Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, May 19, 2010

masih putih lagi

Assalamualaikum..
Komunikasi verbal:bukan vokal:sila baca dengan penuh perasaan,intonasi yang sesuai


Ligat saraf aku berputar

Kalut mencari kunci

Membuka pintu otak

Kanan dan kiriku

Mula terasa padat

Sepadat kau tonyohkan isi

untuk badan karipap itu

Mencari-cari sesuatu

Kopi KOPIKO!(nada jerit) habis kau!

Tapi habismu tak membantuku

Tiada apa yang muncul

Bukan aku putus cinta ya

cinta lagi!

Mahu kau jadi Majnun?

Menagih cintanya Laila?

Ingat kau pada Romeo?

Juliet ya pasangannya

Henti!noktah.untuk itu!

Apa?apa sebenarnya?

Huh!aku pun tak tahu

Melakar sesuatu di bayangan

Sengit!siapa yang mencuri karyaku

Mata mulaku pejam

Sekuat-kuatnya

Seperti cuba mentafsir sesuatu

Dahi mulaku picit-picit

Hingga terasa ukiran kedutan itu

Ah!pusing!aku pusing!

Yang muncul hanya kau!

Kau lagi!cuba kau lari!(nada mendesak)

Kau dah ada dunia sendiri

Pun juga aku(nada mendatar)

Sepi malam ini

Ah!ada juga pengacaunya

Diam kau kipas!

Desir anginmu tak menenangkanku

Kata hati ‘’kipas juga mangsamu’’

Konsentrasiku gelap

Tiadaku lihat cahaya dalam terang ini

Ya,aku mula buntu

Tiada terbit satu apa pun

Yang tersurat hanyalah ini

Hanyalah ini

Tersiratnya..

Masih putih lagi..

sesuai untuk sesiapa yang kehilangan idea ketika ingin/sedang membuat kerja/assignment/mencipta sesuatu/mencari sesuatu/mengingat sesuatu

Tuesday, May 11, 2010

wahai insan yang di sana,mungkin saja ini kau dengar,melewati semesta ini aku sampaikan

Assalamualaikum...

1997,bulan Ramadhan,

Satu petang di tanah kelahirannya,

sedang kami bermain-main di luar rumah,"bang wan.."pak cikku memanggil abang sulungku.
Seperti biasa kami adik-beradik yang lain mengikuti abangku ke dalam rumah.

Kaku.Sayu.

Tertutup rapat matanya
Terdiam aku x terkata apa
Hanya air mata peneman setia

ummi pergi jua.

13 tahun berlalu,

Peristiwa yg tak pernah padam dalam ingatan
Masih jelas,mampuku lakarkan
Episod hidup penuh pengertian

Inginku luahkan ummi,
tiap tangisan yang aku deraikan
Inginku kongsikan ummi,
tiap kejayaan yang dilakarkan
Ingin sekali aku katakan
abah terlalu bekerja keras
demi memberi yang terbaik
untuk anak-anaknya


Malam itu,
abah berbicara lagi tentang ummi
Kami memasang telinga..
Jam menganjak tengah malam
abah masih setia
berbicara kisah silamnya
tentang ketabahan seorang ibu
tentang kesetiaan seorang isteri
tentang kesakitan yang ummi alami
Kami terpaku x terkata lagi

Jujur,
aku tak mampu berkata sebanyak mereka
jika di tanya "siapa ibumu?"
mungkin aku tak sehebat mereka
mengetahui setiap sudut cerita seorang ibu
Namun,bagiku,bukanlah itu jadi ukuran
kasihnya anak pada si ibu
sayangnya anak pada ratu sanubari

Hanya doa yang menutur di bibir
Hanya kenangan yang mengikat kasih
moga ummi bahagia di akhirat sana

Amin.

Terima kasih ummi,terima kasih untuk segalanya...


walau kini dirimu berpengganti..
ummi tetap satu di dalam hati..
dulu,kini,hingga akhir nanti...

wahai insan yang di sana,mungkin saja ini kau dengar,melewati semesta ini,aku sampaikan..

::laju..ku biarkan air mata ini jatuh(-_-)::



MORAL OF THE STORY

sebab inilah,mungkin selalu kedengaran aku katakan..

hargai insan2 di sekeliling anda..
kerana esok belum tentu milik kita..
belum tentu,belum tentu...
kerana bila kita kehilangannya..
pasti kerinduan itu bertakhta di hatimu...




