada orang yang hanya perlu di touch up sedikit,maka dah boleh bintang yang berkelipan.
Ada orang pulak yang perlu digilap beratus kali,maka jadi seperti berlian yang bersinar.

~newbie and fragile
wait for me..

"People are like stained-glass windows.
They sparkle and shine when the sun is out,
but when the darkness sets in, their true beauty is revealed only if there is a light from within"
-Elisabeth Kubler-Ross


Hati tu yang kena kuat!

Tuesday, March 10, 2015

#dengan izinNya

Assalamualaikum





~cinta ini sudah lama berpindah milik
sudah lama juga singgah di taman tuan
namun akur belum masa bertanya khabar
lalu cinta berlalu tanpa ucapan

dua tiga tahun berlalu
tanpa kata
seolah cinta itu tiada
seolah cinta itu berganti
seolah cinta itu telah hilang

kata orang 
jangan bimbang
mungkin yang berlalu itu cinta
yang akan datang itu jodoh

Ya, hati tak pernah ragu 
yang akan datang itu jodoh
rahsia Allah
Pemilik segala Cinta

lalu dititip doa padaNya
menyimpan harap dan menyulam redha
seiring waktu yang berjalan
seiring kasih yang belum padam

moga cinta tanpa kata itu
diizin peluang untuk bertakhta
diizin ruang untuk diterjemah
menjadi pelengkap hidup

jodoh berdua
andai ditakdirNya

jodoh berdua
andai diizinNya~




Saturday, March 7, 2015

#pinjamkan aku semangatmu

Assalamualaikum..


aku masih bertatih 
mengikut jejak-jejakmu
penat dan susah
tunggu aku perlu kamu

kirimkan semangatmu buat aku
agar aku bisa seteguhmu
ukirkan senyummu buatku
agar reda resah di hatiku

kadang aku lupa
kadang aku tewas
kadang aku lena
bangunkan aku teman
ajarkan aku teman
aku tak kuat seorang

kerana ternyata
aku masih bertatih 
mengikut jejak-jejakmu


#pinjamkan aku semangatmu