Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, February 23, 2012

Lawatan sambil belajar

Assalamualaikum..

Khamis


Hari ni pagi2,pukul  9 pagi lebih2 tu, aku dan kawan2 diet 3 year pergi Hospital Serdang.Nak tau pergi mana?Haa..Jabatan Dietetik dan Sajian. Korang tau tak,tempat ni selalu dikaitkan ngan bilik mayat..hahaha..sebab berdekatan kot...seram kan?:P Seram gak laluan nak sampai tu..kehkeh.. Kami ditemani oleh kak ecah. Seronok ngan kak ecah, best!:)..Lepas bagi group,kami pon memulakan perjalanan..ceewah...gaya macam jauh je..hehe...dekat je pon..:P

Sesampainya kat sana, kami disambut oleh staff2 BESTA (company yang handle makanan kat hospital) dan dietitian kat sana. Oh ye,dietitian in charge tadi pon senior kami,batch pertama, Cik Ain. Suasana kat dalam tu agak bising...dengan bunyi2...wahh-_-..
Lepas diberi taklimat sikit,kami pon mulalah melawat Jabatan Dietetik dan Sajian tu..Mula2,masuk tempat:
RECEIVING AREA : Kat sini,sayur mayur, buah2, dan mcm2 lg bahan2 makanan akan dibawa masuk kat sini. Untuk setiap jenis pesanan ni,akan diletakkan mengikut COLOR CODING. Contohnya, bakul merah untuk ayam, daging. Biru untuk seafood, ikan, Hijau untuk Sayur.

Lepas tu beralih pulak ke :
STORAGE AREA: Di mana di sini letaknya Chiller dan kawan2 nye..kalo dalam chiller ni,kena simpan Vegetable,fruit dan pastry. Best laa kat bilik sejuk tu...sejuuuukkk je...hehehe.. Pastu ada bilik sejuk no 2. Dalam ni ada tempat nak Thawing and freezer. Selain tu, ada stor bahan kering jugak kat sini. Then lepas tu kitorang sambung jalan lagi...Oh ye,,yang bawak group aku jalan2 ni ialah dietitian, Cik Ain.

Kemudian,sambung lagi perjalanan,pergi tempat:
PREPARATION AREA: kat sini tempat ikan2 di siang...dan sebagainya lah..Aku teringin nak tengok proses menyiang ikan..hahaha...tp masa pergi tadi..licin,bersih..rupanya dah siap dah semua kerja2 tu...hehe..
kemudian kami jalan2 lagi,masuk pulak tempat err,,x ingat..hehe..masak2 kot...
kat sini,kerja masak2 dilakukan..

Selepas selesai masak, proses PLATING dilakukan.Haa yang ni memang best.!
Aku nampak beberapa orang pekerja kat sana bersiap sedia nak letak makanan dalam bekas tu..emm...
Lepas tu...mula la bunyi2...cepat tau dorang buat kerja..pantas... Kat sini ada 3 class, First class, 2 and 3 class.
So yang makanan first class tu,kat tempat lain sikit...haaa..yang tu aku pelik..sikit je pekerja yang handle kat sana. Tapi kan,tiba2 nampak mcm kenal..laaa senior2 kitorang la..hehe..mereka sedang praktikal kat sana.. tapi xberani la nak borak2 hehe..sebab dorang mcm tengah busy je..banyak kerja tu...
Nanti kami pon mungkin macm tu...wahhh...mcm mane la aku nanti..-_-..

Sebelum sesi PLATING tu, kitorang diberi penerangan tentang menu2 dan food costing kat sini..Haa..ni part aku sebab nanti ada presentation pasal ni. Pasal menu2 kat sini.Ada mcm2, Tapi dibuat secara 2 week cycle. Maksudnya, selepas 2 minggu,(14 hari),so akan ulang balik menu hari 1 pertama. setiap 6 bulan,menu tu kena revised. Nanti kan kalo korang berpeluang jaga orang sakit kat hospital ke, cuba tengok makanan yang dihantar,mungkin ada kena tulis singkatan2 nama kat sana macam DD,LS dan sebagainya. Ada maksud tu. DD tu maksudnya Diabetic diet, LS tu maksudnya Low Sodium.

Aku tak dapat nak tunjukkan gambar,sebab x leh amik gambar atas sebab2 yang munasabah..:)
Apepon,lenguh kaki aku :p..dah sampai nak habis lawatan ni..aku dah penat dah...-_-'hehe... xhabis lagi pon..:p
Lepas siap plating ,makanan2 tadi akan dihantar kepada pesakit2. Oh ye, selain dari pesakit2, bahagian ni juga  sediakan makanan untuk Doktor yang On Call dan Dr OT. Yang ni memang aku baru tau..

Pastu kami teruskan perjalanan sampai habis..hehe.. Bertemu di tempat permulaan, kami pon makan....:)
Makanan tadi aku rasa la..macam healthy menu je..apepon,free x yah bayar..so jimat belanja, x yah beli dah lunch..hahaha:p

Selesailah lawatan sambil belajar..hehe..lepas ni pergi Hospital Banting pulak..^_^

"Hanya untuk menyiapkan makanan, ramai orang bertungkus-lumus"
"Hanya untuk menyediakan makanan, ramai orang akan datang awal pagi"
"Hanya untuk mencuci segala  pinggan mangkuk,ramai orang akan balik lewat"
"Hanya untuk pastikan makanan untuk esok hari, ramai yang bersedia lebih awal"

"Korang penah terfikir tak,keadaan dirumah?Siapa yang bertungkus lumus menyediakan makanan?
Membeli barang2 dan bahan2 untuk dimasak?
Sejauh mana kita menghargai dan sejauh mana kita memahami
mereka wajar dihargai......." ^_^

No comments:

Post a Comment