Saturday, May 8, 2010

selamat jalan adikku

Salam...


Pukul 5 pagi,hari ahad,InsyaALLAH,adik aku IMAN dah nak jalan pi K.K
sebab 8.30 pagi,dah nak naik feri pergi Labuan
same place again..(dulu aku pon pi labuan gak)
Oleh kerana Ranau ngan K.K ni bukan mcm Kolej 17 ngan main camp dekatnye
jadi,sekali lagi..kenalah jalan awal.
dan dua orang budak kecik ni (ham ngan adik su)di bwah jagaan aku..hehe
x yah ikot..aku nak suruh dorang basuh pinggan mangkok sebelum main game kat laptop aku..hahaha(ye la tu,nangis karang budak2 tu..haha)
emm..sebenarnye sedih jugak(ces,emo la tu,~_~)
ntahlah..dalam kami adik-beradik 5 org ni,dia je yg x belajar kat semenanjung,
aku tak tau la,
bukan sebab result x ok,tapi
aku tak tau apa maknanya,tapi selama aku belajar kat perantauan ni dan sampai sekarang aku dah kat rumah,dialah penjaga setia abah...mungkin inilah hikmahnya..
sebenarnya x dapat nak gambarkan dengan kata-kata
emm..seorang adik yg hebat!!!

menoreh getah
buat rumah
projek tanam ngan jual cendawan
pizza maggi

tu part time dia..hihi

lepas ni,mesti boring gak la...
sebab rapat ngan dia..
rahsia pon selalu kongsi ngan dia..

haha..emm..duit aku hilang 200ringgit mase matrik,tu pon sehari lepas balik dr cuti..
sedey betol mase tu,kat dewan kuliah pon,tgok slide,ingat duit,org sebut je duit,ingat duit,,aisemen....
aku x bagi tau abah pon,tapi ngan dia aku cerita ler..(T_T,sedih giler masa hilang tu,sebab kesian kat abah)

dia pinjam camera kawan,sekali tertinggal kat kelas,bila cari balik,dah hilang..
emm...dia ganti balik dengan cash!!
abah pon x tau...abang2 aku lagilah x tau..
separuh dia bayar sendiri..
tapi dia bgtau aku..dan dia pesan jgn bgtau abah..(sebab nanti kesian kat abah)
yg x habis lg tu,
dia pinjam duit aku nak bayar balik kat kawan dia..
nasib baik,biasiswa aku baru masuk masa tu...

dan sebab penuh ikhtiar,sebelum aku balik sabah,
dia dah bayar separuh kat aku..
emm...jasa dia menoreh getah,kerja buat rumah makcik aku..

ape pon,aku harap dia berjaya kat matrik nanti...
berjaya dengan penuh kesungguhan dan ketabahan..

sebenarnya,dia ada satu cita-cita..
yg aku x tau kenapa dipilihnya..

mungkinkah nak selesaikan impian aku yg tak tertunai tu??
mungkinkah kerana kasih sayang seorang ibu?
mungkinkah kerana takdirnya kami adik-beradik memilih bidang kesihatan?

aku doakan dia berjaya
abang second aku kata,kat matrik paling best,
sebab x yah nak pikir benda lain,belajar jer...
emm...harap2 dia bertahan hingga akhirnya...

sape2 yg hidop kat KML tu memang bagi aku tabahlah..hehe
sebab masalah AIR kat sana,memang tahap tak dapat nak cakap!!!!!!betol3x!!(!_!)

semoga adik aku berjaya!!fight o,ohhhhhhhhh!!!!yankumi!!!(erk?gokusen?)



MORAL OF THE STORY

1./sayangilah adik2 anda..
walopon dia nakal ke,jahat sikit ke,suka kaco ko online ke,dia lagi kacak ke,
degil ke,suka mintak belanja ke..tapi dia tetap adik..

2/hargailah ketika ada(bak kata dr.jusang..emm..)
sementara masa masih ada,hargailah apa yg ada(bak kata cerita serapuh arang..emm)

3/dan berilah semangat kat dia,walopon bile tengok result dia,ko rasa x tau nak cakap ape..
tapi ingatlah SETIAP MANUSIA ADA POTENSI YG BERBEZA-BEZA..
JANGAN SESEKALI PANDANG DENGAN SEBELAH MATA...

setiap antara kita diciptakan ALLAH dengan keistimewaan tersendiri...

aku ingin pesan satu bende ni pada dia

"kalau man x dapat apa yg man impikan,man kena redo,
sesungguhnya kita merancang,tetapi perancangan ALLAH yg terbaik buat kita"

doaku mengiringi perjuanganmu...amin..

