Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, July 29, 2012

Si dia

Assalamualaikum

Si dia...
Kadang-kadang yang kita nampak hanya masa sekarang dia
masa silam,cerita waktu kecil dia,kita tak tahu,dan kita tak pernah tahu
kerana dia tak cerita pada kita, kerana kita tak tanya pada dia
oleh sebab itu,mungkin kita dah mula menghakimi dia, merasakan dia individu yang teruk,yang hina
padahal kita juga manusia biasa,
sepatutnya menghakimi atau menasihati?
Tanya lagi, sepatutnya menghakimi atau menasihati??


Hingga saat ini,aku yakin manusia itu fitrahnya
sukakan kebaikan
Tapi kenapa masih ada di jalan yang hitam?
kerana tabir di belakang itu punya terlalu banyak cerita
yang mungkin akhirnya membentuk dia seperti sekarang

Ingat,pisahnya kita dengan dia
hanya ibarat satu garis lurus ==> Antara garisan
dia mungkin akan melintas garis itu untuk ke tempat kamu
dan kita?
akan kekal di titik itu atau ke tempat dia?
aku tak tahu,kamu tahu?

Turun naik hidup kita hanya ALLAH yang tahu
maka, apa sombong itu masih mahu disemai??



( selepas menonton ini..,maka terlintas nak tulis..)

dia juga punya cerita sendiri...

Being a better person is a process
Moga ALLAH beri kita kekuatan untuk berubah ke arah lebih baik...





No comments:

Post a Comment