*dan satu lagi titik permulaan tercipta...

Wednesday, May 5, 2010

jalan2,aku jumpa...

Salam..(^_^)

Kemarin,aku ke K.K,temankan adik aku selesaikan hal nak masuk MATRIK.Jadi,kira bangun awal jugak la hari ni,mandi pon lebih awal..kehkeh,Nampak sangat mandi lambat sejak2 cutini.Sejuk!!!haha..tapi memang sejuk pon kalau kat sini pagi2.Adik2 aku hari2 pun kena mandi awal,sebab nak gi sekolah agama,kat sini panggil S.U.I.hehe

Jadi,apa lagi naik teksi ar..sebab abah pergi sekolah pukul 6 pagi gitu..so..berdikarilah kami..kehkeh

habis gak arr RM 40,dua orang,tak sampai hati nak suruh adik bayar jugak..so,tambang-menambang ni aku lah yg tanggung..pergi balik,makan,KFC,adalah RM 100 lebih..>.<

sampai kat KK,pergilah Bank Rakyat,adik kena bukak buku akaun.Emm,bukan rezeki kami,tetiba lak OFFLINE!!

~_~,kalo tak dah leh balik awal.Dalam hati aku,sia-sia je datang gini,dah la jauh,2 jam lebih jalan.Pastu,aku pon bawaklah adik aku makan dulu.Lapar betol aku.haha

Tunggu punya tunggu,tak jugak ada.jadi,aku ngan adik aku pon pergilah merayau-rayau.Kali ni kitorang gi kat shopping complex yang baru bukak kat sabah ni..SURIA SABAH!!!

Sekali masuk,ces,masih baru lagi..kedai2 pon x banyak yg bukak..ape lagi aku pon dengan projek aku cari kedai buku..yeah!!!jumpa..nama nya TIMES

lepak2 dalam tu,sekali tertengok buku yang ada gambar VAMPIRE!!!haaaaaaaaaa!!!!!!!

terkejot aku,teringat mimpi nak kene gigit vampire malam tu..malu seh!!-_-'

roomate aku kate aku jerit!!hahaaha..memalukan jer:P

Jalan punya jalan,sekali tu aku tertengok satu buku...

emm..membawa aku ke sekolah menengah balik...........

Dulu kat sekolah,baca gak buku ni CHICKEN SOUP FOR SOUL

Buku ni ada banyak CHICKEN SOUP FOR SOUL-true love,mother,cancer,teenage,family

paling aku suka sebab walopn tebal,banyak cerita kat dalam tu,bahasa yg dorang pakai pon aku boleh faham la...hehe

emmmm.harga??hehe..boleh tahanla...RM51.54

4 sen pon nak berkira..:p

tu kat sabah..kat semenanjung,aku x tau la plak.,x check lagi..nanti aku tunjukkan buku tu..


Lepas selesai semua,pergilah balik bank rakyat tu,sekali offline lagi-_-'
pastu pergilah solat dulu.
Kawasan tu agak strategik,jadi senanglah sikit
depan bank rakyat tu Suria Sabah,Sebelah tu terminal feri..,jadi jalan kaki jer..
Kami pon pergilah solat kat surau dalam terminal feri tu..

Bila je aku masuk surau,ada sorang budak sedang buat kerja sekolah dia.
Aku pon senyum je lah.
Pastu,ntah mcm ne boleh borak2 ngan budak tu..dia baru darjah 5

B:kak dari mana?
Aku:dari ranau,ada hal kat sini(lebih kurang gini ar aku jawap)

Aku pon ajak la dia solat sekali,
tapi dia senyap..
dia cakap dia tak solat.. aku pon tanya kat rumah?dulu mama' sembahyang,sekarang tak
aku pon tanya lagi??abah??
rupanye,abah ngan mak dia dah bercerai,jadi dia anak sulung dan semua tinggal ngan mak dia.

Aku pon ajaklah dia solat,amik wuduk.
Lepas solat,aku kata kat dia,

"kalau kita belajar jak,tapi ndak solat pon ndak betol"
baca doa banyak2 dan sabar.
Dia pon angguk.

Masa nak lipat telekung,aku sempat tanya,dah tahu baca Quran?
Dia dengan tenang jawap ''tak''.
Aku pon pesan kat dia,nanti belajar ya,dengan ustaz kat sekolah.
Dia pon tunjukkan kat aku Al-Quran kat dalam surau tu,tiba-tiba dia tanya aku,

"kak dah nak balik?"
aku pon jawap "ya"

aku tiba2 rasa sedih...nada dia,pertanyaan dia seolah-olah mengharapkan aku untuk mengajar dia..
kalo aku ada masa,boleh jer aku nak ajar dia kejap tadi,tapi pak cik aku plak nak datang masa tu..
tapi aku sempat pesan kat dia,"nanti mintak tunjuk ustaz kat sekolah ya?"

dia sekali lagi mengangguk.

Sebelum aku keluar,aku cakap kat dia,"nanti ajak la mak sembahyang ya.Kata kat mak,adik nak pakai tudung.Nanti dah besar,rambut ndak boleh bagi tengok"

Kesian aku kat dia..(-_-'')

Kemudian,adik tu tanya lagi aku;

"kak,hari2 kat sini?''

aku pon jawap,"x la,tapi mungkin hari ahad datang lagi,nak hantar adik kak"

emm..macam tu la kisahnye..

aku doakan adik tu berjaya dunia akhirat..amin


MORAL OF THE STORY

1. kadang2 kita tak hargai apa yang kita ada sekarang.
Ada orang nak sangat belajar sembahyang,pasal agama,tapi sayang,tak der orang nak tunjuk ajar,nak bagi panduan.

2.Tapi,ada antara kita yang belajar agama Islam kat sekolah,kat matrik,ada plak yg datang dari keluarga yang memang kuat agama,tapi pandang bende2 ni remeh je..
Maksud aku,tak usaha nak perbaiki dan tingkatkan ibadah kita(ingatan untuk aku jugak yang
mudah hanyut dengan dunia)

3.Tak semua orang ada seperti yang kita ada.Bersyukurlah dengan nikmat Islam dan iman yang
Allah SWT anugerahkan.

4.Bila kita dah besar nanti,dah ada keluarga,ingatlah,sebagai abah,ngan ibu,AGAMA yang patut jd tunjang paling kuat dalam keluarga.Ajar anak-anak tentang solat,puasa,dan tentang agama..
(-_-'')erk??mcm gaya dah ader pengalaman lak..
belajar memang penting,tapi kalau hanya untuk dunia,kemana lah sangat..
akhirnya,semua akan mati,akhirat yg menanti......

5.Aku sangat kesian kat budak tu..dia tahu Al-quran,tapi x tahu baca..dia nak solat,dia tahu amik wudhuk,dia tahu solat,cuma bacaan tak tahu,tapi tak der yang nak pandu dia kat rumah,tak der yang nak bagitau dia,solat subuh,zohor,asar pukul berapa...x der yang nak tolong!!!!!!persekitaran yang x membantu!!
Macam tu lah hidup kita kalo tak di sokong,di motivasikan,kita akan hanyut..hanyut,hanyut....

6. Sekali lagi buat aku terpikir,apa peranan aku sebagai seorang Islam,Islamkah aku atas dasar nama?
Kita mungkin bukan ustaz atau ustazah,atau orang yg selalu bagi ceramah kat surau,masjid,tau sape2 lah yang kita anggap alim!!
tapi,nak berdakwah tak tunggu kene pergi surau,kumpul orang ramai2..
hanya dengan 3 patah ayat,pon kira dakwah."jom pergi solat"
mengajak ke arah kebaikan....

7.Emm..kalo kita jadi kakak ke,abang ke,x salah kan kalo kita yang ajar adik2 kita pasal solat,baca Al-Quran,tak semestinya kena tunggu abah mak..itu kan tanggungjawab namanya..
not only as a brother or sister,but as a MUSLIM!

8.Tapi kita??yang tahu baca Al-Quran,tahu solat yang wajib,yang mane sunat,tahu rambut tu aurat,tahu x boleh keluar berdua-duaan antara lelaki dan perempuan(sebab ada makhluk setan)
bukankah patot kita bersyukur???kenapa x gunakan ilmu yg kita ada untuk baiki diri sendiri..kenapa masih nak pilih jalan yg tak betol??
Aku pon cepat sangat hanyut..bila x der orang tegor,nasihat aku..(-_-'')

tak salah,ilmu kita kongsi sama2...
ingatlah dalam kita hidop,banyak bende akan terjadi,yg pasti ada hikmah tersembunyi...